Ni boleh dikatakan sebagai serangan hendap korporat. Sebab dikira sebagai satu tindakan agresif dimana pihak pengambil alih pandang rendah pihak kepimpinan sasaran dan buat tawaran terus kepada pemegang saham.
⚙️ Dua kaedah utama yang selalu digunakan ialah Tawaran Penerimaan (Tender Offer) dan Pertarungan Proksi (Proxy Fight).
[√] Tender Offer
Pengambil menawarkan harga premium kepada pemegang saham untuk membeli saham mereka. Matlamatnya ialah untuk menguasai >50% saham. Bila dah cukup pegangan mereka akan jadi tuan. Sama macam Mafia beli undi penduduk kampung satu-satu. Lepas dapat majoriti, dia jadi "ketua kampung" walaupun orang tua kampung menangis.
[√] Proxy Fight
Pihak pengambil alih yakinkan shareholders sedia ada untuk undi keluar pengurusan semasa, lalu melantik pihak yang lebih mesra kepada syarikat pengambil alih. Sama macam dalam Pilihanraya. Menipu, beli undi, tukar pemimpin, kemudian lepas itu buat apa saja sesuka hati.
📋 Contoh:
Kita ada rumah (syarikat sasaran). Tinggal bersama keluarga (pekerja, pembekal, komuniti) dan kita sayang rumah itu.
Tiba-tiba datang jiran sebelah rumah yang banyak duit nak ambil rumah kita. Jiran ni tahu dah kita tak mahu jual rumah kita. Jadi, jiran ni tadi tidak akan datang dan bertanya kepada kita, sebaliknya individu atau jiran ni pergi jumpa anak-anak kita (pemegang saham) dan bagi mereka RM500 seorang, sedangkan rumah kita ni harga RM400 sahaja. Anak-anak kita gembira sebab dapat RM500 tersebut jadi mereka pun jual bahagian mereka kepada jiran kita yang kaya tu tadi.
Jiran kita tu masuk rumah, halau kita keluar, tukar kunci rumah dan jual perabot-perabot dalam rumah kita sebab mahu untung cepat.
Orang yang menyokong cara ini akan kata, "Kalau harga lebih tinggi, pemegang saham untung. Itu pasaran."
📊 HOSTILE TAKEOVER DISIPLIN PASARAN?
Kononnya “hostile takeover” adalah sistem disiplin untuk betulkan syarikat yang tak perform dan bagi tambah nilai. Ia bertindak sebagai mekanisme disiplin untuk membetulkan syarikat yang tidak cekap dan menambah nilai. Tapi ini hanyalah sembang.
[√]
Ada analisis akademik dedahkan bahawa pandangan tradisional ini ada cacat celanya. Kecekapan pasaran modal yang sempurna adalah satu ilusi. Faktor seperti ketidakseimbangan maklumat, sokongan kerajaan, dan ketidaksempurnaan struktur dalam industri menyebabkan harga saham boleh dimanipulasi.
[√]
Syarikat yang berkualiti tinggi boleh dinilai rendah, menjadikannya mangsa mudah, manakala syarikat bermasalah pula boleh kekal dinilai tinggi.
[√]
Jadi, hostile takeover selalunya bukan tentang membunuh "syarikat yang sakit", tetapi membunuh "syarikat yang sihat dan bagus" pada harga murah.
📊 BEBAN KEPADA STAKEHOLDERS
DIsebalik kenaikan harga saham, ada pihak yang menanggung beban sebenar. Keuntungan dalam hostile takeover selalunya bukan datang daripada penciptaan nilai, tetapi daripada rompakan kekayaan pemegang kepentingan seperti pekerja (kehilangan pekerjaan, pencen), pembekal, dan pelanggan komuniti setempat.
[√]
Maksudnya, keuntungan itu datang daripada pemindahan kekayaan atau pengurangan kos seperti membuang pekerja dan menjual aset.
[√]
Ini adalah zero-sum game yang mana wang yang diagihkan kepada pemegang saham datang daripada "pemotongan" hak pihak lain yang penting.
📊 PERTAHANAN JANGKA PENDEK
Pengurusan pihak sasaran/mangsa terpaksa mempertahankan diri melalui strategi seperti poison pill yang merugikan syarikat. Ini boleh membazirkan sumber. Lebih teruk, ia memaksa syarikat memberi tumpuan kepada keuntungan jangka pendek demi mengelakkan serangan, dengan mengorbankan inovasi dan pelaburan jangka panjang. Ini boleh menjejaskan ekonomi secara keseluruhan.
⛔ DARI SUDUT MAFIA KORPORAT
Dalam dunia mafia korporat, ada dua cara kuasa:
Mafia Jalanan yang menggunakan kekerasan fizikal, ugutan dan pemerasan.
