Pages

Zetrix AI, MYEG, RM3.7 billion Development Cost, Margin Call dan Kejatuhan Saham 72%

Sebelum dikenali sebagai Zetrix AI, syarikat ini ialah MY E.G. Services Berhad. MYEG ditubuhkan pada tahun 2000, dengan fokus utama kepada perkhidmatan e-Kerajaan. Antara perkhidmatan yang menjadikan MYEG dikenali ialah urusan seperti:

- pembaharuan cukai jalan;
- insurans kenderaan;
- lesen memandu;
- perkhidmatan Jabatan Imigresen;
- perkhidmatan berkaitan pekerja asing;
- dan pelbagai transaksi kerajaan secara dalam talian.

MYEG kemudian disenaraikan di MESDAQ Market Bursa Malaysia pada 16 Januari 2007, sebelum berpindah ke Main Market pada 7 Januari 2009.

SIAPA TS WONG?

TS Wong ialah Wong Thean Soon atau TS Wong ialah pengasas bersama dan tokoh utama di belakang MYEG/Zetrix.

Menurut laman rasmi Zetrix, TS Wong ialah co-founder Zetrix dan juga co-founder MY E.G. Services. Berlatarbelakangkan kejuruteraan elektrik dari National University of Singapore.

Selama bertahun-tahun, kekuatan utama MYEG ialah model e-Kerajaan. Tapi apabila landscape teknologi berubah, kumpulan ini mula bergerak ke bidang baharu iaitu:-

Blockchain + AI + Digital Identity + Web3 + Robotics.

Pada 2021, blockchain Zetrix mula dibangunkan. Platform blockchain Zetrix dilancarkan pada pertengahan 2022 dan dikomersialkan secara lebih meluas selepas itu.

2025 MYEG - ZETRIX AI 

Pada 3 Julai 2025, MY E.G. Services Berhad secara rasmi bertukar nama kepada ZETRIX AI BERHAD. Kod saham turut berubah daripada MYEG → ZETRIX tetapi nombor saham masih kekal sama. Perubahan nama itu mencerminkan peralihan daripada syarikat e-Kerajaan kepada kumpulan teknologi yang lebih luas berasaskan Web3 + AI + Blockchain + Robotics.

Pada FY2025, syarikat melaporkan hasil RM1.34 bilion dan keuntungan selepas cukai RM869.23 juta.

Jadi pada peringkat operasi, Zetrix BUKAN tidak menjana keuntungan. Persoalannya...


RM3.7 BILION PERGI KE MANA?

Menurut MARC Ratings, sejak pembangunan blockchain bermula pada Ogos 2021, Zetrix telah mengumpulkan RM3.7 bilion development expenditure sehingga akhir Jun 2026.
Jumlah itu mewakili kira-kira 56% daripada keseluruhan aset kumpulan.

The Edge pula melaporkan angka pembangunan:
FY2023: RM468 juta
FY2024: RM662 juta
FY2025: RM1.02 bilion
1H2026: RM970 juta

Jumlah sekitar RM3.12 bilion.

Then kenapa angka kumulatif disebut sekitar RM3.7 bilion?

Sebabnya, angka RM3.7 bilion ialah pembangunan terkumpul sejak blockchain mula dibangunkan pada 2021, tapi angka The Edge di atas ialah perbelanjaan bagi tempoh-tempoh tertentu.

Skala pelaburan pembangunan Zetrix dah sangat besar dan The Edge mempersoalkan secara terbuka apa sebenarnya yang dibangunkan dengan jumlah tersebut, siapa penerima bayaran dan apakah hasil ketara daripada pembangunan itu.

ZETRIX AI "DEVELOPMENT COST"?

RM3.7 bilion bukan bermaksud RM3.7 bilion duit tunai hilang begitu sahaja. Atau cash burn secara melulu. Development expenditure (perbelanjaan pembangunan) yang memenuhi kriteria perakaunan boleh diiktiraf sebagai aset dan dilaksana secara gradual write-off sepanjang tempoh ia menjana hasil. Dalam laporan FY2025, Zetrix menjelaskan bahawa development costs merangkumi pembangunan:-

- platform Zetrix;
- aplikasi;
- modul JPJ;
- payment gateway;
- portal;
- teknologi berkaitan.

Pada akhir FY2025, development costs yang direkodkan kumpulan telah meningkat kepada sekitar RM2.85 bilion, daripada RM1.85 bilion pada FY2024.

Soalan: -

"Apakah aset teknologi yang telah terhasil daripada RM3.7 bilion tersebut, berapa yang sudah menjana pendapatan, berapa yang masih dalam pembangunan dan berapa lama ia boleh menghasilkan pulangan?"

HUTANG PULA SEMAKIN BESAR

Pada FY2021, pinjaman Zetrix berada sekitar RM160.5 juta Dan menjelang akhir Jun 2026 pinjaman Zetrix mencecah RM2.2 BILLION MARC Ratings menyatakan peningkatan hutang itu berkait dengan pembiayaan pembangunan AI dan blockchain. Dalam FY2025 sahaja, jumlah borrowings ialah sekitar RM1.68 bilion.

Zetrix AI Berhad juga mempunyai program sukuk sehingga RM2 bilion. Program Sukuk RM2 Bilion ialah Program Sukuk Wakalah (Islamic Medium Term Notes / IMTN). Had Saiz Program sehingga RM2.0 bilion.

Tujuan Terbitan Sukuk RM2 billion adalah untuk:
- Membiayai Perbelanjaan Modal (CAPEX) terutamanya pembangunan infrastruktur blockchain Zetrix, integrasi AI, dan nod rangkaian antarabangsa.
- Membiayai semula hutang sedia ada (refinancing).
- Modal kerja (working capital) dan tujuan korporat am.

PADA 1H2026 (the first half of the year 2026)

Jumlah aset Zetrix AI dalam RM6.65 bilion. Hutang sekitar RM2.2 bilion. Tunai & bank dalam RM541.6 juta dan Development costs: RM3.73 bilion.

