Strategi pertahanan korporat yang digunakan untuk halang "hostile takeover" dengan menjadikan kos pengambilalihan sangat mahal.
π Contoh;
Bila seorang pelabur (musuh) membeli saham melebihi had tertentu (biasanya 10-20%), hak semua pemegang saham lain (kecuali pembeli) akan diaktifkan.
Mereka dibenarkan membeli saham baru syarikat pada diskaun 30-50% di bawah harga pasaran.
Ini akan buatkan pemegang saham lain untung dengan serta merta dan pemilikan pembeli dicairkan (contoh, dari 20% turun ke 10%). Jadi, percubaan untuk kuasai syarikat akan jadi lebih susah dan mahal.
[√] Dua Jenis "Poison Pill" Utama:
(1) Flip-in
Pemegang saham (kecuali pembeli) beli saham syarikat sasaran pada harga diskaun. Ini mencairkan saham pembeli.
(2) Flip-over
Jika pengambilalihan tetap berlaku, pemegang saham syarikat sasaran berhak membeli saham syarikat pembeli pada harga diskaun, menjejaskan nilai syarikat gabungan.
[√] Tujuan PP adalah untuk bagi masa kepada Lembaga Pengarah untuk nilai tawara, runding harga kepada harga yang lebih tinggi atau cari alternatif lain. (Mungkin, premium tawaran boleh naik sehingga 24%).
[√] Biasanya strategi ini digunakan untuk melindungi pengurusan sedia ada (entrenched management) dan bukannya kepentingan pemegang saham, dengan menafikan peluang keuntungan premium daripada pengambilalihan.
⛔ Ada lagi satu strategi iaitu "Preferred Stock Plan".
Ini Poison Pill yang menggunakan saham keutamaan (preferred stock), bukannya saham biasa.
Tujuannya adalah untuk naikkan kos pengambilalihan dan cairkan saham penyerang. Cara Penebusan pulak pada harga premium atau penukaran ke saham biasa.
π Contoh;
Syarikat terbitkan saham keutamaan baharu.
Kemudian diberikan sebagai dividen kepada pemegang saham sedia ada (percuma). Setiap 1 saham biasa dapat 1 saham keutamaan.
Saham keutamaan ini ada "hak istimewa".
Kalau ada pengambilalihan, pemegang saham boleh tebus (redeem) saham keutamaan ini pada harga yang tinggi.
Ini akan beri kesan kepada pembeli atau penyerang yang mahu mengambilalih syarikat ialah kerana kos telah meningkat.Syarikat kena bayar wang tunai untuk tebus saham itu, menyebabkan syarikat berhutang/kehilangan wang menjadikan ia kurang menarik untuk dibeli.
Dari segi pencairan saham, kalau penyerang membeli syarikat, dia terpaksa tebus semua saham keutamaan dengan harga premium, bermakna dia kena bayar lebih banyak wang.
Di Malaysia jarang sangat strategi Poison Pill digunakan sebab kawalan ketat. Lembaga pengarah tidak boleh mengambil tindakan pertahanan terhadap tawaran pengambilalihan yang sah tanpa kelulusan pemegang saham.
π₯ "Poison pill lebih melindungi bos daripada melindungi pelabur."
π Contoh;
CEO yang prestasi teruk tahu dia akan dipecat kalau syarikat diambil alih. Jadi, dia aktifkan poison pill untuk selamatkan kerjanya, bukan untuk selamatkan nilai saham.
Bagus kalau digunakan untuk berunding harga lebih tinggi demi pemegang saham. Tidak memberi kebaikan kalau digunakan untuk melindungi bos yang tidak cekap dan menafikan peluang pemegang saham.
No comments:
Post a Comment