Pages

Showing posts with label Corporate Governance. Show all posts
Showing posts with label Corporate Governance. Show all posts

HOSTILE TAKEOVER (PENGAMBILALIHAN SECARA PAKSA)

Hostile Takeover adalah pengambilalihan secara paksa, yang mana pengambilalihan berlaku apabila sebuah syarikat yang mahu ambil alih itu berusaha untuk kuasai syarikat sasaran tanpa persetujuan lembaga pengarah syarikat sasaran. 

Ni boleh dikatakan sebagai serangan hendap korporat. Sebab dikira sebagai satu tindakan agresif dimana pihak pengambil alih pandang rendah pihak kepimpinan sasaran dan buat tawaran terus kepada pemegang saham.

⚙️ Dua kaedah utama yang selalu digunakan ialah Tawaran Penerimaan (Tender Offer) dan Pertarungan Proksi (Proxy Fight).

[√] Tender Offer
Pengambil menawarkan harga premium kepada pemegang saham untuk membeli saham mereka. Matlamatnya ialah untuk menguasai >50% saham. Bila dah cukup pegangan mereka akan jadi tuan. Sama macam Mafia beli undi penduduk kampung satu-satu. Lepas dapat majoriti, dia jadi "ketua kampung" walaupun orang tua kampung menangis.

[√] Proxy Fight
Pihak pengambil alih yakinkan shareholders sedia ada untuk undi keluar pengurusan semasa, lalu melantik pihak yang lebih mesra kepada syarikat pengambil alih. Sama macam dalam Pilihanraya. Menipu, beli undi, tukar pemimpin, kemudian lepas itu buat apa saja sesuka hati. 

📋 Contoh: 
Kita ada rumah (syarikat sasaran). Tinggal bersama keluarga (pekerja, pembekal, komuniti) dan kita sayang rumah itu.

Tiba-tiba datang jiran sebelah rumah yang banyak duit nak ambil rumah kita. Jiran ni tahu dah kita tak mahu jual rumah kita. Jadi, jiran ni tadi tidak akan datang dan bertanya kepada kita, sebaliknya individu atau jiran ni pergi jumpa anak-anak kita (pemegang saham) dan bagi mereka RM500 seorang, sedangkan rumah kita ni harga RM400 sahaja. Anak-anak kita gembira sebab dapat RM500 tersebut jadi mereka pun jual bahagian mereka kepada jiran kita yang kaya tu tadi. 

Jiran kita tu masuk rumah, halau kita keluar, tukar kunci rumah dan jual perabot-perabot dalam rumah kita sebab mahu untung cepat.

Orang yang menyokong cara ini akan kata, "Kalau harga lebih tinggi, pemegang saham untung. Itu pasaran."

📊 HOSTILE TAKEOVER DISIPLIN PASARAN? 

Kononnya “hostile takeover” adalah sistem disiplin untuk betulkan syarikat yang tak perform dan bagi tambah nilai. Ia bertindak sebagai mekanisme disiplin untuk membetulkan syarikat yang tidak cekap dan menambah nilai. Tapi ini hanyalah sembang. 

[√]
Ada analisis akademik dedahkan bahawa pandangan tradisional ini ada cacat celanya. Kecekapan pasaran modal yang sempurna adalah satu ilusi. Faktor seperti ketidakseimbangan maklumat, sokongan kerajaan, dan ketidaksempurnaan struktur dalam industri menyebabkan harga saham boleh dimanipulasi. 

[√]
Syarikat yang berkualiti tinggi boleh dinilai rendah, menjadikannya mangsa mudah, manakala syarikat bermasalah pula boleh kekal dinilai tinggi.

[√]
Jadi, hostile takeover selalunya bukan tentang membunuh "syarikat yang sakit", tetapi membunuh "syarikat yang sihat dan bagus" pada harga murah.

📊 BEBAN KEPADA STAKEHOLDERS 

DIsebalik kenaikan harga saham, ada pihak yang menanggung beban sebenar. Keuntungan dalam hostile takeover selalunya bukan datang daripada penciptaan nilai, tetapi daripada rompakan kekayaan pemegang kepentingan seperti pekerja (kehilangan pekerjaan, pencen), pembekal, dan pelanggan komuniti setempat. 

[√]
Maksudnya, keuntungan itu datang daripada pemindahan kekayaan atau pengurangan kos seperti membuang pekerja dan menjual aset.

[√]
Ini adalah zero-sum game yang mana wang yang diagihkan kepada pemegang saham datang daripada "pemotongan" hak pihak lain yang penting. 

📊 PERTAHANAN JANGKA PENDEK

Pengurusan pihak sasaran/mangsa terpaksa mempertahankan diri melalui strategi seperti poison pill yang merugikan syarikat. Ini boleh membazirkan sumber. Lebih teruk, ia memaksa syarikat memberi tumpuan kepada keuntungan jangka pendek demi mengelakkan serangan, dengan mengorbankan inovasi dan pelaburan jangka panjang. Ini boleh menjejaskan ekonomi secara keseluruhan.

⛔ DARI SUDUT MAFIA KORPORAT

Dalam dunia mafia korporat, ada dua cara kuasa:

Mafia Jalanan yang menggunakan kekerasan fizikal, ugutan dan pemerasan.
Mafia Korporat pula menggunakan wang ringgit, undang-undang dan maklumat sebagai senjata utama. Lebih banyak wang yang mereka ada lebih berani mereka menggunakan kuasa undang-undang dan mendapatkan maklumat.

[√]
Hostile takeover adalah senjata pilihan mafia korporat. Memang bukan persaingan yang sihat. Walaupun tidak menggunakan kekerasan ia tetap memberi kesan yang sama. Memusnahkan syarikat lawan.

⛔ Ciri-ciri mafia korporat dalam konteks ini:

#1. Perlindungan (Protection) - yang mana mereka akan tawarkan “nilai tambah” tapi sebenarnya adalah ugutan dengan ayat, “Terima apa yang ditawarkan atau kami akan hancurkan harga saham syarikat kamu…”

#2. "Pembayaran Ufti" (Kickbacks) -. Memberi saham premium kepada pemegang saham besar sebagai "rasuah" untuk mengkhianati pengurusan sedia ada. Boleh juga dikira sebagai komisyen atau rasuah. 

#3. "Zon Pengaruh" (Turf) - Sektor strategik (seperti pelabuhan, infrastruktur, teknologi) dirampas untuk kepentingan kartel tertentu.

Dalam dunia korporat, "turf" ialah sektor ekonomi atau industri strategik yang dikuasai oleh segelintir pemain besar tak kira sama ada secara monopoli, kartel, atau pengaruh politik. 

💥 Sektor strategik ini mesti ada ciri-ciri:

[√]
Kepentingan Nasional seperti Pelabuhan, lapangan terbang, jalan tol, tenaga, telekomunikasi.

[√]
Perlu modal yang besar dan mempunyai cabaran untuk masuk yang tinggi kerana biasanya untuk market ini agak susah untuk “pemain baru” untuk masuk.