Maksudnya, hampir 56% daripada aset berada dalam development costs. Kalau kita tengok ini tidak bermaksud syarikat bermasalah. Tapi ia menjadikan persoalan kualiti aset, kadar monetisasi dan pulangan terhadap modal semakin penting.

MARGIN CALL (AMARAN BAHAYA)

Pada 26 Ogos 2026, saham Zetrix ditutup sekitar 66 SEN. Dengan market capitalisation kira-kira RM5.2 BILLION. Kemudian, berlaku tekanan jualan besar.

The Edge melaporkan penjualan tersebut berpunca daripada margin call terhadap saham TS Wong yang dicagarkan, dengan TS Wong sendiri memberitahu penganalisis bahawa margin calls dan aktiviti short-selling memburukkan tekanan jualan. 

Pada 2 September, saham mencecah sekitar 22 SEN. Penurunan daripada 66 sen, kira-kira -66.69%. Market cap jatuh daripada kira-kira RM5.2 bilion kepada RM1.7 bilion.


TS WONG DARIPADA 29.49% KEPADA 10.97%

Sebelum selldown besar-besaran TS WONG mempunyai pegangan 29.49%.

- Direct: 15.19%
- Indirect: 14.30%

Pegangan tidak langsung itu melalui ASIA INTERNET HOLDINGS SDN BHD. Dalam beberapa hari sahaja, saham mula dijual untuk memenuhi tekanan margin. Pada 9 September, pegangan gabungan TS Wong sudah turun kepada 13.14%.

The Edge melaporkan bahawa Wong bersama Asia Internet telah menjual sekitar 1.245 bilion saham, bersamaan kira-kira 16.35% pegangan, dengan nilai transaksi sekitar RM321.34 juta. 

Pada 17-18 SEPTEMBER 2026
TS Wong dan Asia Internet terus buat transaksi. Pada 18 September sahaja Asia Internet Holdings telah → jual 57 juta saham

Pada masa yang sama AIH → menerima 6.244 juta saham melalui DRP (Dividend Reinvestment Plan).

Akibat jualan tersebut, pegangan saham Asia Internet turun di bawah paras 5%. Disebabkan pegangan AIH tbawah 5%, AIH tidak lagi menjadi substantial shareholder secara berasingan.

DRP = DIVIDEND REINVESTMENT PLAN
Maksud DRP, daripada menerima dividen secara tunai, pemegang saham boleh memilih untuk menggunakan dividen tersebut bagi mendapatkan saham baharu.

Untuk FY2025: DIVIDEN = 2.89 SEN SESAHAM.

Harga terbitan saham baharu melalui DRP: RM0.67 SESAHAM.

Pilihan DRP diluluskan dalam AGM dan saham baharu melalui DRP dijadualkan diterbitkan pada 18 September. Pada ketika saham di pasaran jatuh jauh di bawah RM0.67, DRP masih menggunakan harga terbitan RM0.67.

ISU DIVIDEN 2.89 SEN

Dividen akhir ialah 2.89 SEN SESAHAM. Sepatutnya dibayar pada kepada SEMUA "Eligible Shareholders" Zetrix AI Berhad yang memilih untuk terima dividen secara "cash option" bukan tebus saham baru melalui DRP pada 18 SEPTEMBER 2026 tapi, pembayaran tunai tersebut ditangguhkan.

Sebabnya, berdasarkan Bursa Announcement, pada 14 September 2026, Mahkamah Tinggi KL telah keluarkan perintah injunksi ad-interim setelah kes yang difailkan oleh salah seorang pemegang saham utama (substantial shareholder) syarikat. Ini bertujuan untuk halang atau bekukan bayaran dividen tunai khusus bagi akaun-akaun CDS berkaitan pemegang saham utama. 

Pemegang saham tersebut mendakwa nominee gagal melaksanakan arahan untuk memilih saham melalui DRP sebagai ganti dividen tunai. Jadi pembayaran tunai tersebut ditangguhkan sehingga 23 SEPTEMBER 2026 untuk asingkan akaun.

Zetrix tidak menamakan pemegang saham tersebut. The Edge kemudiannya mempersoalkan mengapa identiti pihak terbabit tidak didedahkan dan mengapa injunksi yang diperoleh pada 14 September hanya diumumkan pada 18 September. Itu adalah persoalan editorial The Edge, bukan kesimpulan bahawa terdapat salah laku.

DAN PADA 21 SEPTEMBER TS WONG JUAL LAGI

Pada 21 September, TS Wong → jual lagi 629,131 saham pada 20 sen.

Melalui Asia Internet TS Wong → jual 6.8 juta saham pada 19.7 sen.

Selepas transaksi diatas. Pegangan Langsung (DIRECT) TS Wong tinggal 488.33 juta saham (6.18%) dan Pegangan Tidak Langsung (INDIRECT) melalui AIH tinggal 377.77 juta saham (4.78%).

JUMLAH GABUNGAN PEGANGAN TS WONG MEROSOT KEPADA 10.97% daripada hampir 30% sebelum krisis dalam beberapa minggu sahaja.

Saham baharu terbitan DRP mula disenaraikan pada 21 September. Ditambah dengan tindakan jualan paksa (forced selling) TS Wong pada hari yang sama, penawaran saham baru membanjiri pasaran dan memusnahkan nilai sokongan harga. 


HARGA SAHAM: 66 SEN → 18.5 SEN

Pada 26 Ogos 2026 harga saham → 66 sen

Pada 23 September 2026 harga saham → 18.5 sen

Kita nampak di sini penurunan HAMPIR 72%

Market capitalisation: dari RM5.199 billion → RM1.49 billion

Lebih kurang RM3.7 BILLION NILAI PASARAN TERHAKIS

The Edge melaporkan penurunan itu berlaku dalam tempoh kira-kira sebulan, ketika tekanan jualan terhadap saham Wong berterusan. Saham jatuh hampir 72%, Hutang naik kepada RM2.2 billion, Development Cost dalam RM3.7 billion. 

PEGANGAN TS WONG sahaja jatuh daripada hampir 30% kepada 10.97%. Tapi pada masa sama HASIL 1H2026 ialah RM813 juta, KEUNTUNGAN BERSIH 1H2026 dalam RM539.8 juta dan OPERATING CASH FLOW  RM557.4 juta.

