Pages

Wong Thean Soon, Co-Founder MYEG/Zetrix AI dan Empayar 26 tahun

WONG THEAN SOO, CO-FOUNDER MYEG/Zetrix AI & LEGASI 26 TAHUN

Dikenali sebagai TS Wong Co-founder MYEG/Zetrix AI. Malaysian (Kena tulis, nanti ada pula yang tanya “Malaysian ke”?). Managing Director kepada Zetrix AI Berhad. Mempunyai Bachelor’s Degree in Electrical, National University of Singapore (NUS). Merupakan antara 50 individu terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersih sebanyak USD470 juta. Mendapat pengiktirafan Asia's Most Influential (Malaysia) pada 2021 oleh Tatler Asia.

Rekod korporat Zetrix menyatakan Wong dilantik ke lembaga pada 6 Mac 2000 dan telah menjadi Group Managing Director. (INSAGE)

Sebelum MYEG, TS Wong sudah berada dalam industri teknologi.

.......



Syarikat yang ada kaitan pemilikan dengan TS Wong.

[√] 1995 - CYBERSOURCE PTE LTD SG

Merupakan perniagaan teknologi TS Wong paling awal. Antara teknologi yang dikaitkan ialah PictureMail, Global Messaging System dan teknologi komunikasi internet. TS Wong sebagai Co-Founder & Executive Director. TS Wong meninggalkan Sybersource pada 1997.

.......

[√] 1997 - 2000 - TECHNOCHANNEL TECHNOLOGIES SDN. BHD

TS Wong sebagai Founder dan CEO. Technochannel terlibat dalam teknologi internet dan peranti internet.

.......

[√] 2000 - ZETRIX AI sebelum ini MYEG (syarikat utama)

TS Wong sebagai Co-Founder, Group Managing Director dan pemegang saham utama. Dilantik ke lembaga pada 6 Mac 2000. MYEG berkembang menjadi penyedia perkhidmatan e-government. Pada 2007, MYEG disenaraikan di Bursa Malaysia. Pada 2009 MYEG berpindah ke Main Market.

Pada 1 April 2026 rekod rasmi menunjukkan TS Wong mempunyai. Pegangan saham langsung sebanyak 14.77% dan 14.49% pegangan tidak langsung melalui Asia Internet Holdings. Jumlah kepentingan kira-kira 29.26%. Tapi peratusan telah berubah selepas berlaku perlupusan saham pada Ogos - September 2026.

.......

[√] ASIA INTERNET HOLDINGS SDN BHD (Investment holding vehicle)

TS Wong sebagai pemegang/pemilik AIH. Rekod Zetrix menyatakan kepentingan tidak langsung TS Wong dalam Zetrix datang daripada substantial shareholding dia dalam Asia Internet Holdings. Pada 30 September 2025, TS Wong mempunyai 24.32% pegangan langsung dalam Excel Force dan 6.77% deemed interest melalui Asia Internet Holdings, menjadikan jumlah kepentingan langsung dan deemed beliau sekitar 31.09%. Asia Internet sendiri memegang 6.77% Excel Force. Excel Force pula memiliki INSAGE.

Kemudian, pegangan Wong dalam Excel Force turut berubah akibat transaksi saham pada 2026.

.......

[√] EXCEL FORCE MSC BERHAD

TS Wong mula membina kepentingan dalam Excel Force sekitar 2016–2017. The Edge pada 2022 melaporkan TS Wong ada pegangan Direct sekitar 18.23%. Pegangan melalui Asia Internet sekitar 14.73%. Jumlah ketika itu dalam 33%.

TS Wong pernah menjadi Alternate Director kepada Datuk Norraesah Mohamad di Excel Force dari Februari 2017 hingga September 2021.

.......

[√] INSAGE (MSC) SDN. BHD

Satu perincian penting ialah peranan Insage (MSC) Sdn Bhd. Berbeza dengan anggapan umum, Insage bukanlah entiti peribadi TS Wong secara langsung. Insage adalah anak syarikat milik penuh (100%) Excel Force MSC Berhad.

Excel Force menyediakan perisian teras perdagangan saham (online trading system) untuk broker/bank. Insage pula menyediakan platform data, perhubungan pelabur (investor relations - IR), dan arkib maklumat kewangan korporat.

.......

[√] CUSCAPI BERHAD

TS Wong adalah substantial shareholder dalam CUSCAPI bermula Mac 2022. Pegangan Langsung (Direct Stake) ialah 25.13% (dipegang atas nama peribadi Wong Thean Soon).