[√]
Mempunyai aliran tunai yang stabil, dimana sektor yang mahu diambil alih ini mendapat pendapatan yang tetap, terjamin dan mempunyai risiko yang rendah.

[√]
Penguasaan pasaran yang bermaksud, siapa yang kawal sektor ini, dialah bakal menguasai ekonomi. 

👨‍💼 Siapa yang kawal “turf” ini, dia akan kawal negara. 

"Orang Dalam" (Inside Man) seperti penganalisis kewangan, penasihat bebas, dan media yang "disenyapkan" atau "dibeli" untuk memberi justifikasi.

ANTARA PEMBOHONGAN MAFIA KORPORAT

⛔ Biasanya, selepas hostile takeover, produktiviti sebenar (bukan keuntungan kewangan) jarang meningkat secara berterusan. Yang meningkat adalah keuntungan pemegang saham pengambil. Ini pun hasil daripada:

⛔ Akan berlakunya pemberhentian beramai-ramai (secara tak langsung kos sosial dipindahkan ke negara).

⛔ Penjualan aset bernilai (untung pantas, rugi jangka panjang).

⛔ Pemotongan R&D (inovasi dibunuh untuk bonus tahunan).

⛔ Mereka kata mereka menghormati hak pemegang saham tapi hakikatnya mereka beli undi pemegang saham seperti pengundi di kawasan miskin. 

⛔ Ayat "pemegang saham adalah raja" digunakan sebagai senjata pemusnah. Pemegang saham kecil tidak mempunyai masa, kepakaran, atau kuasa untuk menilai tawaran. Mereka hanya melihat harga premium dan menjual tanpa tahu yang sebenarnya:-

Premium itu dibiayai oleh hutang yang akan dibebankan kepada syarikat sasaran.

[√]
Selepas pengambilalihan, harga saham sering jatuh lebih rendah daripada harga pra-tawaran (dalam tempoh 2-3 tahun).

Mafia korporat tahu perkara ni, jadi disebabkan mereka tahu, mereka cuba untuk memperbodohkan majorit dan menguasai pihak minoriti (seperti mereka yang ada jawatan dalam bahagia operasi tertinggi atau Ahli Lembaga Pengarah) 

⛔ Mereka kata mereka “Cipta Nilai, tapi sebenarnya nilai yang dicipta hanyalah ilusi perakaunan.

Realiti yang berlaku ialah:

[√]
Rompakan daripada pekerja (gaji, pencen, keselamatan pekerjaan).

[√]
Rompakan daripada pembekal (kontrak dibatalkan, terma ditarik).

[√]
Rompakan daripada kerajaan (insentif cukai, subsidi, dan kemudiannya bailout).

[√]
Dah macam skim Ponzi berskala korporat, untung diswastakan, kerugian disosialisasikan.

⛔ Mereka kata mereka mematuhi undang-undang tapi apa yang sebenarnya berlaku mereka mengeksploitasi lompong undang-undang.

[√]
Di Malaysia dan Indonesia, tiada undang-undang khusus yang mengawal hostile takeover sebab: 

[√]
Tiada keperluan "yang betul-betul munasabah berdasarkan kepentingan", hanyalah prosedur.

[√]
Tiada perlindungan untuk pekerja dan komuniti sebagai pemegang kepentingan sah.

[√]
Tiada hukuman berat untuk maklumat mengelirukan dalam prospektus.

Macam kita rompak bank melalui pintu depan, sebab pintu depan tu tak ada kunci.

✅ BAGAIMANA MAFIA KORPORAT BEROPERASI (PALING PENTING) 

[#1]. Mereka buat pengintipan dengan membeli data pasaran, mereka mengennal pasti syarikat dengan aset tersembunyi tetapi harga saham tertekan. 

[#2]. Mereka rapat dengan pemegang saham besar, tawarkan "insentif peribadi" (dalaman) aka merasuah orang dalam. 

[#3]. Mafia korporat menyerang dengan melancarkan tender offer dengan premium 20-50%, dibiayai hutang. 

[#4]. Mereka hancurkan syarikat dengan menggantikan ahli lembaga, potong kos, jual aset, keluarkan dividen besar. Cepat-cepat untung, then tinggalkan. 

[#5]. Kalau katalah proses hostile takeover itu gagag mereka akan jual saham dengan keuntungan kecil atau ulangi taktik di syarikat lain. Tiada kesan jenayah yang ditinggalkan kerana semuanya kelihatan sah.

KELEMAHAN PERUNDANGAN DAN KEKANGAN TEMPATAN

Di Malaysia, tidak ada undang-undang khusus yang ditetapkan untuk membanteras “hostile takeover” sebab peraturan yang sedia ada bersifat lebih umum. Banyak prinsip hanyalah panduan dan bukan peruntukan jenayah. 

Ini mewujudkan "kekosongan undang-undang" yang dimanfaatkan oleh pihak dengan modal besar. Ia juga menjadi modus operandi "mafia korporat" untuk merampas syarikat secara licik melalui perjanjian-perjanjian yang kelihatan sah di sisi undang-undang.

[√√√] 
SIAPA UNTUNG, SIAPA RUGI? 

📂Yang pertama sudah tentu pihak penyerang atau perampas yang untung besar sebab mereka yang kawal monopoli. Mereka boleh ambil dividen dan jual aset mengikut sesuka hati. 

📂CEO dan lembaga sasaran kemungkinan dapat golden parachute (pampasan besar bila dipecat). Tetapi tetap juga hilang kuasa.

📂Pemegang saham besar akan untung premium jangka pendek dan rugi jangka panjang bila saham jatuh.

📂Pemegang saham kecil agak malang kerana tertipu, sebab mereka ingat boleh nampak untung, tapi terperangkap. Pemegang saham kecil ni biasanya akan berhadapan dengan kerugian yang paling teruk.

📂Pekerja Syarikat yang diambil alih pula akan dibuang kerja. 

📂Pembekal & komuniti juga akan mengalami kerugian kerana kontrak yang dijanjikan terpaksa dibatalkan. Local economy akan mati.

📂Negara pula akan rugi sebab aset strategik hilang, terpaksa dijual, cukai hilang dan kalau sektor tersebut melibatkan projek kerajaan, kerajaan akan terpaksa “bailout”.

💥💥💥 Mafia korporat lebih mendatangkan keburukan dari Mafia Jalanan sebab kita tak nampak yang mereka ni jahat. Mafia korporat ni berpakaian kemas, baju kemeja, belajar pun tinggi. Kalau mafia jalanan boleh ditangkap tetapi Mafia Korporat dilindungi oleh peguam dan bank pelaburan. Lagi  mereka lagi banyak perlindungan yang mereka dapat. Diraikan sebagai "pemimpin industri" di majlis anugerah.

Jahatnya mafia korporat kerana mereka merosakkan ekosistem perniagaan, menghapuskan persaingan, dan menjadikan ekonomi sebagai milik segelintir kartel. 