Jadi, Syarikat masih mencatat keuntungan besar, tetapi pasaran sedang mempersoalkan struktur pembiayaan, nilai aset pembangunan, keperluan modal dan kestabilan pemegang saham utama.

MARC RATINGS MULA BERWASPADA

MARC ialah Malaysian Rating Corporation. 

Pada September 2026, MARC Ratings meletakkan program RM2 bilion Islamic Medium-Term Notes Zetrix pada: MARCWATCH DEVELOPING

Sebabnya, pengurangan besar pegangan TS Wong. Pegangan saham merosot drastik akibat jualan paksa (forced selling) mewujudkan ketidaktentuan hala tuju kepimpinan dan kestabilan pemegang saham kawalan. 

Penangguhan pembayaran dividen tunai 2.89 sen dan prosiding mahkamah berkaitan Dividend Reinvestment Plan (DRP) mencetuskan kebimbangan pasaran terhadap kecairan dan pengurusan aliran tunai syarikat. 

Jadi, selepas kejatuhan 72% harga saham dan krisis jualan paksa TS Wong, MARC Ratings melangkah masuk dengan meletakkan Program Sukuk Wakalah RM2.0 bilion Zetrix AI di bawah status MARCWATCH DEVELOPING. Pendaftaran ini secara rasmi menandakan bahawa agensi penarafan kredit sedang menilai semula risiko kemampuan syarikat untuk membayar balik hutang Sukuknya di tengah-tengah krisis kecairan dan perubahan struktur pegangan syarikat." 

Program sukuk itu mempunyai covenant yang memerlukan Wong kekal sebagai single largest shareholder. Bila pegangan TS Wong turun dengan cepat, buffer untuk memenuhi covenant itu turut mengecil. Penurunan pegangan mendadak TS Wong memberi kesan kepada struktur pembiayaan syarikat.

Pelabur meminjamkan wang RM2.0 bilion bukan sahaja berasaskan perniagaan Zetrix, tapi atas keyakinan terhadap visi, kepimpinan, dan rekod trek TS Wong. Kalau dia kehilangan kawalan syarikat, profil risiko perniagaan dianggap berubah secara drastik. 

Kita boleh pecahkan krisis Zetrix kepada empat lapisan.

LAPISAN 1 - OPERASI
Syarikat masih mencatat hasil dan keuntungan yang tinggi.

LAPISAN 2 - MODAL
Pelaburan dalam blockchain dan teknologi telah berkembang sangat besar.

LAPISAN 3 - HUTANG
Pembiayaan hutang meningkat dengan ketara untuk menyokong pengembangan.

LAPISAN 4 - PEMEGANG SAHAM
Pegangan TS Wong yang banyak dicagarkan terdedah kepada margin call apabila harga saham jatuh.

Apabila margin call berlaku:
Harga jatuh → nilai cagaran jatuh → saham dijual → bekalan saham meningkat → dan harga semakin tertekan.

Ini menghasilkan kitaran tekanan jualan. The Edge dan MARC mengaitkan sell-down 2026 dengan margin calls terhadap saham Wong.


SOALAN PENTING RM3.7 BILLION YANG PERLU DIJAWAB 
  • RM3.7 bilion itu secara terperinci dibelanjakan untuk projek apa?
  • Berapa jumlah dibayar kepada pihak ketiga?
  • Siapa vendor dan kontraktor utama?
  • Berapa jumlah yang sudah siap dan digunakan secara komersial?
  • Berapa yang masih dalam pembangunan?
  • Berapa hasil yang telah dijana oleh aset-aset tersebut?
  • Berapa lama tempoh untuk mendapatkan semula modal?
  • Apakah jumlah yang dibiayai melalui hutang?
  • Apakah jumlah yang dibiayai melalui cash flow operasi?
  • Apakah risiko impairment sekiranya teknologi tersebut gagal menghasilkan pulangan seperti yang diunjurkan?
SATU LAGI PERSOALAN, KENAPA TS WONG TERPAKSA JUAL?

Menurut laporan The Edge, jualan tersebut berpunca daripada margin call terhadap saham yang dicagarkan.

TS Wong juga dilaporkan menjelaskan kepada penganalisis bahawa margin calls mencetuskan selldown dan tekanan itu diburukkan oleh short-selling.

International Finance Corporation (IFC)

Pada Februari 2026, International Finance Corporation (IFC), anggota World Bank Group, mengumumkan pelaburan sehingga US$40 juta / RM155.6 juta dalam Zetrix AI.

Pelaburan itu bertujuan menyokong pembangunan dan pengembangan aplikasi Digital Public Infrastructure berasaskan blockchain serta produk AI.

Jadi pada awal 2026 IFC masuk dan beberapa bulan kemudian saham jatuh hampir 72%. Pelaburan IFC bukan jaminan bahawa nilai saham akan kekal tinggi, tetapi ini buat kita lebih memahami kenapa Zetrix tidak boleh dikategorikan sebagai "syarikat gagal".

KRONOLOGI MYEG - ZETRIX AI

TAHUN 2000 - MYEG ditubuhkan.

16 JAN 2007 - Disenaraikan di MESDAQ Bursa Malaysia.

7 JAN 2009 - Berpindah ke Main Market.

2021 - Pembangunan blockchain Zetrix bermula.

2022 - Platform Zetrix dilancarkan.

2023 - Commercialization teknologi blockchain semakin berkembang.

2024 - Development costs meningkat dengan ketara.

2025 - MYEG mencatat hasil RM1.34 billion dan Profit After Tax(PAT) RM869.2 juta.

3 JULAI 2025 - MYEG rasmi menjadi Zetrix AI.

FEBRUARI 2026 - IFC mengumumkan pelaburan sehingga RM155.6 juta.

JUN 2026 - Development expenditure terkumpul sekitar RM3.7 bilion dan hutang sekitar RM2.2 bilion.

26 OGOS 2026 - Saham sekitar 66 sen.

27 - 28 OGOS - Tekanan jualan besar bermula & margin call mula menjadi isu utama.

