Pages

Rosakkan Kredibiliti Sendiri, Orang Lain Yang Dipersalahkan Sebagai Punca

"Meroyan betul kak, kena tinggal dengan askar ke?" 😆

Biasalah. Setiap kali isu dalam jabatan kerajaan didedahkan, mereka akan ulangi taktik yang sama:

“Character Assassination”

Bila ada yang sebarkan kebenaran yang kadang-kadang guna akaun tidak bernama, mereka laju sahaja menuduh, “Kalau berani, gunalah akaun betul!”

Peliknya, yang rosakkan kredibiliti diri sendiri ialah mereka yang buat hal. Tapi yang diserang peribadi pula adalah orang yang berani bersuara. Sekarang, Caprice pula jadi sasaran. Dikatakan sebagai punca masalah sosial hahaha.

Beberapa bulan lepas, ketika kita tentang isu JKM, mereka gunakan cara yang serupa. Macam-macam dilakukan untuk cipta persepsi buruk terhadap kita. Tapi kita lawan. Kita tak akan biarkan diri dibuli.

Mereka nampaknya tak ada modal untuk jatuhkan karakter Team Demi Negara, jadi mereka cuba burukkan orang yang kita bantu.

Mereka ada segala “aset”, guna “influencer”, guna “sukarelawan”, dengan skrip yang sama “tegurlah dengan bahasa baik” tetapi tak seorang pun daripada mereka yang benar-benar faham isu sebenar.

Mereka juga gerakkan KDN, PDRM, Majlis Perbandaran Putrajaya… serang akaun TikTok aktivis, hubungi polis berulang kali tanya: “Bila nak panggil dia masuk balik dengan alasan menjejaskan institusi kerajaan?”

Tak familiar ke skrip ni?  

Sama bunyinya dengan kenyataan Kementerian Pertahanan baru-baru ini.

Dan akhirnya, lama-lama isu ini akan senyap. Orang pun lupa.  

Maka aktiviti buruk ini akan berterusan dengan alasan yang sama, sudah jadi “budaya, tradisi, legasi, atau apa-apalah asalkan dapat cari hujah.





No comments:

Post a Comment