Hostile Takeover adalah Rompakan Berlesen. Yang mengaut keuntungan dengan meragut aset murah dan menjejaskan pemegang kepentingan. Senang dipengaruhi oleh kepentingan politik dan kuasa. Protected by law. Dirayakan oleh media. Tapi sebenarnya ia tidak memberi kebaikan pun. Hanya untuk mengkaya dan menguntungkan segelintir golongan elit yang mahu mengawal ekonomi negara. 

Perlindungan Whistleblower UK


Di bawah undang-undang buruh UK, perlindungan untuk pemberi maklumat korporat (whistleblowers) antara yang paling komprehensif di dunia, dikawal selia oleh Public Interest Disclosure Act 1998 (PIDA) yang diserap ke dalam Employment Rights Act 1996.

PIDA 1998

Tapi dari segi teks undang-undang, teorinya sangat kukuh, tetapi realiti praktikal, beban untuk membuktikannya di Mahkamah Buruh (Employment Tribunal) selalunya amat mencabar bagi pekerja.

Bagaimana perlindungan ini berfungsi dan di mana "lohong" yang sering dihadapi oleh whistleblowers:

​1. Kriteria untuk Mendapat Perlindungan undang-undang

​Bukan semua pendedahan salah laku melayakkan seseorang dilindungi di bawah PIDA. Sesuatu pendedahan mestilah dikategorikan sebagai Pendedahan Terlindung (Protected Disclosure). Perlu memenuhi dua syarat utama. 

​(1) Jenis Salah Laku
Pekerja mesti mempunyai kepercayaan yang munasabah (reasonable belief) bahawa salah satu daripada perkara berikut sedang, telah, atau bakal berlaku contohnya seperti:

📌​Kesalahan jenayah (cth: fraud, rasuah korporat, manipulasi pasaran).

📌​Kegagalan mematuhi kewajipan undang-undang (breach of legal obligation).

📌​Kesilapan keadilan (miscarriage of justice).
​Bahaya kepada kesihatan dan keselamatan individu.

📌​Kerosakan alam sekitar.
Tindakan sengaja menyembunyikan mana-mana perkara di atas.

​📌Kepentingan Awam (Public Interest Test): Pendedahan tersebut mestilah demi kepentingan awam, bukannya isu peribadi (seperti tidak puas hati dengan bonus atau aduan buli peribadi, yang mana lebih terikat kepada prosedur tribunal biasa).

​2. Bentuk Perlindungan yang Diberikan

​Jika pendedahan itu sah sebagai Protected Disclosure, undang-undang UK memberikan "perisai" yang kuat:

📌​Perlindungan daripada "Detriment" (Ganjaran Buruk) - Majikan dilarang sama sekali daripada mengenakan tindakan punitif atau layanan buruk kepada pekerja tersebut (seperti menurunkan pangkat, membekukan kenaikan gaji, atau memulaukan mereka).

​📌Pemecatan Tidak Adil Automatik (Automatic Unfair Dismissal) - Katalah jika pekerja dipecat kerana membuat pendedahan tersebut, pemecatan itu dianggap tidak sah secara automatik.

📌​Tiada Had Ganti Rugi (No Cap on Compensation) - Ini adalah bahagian yang paling ditakuti oleh korporat. Bagi kes pemecatan tidak adil biasa di UK, ada had maksimum untuk ganti rugi kewangan. Tetapi, untuk kes whistleblowing, tiada had siling. Jika mahkamah mendapati reputasi atau karier masa depan pekerja hancur sepenuhnya, pampasan boleh mencecah jutaan paun.

​📌Tiada Syarat Tempoh Perkhidmatan: Kebanyakan hak buruh UK memerlukan pekerja berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum boleh menyaman majikan atas pemecatan tidak adil. Bagi whistleblowing, perlindungan ini bermula dari hari pertama bekerja.

​3. Realiti dan "Lohong" Praktikal
​Walaupun atas kertas ia kelihatan sangat ketat, badan pemikir dan peguam buruh di UK (seperti organisasi Protect) sering membangkitkan kelemahan sistem ini:

[√]
​Beban Pembuktian di Tangan Pekerja: Majikan korporat jarang memecat pekerja dengan alasan "kerana anda membocorkan rahsia." Mereka selalunya akan menggunakan alasan lain seperti penstrukturan semula (redundancy), prestasi kerja yang lemah, atau masalah disiplin. 

Pekerja pula terpaksa membuktikan di tribunal bahawa punca sebenar (causation) tindakan tersebut adalah kerana pendedahan yang mereka buat.
​Kesan Senarai Hitam (Blacklisting): PIDA melindungi pekerja daripada majikan semasa, tetapi sukar untuk melindungi mereka daripada industri yang bertindak menyenaraihitamkan nama mereka secara senyap-senyap apabila mereka mencari pekerjaan baru.

[√]
​Tiada Ganjaran Kewangan (Bukan seperti US): Di UK, tiada sistem "bounty" atau ganjaran kewangan daripada kerajaan untuk pemberi maklumat seperti yang ada di bawah Securities and Exchange Commission (SEC) di Amerika Syarikat. Pekerja hanya mendapat wang jika mereka menang saman ganti rugi di tribunal, bukan sebagai ganjaran kerana melaporkan jenayah.

Apa beza dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)? 


Had saham penjawat awam dinaikkan ke RM300, 000

Kontroversi Februari yang lepas, apabila Bloomberg News melaporkan bahawa Tan Sri Azam Baki memegang sekitar 17.7 juta unit saham di sebuah syarikat perkhidmatan kewangan yang bernilai hampir RM800,000. 

Walaupun Azam Baki menegaskan tiada salah laku dan semua aset telah diisytiharkan dengan betul, isu ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat tentang sejauh mana penjawat awam boleh terlibat dalam pasaran saham tanpa mencetuskan konflik kepentingan.

Berikutan dari isu itu, Kabinet mengarahkan satu jawatankuasa khas dianggotai tiga penjawat awam kanan untuk menyiasat perkara tersebut.

 Walaupun laporan rasmi siasatan belum dibuka kepada umum dan Azam Baki sendiri telah bersara pada bulan Mei lepas, impak daripada kes ini telah melahirkan pekeliling yang baru. 

Salah satunya mengubah suai peraturan pegangan saham dan pengisytiharan harta bagi penjawat awam. 

Pekeliling baru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah ditandatangani dan bertarikh pada 16 Jun 2026. (berkuatkuasa serta merta) 

Antara garis panduan yang ditetapkan:

Had Siling Syarikat Tunggal - Penjawat awam boleh beli saham syarikat tempatan asalkan tidak melebihi 5% daripada modal berbayar syarikat ATAU bernilai RM300,000 (mana-mana yang lebih rendah).

​Kenaikan Had Nilai - Kalau dulu had nilai maksima hanyalah RM100,000, sekarang had nilai dinaikkan tiga kali ganda kepada RM300,000 untuk disesuaikan dengan keadaan ekonomi semasa.

Had Kumulatif - Keseluruhan (kumulatif) pegangan saham seseorang pegawai awam dalam mana-mana syarikat pun tidak boleh melebihi RM300,000 secara total.