2 SEPTEMBER - Saham sekitar 22 sen.

9 SEPTEMBER - Pegangan TS Wong turun kepada 13.14%.

18 SEPTEMBER - Isu injunksi mahkamah dan pembayaran dividen 2.89 sen.

18 SEPTEMBER - Asia Internet menjual 57 juta saham tetapi menerima 6.244 juta saham melalui DRP.

21 SEPTEMBER - TS Wong dan Asia Internet terus menjual saham
.
23 SEPTEMBER - Pegangan gabungan TS Wong turun kepada - 10.97% (Harga saham - 18.5 SEN)


Daripada e-Government kepada Blockchain kemudian AI + Web3 + Digital Identity + Robotics.
Transformasi itu datang bersama RM3.7 bilion development expenditure, RM2.2 bilion hutang, kebergantungan kepada pembiayaan, pegangan pengasas yang banyak dicagarkan, margin call, forced selling, kejatuhan saham hampir 72%, pertikaian berkaitan DRP dan dividen 2.89 sen.

BOLEHKAH ZETRIX MENUKARKAN RM3.7 BILLION DEVELOPMENT COST ITU MENJADI ALIRAN TUNAI DAN KEUNTUNGAN YANG BERTERUSAN?

RUJUKAN

1. The Edge — RM3.7 bilion Development Cost
The Edge: Zetrix AI must explain the RM3.7 bil development cost
2. The Edge — Questions abound about Zetrix AI
The Edge: Questions abound about Zetrix AI
3. MARC Ratings — RM3.7 bilion + RM2.2 bilion hutang
MARC Ratings: Zetrix AI placed on MARCWatch Developing
4. The Edge — TS Wong terus menjual saham
The Edge: TS Wong continues to sell shares in Zetrix AI
5. Bursa/Zetrix — Dividen 2.89 sen & DRP
Zetrix AI Investor Relations — Bursa Announcements
6. Pengumuman Zetrix — Injunction & DRP
Pengumuman Zetrix: 2.89 sen Dividend & DRP Upda
7. BusinessToday — Dividen 2.89 sen ditangguhkan
BusinessToday: Zetrix Major Shareholder Files Injunction To Prevent Final Dividend Payout
8. IFC / World Bank Group — Pelaburan US$40 juta
IFC Project Information: Zetrix AI
9. IFC — Pengumuman pelaburan RM155.6 juta
World Bank Group IFC Invests in Zetrix AI
10. Zetrix AI — Investor Relations
Zetrix AI Investor Relations

Sejarah, Kejatuhan, Kerugian, Kontroversi, Restructuring dan Penswastaan MAHB 1992 - 2026


Kita bercakap tentang kemungkinan kerajaan perlu menyediakan pelan kecemasan untuk AirAsia.

Kerajaan sudah berbincang dengan Malaysia Airlines dan Batik Air mengenai kemungkinan menyerap sebahagian pasaran domestik AirAsia sekiranya keadaan memerlukan.

APA YANG TELAH BERLAKU KEPADA MAHB SEHINGGA 2026?

MAHB ialah sejarah sebuah syarikat strategik negara yang pernah melalui perkembangan, projek kontroversi, cost overrun, pertikaian dengan Air Asia, rugi besar masa COVOD-19, masalah operasi, isu perolehan, perubahan pengurusan, restructuring dan akhirnya “PRIVATISATION”.

MAHB bermula pada awal 1990-an.

Pada 1991, kerajaan melakukan pengasingan fungsi berkaitan lapangan terbang daripada Jabatan Penerbangan Awam dan pada 1992, Malaysia Airports Berhad diwujudkan sebagai operator komersial lapangan terbang.

Kemudian pada November 1999, Malaysia Airports Holdings Berhad atau MAHB ditubuhkan sebagai syarikat awam dan disenaraikan di Bursa Malaysia. MAHB menjadi syarikat operator lapangan terbang pertama di Asia yang disenaraikan di bursa.

Masa itu, kerajaan tidak menyerahkan semua kawalan.

Kerajaan mengekalkan Special Share yang memberikan kuasa tertentu terhadap perkara strategik. Jadi sejak awal lagi, MAHB adalah syarikat komersial yang mengendalikan infrastruktur yang mempunyai kepentingan strategik kepada negara.

MAHB BUKAN HANYA KLIA

MAHB bukan hanya mengurus KLIA. Rangkaian MAHB termasuk lapangan terbang antarabangsa, lapangan terbang domestik, dan STOLport - Short Take-Off and Landing airports.

Tidak semua lapangan terbang menguntungkan. Ada lapangan terbang yang mempunyai trafik tinggi. Ada yang jana hasil komersial besar.

Tetapi ada lapangan terbang yang diperlukan kerana kepentingan sosial, ekonomi dan connectivity walaupun secara komersial tidak menarik dan kurang menguntungkan.

Sebab itu sistem Malaysia menggunakan konsep cross-subsidisation.

Lapangan terbang yang lebih berdaya maju membantu menyokong rangkaian lapangan terbang yang lebih kecil dan kita tidak boleh menilai MAHB seperti syarikat yang hanya mempunyai satu aset iaitu, KLIA. MAHB mengurus sebuah rangkaian.

1999 - 2010: ZAMAN KEGEMILANGAN

Selepas disenaraikan, MAHB berkembang. KLIA menjadi pusat utama. Dan lapangan terbang diperluaskan. Kemudian MAHB mula melihat ke luar Malaysia.

Salah satu langkah paling besar ialah penyertaan dalam ISTANBUL SABIHA GÖKÇEN di Turkiye yang mana pada 2008, konsortium yang melibatkan MAHB, Limak dan GMR mengambil alih operasi lapangan terbang tersebut.

Kemudian rakan kongsi berundur dan Sabiha Gökçen menjadi aset penting kepada MAHB.

Masa ni, penumpang meningkat, operasi berkembang, MAHB bukan lagi sebagai operator lapangan terbang Malaysia. MAHB mula menjadi operator lapangan terbang antarabangsa.

Tetapi aset antarabangsa juga membawa risiko. Dan risiko itu akhirnya muncul dalam penyata kewangan.

KLIA2 DAN KONTROVERSI

KLIA2 adalah isu yang paling kontroversi dalam sejarah MAHB.