Pegangan Tidak Langsung (Indirect / Deemed Interest) ialah 2.937% (dipegang menerusi Asia Internet Holdings Sdn Bhd). Jumlah Gabungan Pegangan adalah 28.067%.

Cuscapi Berhad secara dasarnya ialah penyedia Point-of-Sale (POS) & Management Solutions untuk industri F&B dan peruncitan. TS Wong menyasarkan Cuscapi sebagai tapak integrasi pembayaran peruncitan (POS Merchant) untuk melengkapkan ekosistem digitalnya. Bila tsunami force selling dan tekanan margin meletus pada September 2026, kaunter sekutu seperti Cuscapi turut terkena tempias sell-down besar-besaran sekaligus menandakan perubahan besar terhadap status dan keutamaan pegangan portfolio Ts Wong.

September 2026, TS Wong mengurangkan direct stake kepada 10.49%. Disebabkan gelombang forced selling dan transaksi perniagaan terus (direct business transaction), TS Wong melepaskan 99.12 juta saham akaun terus dan 4.5 juta saham milik Asia Internet Holdings Sdn Bhd, sekali gus menyebabkan TS Wong dan Asia Internet Holdings terhenti menjadi pemegang saham utama (ceased to be a substantial shareholder) dalam Cuscapi Berhad.

.......

[√] MYTECH GROUP BERHAD (sebelum ini dikenali sebagai Ge-Shen Corporation Berhad).

Core business MTGB - pembuatan komponen plastik dan logam (high-precision plastic & metal components manufacturing) dan pemasangan produk (assembly services) untuk industri teknologi dan peranti elektronik. TS Wong adalah Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas (Non-Independent Non-Executive Director) di MTGB.

Ini melengkapkan platform digital (Zetrix AI & Excel Force) dengan keupayaan untuk menghasilkan perkakasan fizikal, peranti Node/Server blockchain, dan peranti Internet-of-Things (IoT) yang diperlukan untuk perdagangan silang sempadan antara China dan pasaran global.

Pada 2022, The Edge melaporkan TS Wong mempunyai kira-kira 30.02% direct stake dalam MyTech. Asia Internet ketika itu ada pegangan sekitar 2%.

Pada Disember 2025, TS Wong melepaskan 42.4 juta unit saham pegangan langsung dia pada harga 30 sen sesaham (bernilai RM12.7 juta) kepada Pengerusi Eksekutif MyTech, Tan Sri Cheng Joo Teik (menerusi entiti Gen Millen Sdn. Bhd). Selepas penjualan saham besar ini TS Wong secara rasmi terhenti menjadi pemegang saham utama (ceased to be a substantial shareholder) dalam MyTech Group Berhad pada Disember 2025.

TS Wong hanya kekalkan pegangan tidak langsung (indirect stake) 1.8% melalui investment holding company - Asia Internet Holdings Sdn. Bhd.

Pelupusan MyTech pada penghujung 2025 menunjukkan TS Wong mula mencairkan pelaburan tepi (non-core manufacturing assets) untuk mengumpul tunai dan memfokuskan sumber semula kepada jentera utamanya iaitu Zetrix AI dan ekosistem berkaitan Web3/Fintech.

Apa yang berlaku dari penghujung 2025 hingga September 2026 memberi Kesan Domino (Contagion / Liquidity Domino Effect) yang membelenggu keseluruhan empayar TS Wong.

Tindakan pelepasan MyTech ini mendahului gelombang pelupusan aset strategik lain yang berlaku pada pertengahan hingga September 2026 (termasuk jualan saham Cuscapi, pelupusan 27.5 juta saham HeiTech Padu oleh MY E.G. Capital, serta forced selling di kaunter Zetrix AI).

Ini menunjukkan yang kejatuhan pada September 2026 adalah rentetan tekanan kecairan (liquidity crunch) yang merebak secara berperingkat bermula dari penjualan aset sampingan (MyTech) sehinggalah memaksa pencairan aset-aset yang lain seperti HeiTech Padu & Cuscapi sampailah ke kaunter utama Zetrix AI.

.......