​Kemasukan Aset Digital - Pekeliling kali ini juga sudah mula menetapkan peraturan bagi pelaburan aset digital (seperti mata wang kripto)

​Bagaimana kalau nak melabur lebih?Sesiapa yang mahu melabur melebihi had ini perlu memohon kelulusan khas daripada pihak atasan, termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau Perdana Menteri sendiri.

Nampak seperti satu usaha pembaharuan, tetapi akan ada juga pihak yang mengambil kesempayan terdapat beberapa kelemahan ketara (loopholes) yang ada. 

PERSOALAN

(1) Adakah akan wujud kuasa budi bicara (discretionary of power) yang mutlak dan tidak telus? 

(2) Adakah akan wujud "Selective Approval" bagi mereka yang mohon pegangan lebih RM300, 000? 

(3) Adakah akan wujud konflik berkepentingan? 

(4) Siapa yang akan menyemak kelulusan yang diberikan oleh Perdana Menteri atau KSN?

The Malaysian Code on Corporate Governance (Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia)

𝙏𝙃𝙀 𝙈𝘼𝙇𝘼𝙔𝙎𝙄𝘼𝙉 𝘾𝙊𝘿𝙀 𝙊𝙉 𝘾𝙊𝙍𝙋𝙊𝙍𝘼𝙏𝙀 𝙂𝙊𝙑𝙀𝙍𝙉𝘼𝙉𝘾𝙀 (Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia) - 𝙈𝘾𝘾𝙂 

MCCG ialah sebuah dokumen rangka kerja utama yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Berfungsi sebagai kompas dan piawaian tertinggi untuk membentuk budaya tadbir urus yang telus, berintegriti, dan bertanggungjawab dalam kalangan syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia.

💡Mengapa MCCG ini Penting?

Menyekat Konflik Kepentingan: Menghalang pengarah daripada menyalurkan projek syarikat kepada ahli keluarga atau syarikat peribadi mereka sendiri (Transaksi Pihak Berkaitan / RPT).

Melindungi Pelabur Minoriti: Memastikan pelabur kecil atau orang awam tidak ditindas oleh keputusan pemegang saham majoriti atau pemilik asal syarikat.

Fokus Agenda ESG (Kelestarian): Dalam edisi terkini, MCCG mewajibkan lembaga pengarah menguruskan risiko alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) demi kelangsungan perniagaan jangka panjang.

. 

1. Krisis Kewangan Asia 1997/1998

Sebelum tahun 2000, Malaysia tidak mempunyai satu kod tadbir urus korporat yang khusus berasaskan prinsip. Banyak syarikat dikendalikan dengan kuasa mutlak di tangan pengasas atau pemegang saham majoriti tanpa sistem semak dan imbang yang ketat.

Apabila Krisis Kewangan Asia melanda pada tahun 1997, banyak syarikat gergasi Malaysia tumbang bukan sahaja disebabkan oleh kejatuhan mata wang Ringgit, tetapi disebabkan oleh amalan tadbir urus yang buruk seperti pinjaman dalaman yang tidak terkawal, transaksi pihak berkaitan (RPT) yang merugikan pelabur minoriti, dan ketiadaan ketelusan kewangan.

Bagi menangani kelemahan ini, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan menubuhkan Jawatankuasa Tinggi mengenai Tadbir Urus Korporat (High-Level Finance Committee on Corporate Governance) pada tahun 1998 untuk mengkaji semula kerangka korporat negara.

. 

2. Kelahiran MCCG Edisi Pertama (Tahun 2000)

Hasil daripada laporan Jawatankuasa Tinggi tersebut, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) secara rasminya melancarkan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) yang pertama pada Mac 2000.

Fokus Utama: Edisi pertama dipengaruhi oleh Cadbury Report dari United Kingdom. Ia menetapkan asas penting untuk struktur bilik lembaga pengarah, termasuk keperluan melantik Pengarah Bebas dan penubuhan jawatankuasa penting seperti Jawatankuasa Audit.

Kod ini memperkenalkan pendekatan pematuhan berstruktur, di mana syarikat senaraian awam (PLC) diwajibkan oleh undang-undang penyenaraian Bursa Malaysia untuk melaporkan sejauh mana mereka mematuhi kod ini dalam laporan tahunan mereka.

. 

3. Semakan Semula Pertama: MCCG 2007
Setelah tujuh tahun dilaksanakan, MCCG disemak semula pada tahun 2007 bagi memperkukuh peranan ahli lembaga pengarah.

Fokus utama - mengetatkan kriteria kelayakan untuk menjadi ahli Jawatankuasa Audit. Kod ini menetapkan secara jelas bahawa semua ahli Jawatankuasa Audit mestilah Pengarah Bukan Eksekutif, dengan majoritinya adalah Pengarah Bebas.

Dan mewajibkan syarikat mempunyai fungsi audit dalaman (internal audit function) yang melapor terus kepada Jawatankuasa Audit, bukannya kepada CEO, bagi mengelakkan manipulasi maklumat operasi.

. 

4. Peralihan ke Arah Budaya Korporat - Pada tahun 2012, SC melancarkan pelan tindakan baharu yang mengubah landskap kod ini daripada sekadar "memenuhi senarai semak" (compliance-based) kepada "penerapan budaya" (principle-based).

Fokus Utama ialah memperkenalkan konsep had tempoh perkhidmatan (tenure limit) 9 tahun untuk pengarah bebas demi mengekalkan keobjektifan mereka.

Mula menyuarakan kepentingan agenda kepelbagaian gender, menggalakkan syarikat menetapkan dasar untuk membawa lebih ramai wanita ke dalam bilik lembaga pengarah.

. 

5. Revolusi "Guna Pakai atau Jelaskan": MCCG 2017
MCCG 2017 merupakan rombakan paling radikal dalam sejarah tadbir urus Malaysia. Mengambil iktibar daripada beberapa skandal kewangan global dan tempatan, kod ini direka semula agar lebih dinamik.

Menggantikan pendekatan lama dengan pendekatan CARE (Comprehend, Apply and Report) serta memperkenalkan falsafah "Guna Pakai atau Jelaskan" (Apply or Explain). Syarikat tidak boleh lagi sekadar berkata "kami tidak patuh"; mereka wajib menjelaskan mengapa mereka tidak patuh dan apa alternatif lain yang diambil.

Memperkenalkan peraturan yang lebih ketat untuk syarikat bermodal besar (large companies ( dalam indeks FBM KLCI atau syarikat dengan modal pasaran RM2 bilion ke atas (contohnya: keperluan pengarah bebas membentuk sekurang-kurangnya 50% daripada lembaga pengarah).

Undian Dua Tingkat (Two-Tier Voting) diperkenalkan untuk mengehadkan pengarah bebas yang berkhidmat melebihi 12 tahun, memberikan kuasa kepada pelabur minoriti untuk menolak pelantikan semula mereka.

6. Edisi Terkini: MCCG 2021 (Fokus Kelestarian & ESG)
Pandemik COVID-19 dan kesedaran global terhadap risiko perubahan iklim mendorong kemas kini terbaharu pada April 2021.

Tadbir Urus Kelestarian (ESG): Menjadikan elemen Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) sebagai tanggungjawab wajib lembaga pengarah. Pengarah kini dinilai berdasarkan keupayaan mereka menguruskan risiko iklim dan kebajikan sosial pekerja.

Sasaran menetapkan bahawa bilik lembaga pengarah syarikat PLC wajib mempunyai sekurang-kurangnya 30% pengarah wanita. Kegagalan memenuhinya dianggap sebagai kelemahan tadbir urus yang serius.

Menegaskan semula bahawa Pengerusi Lembaga Pengarah tidak boleh menganggotai Jawatankuasa Audit, Pencalonan, atau Imbuhan bagi memastikan pemisahan kuasa yang mutlak.

. 

Ia merupakan satu set prinsip, amalan terbaik, dan panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk mengawal selia dan meningkatkan kualiti tadbir urus syarikat-syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia.

Secara mudahnya, MCCG ialah "buku panduan moral dan etika" bagi bilik lembaga pengarah untuk memastikan syarikat diuruskan dengan telus, jujur, dan adil demi kepentingan pelabur serta orang awam.

. 

𝙏𝙚𝙧𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 3 Teras Utama dalam MCCG
Rangka kerja MCCG dibina berasaskan tiga prinsip paksi yang utama:

𝙋𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥 𝘼: Kepimpinan & Komposisi Lembaga Pengarah - Menetapkan peranan yang jelas antara Pengerusi (pengawasan) dan CEO (operasi), menggalakkan pelantikan Pengarah Bebas (sekurang-kurangnya 50%), serta mewajibkan penyertaan sekurang-kurangnya 30% wanita dalam lembaga pengarah.

- Teras ini memfokuskan kepada peranan, tanggungjawab, dan dinamika bilik lembaga pengarah.

Kejelasan Peranan: Mengasingkan dengan jelas kuasa antara Pengerusi Lembaga Pengarah (oversight) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk memastikan semak dan imbang yang adil.

Komposisi Seimbang: Menggalakkan pelantikan Pengarah Bebas yang mencukupi (sekurang-kurangnya 50% daripada ahli lembaga, atau majoriti bagi syarikat bermodal besar) untuk melindungi hak pemegang saham minoriti daripada konflik kepentingan.

Kepelbagaian (Diversity): Menekankan keperluan penglibatan sekurang-kurangnya 30% wanita dalam lembaga pengarah bagi membawa kepelbagaian perspektif dalam pembuatan keputusan.

Had Tempoh Perkhidmatan (Tenure Limit): Mengehadkan tempoh pengarah bebas kepada maksimum 9 tahun untuk mengekalkan keobjektifan mereka. Jika mahu dilanjutkan sehingga 12 tahun, ia memerlukan proses undian dua tingkat (two-tier voting) oleh pemegang saham.

. 

𝙋𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥 𝘽: Audit Efektif & Pengurusan Risiko 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 memastikan syarikat mempunyai Jawatankuasa Audit yang bebas serta sistem kawalan dalaman yang kuat untuk mengesan awal tanda-tanda penipuan (fraud) atau salah guna kuasa.

- Teras ini memastikan kedudukan kewangan dan operasi syarikat sentiasa dipantau secara objektif bagi mengelakkan salah guna kuasa atau manipulasi dana.

Jawatankuasa Audit yang Bebas: Pengerusi Jawatankuasa Audit tidak sepatutnya menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah. Ahli jawatankuasa ini juga mestilah celik kewangan dan bebas daripada pengaruh pihak pengurusan.

Rangka Kerja Risiko yang Teguh: Lembaga pengarah bertanggungjawab mewujudkan sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman yang mampu mengesan awal "red flags" (seperti isu penipuan atau pelaburan yang mencurigakan).

. 

𝙋𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥 𝘾: Integriti Laporan & Hubungan Pihak Berkepentingan dengan mewajibkan syarikat memberikan maklumat kewangan yang telus dan tepat kepada pelabur, serta memudahkan pemegang saham kecil untuk bersuara dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
Teras ini memupuk ketelusan antara pihak syarikat dan pasaran luar.

Komunikasi Telus: Syarikat mesti memberikan maklumat yang tepat, menyeluruh, dan tepat pada masanya kepada pemegang saham (owners) bukan sekadar laporan tahunan yang indah khabar dari rupa.

Mesyuarat Agung yang Bermakna (AGM/EGM): Menggalakkan penggunaan teknologi untuk memudahkan kehadiran pemegang saham kecil, membolehkan mereka menyoal lembaga pengarah secara terus, dan melaksanakan hak mengundi mereka secara telus.

. 

Syarikat perlu memahami dan mengguna pakai amalan terbaik MCCG.

Jika syarikat memilih untuk tidak mengikut sesuatu ketetapan (contohnya, belum mencapai sasaran 30% wanita), mereka wajib menjelaskan secara terbuka mengapa mereka tidak dapat patuh dan apa pelan alternatif yang sedang diambil.

Teras ini memupuk ketelusan antara pihak syarikat dan pasaran luar.

Melalui garis masa sejarah ini, kita dapat melihat bahawa MCCG sentiasa 𝙗𝙚𝙧𝙪𝙗𝙖𝙝 daripada sebuah 𝙙𝙤𝙠𝙪𝙢𝙚𝙣 (tahun 2000) menjadi sebuah rangka kerja proaktif (tahun 2021) yang meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang mempunyai sistem tadbir urus korporat terbaik di rantau Asia Tenggara.

𝘿ar𝙞 segi teknikal, syarikat yang tidak mengikut MCCG tidak dipanggil "melanggar undang-undang", tetapi mereka dipanggil "tidak patuh" (non-compliant).
​
𝙈𝙚mang banyak syarikat yang sengaja mengambil mudah 𝙖𝙢𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙈𝘾𝘾𝙂. 

. 

💥 𝙆𝙀𝙇𝙀𝙈𝘼𝙃𝘼𝙉, 𝙆𝙀𝘾𝙐𝙇𝘼𝙎𝘼𝙉, 𝘿𝘼𝙉 𝙍𝙄𝙎𝙄𝙆𝙊 𝙈𝙀𝙈𝘼𝙉𝘿𝘼𝙉𝙂 𝙍𝙀𝙈𝙀𝙃 𝙈𝘾𝘾𝙂

Banyak syarikat mengambil kesempatan atas kelonggaran (𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙠𝙖𝙩𝙖𝙣 "Guna Pakai atau Jelaskan" (𝘼𝙥𝙥𝙡𝙮 𝙤𝙧 𝙀𝙭𝙥𝙡𝙖𝙞𝙣) dengan memberikan alasan "janji manis" atau teknikal yang berulang-ulang setiap 𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣. 

