Pages

Ketagihan Tidak Bermula di Jalanan


‎Kita selalu membayangkan penagih dadah sebagai individu yang bergelumang dengan kehidupan jalanan, tinggal di kawasan gelap, dan dikelilingi oleh kumpulan yang mencurigakan. Media dan cerita-cerita sering menggambarkan ketagihan bermula di lorong-lorong sepi atau tempat yang penuh dengan jenayah. Namun, realitinya lebih kompleks dan jauh lebih dekat dengan kehidupan seharian kita. ‎ 

‎Kita terlepas pandang ketagihan sering bermula di tempat yang paling tidak disangka, di rumah kita sendiri. Kami perhatikan, ‎ ‎Ramai yang terdedah kepada bahan ketagihan pertama kali bukan di jalanan, tetapi dalam persekitaran yang sepatutnya selamat: ‎ 

‎1. Penggunaan pil penenang atau ubat tahan sakit yang tidak terkawal, sama ada diambil secara berlebihan atau tanpa preskripsi doktor. ‎ 

‎2. Remaja atau orang dewasa yang merasa tertekan, terasing, atau tak dapat sokongan emosi yang cukup. Mereka mencari ketenangan atau divert perasaan mereka melalui bahan-bahan tertentu. ‎

3. Pengaruh rakan atau keluarga: Percubaan pertama mungkin pengaruh rakan atau keluarga, berlaku di dalam bilik tidur, di sebuah pesta, atau dalam kalangan rakan rapat yang dipercayai. ‎ 

4. Akses yang mudah untuk ubat-ubatan farmaseutikal, alkohol, atau bahan mudah yang disalahgunakan sering kali mudah diperoleh di rumah atau di sekeliling kita. ‎ 

‎Ketagihan bukan sekadar keinginan fizikal terhadap sesuatu bahan, tetapi juga isu kesihatan mental dan emosi. ‎Ia boleh bermula sebagai cubaan mengatasi kesakitan, kebosanan, kegelisahan, atau trauma yang tidak terurus. Tanpa sokongan yang betul, penggunaan yang bermula secara santai atau eksperimen boleh berubah menjadi kebergantungan. ‎

Ketagihan tidak mengenal tempat, usia, atau latar belakang. Ia boleh bermula di mana-mana sahaja, termasuk di tempat yang kita anggap paling selamat. Kesedaran dan pencegahan awal adalah kunci untuk melindungi diri dan orang yang kita sayangi.

No comments:

Post a Comment