Mafia Korporat pula menggunakan wang ringgit, undang-undang dan maklumat sebagai senjata utama. Lebih banyak wang yang mereka ada lebih berani mereka menggunakan kuasa undang-undang dan mendapatkan maklumat.
[√]
Hostile takeover adalah senjata pilihan mafia korporat. Memang bukan persaingan yang sihat. Walaupun tidak menggunakan kekerasan ia tetap memberi kesan yang sama. Memusnahkan syarikat lawan.
⛔ Ciri-ciri mafia korporat dalam konteks ini:
#1. Perlindungan (Protection) - yang mana mereka akan tawarkan “nilai tambah” tapi sebenarnya adalah ugutan dengan ayat, “Terima apa yang ditawarkan atau kami akan hancurkan harga saham syarikat kamu…”
#2. "Pembayaran Ufti" (Kickbacks) -. Memberi saham premium kepada pemegang saham besar sebagai "rasuah" untuk mengkhianati pengurusan sedia ada. Boleh juga dikira sebagai komisyen atau rasuah.
#3. "Zon Pengaruh" (Turf) - Sektor strategik (seperti pelabuhan, infrastruktur, teknologi) dirampas untuk kepentingan kartel tertentu.
Dalam dunia korporat, "turf" ialah sektor ekonomi atau industri strategik yang dikuasai oleh segelintir pemain besar tak kira sama ada secara monopoli, kartel, atau pengaruh politik.
💥 Sektor strategik ini mesti ada ciri-ciri:
[√]
Kepentingan Nasional seperti Pelabuhan, lapangan terbang, jalan tol, tenaga, telekomunikasi.
[√]
Perlu modal yang besar dan mempunyai cabaran untuk masuk yang tinggi kerana biasanya untuk market ini agak susah untuk “pemain baru” untuk masuk.
[√]
Mempunyai aliran tunai yang stabil, dimana sektor yang mahu diambil alih ini mendapat pendapatan yang tetap, terjamin dan mempunyai risiko yang rendah.
[√]
Penguasaan pasaran yang bermaksud, siapa yang kawal sektor ini, dialah bakal menguasai ekonomi.
👨💼 Siapa yang kawal “turf” ini, dia akan kawal negara.
"Orang Dalam" (Inside Man) seperti penganalisis kewangan, penasihat bebas, dan media yang "disenyapkan" atau "dibeli" untuk memberi justifikasi.
ANTARA PEMBOHONGAN MAFIA KORPORAT
⛔ Biasanya, selepas hostile takeover, produktiviti sebenar (bukan keuntungan kewangan) jarang meningkat secara berterusan. Yang meningkat adalah keuntungan pemegang saham pengambil. Ini pun hasil daripada:
⛔ Akan berlakunya pemberhentian beramai-ramai (secara tak langsung kos sosial dipindahkan ke negara).
⛔ Penjualan aset bernilai (untung pantas, rugi jangka panjang).
⛔ Pemotongan R&D (inovasi dibunuh untuk bonus tahunan).
⛔ Mereka kata mereka menghormati hak pemegang saham tapi hakikatnya mereka beli undi pemegang saham seperti pengundi di kawasan miskin.
⛔ Ayat "pemegang saham adalah raja" digunakan sebagai senjata pemusnah. Pemegang saham kecil tidak mempunyai masa, kepakaran, atau kuasa untuk menilai tawaran. Mereka hanya melihat harga premium dan menjual tanpa tahu yang sebenarnya:-
Premium itu dibiayai oleh hutang yang akan dibebankan kepada syarikat sasaran.
[√]
Selepas pengambilalihan, harga saham sering jatuh lebih rendah daripada harga pra-tawaran (dalam tempoh 2-3 tahun).
Mafia korporat tahu perkara ni, jadi disebabkan mereka tahu, mereka cuba untuk memperbodohkan majorit dan menguasai pihak minoriti (seperti mereka yang ada jawatan dalam bahagia operasi tertinggi atau Ahli Lembaga Pengarah)
⛔ Mereka kata mereka “Cipta Nilai, tapi sebenarnya nilai yang dicipta hanyalah ilusi perakaunan.
Realiti yang berlaku ialah:
[√]
Rompakan daripada pekerja (gaji, pencen, keselamatan pekerjaan).
[√]
Rompakan daripada pembekal (kontrak dibatalkan, terma ditarik).
[√]
Rompakan daripada kerajaan (insentif cukai, subsidi, dan kemudiannya bailout).
[√]
Dah macam skim Ponzi berskala korporat, untung diswastakan, kerugian disosialisasikan.