𝘾𝙤𝙣𝙩𝙤𝙝𝙣𝙮𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙞𝙨𝙪 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙣𝙩𝙞𝙠 30℅ 𝘼𝙝𝙡𝙞 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙒𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙙𝙞𝙥𝙚𝙣𝙪𝙝𝙞. 𝘼𝙡𝙖𝙨𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙞𝙖𝙡𝙖𝙝 "Syarikat sedang dalam usaha mencari calon wanita yang sesuai", semata-mata untuk mengelak daripada melakukan perubahan struktur kuasa dalam bilik lembaga.

Apabila syarikat "𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙪𝙩" amalan tadbir urus sehingga mencetuskan skandal, mereka biasanya ditangkap di bawah undang-undang 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧. 

Banyak syarikat senaraian awam di Malaysia bermula sebagai perniagaan keluarga. Apabila ia berkembang menjadi syarikat besar, pengasas atau pemilik majoriti masih mahu menggenggam kuasa mutlak. Mereka melihat syarat 𝙈𝘾𝘾𝙂 (seperti membawa masuk orang luar sebagai Pengarah Bebas) sebagai 𝙖𝙣𝙘𝙖𝙢𝙖𝙣 yang mengganggu kawalan mereka.

Walaupun di atas kertas syarikat melaporkan mereka mempunyai "𝙋𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙖𝙝 𝘽𝙚𝙗𝙖𝙨", dalam realiti gelap korporat, pengarah tersebut mungkin merupakan kawan rapat, bekas rakan sekerja, atau proksi tersirat kepada pemilik majoriti. Ini menyebabkan fungsi semak dan imbang gagal berfungsi dengan objektif.

​𝙇𝙖𝙨𝙩 𝙗𝙪𝙩 𝙣𝙤𝙩 𝙡𝙚𝙖𝙨𝙩, 𝙧amai pelabur biasa (𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙬𝙖𝙣) hanya melihat kepada turun naik harga saham dan keuntungan jangka pendek, tanpa memedulikan Laporan Tadbir Urus Korporat syarikat. Kurangnya tekanan daripada pelabur minoriti membuatkan pihak pengurusan merasa selesa untuk terus culas daripada mematuhi MCCG.

​Jadi, apabila sesebuah syarikat memandang remeh amalan MCCG, mereka sebenarnya sedang membina bom jangka. Sebaik sahaja ketidakpatuhan itu membawa kepada ketirisan kewangan yang nyata, pada saat itulah tindakan undang-undang sivil dan jenayah yang berat akan masuk campur untuk menghukum mereka.

💥 𝙆𝙄𝙏𝘼 𝘼𝙈𝘽𝙄𝙇 𝘾𝙊𝙉𝙏𝙊𝙃 𝙆𝙀𝙎 𝙏𝘼𝙄 𝘽𝙊𝙊𝙉 𝙒𝙀𝙀 𝘿𝘼𝙉 𝙂𝙄𝙄𝘽 𝙃𝙊𝙇𝘿𝙄𝙉𝙂𝙎

Kes ini adalah salah satu contoh yang bagus untuk menunjukkan bagaimana sistem tadbir urus korporat, audit forensik, dan undang-undang sebenar berfungsi dalam menapis tuduhan di mahkamah.

​Apabila seseorang pengasas atau pengarah dibebankan dengan tuduhan salah laku, sistem keadilan akan melihat kepada bukti dokumentasi, pematuhan prosedur, dan niat untuk menentukan sama ada berlakunya keculasan atau tidak. 

Dalam kes Tai Boon Wee, mahkamah akhirnya melepas dan membebaskan beliau kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kesalahan, yang mengesahkan bahawa tindakan beliau adalah mengikut tadbir urus syarikat dan tidak menyalahi undang-undang.

Ini juga menjadi bukti bahawa sekiranya seseorang pemimpin korporat itu sentiasa menjaga rekod, mematuhi keputusan lembaga pengarah, dan bertindak tanpa niat menipu, undang-undang (𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝘼𝙠𝙩𝙖 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝘼𝙠𝙩𝙖 𝙎𝙪𝙧𝙪𝙝𝙖𝙣𝙟𝙖𝙮𝙖 𝙋𝙚𝙣𝙘𝙚𝙜𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙨𝙪𝙖𝙝) akan bertindak sebagai pelindung kepada mereka daripada tuduhan yang tidak berasas.

Bagaimana sindiket korporat memanipulasi syarikat bermodal kecil?


Bagaimana sindiket korporat memanipulasi syarikat bermodal kecil?

Salah satu strategi bagaimana kita nak mengkaji corak (𝙥𝙖𝙩𝙩𝙚𝙧𝙣 𝙧𝙚𝙘𝙤𝙜𝙣𝙞𝙩𝙞𝙤𝙣) sindiket korporat adalah dengan membaca kes-kes yang telah terjadi. 

Dalam dunia manipulasi pasaran saham, watak boleh bertukar, nama syarikat boleh berganti, tetapi corak permainan (modus operandi) sindiket selalunya tetap sama.

​Apabila kita ikut dan membaca kronologi kes-kes ini, kita boleh buat satu 𝙘𝙝𝙚𝙘𝙠𝙡𝙞𝙨𝙩 amaran awal. Biasanya, sindiket korporat akan menunjukkan tanda-tanda ini secara 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙪𝙧𝙪𝙩𝙖𝙣. 

1. Pertukaran Lembaga Pengarah Secara Mendadak. Di mana akan ada kemasukan muka² baru yang sering dikaitkan dengan syarikat-syarikat 𝙥𝙚𝙣𝙣𝙮 𝙨𝙩𝙤𝙘𝙠 (𝙨𝙖𝙝𝙖𝙢 𝙢𝙪𝙧𝙖𝙝) lain yang pernah bermasalah. 

2. Cerita Naratif Baru (The Hype Phase).
Syarikat tiba-tiba mengumumkan 𝙈𝙚𝙢𝙤𝙧𝙖𝙣𝙙𝙪𝙢 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙚𝙛𝙖𝙝𝙖𝙢𝙖𝙣 (𝙈𝙤𝙐) untuk masuk ke sektor yang tengah popular. Contohnya seperti, kecerdasan buatan, tenaga hijau atau teknologi baru) walaupun itu bukan kepakaran asal mereka. 

3. Aktiviti Pendanaan Agresif. 
Pengumuman 𝙋𝙧𝙞𝙫𝙖𝙩𝙚 𝙋𝙡𝙖𝙘𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩 (𝙥𝙚𝙣𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙠𝙝𝙖𝙣) atau 𝙍𝙞𝙜𝙝𝙩𝙨 𝙄𝙨𝙨𝙪𝙚 (𝙩𝙚𝙧𝙗𝙞𝙩𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙠) bertubi-tubi dengan alasan untuk "𝙢𝙤𝙙𝙖𝙡 𝙠𝙚𝙧𝙟𝙖," tetapi duit tersebut kemudiannya digunakan untuk membeli aset atau saham syarikat lain pada harga yang tidak munasabah.​Pertukaran 

4. Juruaudit Corporat 
Apabila juruaudit luar mula mempersoalkan transaksi tersebut, pengurusan syarikat akan menukar mereka dengan juruaudit lain atas alasan "𝙥𝙚𝙣𝙟𝙞𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙠𝙤𝙨" atau "𝙥𝙪𝙩𝙖𝙧𝙖𝙣 bias𝙨." Skim "𝙎𝙪𝙣𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝘼𝙨𝙚𝙩" Sampah (𝙊𝙫𝙚𝙧𝙫𝙖𝙡𝙪𝙚𝙙 𝘼𝙨𝙨𝙚𝙩 𝙄𝙣𝙟𝙚𝙘𝙩𝙞𝙤𝙣)

- Ini adalah taktik di mana sindiket menggunakan syarikat 𝙋𝙇𝘾 (𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼) untuk membeli syarikat swasta lain (𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘽) yang sebenarnya tidak bernilai tinggi, tetapi dinilai melambung tinggi atas kertas.