Asalnya, projek KLIA2 dirancang sebagai terminal tambang murah dengan kos sekitar RM1.7 BILLION. Tapi kemudian kos meningkat ke RM2 billion, ke RM2.5 billion dan akhirnya cecah dalam RM4 billion.

MAHB menjelaskan bahawa skop projek telah berubah. Kapasiti telah diperbesarkan. Kemudahan pula ditambah. Sistem bagasi diperbesar.

Terminal yang pada awalnya dirancang sebagai terminal kos rendah berkembang menjadi terminal hibrid dengan kapasiti sehingga 45 juta penumpang setahun.

Masalah disini bukan hanya melibatkan kos. Pembinaan juga lambat siap. 

Bila KLIA2 dibuka pada 2014, banyak kritikan keluar;

(1). Isu lantai/permukaan dan kawasan apron bermasalah. Kawasan apron (tempat parking pesawat) mengalami mendapan tanah yang serius hingga menyebabkan permukaan tanah tidak rata dan retak. Tayar pesawat kerap tersangkut, hadkan kelancaran operasi dan kos kaintenance pesawat jadi mahal.

(2). Isu air bertakung - Bila tanah mendap, maka takungan air bertumpu (lubang air) di kawasan apron dan jalan rayap (taxiway) setiap kali hujan lebat. Pihak pengurusan MAHB terpaksa melakukan kerja-kerja penurapan semula secara berfasa dan menyuntik bahan polyurethane ke bawah tanah sebagai pelan jangka pendek.

(3). Semasa awal pembukaan, susun atur KLIA2 terlalu fokus kepada ruang runcit/komersial berbanding kepada fungsi utama sebuah airport. Jarak dari check-in counter ke balai berlepas (terutamanya di Pier P dan Q) yang terlalu jauh membuatkan ramai penumpang merungut. Ya, aku pernah naik Air Asia di KLIA2 dulu hahaha. Bapak jauh. MAHB kemudiannya terpaksa menambah puluhan laluan pejalan kaki bergerak (walkalators) bagi mengurangkan beban penumpang.

COST OVERRUN

Kos asal ialah RM1.7 billion. Tapi, penangguhan tarikh siap je dah 5 kali.

PAC kemudiannya menjalankan penelitian terhadap projek tersebut. Antara dapatan yang dilaporkan PAC ialah perubahan reka bentuk dan kegagalan mengambil kira keperluan beberapa pihak berkepentingan sejak peringkat awal menyebabkan projek berubah dan kos meningkat.

Soalannya, siapa menentukan skop? Siapa yang mengawal kos? Siapa membuat keputusan apabila skop berubah? Dan Siapa akhirnya menanggung risiko?

PERTIKAIAN MAHB - AIRASIA

AirAsia ialah pengguna terbesar KLIA2. Dan sejak sekian lama, hubungan antara AirAsia dan MAHB tidak sentiasa baik.

Pertikaian antara MAHB - AirAsia berlaku mengenai:

Passenger Service Charge (PSC, kemudahan lapangan terbang, interlining, operasi KLIA2, keadaan infrastruktur, dan bayaran lapangan terbang.

Pertikaian itu akhirnya masuk mahkamah. Pada 2018, MAHB mengambil tindakan terhadap AirAsia dan AirAsia X berkaitan tuntutan bayaran airport charges. Kemudian AirAsia pula membuat tuntutan balas terhadap MAHB.

Pada 2019, AirAsia dan AirAsia X memfailkan tuntutan sekitar RM 479.78 JUTA kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd berkaitan kerugian yang didakwa berpunca daripada isu operasi dan keadaan KLIA2.

PSC, DUIT SIAPA SEBENARNYA?

PSC (Passenger Service Charge) adalah caj penumpang yang dikutip melalui tiket dan berkaitan dengan kemudahan lapangan terbang. PSC ni bukan keuntungan AirAsia. MAHB pula memperoleh pendapatan daripada beberapa sumber seperti aircraft landing charges, parking charges, PSC/user fee, sewaan, retail, duty-free, hotel dan aktiviti komersial lain.

MAHB SENDIRI PERNAH MELALUI KRISIS KEWANGAN

COVID-19 antara krisis paling besar dalam sejarah MAHB.

Lapangan terbang bergantung kepada Penumpang.

Apabila sempadan ditutup, pesawat tidak terbang, penumpang hilang, perniagaan retail jatuh, parking jatuh, PSC jatuh dan pendapatan lapangan terbang jatuh. Tapi banyak kos infrastruktur tidak hilang. Kos yang sama terpaksa ditanggung setiap bulan. Disinilah MAHB terkena kesannya.

2020 KERUGIAN BESAR MAHB FY 2019:

MAHB dapat untung bersih sekitar RM537 JUTA. Kemudian COVID melanda. Pada FY2020, MAHB rugi bersih, RM1.12 billion. Hasil turun dari RM5.21 billion kepada RM1.87 billion yang merupakan kerugian tahunan pertama MAHB dalam sejarah 22 tahun sebagai syarikat tersenarai.

Sebahagian daripada kerugian juga berkait dengan impairment terhadap hak konsesi Istanbul Sabiha Gökçen dalam RM500.4 JUTA. MAHB menilai semula nilai aset dan hak konsesinya.

Tahun 2021 - MAHB rugi bersih RM766.4 juta. Maksudnya, MAHB mengalami kerugian dua tahun berturut-turut. Dalam suku pertama FY2021, MAHB mencatat kerugian sekitar RM221.3 JUTA. Operator lapangan terbang mempunyai infrastruktur besar. Tetapi penumpang hampir tidak ada.

TAHUN 2022

Apabila sempadan antarabangsa dibuka semula, trafik penumpang kembali. Pada FY2022, MAHB dapat untung bersih RM187.2 juta. Hasil yang MAHB dapat ketika itu ialah dalam RM3.13 billion dengan jumlah penumpang dalam 83.9 JUTA.

Walaupun masih lebih rendah daripada paras pra-COVID, tetapi dikira lebih baik berbanding 2020 dan 2021. Then, MAHB kembali membayar dividen.

TAHUN 2023 

Pemulihan masih diteruskan. Penumpang meningkat, hasil meningkat, keuntungan meningkat dan MAHB catat untung bersih dalam EM543 juta. Hasil sekitar RM4.91 billion.

Persoalan disini, MAHB sedang pulih, penumpang kembali dan mula untung kenapa kerajaan mahu menswastakan MAHB? Sebab, bila infrastruktur lambat dibangunkan atau ada masalah masalah operasi, ini akan beri kesan kepada seluruh ekosistem penerbangan. 

KONTROVERSI AEROTRAIN KLIA

Pada Mac 2023, perkhidmatan Aerotrain KLIA dihentikan selepas berlaku gangguan besar.

Penumpang terperangkap. MAHB terpaksa menggunakan bas sebagai pengganti. Penggantian sistem Aerotrain kemudian menjadi projek besar. Tapi projek penggantian itu mengalami kelewatan.

Kontrak asal diberikan kepada Pestech bersama Bombardier pada 2021. MAHB menamatkan kontrak tersebut beberapa bulan kemudian kerana isu prestasi, milestone dan risiko kelewatan.

Kemudian pada 2024, projek tersebut disusun semula dan Pestech kembali bersama IJM serta Alstom. Kos projek penggantian dalam RM456 JUTA.

Pada 2026, Menteri Pengangkutan menyatakan MAHB telah mengenakan RM9.1 JUTA Liquidated and Ascertained Damages atau LAD kepada kontraktor bagi kelewatan projek.

MACC MASUK MAHB

Pada 2021, SPRM dilaporkan mengunjungi ibu pejabat MAHB bagi mendapatkan maklumat berkaitan isu tender. MAHB mengesahkan kunjungan MACC tersebut dan berkata MAHB memberikan kerjasama penuh.

Salah satu perkara yang disiasat ialah kontrak berkaitan dengan COVID-19 PRIVATE SCREENING & TESTING DI KLIA.

The Edge melaporkan kontrak berbilion ringgit itu diberikan kepada BP Clinical Lab Sdn Bhd.

MAHB kemudian mengesahkan bahawa SPRM meminta maklumat dan dokumentasi berkaitan penganugerahan kontrak tersebut dan memberi kerjasama kepada siasatan. Dan pada ketika itu, MAHB juga menjelaskan bahawa SPRM tidak menyiasat tender Aerotrain seperti yang dispekulasikan dalam laporan awal. SPRM menyiasat berkaitan isu perolehan MAHB.

PERUBAHAN CEO DAN PENGURUSAN

MAHB juga mengalami beberapa perubahan kepimpinan.

  • Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid memimpin MAHB untuk tempoh panjang.

  • Mohd Badlisham Ghazali.

Selepas perubahan kerajaan pada 2018, berlaku perubahan dalam banyak syarikat berkaitan kerajaan. Badlisham meletak jawatan. DIganti dengan Raja Azmi Raja Nazuddin, dan selepas itu Datuk ISkandar Mizal Mahmood.

Berlaku lagi perubahan kepimpinan di mana pada 2025, pengerusi MAHB Nungsari Ahmad Radhi bercakap mengenai keperluan kestabilan organisasi dan menyatakan perubahan pengurusan/board boleh menjejaskan kesinambungan keputusan.

Pada tahun 2023, kerajaan memanjangkan perjanjian operasi. Kerajaan telah memberi mandat untuk terus mengurus, mengendalikan, menyelenggara dan membangunkan 39 lapangan terbang dan STOLport sehingga tahun 2069.

Pada masa yang sama, kerajaan memperkenalkan mekanisme baharu iaitu AIRPORT DEVELOPMENT FUND - ADF.

Sebahagian daripada komponen PSC akan disalurkan ke dalam dana tersebut bagi pembangunan lapangan terbang. Ini mengubah cara pembiayaan pembangunan lapangan terbang. MAHB tidak semestinya perlu membiayai semua pembangunan hanya melalui balance sheet sendiri.

KENAPA MAHB DISWASTAKAN DAN KONTROVERSI?

Pada Mei 2024, Gateway Development Alliance atau GDA mengumumkan tawaran untuk mengambil MAHB secara persendirian.

Konsortium itu diketuai oleh KHAZANAH NASIONAL dan KWSP serta melibatkan ADIA juga GLOBAL INFRASTRUCTURE PARTNERS (GIP). Tawaran masa tu ialah RM11 SEUNIT SAHAM. Nilai ekuiti MAHB sekitar RM18.4 BILLION.

Tujuan penswastaan untuk mempercepat pembangunan lapangan terbang, meningkatkan connectivity, menambah baik pengalaman penumpang, dan memberikan MAHB ruang membuat keputusan lebih pantas tanpa tekanan pasaran awam.

Tetapi proses ini menjadi kontroversi.

Antara sebab kontroversi ialah harga saham RM11 sesaham, nilai konsesi sampai 2069, penyertaan GIP yang berkait dengan BlackRock, peranan KWSP, struktur pemilikan, isu ketelusan dan persoalan kenapa MAHB patut diswastakan.

MAHB sedang pulih. Tahun 2022 untung. Tahun 2023 untung. Tahun 2024 semakin kukuh.

Jadi persoalannya kenapa syarikat yang sedang pulih perlu dijadikan syarikat persendirian?

Pihak yang menyokong penswastaan berhujah yang MAHB memerlukan transformasi dan pelaburan besar yang lebih mudah dilaksanakan sebagai syarikat persendirian

19. Tawaran saham dibuat pada RM11/saham. Ada pihak menganggap harga itu menarik. Ada pihak pula berhujah MAHB mempunyai potensi jangka panjang yang lebih tinggi kerana konsesi sehingga 2069.

Hong Leong Investment Bank sebagai independent adviser menyatakan tawaran tersebut sebagai “not fair but reasonable” dan mengesyorkan penerimaan berdasarkan pertimbangan yang dinyatakan dalam pekeliling tawaran.

Lembaga pengarah bebas MAHB pula mengambil pendirian berbeza dalam perkara tertentu dan menekankan prestasi kewangan yang bertambah baik serta prospek jangka panjang.

Akhirnya, konsortium memperoleh lebih 95% penerimaan dan MAHB dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada Februari 2025.

BLACKROCK, GIP DAN KONTROVERSI POLITIK

Satu lagi kontroversi besar ialah penyertaan GLOBAL INFRASTRUCTURE PARTNERS (GIP). GIP kemudiannya berada di bawah BlackRock. Penyertaan pelabur berkaitan BlackRock mencetuskan bantahan daripada sebahagian pihak, termasuk berkaitan sentimen terhadap hubungan BlackRock dengan Israel.

Kalau dari sudut fakta korporat, GIP ialah pelabur infrastruktur global. Kemudian GIP menyertai konsortium. Kerajaan Malaysia mengekalkan Special Share. Khazanah dan KWSP memegang kepentingan majoriti dalam struktur konsortium.

MAHB KELUAR DARI BURSA

Pada Februari 2025 MAHB dinyahsenaraikan (delisted). MAHB bukan lagi syarikat awam yang sahamnya diperdagangkan di Bursa Malaysia.

GDA (Gateway Development Alliance Sdn. Bhd) menjadi pemilik utama.

Pemegang kepentingan dalam GDA ialah Khazanah / UEM Group yang memegang sebanyak 40%, KWSP (EPF) 30%, GIP 25%, dan ADIA (Abu Dhabi Investment Authority) 5%.

Jadi setelah 25 tahun MAHB sebagai syarikat tersenarai pada 1999 kemudian diswastakan pada tahun 2025.

Walaupun MAHB telah diswastakan, kerajaan menjelaskan yang mana aset dan tanah lapangan terbang masih kekal milik kerajaan. Lapangan terbang bukan semata-mata milik MAHB.

MAHB pada asasnya merupakan “operator”. Selepas penswastaan, kerajaan bukan lagi pemegang saham korporat utama MAHB. Kerajaan masih kekal sebagai pemilik tanah dan aset lapangan terbang dan ada kuasa kawal selia dan peranan strategik melalui Operating Agreement yang telah ditandatangan pada 18 Mac 2024. MAHB adalah operator yang diberi tanggungjawab untuk mengurus, menyelenggara dan bangunkan 39 airport sampai tahun 2069. Pembangunan airport boleh dibiayai melalui peruntukan kerajaan atau mekanisma pemulihan pelaburan MAHB tertakluk dengan persetujuan atau kelulusan kerajaan.

Pada 2026, PAC menjalankan penelitian terhadap pengurusan lapangan terbang awam, termasuk MAHB. PAC menyatakan proses privatisasi MAHB mematuhi undang-undang dan Malaysian Code on Takeovers and Mergers berdasarkan pengesahan pihak berkaitan.

Tetapi PAC turut mengemukakan beberapa cadangan. Antaranya:

  • PEGANGAN TEMPATAN SEKURANG-KURANGNYA 70%.

  • Khazanah dan KWSP disyorkan mengekalkan gabungan sekurang-kurangnya 70% bagi memastikan kawalan strategik negara terus terpelihara.

PAC juga mencadangkan:

  • sebarang perubahan struktur pemilikan MAHB pada masa depan mendapat kelulusan Kabinet,

  • pelupusan aset strategik perlu mendapat kelulusan sewajarnya,

  • laporan prestasi MAHB diterbitkan secara berkala, dan

  • projek besar seperti Aerotrain, baggage handling system dan kerja-kerja pembangunan lapangan terbang dipantau dengan lebih ketat.

PAC turut meminta laporan kemajuan projek dan aliran tunai projek berimpak tinggi dikemukakan untuk tujuan pemantauan Parlimen.

Tahun 2025 dan 2026 MAHB masih ada masalah operasi. Jangan anggap selepas penswastaan semua masalah hilang. Isu Aerotrain, baggage handling system, kesesakan, kapasiti terminal, connectivity dan pengalaman penumpang.

Malaysia Aviation Group sendiri membangkitkan isu bagasi di KLIA pada akhir 2025.

Kadar bagasi tersalah kendali dilaporkan melebihi sasaran dalaman MAG. Masalah ini dikaitkan antara lain dengan keadaan baggage handling system. Walaupun MAHB telah diswastakan masalah infrastruktur tetap ada. 

Pada Jun 2026, MAHB mengumumkan transformasi organisasi selepas privatisasi. MAHB buat restructure sekali lagi.

Antara fokus utama ialah:

1. CAPITAL ALLOCATION - Lebih banyak kawalan terhadap bagaimana modal digunakan.

2. PROCUREMENT TRANSFORMATION - Memperbaiki proses perolehan dan kecekapan.

3. OPERATING MODEL - Menyusun semula keupayaan dan operasi kumpulan.

Ini adalah masalah MAHB selama bertahun-tahun. Selepas penswastaan, perkara yang sama masih menjadi agenda pembaharuan.

MAHB rugi dalam RM1.12 billion pada FY2020, rugi dalam RM766 juta pada FY2021, untung RM187 juta pada FY2022, untung RM543 juta pada FY2023 dan untung dalam RM741 juta pada FY2024.

Pada 2024, penumpang di rangkaian 39 lapangan terbang meningkat kepada sekitar 93.8 juta.

KONTROVERSI MAHB??

KONTROVERSI 1 - KLIA2 COST OVERRUN

Kos meningkat daripada anggaran awal RM1.7 bilion kepada sekitar RM4 bilion. PAC meneliti perubahan skop, kelewatan dan keputusan projek.

KONTROVERSI 2 - KLIA2 OPERATIONAL PROBLEMS 

Ponding, isu permukaan dan masalah operasi menjadi pertikaian antara MAHB dan AirAsia.

KONTROVERSI 3 - MAHB VS AIRASIA

Pertikaian PSC, airport charges dan tuntutan ganti rugi bernilai ratusan juta ringgit.

KONTROVERSI 4 - AEROTRAIN

Projek penggantian bernilai ratusan juta ringgit mengalami kelewatan. Kontrak asal ditamatkan. Kontraktor kemudian dilantik semula dalam struktur baharu. LAD (Liquidated Ascertained Damages) dikenakan.

KONTROVERSI 5 - COVID TESTING PROCUREMENT

SPRM mendapatkan dokumen berkaitan penganugerahan kontrak ujian COVID-19 di KLIA. Isu ini adalah isu perolehan.

KONTROVERSI 6 - UNDERINVESTMENT

Kritikan terhadap keadaan sesetengah infrastruktur lapangan terbang dan kelewatan pembangunan.

KONTROVERSI 7 - PENSWASTAAN RM18.4 BILLION

Persoalan mengenai harga, nilai jangka panjang, struktur pemilikan, pelabur asing, kawalan strategik, dan persoalan mengapa MAHB diswatakan ketika prestasi kewangan sedang pulih.

PENGAJARAN DARIPADA MAHB?
  1. Infrastruktur besar memerlukan perancangan jangka panjang. KLIA bukan projek lima tahun. Lapangan terbang ialah aset 30, 40, malah 50 tahun.

  1. Cost Overrun bukan hanya melibatkan masalah akaun. Bila projek meningkat dari RM1.7 billion kepada RM4 billion,ia mengubah hutang, depreciation, finance cost, tarif, dan pulangan modal.

  1. Satu perkara kita kena tahu ialah, penswastaan boleh mengubah struktur, tapi penswastaan tidak semestinya akan selesaikan masalah operasi (procurement, project management, contractor performance, infrastructure planning dan governance) tetap perlu diselesaikan.

  1. Walapun untung tak bermakna infrastruktur dah sempurna. MAHB boleh buat untung tetapi masih ada masalah tentang bagasi, aerotrain, kesesakan, walkway dan kemudahan

KITA KEMBALI KEPADA AIRASIA

Reuters tempoh hari melaporkan AirAsia mempunyai RM18.4 BILLION CURRENT LIABILITIES dan kerajaan sedang membuat contingency planning dengan MAS dan Batik Air. Dah tentu MAHB akan jadi sebahagian dari sistem contingency planning itu.MAHB.

Sebab, bila AirAsia berdepan dengan tekanan, MAHB akan terdedah kepada airport charges, lessor terdedah kepada pajakan, vendor terdedah kepada hutang, bank terdedah kepada pinjaman, pekerja terdedah kepada pekerjaan, penumpang terdedah kepada pengurangan laluan dan kerajaan akan terdedah kepada tekanan untuk memastikan connectivity negara tak collapse. Jadi bila AirAsia bermasalah akan beri kesan kepada seluruh rangkaian penerbangan. 

MAHB, MAS DAN AIRASIA ADALAH TIGA MODEL YANG BERBEZA

- Kita ada MAHB sebagai Operator infrastruktur.

- MAS / MAG sebagai Full-service national carrier.

- AIRASIA - Sebagai Low-cost carrier.

Ketiga-tiganya mempunyai model perniagaan berbeza. Masalah MAHB tidak sama dengan masalah MAS. Masalah MAS tidak sama dengan masalah AirAsia. Jadi, satukan mereka hanya kerana semuanya berkaitan penerbangan boleh mencipta masalah baharu.

Kerajaan perlu menyelamatkan dan memastikan laluan strategik terus terbang, lapangan terbang terus beroperasi, dan penumpang tidak terputus.

MAHB menunjukkan yang strategik negara tidak boleh dinilai hanya berdasarkan untung atau rugi. Ia perlu dinilai berdasarkan connectivity, infrastruktur, capital expenditure, public interest, commercial sustainability, governance, dan national strategic control. Sebab itu MAHB bila rugi lebih RM1 bilion pada 2020 tapi masih menjadi aset strategik negara.

“KITA NAK SELAMATKAN SYARIKAT  ATAU KITA NAK SELAMATKAN SISTEM?”

RUJUKAN

MAHB diasaskan pada 1992 dan disenaraikan pada 1999; kerajaan mengekalkan Special Share. (Civil Aviation Authority of Malaysia)

MAHB mengendalikan rangkaian lapangan terbang yang luas, dan model rangkaian itu melibatkan cross-subsidisation antara lapangan terbang. (ICAO)

KLIA2 mempunyai sejarah perubahan skop, kelewatan dan peningkatan kos daripada anggaran awal RM1.7 bilion kepada sekitar RM4 bilion. (The Edge Malaysia)

MAHB mencatat rugi RM1.12 bilion pada FY2020, termasuk impairment RM500.4 juta berkaitan hak konsesi Sabiha Gökçen; FY2021 rugi RM766.4 juta dan FY2022 kembali untung RM187.2 juta. (The Edge Malaysia)

Pada 2023, kerajaan meluluskan terma Operating Agreements baharu untuk MAHB mengendalikan 39 lapangan terbang/STOLport sehingga 2069, termasuk mekanisme Airport Development Fund. (Malaysia Airports)

Isu MAHB–AirAsia termasuk pertikaian PSC, airport charges dan tuntutan mahkamah bernilai ratusan juta ringgit. Sebahagian litigasi PSC masih mempunyai perkembangan pada 2026. (The Edge Malaysia)

SPRM memang pernah mendapatkan maklumat daripada MAHB berkaitan penganugerahan kontrak saringan/pengujian COVID-19 di KLIA; MAHB menyatakan ia memberi kerjasama. Ini tidak dengan sendirinya membuktikan rasuah. (The Edge Malaysia)

Privatisasi MAHB: GDA diketuai Khazanah dan KWSP, bersama ADIA dan GIP; tawaran RM11 sesaham, nilai ekuiti sekitar RM18.4 bilion. MAHB dinyahsenarai pada Februari 2025. (Khazanah Nasional Berhad)

PAC pada Julai 2026 menyatakan proses privatisasi mematuhi undang-undang/Takeover Code, tetapi mencadangkan pegangan tempatan Khazanah + KWSP dikekalkan sekurang-kurangnya 70%, pelupusan aset strategik mendapat kelulusan Kabinet dan laporan prestasi serta projek besar dipantau secara berkala. (Free Malaysia Today)

MAHB pada 2026 sedang menjalankan transformasi organisasi yang memfokuskan capital allocation, procurement dan operating model. (BERNAMA)