Pages

Jenis-jenis Ketagihan

 📸Pusat Khidmat Gelandangan Kuala Lumpur

Ada banyak jenis ketagihan yang kita perlu tahu. Ketagihan bukan sekadar masalah dadah. Ia merangkumi pelbagai bentuk yang mempengaruhi kehidupan seseorang. 

Berikut adalah klasifikasi utama: 


1. Ketagihan kepada Bahan (Substance Addiction) Contohnya seperti: 

- Ketagihan kepada minuman keras (alcohol) 
- Ketagihan kepada nikotin (rokok atau produk tembakau) 
- Ketagihan kepada heroin, morfin dan ubat-ubatan 
 - Ketagihan kepada dadah jenis perangsang (stimulant) seperti -kokain, amfetamin, methamphetamine (syabu) 
- Ketagihan kepada kanabis atau produk berasaskan ganja THC (Tetrahydrocannabinol) 
- Ketagihan kepada halusinogen (dadah yang akan membuatkan pengguna berhalusinasi) seperti LSD atau psilocybin 
- Ketagihan kepada bahan yang dihidu seperti gam atau cat sembut 


2. Ketagihan Tingkah Laku (Behavioral Addiction) seperti:- 

- Ketagihan judi (gambling disorder) 
- Ketagihan internet/teknologi - media sosial dan permainan video 
- Ketagihan membeli-belah (compulsive buying) 
- Ketagihan makanan (makan secara kompulsif, contoh BED - Binge Eating Disorder) 
- Ketagihan seks - tingkah laku seksual kompulsif (CSB - hiper-seksualiti yang sukar dikawal_ 
- Ketagihan bersenam - bersenam secara berlebihan 
- Ketagihan kerja - (workaholism) 

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya risiko ketagihan seperti sejarah keluarga, trauma, tekanan emosi, masalah kesihatan mental (kemurungan, kebimbangan), pendedahan kepada bahan atau tingkah laku tidak sepatutnya pada usia yang muda dan persekitaran sosial yang menyokong tingkah laku yang ke arah ketagihan:- 

- Sejarah keluarga dengan ketagihan 
- Trauma atau tekanan emosi 
- Masalah kesihatan mental (kemurungan, kebimbangan) 
- Pendedahan kepada bahan atau tingkah laku pada usia muda 
- Persekitaran sosial yang menyokong tingkah laku ketagihan 

Dan kita kena sedar bahawa Ketagihan adalah satu keadaan kesihatan yang kompleks yang melibatkan perubahan pada otak, bukan sekadar kelemahan moral atau kekurangan kemahuan. Ketagihan boleh dirawat melalui terapi, sokongan kumpulan, dan ubat-ubatan. 

Paling penting dalam merawat KETAGIHAN ialah sokongan dari persekitaran yang positif, komitmen dan kesedaran. Kita perlu sedarkan mereka bahawa mereka mempunyai masalah yang perlu ditangani dan kita perlu cipta ruang untuk mereka supaya mereka sedar kenapa mereka perlu berubah. 


No comments:

Post a Comment