- ​𝙈𝙤𝙙𝙪𝙨 𝙊𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙙𝙞: Sindiket memiliki 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘽 (contoh syarikat teknologi suam-suam kuku atau hartanah terbiar). Kemudian mereka mengupah penilai bebas yang korup atau menggunakan unjuran keuntungan (𝙥𝙧𝙤𝙛𝙞𝙩 𝙥𝙧𝙤𝙟𝙚𝙘𝙩𝙞𝙤𝙣) yang tidak realistik untuk mendakwa 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘽 bernilai RM50 juta.

- 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙥𝙪𝙡𝙖𝙨𝙞: 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼 (𝙋𝙇𝘾) kemudiannya membeli 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘽 dengan harga RM50 juta menggunakan duit pelabur atau dengan menerbitkan saham baharu. Kesannya, 𝙩𝙪𝙣𝙖𝙞 𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘼 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙞𝙣𝙙𝙖𝙝 ke 𝙥𝙤𝙠𝙚𝙩 𝙨𝙞𝙣𝙙𝙞𝙠𝙚𝙩, manakala 𝙥𝙚𝙡𝙖𝙗𝙪𝙧 𝙧𝙪𝙣𝙘𝙞𝙩 𝙢𝙚𝙢𝙚𝙜𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙝𝙖𝙢 𝙨𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 yang dipenuhi aset "𝙨𝙖𝙢𝙥𝙖𝙝"

5. 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙪𝙢𝙪𝙢𝙖𝙣 "𝙈𝙤𝙐 𝙆𝙚𝙧𝙩𝙖𝙨" & 𝙏𝙪𝙠𝙖𝙧 𝙉𝙖𝙢𝙖 (𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙚𝙗𝙧𝙖𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙃𝙮𝙥𝙚)

𝙆𝙪𝙢𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙨indiket sangat pakar dalam memanipulasi psikologi 𝙥𝙖𝙨𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 menggunakan sentimen semasa.

​Modus 𝙊𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙙𝙞 𝙞𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙖pabila sesuatu sektor tengah hangat (contohnya: 𝙍𝙀/𝙏𝙚𝙣𝙖𝙜𝙖 𝙃𝙞𝙟𝙖𝙪, 𝙆𝙚𝙘𝙚𝙧𝙙𝙖𝙨𝙖𝙣 𝘽𝙪𝙖𝙩𝙖𝙣 (𝘼𝙄), atau 𝘾𝙞𝙥 𝙎𝙚𝙢𝙞𝙠𝙤𝙣𝙙𝙪𝙠𝙩𝙤𝙧), syarikat bermodal kecil ini akan tiba-tiba menukar namanya supaya kedengaran canggih dan futuristik.

𝘾𝙖𝙧𝙖 𝙢𝙖𝙣𝙞𝙥𝙪𝙡𝙖𝙨𝙞 𝙞𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙈ereka akan menandatangani 𝙈𝙚𝙢𝙤𝙧𝙖𝙣𝙙𝙪𝙢 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙚𝙛𝙖𝙝𝙖𝙢𝙖𝙣 (MoU) dengan syarikat asing atau entiti yang tidak dikenali untuk "𝙢𝙚𝙣𝙚𝙧𝙤𝙠𝙖 𝙥𝙚𝙡𝙪𝙖𝙣𝙜" dalam sektor tersebut. 

Pengumuman ini akan dicanang oleh 𝙘𝙮𝙗𝙚𝙧𝙩𝙧𝙤𝙤𝙥𝙚𝙧𝙨 atau 𝙛𝙞𝙣𝙛𝙡𝙪𝙚𝙣𝙘𝙚𝙧𝙨 𝙪𝙥𝙖𝙝𝙖𝙣 di 𝙏𝙚𝙡𝙚𝙜𝙧𝙖𝙢 dan 𝙁𝙖𝙘𝙚𝙗𝙤𝙤𝙠 untuk menaikkan harga saham (𝙥𝙪𝙢𝙥). 𝙍𝙚𝙖𝙡𝙞𝙩𝙞𝙣𝙮𝙖, 90% daripada MoU ini akan dibatalkan secara senyap beberapa bulan kemudian selepas sindiket selesai menjual saham mereka pada harga puncak.

6. 𝙏𝙖𝙠𝙩𝙞𝙠 "𝙇𝙤𝙖𝙣-𝙩𝙤-𝙊𝙬𝙣" (𝙎𝙠𝙞𝙢 𝙋𝙞𝙣𝙟𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙣𝙟𝙚𝙧𝙖𝙩)

Apabila syarikat bermodal kecil menghadapi masalah kewangan, pengurusan asal biasanya sukar mendapatkan pinjaman bank. Di sinilah sindiket masuk menyamar sebagai "𝙥𝙚𝙣𝙮𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩".

𝙈𝙤𝙙𝙪𝙨 𝙊𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙙𝙞: Sindiket 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙬𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙞𝙣𝙟𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙩𝙪𝙣𝙖𝙞 (atau 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙗𝙪𝙧 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪𝙞 𝙍𝙚𝙙𝙚𝙚𝙢𝙖𝙗𝙡𝙚 𝘾𝙤𝙣𝙫𝙚𝙧𝙩𝙞𝙗𝙡𝙚 𝙋𝙧𝙚𝙛𝙚𝙧𝙚𝙣𝙘𝙚 𝙎𝙝𝙖𝙧𝙚𝙨 - 𝙍𝘾𝙋𝙎) kepada syarikat tersebut.

𝘾𝙖𝙧𝙖 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙥𝙪𝙡𝙖𝙨𝙞: Syarat pinjaman diletakkan sangat ketat. Apabila syarikat gagal membayar atau mencapai 𝙆𝙋𝙄 tertentu, pinjaman tersebut atau 𝙍𝘾𝙋𝙎 tadi akan ditukarkan (𝙘𝙤𝙣𝙫𝙚𝙧𝙩𝙚𝙙) menjadi saham biasa pada harga yang terlampau murah. 𝙏𝙖𝙠𝙩𝙞𝙠 𝙞𝙣𝙞 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙞𝙣𝙙𝙞𝙠𝙚𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙝 pegangan majoriti syarikat tanpa perlu melancarkan tawaran pengambilalihan mandatori (𝙈𝙂𝙊) yang mahal.