⛔ Mereka kata mereka mematuhi undang-undang tapi apa yang sebenarnya berlaku mereka mengeksploitasi lompong undang-undang.
[√]
Di Malaysia dan Indonesia, tiada undang-undang khusus yang mengawal hostile takeover sebab:
[√]
Tiada keperluan "yang betul-betul munasabah berdasarkan kepentingan", hanyalah prosedur.
[√]
Tiada perlindungan untuk pekerja dan komuniti sebagai pemegang kepentingan sah.
[√]
Tiada hukuman berat untuk maklumat mengelirukan dalam prospektus.
Macam kita rompak bank melalui pintu depan, sebab pintu depan tu tak ada kunci.
✅ BAGAIMANA MAFIA KORPORAT BEROPERASI (PALING PENTING)
[#1]. Mereka buat pengintipan dengan membeli data pasaran, mereka mengennal pasti syarikat dengan aset tersembunyi tetapi harga saham tertekan.
[#2]. Mereka rapat dengan pemegang saham besar, tawarkan "insentif peribadi" (dalaman) aka merasuah orang dalam.
[#3]. Mafia korporat menyerang dengan melancarkan tender offer dengan premium 20-50%, dibiayai hutang.
[#4]. Mereka hancurkan syarikat dengan menggantikan ahli lembaga, potong kos, jual aset, keluarkan dividen besar. Cepat-cepat untung, then tinggalkan.
[#5]. Kalau katalah proses hostile takeover itu gagag mereka akan jual saham dengan keuntungan kecil atau ulangi taktik di syarikat lain. Tiada kesan jenayah yang ditinggalkan kerana semuanya kelihatan sah.
KELEMAHAN PERUNDANGAN DAN KEKANGAN TEMPATAN
Di Malaysia, tidak ada undang-undang khusus yang ditetapkan untuk membanteras “hostile takeover” sebab peraturan yang sedia ada bersifat lebih umum. Banyak prinsip hanyalah panduan dan bukan peruntukan jenayah.
Ini mewujudkan "kekosongan undang-undang" yang dimanfaatkan oleh pihak dengan modal besar. Ia juga menjadi modus operandi "mafia korporat" untuk merampas syarikat secara licik melalui perjanjian-perjanjian yang kelihatan sah di sisi undang-undang.
[√√√]
SIAPA UNTUNG, SIAPA RUGI?
📂Yang pertama sudah tentu pihak penyerang atau perampas yang untung besar sebab mereka yang kawal monopoli. Mereka boleh ambil dividen dan jual aset mengikut sesuka hati.
📂CEO dan lembaga sasaran kemungkinan dapat golden parachute (pampasan besar bila dipecat). Tetapi tetap juga hilang kuasa.
📂Pemegang saham besar akan untung premium jangka pendek dan rugi jangka panjang bila saham jatuh.
📂Pemegang saham kecil agak malang kerana tertipu, sebab mereka ingat boleh nampak untung, tapi terperangkap. Pemegang saham kecil ni biasanya akan berhadapan dengan kerugian yang paling teruk.
📂Pekerja Syarikat yang diambil alih pula akan dibuang kerja.
📂Pembekal & komuniti juga akan mengalami kerugian kerana kontrak yang dijanjikan terpaksa dibatalkan. Local economy akan mati.
📂Negara pula akan rugi sebab aset strategik hilang, terpaksa dijual, cukai hilang dan kalau sektor tersebut melibatkan projek kerajaan, kerajaan akan terpaksa “bailout”.
💥💥💥 Mafia korporat lebih mendatangkan keburukan dari Mafia Jalanan sebab kita tak nampak yang mereka ni jahat. Mafia korporat ni berpakaian kemas, baju kemeja, belajar pun tinggi. Kalau mafia jalanan boleh ditangkap tetapi Mafia Korporat dilindungi oleh peguam dan bank pelaburan. Lagi mereka lagi banyak perlindungan yang mereka dapat. Diraikan sebagai "pemimpin industri" di majlis anugerah.
Jahatnya mafia korporat kerana mereka merosakkan ekosistem perniagaan, menghapuskan persaingan, dan menjadikan ekonomi sebagai milik segelintir kartel.
Hostile Takeover adalah Rompakan Berlesen. Yang mengaut keuntungan dengan meragut aset murah dan menjejaskan pemegang kepentingan. Senang dipengaruhi oleh kepentingan politik dan kuasa. Protected by law. Dirayakan oleh media. Tapi sebenarnya ia tidak memberi kebaikan pun. Hanya untuk mengkaya dan menguntungkan segelintir golongan elit yang mahu mengawal ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment