FDS telah wujud lebih 50 tahun sebelum tragedi Long Lellang 2026.
Sebuah helikopter terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang di Ulu Baram, Sarawak pada 8 September 2026. Helikopter berkenaan sedang menjalankan tugasan Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service - FDS) bagi KKM.
Kemalangan itu telah mengorbankan 5 nyawa. Seorang juruterbang dan empat petugas KKM (pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan dua orang jururawat). Helikopter dengan nombor pendaftaran 9M-LLF jenis (BO-105) dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn. Bhd (LLA) anak syarikat kepada Hubline Berhad.
Helikopter BO-105 - helikopter yang sangat lama. Merupakan model generasi lama yang dibuat pada tahun 1960-an. (Yang ini 1991).
Penerbangan pertama model ini ialah pada 17 February 1967 dan beroperasi secara rasmi bermula pada tahun 1970.
Pengeluaran telah dihentikan tahun 2001 selepas keluarkan lebih 1,400 unit. Unit terbaru yang ada di pasaran sekarang alat least berusia lebih 25 tahun.
Syarikat pengilang yang buat helikopterni telah menggantikan BO-105 dengan model yang lebih moden - Eurocopter EC135 (sekarang Airbus H135) dan MBB/Kawasaki BK 117.
Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) menjelaskan Sijil Kelayakan Udara sah sehingga 4 Ogos 2027, Sijil Pendaftaran sah hingga 28 July 2029.
FLYING DOCTOR SERVICES (FDS)
Mula diperkenalkan pada 25 September 1973 / Oktober 1973 sebagai projek perintis di Sarawak. Rekod Parlimen menyebut FDS ditubuhkan pada Oktober 1973. Tahun pertama 1,427 pesakit telah dirawat.
Pada peringkat awal, FDS dibuat melalui kerjasama kerajaan negeri, Jabatan Kesihatan Sarawak dan Angkatan Tentera Malaysia.
Tahun 1974, FDS menjadi lebih kurang perkhidmatan tetap di bawah Jabatan Perubatan Sarawak dan pada peringkat awal dikendalikan menggunakan helikopter Royal Malaysian Air Force (RMAF). Objektif yang masa tu, untuk memastikan “objektif kerajaan dirasai di lokasi terpencil ini yang sebaliknya mudah terpengaruh dengan pengaruh pemberontak”.
FDS kekal pada Mei 1975 dengan dua helikopter Bell kemudian ditambahkan kepada tiga. By 1977, FDS telah meliputi 227 lokasi. Bahagian Ketujuh (Kapit) sahaja ada 52 lokasi.
FDS di Sabah bermula pada tahun 1978, mengambil alih kerja yang dimulakan oleh Yayasan Sabah.
Helikopter Bell masa tu cuma boleh bawa empat penumpang. Jadi pasukan standard adalah seorang doktor, seorang penolong perubatan, dan dua bidan atau nurse komuniti. Doktor yang ikut biasanya ialah Pegawai Perubatan Bahagian atau Pegawai Perubatan Hospital. Kadang-kadang doktor pakar negeri dalam kesihatan ibu dan anak, batuk kering atau malaria akan ambil alih tempat doktor untuk tujuan penyeliaan. Sama juga dengan nurse atau penolong perubatan kanan. Ahli pasukan lain ialah kakitangan FDS tetap yang berpangkalan di pejabat Pegawai Perubatan Bahagian.
Mereka ni, dah kenal lokasi pendaratan, isu tempatan, ketua kampung dan sukarelawan kesihatan kampung. Jadi, mereka dah tahu keadaan di kawasan lokasi kampung yang mereka nak pergi.
Mereka akan kumpul ubat jangka panjang untuk pesakit mental, batuk kering, kusta atau kanser dari farmasi hospital dan hantar pada next flight. Kalau kata ada surat untuk sekolah atau agensi lain mereka akan bawa sekali. Skop FDS juga cover lawatan kesihatan berkala, vaksinasi dan medical evacuation (MEDEVAC) bagi pesakit kritikal.
Pada tahun 1980-an, Hornbill Skyways mula menjalankan FDS di Sarawak.
Pada awal 2007, operasi FDS Sarawak yang dikendalikan Hornbill Skyways digantung selepas masalah teknikal dan pentadbiran. Pada 2008, KKM menyusun semula perkhidmatan melalui kontrak sementara kepada Hornbill dan Layang-Layang, sebelum merancang tender terbuka bagi satu kontraktor untuk seluruh Sarawak
Dalam Laporan The Star, 31 May 2008, yang bertajuk “Flying does back in the air”, menyatakan FDS Sarawak telah digantung pada awal 2007 sebab masalah teknikal yang dihadapi Hornbill Skyways, yang ketika itu telah mengendalikan FDS “for decades”. Kemungkinan besar Hornbill terlibat dalam FDS selama lebih kurang 20 tahun. Tiada angka tepat sebab kita tak ada dokumen kontrak yang tetapkan tarikh dari mula hingga tamat kontrak secara tepat.
The Star melaporkan pada Mei 2008 bahawa perkhidmatan itu digantung kerana “technical issues faced by aviation company Hornbill Skyways”.
Dalam Hornbill Unleashed, 4 September 2009, artikel yang bertajuk “Flying Doctors Grounded” tentang FDS dan Evakuasi Perubatan Kecemasan (EMS) di Sarawak dengan 500 komuniti luar bandar dan 158 stesen terganggu teruk hampir 3 tahun (dari 2007 - 2009).
Masa itu kontrak bernilai RM63.47 juta. Diberikan kepada SAR Helicopters Sdn. Bhd pada Oktober 2006. Tempoh operasi kontrak bermula pada 1 Januari 2007. SAR Helicopters ini dikatakan “dominated by a single family”.
Bila kontrak bermula SAR tidak sediakan sebarang perkhidmatan pada Januari 2007.
Dari bulan Februari hingga Jun 2007 SAR hanya beri perkhidmatan secara separa. Tahap pencapaian terbaik yang dilaporkan hanyalah 26.7% daripada perkhidmatan yang dijangka. Kerajaan kemudian memutuskan kontrak itu pada 12 November 2007. Dalam blog Malaysian Medicine, 24 November 2007, menyatakan kerajaan ketika itu terpaksa mencari interim service provider sementara pelantikan penyedia tetap baru dijalankan.
Kontrak memerlukan lima helikopter twin-engine. Tapi pada 1 Januari 2007, SAR didakwa cuma ada sebuah helikopter yang tak boleh diservis/beroperasi. Kemudian SAR dikatakan menggunakan helikopter daripada operator lain sebagai sub-kontraktor untuk laksanakan sebahagian perkhidmatan.
Sumber dari Hornbill Unleashed juga mendakwa SAR menghantar tuntutan kepada KKM bagi fixed-fee retainers untuk lima pesawat bagi Januari - Mac 2007 walaupun pesawat tersebut tidak tersedia. Sumber tertulis yang tuntutan pesawat dibuat berdasarkan pesawat yang disediakan oleh sub-kontraktor. PKR ketika itu melalui Tian Chua menuntut siasatan bebas, akauntabiliti pihak terlibat, pemulihan segera FDS / EMS dengan helikopter yang sesuai.
**Bagaimana sebuah syarikat boleh menerima kontrak RM63.84 juta untuk perkhidmatan kritikal, sedangkan prestasi sebenar selepas kontrak bermula dilaporkan hanya sekitar 26.9% pada tempoh tertentu dan kontrak akhirnya ditamatkan?
**Apa mekanisme due diligence, performance bond, KPI, liquidated damages, termination clause dan payment verification yang digunakan KKM ketika itu?
Selepas itu bila FDS diaktifkan semula tahun 2008, KKM buat struktur sementara di mana kontrak Zon Selatan (Kuching + Sri Aman) diberi kepada Hornbill Skyways dan kontrak di Zon Utara (Kapit + Miri + Limbang) diberi kepada Layang Layang Aerospace selama enam bulan.
Then, tender seterusnya tak dapat memberi penyelesaian tetap. Pengendali FDS sementara menyediakan semua penerbangan pada tahun 2008 dengan purata kira-kira 10 misi EMS sebulan tetapi tidak dapat dipenuhi. Kontraktor sementara termasuk Sabah Air yang dilantik pada Mei 2009 hanya mampu sediakan helikopter enjin tunggal yang tak selamat, tidak sesuai untuk operasi EMS di kawasan gunung terpencil membuatkan doktor dan petugas kesihatan tidak mahu menaiki helikopter tersebut. Akhirnya, misi EMS ke kawasan pedalaman dihentikan.
Dari pengalaman 2007, KKM menetapkan syarat lebih ketat iaitu, “satu kontraktor seluruh Sarawak” dan "kontraktor mesti mampu menyediakan helikopter twin-engine setiap hari tanpa gangguan." Ini sangat penting untuk keperluan operasi.
Pada tahun 2009, Hornbill sekali lagi cuba untuk mendapatkan kontrak besar itu. Malaysiakini/Bernama melaporkan Hornbill bersama Sabah Air, Weststar, SAR Helicopters, Systematic Aviation dan Layang Layang Aerospace untuk kontrak RM60 juta. Anggaran peruntukkan kerajaan ketika itu ialah dalam RM1.3 juta sebulan.
Dan Layang Layang yang dapat kontrak FDS tiga tahun bermula 1 Oktober 2009. Sehingga 2012 LLA melaporkan telah membawa lebih 800 pesakit ke hospital menggunakan dua helikopter Eurocopter twin-engine yang diperuntukkan dibawah kontrak.
FDS ni sangat penting untuk Sarawak sebab Sarawak mempunyai kawasan pedalaman luas, gunung ganang, hutan dan kebanyakan penempatan tidak ada jalan raya. Sampai sekarang pun masih banyak lagi kawasan penempatan yang mana laluan utama hanya sungai. Nak pergi pekan pun ambil masa sehari dua. Jadi, akses kepada nak ke klinik atau hospital sangat susah. FDS ni buat pelbagai fungsi termasuk buat primary healthcare, kesihatan awam, penerbangan dan perkhidmatan kecemasan. Even kalau ada emergency cases yang contoh, kena transfer pesakit dari Hospital Subu ke Kuching pun guna FDS sebab walaupun ada jalanraya, jarak perjalanan dari Sibu ke Kuching je ambil masa dalam 4-6 jam. Helikopter jadi penghubung utama.
Sebab itu pentingnya dalam kontrak FDS kena ada requirement dan spesifikasi yang tinggi yang mesti dipenuhi oleh syarikat yang dapat kontrak. Contohnya seperti, aircraft availability, maintenance, standby aircraft, crew availability, weather operating limits, medical evacuation capability etc.
Bila kerajaan menyerahkan FDS kepada kontraktor swasta, kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab bagaimana perkhidmatan awam itu dikawal dipantau. FDS adalah sebahagian dari akses rakyat kepada sistem kesihatan negara.