7. 𝙎𝙠𝙞𝙢 𝙀𝙎𝙊𝙎 (𝙀𝙢𝙥𝙡𝙤𝙮𝙚𝙚 𝙎𝙝𝙖𝙧𝙚 𝙊𝙥𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙎𝙘𝙝𝙚𝙢𝙚) yang Disalahgunakan

𝙀𝙎𝙊𝙎 sepatutnya dicipta untuk memberi ganjaran dan motivasi kepada pekerja syarikat berprestasi tinggi. Namun, dalam syarikat yang dimanipulasi, ia menjadi lubuk duit pengurusan.

​𝙈𝙤𝙙𝙪𝙨 𝙊𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙙𝙞: 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙖𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙪𝙡𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣 skim 𝙀𝙎𝙊𝙎 yang sangat besar (contohnya sehingga 30% daripada jumlah saham syarikat).

​𝘾𝙖𝙧𝙖 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙥𝙪𝙡𝙖𝙨𝙞𝙡𝙞: Pilihan saham (𝙤𝙥𝙩𝙞𝙤𝙣𝙨) ini diberikan kepada pengarah dan proksi-proksi mereka pada harga diskaun yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa. Sebaik sahaja skim ini diluluskan, mereka akan menggunakan berita baik (𝙥𝙖𝙡𝙨𝙪) untuk menaikkan harga saham di pasaran, kemudian menggunakan hak 𝙀𝙎𝙊𝙎 mereka untuk mendapatkan saham murah dan terus menjualnya (𝙙𝙪𝙢𝙥) ke pasaran untuk mengaut keuntungan atas angin.

8. 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙖𝙖𝙣 𝘼𝙠𝙖𝙪𝙣 𝙈𝙖𝙧𝙜𝙞𝙣 & "𝙉𝙤𝙢𝙞𝙣𝙚𝙚 𝘼𝙘𝙘𝙤𝙪𝙣𝙩𝙨" untuk Sorok Identiti

​Di bawah peraturan Bursa Malaysia, sesiapa yang memegang lebih 5% saham syarikat dikira sebagai "𝙋𝙚𝙢𝙚𝙜𝙖𝙣𝙜 𝙎𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙐𝙩𝙖𝙢𝙖" (𝙎𝙪𝙗𝙨𝙩𝙖𝙣𝙩𝙞𝙖𝙡 𝙎𝙝𝙖𝙧𝙚𝙝𝙤𝙡𝙙𝙚𝙧) dan setiap transaksi mereka wajib diumumkan kepada awam. 𝙎𝙞𝙣𝙙𝙞𝙠𝙚𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙡𝙖𝙠 peraturan ini dengan 𝙩𝙚𝙠𝙣𝙞𝙠 𝙥𝙚𝙘𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙧𝙞𝙣𝙩𝙖𝙝.

𝙈𝙤𝙙𝙪𝙨 𝙊𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙙𝙞: Sindiket akan membuka berpuluh-puluh akaun saham menggunakan nama 𝙥𝙧𝙤𝙠𝙨𝙞, saudara-mara, atau syarikat cengkerang (𝙨𝙝𝙚𝙡𝙡 𝙘𝙤𝙢𝙥𝙖𝙣𝙞𝙚𝙨) di bawah 𝙉𝙤𝙢𝙞𝙣𝙚𝙚 𝘼𝙘𝙘𝙤𝙪𝙣𝙩𝙨 (𝙋𝙡𝙚𝙙𝙜𝙞𝙣𝙜).

𝘾𝙖𝙧𝙖 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙥𝙪𝙡𝙖𝙨𝙞: Setiap akaun sengaja memegang saham sekitar 4.8% atau 4.9% sahaja (bawah had 5%). Di atas kertas, syarikat itu nampak seperti dimiliki oleh orang awam yang berbeza-beza. Namun hakikatnya, kesemua akaun tersebut dikawal oleh satu dalang yang sama untuk mengundi di 𝘼𝙂𝙈 atau melakukan 𝙩𝙧𝙖𝙣𝙨𝙖𝙠𝙨𝙞 𝙥𝙖𝙠𝙖𝙩𝙖𝙣 (𝙘𝙤𝙤𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙩𝙚𝙙 𝙬𝙖𝙨𝙝 𝙩𝙧𝙖𝙙𝙚𝙨) bagi memanipulasi harga saham tanpa dikesan oleh pengawal selia dengan mudah.

Tadbir Urus Korporat (Corporate Governance)

​Untuk para pelabur, pemilik bisnes, dan pengarah syarikat, tadbir urus korporat (corporate governance) bukan sekadar senarai semak (checklist) untuk bahagian pematuhan undang-undang.

​"Corporate Governance" adalah nadi yang menentukan sama ada sesebuah syarikat bernilai bilion ringgit akan terus kukuh, atau runtuh dalam sekelip mata.
​
Setiap kali kita didedahkan dengan berita syarikat gergasi yang tiba-tiba melandai, disiasat pihak berkuasa, atau pengasasnya disingkirkan. Di sebalik setiap skandal kewangan yang berlaku, puncanya hampir sentiasa berakar umbi daripada satu perkara: Kegagalan Tadbir Urus Korporat.
​
Sebenarnya "Corporate Governance" adalah satu sistem, prinsip, dan proses yang mengawal selia bagaimana sesebuah syarikat diarahkan dan dikawal. Ia memastikan syarikat diuruskan dengan tiga pasak utama: Ketelusan (Transparency), Akauntabiliti (Accountability), dan Keadilan (Fairness).

​Dalam ekosistem korporat yang sihat, wujud satu hubungan tiga segi yang kritikal yang saling mengimbangi kuasa:

​🔸Ahli Lembaga Pengarah (Board of Directors) yang brtindak sebagai "stereng" dan kompas yang memandu hala tuju strategik serta melindungi kepentingan pelabur.

🔸​Pihak Pengurusan (Management/CEO) sebagai nadi operasi yang menjalankan perniagaan harian berdasarkan tanggungjawab yang diberikan.

🔸​Pemegang Saham (Shareholders) adalah mereka yang membekalkan modal dan menuntut ketelusan serta pulangan yang adil.

​Dan bila hubungan tiga segi ini pincang, contohnya apabila Lembaga Pengarah menjadi "pak turut" kepada CEO, atau pemegang saham majoriti mula membelakangkan undang-undang, maka di sinilah retakan pertama bermula.

​Sebagai pelabur atau pemerhati industri, memahami tadbir urus korporat membantu kita sebagai pelabur melihat "red flags" lebih awal sebelum sesebuah syarikat jatuh.

​Apabila ketelusan diabaikan dan kuasa tidak diimbangi, di sinilah bermulanya retakan yang membawa kepada skandal kewangan berskala besar, manipulasi akaun, sehinggalah kepada isu 'corporate mafia' yang memanipulasi dana pelabur demi kepentingan peribadi.

Untuk memahami pasaran saham dan dunia perniagaan dengan mendalam, kita tidak boleh sekadar melihat pada angka keuntungan di atas kertas. Kita wajib melihat bagaimana "kapal" itu dikemudikan.