[√] AGMO HOLDINGS BERHAD

TS Wong tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam Lembaga Pengarah atau pengurusan eksekutif syarikat. Kaitan TS Wong dengan Agmo Holdings Sdn. Bhd melalui Zetrix AI Berhad yang mana Zetrix AI merupakan pemegang saham majoriti dalam Agmo Holdings Berhad sekitar 25.8% (pra-IPO). Disebabkan TS Wong adalah pemegang saham utama dalam Zetrix AI Bhd, jadi secara undang-undang TS Wong dianggap mempunyai kepentingan (deemed interest) ke atas saham Agmo, walaupun tanpa memegang sebarang jawatan pengarah di Agmo.

Core business Agmo Holdings Berhad ialah, penyedia penyelesaian perisian digital (homegrown digital solutions provider) yang pakar dalam pembangunan aplikasi mudah alih dan web, blockchain dan AI.

Berbeza dengan akaun terus TS Wong dalam Zetrix AI atau pelupusan saham Cuscapi dan HeiTech Padu, pegangan strategik Zetrix AI (MYEG) dalam Agmo Holdings tidak dilupuskan secara paksa. Pada pertengahan September 2026 ketika krisis Zetrix AI memuncak, CEO Agmo, Tan Aik Keong membuat belian terbuka sebanyak 200,000 unit saham Agmo di pasaran. Ini memberi signal jelas yang pengurusan dalaman Agmo tidak terjejas dan masih yakin dengan asas perniagaan syarikat.

Walaupun harga saham Agmo mengalami penurunan pada pertengahan hingga akhir September 2026 disebabkan oleh kesan psikologi pasaran, Agmo tidak mengalami gelombang force selling. Asas kewangan Agmo masih kekal stabil.

.......

HEITECH PADU BERHAD

HeiTech Padu Berhad ialah "tulang belakang IT" untuk agensi kerajaan dan bank-bank di Malaysia. Fokus untuk membangunkan, mengurus dan menyelenggarakan sistem komputer dan database penting (sistem imigresen, JPJ dan kiosk transaksi digital.

Antara projek-projek HeiTech Padu ialah termasuk projek NIISe / MyIMMs), sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ - mySIKAP), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

TS Wong tidak memegang sebarang jawatan dalam Lembaga Pengarah atau apa-apa jawatan dalam pengurusan executive syarikat.

TS Wong juga tidak membeli saham HeiTech Padu peribadi secara terus. Anak syarikat Zetrix AI iaitu MY E.G Capital Sdn. Bhd yang membeli saham HeiTech Padu. Dan disebabkan TS Wong adalah pemegang saham utama dalam Zetrix AI mengikut Akta Syarikat 2016, saham HeiTech Padu dikira sebagai "deemed / indirect interest" TS Wong.

Jumlah saham yang dipegang oleh MY E.G Capital Sdn. Bhd dalam HeiTech Padu ialah 27.5 juta saham (16.9% pegangan). Pada 2 September 2026, MY E.G. Capital telah menjual KESEMUA 27.5 juta saham HeiTech Padu tersebut di pasaran.

......

[√] MY. E.G. CAPITAL SDN. BHD

Jawatan TS Wong dalam My E.G. Capital Sdn Bhd ialah sebagai Pengarah. MY E.G. Capital Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh di bawah Zetrix AI Berhad dan berfungsi sebagai syarikat pegangan pelaburan (investment holding/venture capital arm).

Mengikut Seksyen 8(4) Akta Syarikat 2016 (Companies Act 2016):

"Mana-mana individu yang mempunyai kepentingan sekurang-kurangnya 20% dalam sesebuah syarikat induk, secara automatik mempunyai 'deemed interest' (kepentingan dianggap) ke atas mana-mana saham yang dipegang oleh anak syarikat tersebut."

Sebelum selldown September 2026, TS Wong memegang 29.49% dalam Zetrix AI Berhad (melepasi ambang 20%).

Jadi, Ts Wong mempunyai kepentingan tidak langsung (deemed interest) ke atas blok 27.5 juta saham HeiTech Padu Berhad yang dipegang menerusi MY E.G. Capital Sdn Bhd.

Pada minggu yang sama tekanan jualan melanda pasaran, MY E.G. Capital bertindak melepaskan 27.5 juta saham HeiTech Padu, ini menandakan langkah penstrukturan semula aset dan pengumpulan tunai besar-besaran bagi meredakan tekanan kecairan syarikat.

.......

[√] IPIDATO DOT COM SDN. BHD

Profil korporat mencatatkan kedudukan TS Wong sebagai Pengarah (Director) di Ipidato Dot Com Sdn Bhd. Ipidato Dot Com Sdn Bhd berstatus Sdn Bhd (syarikat sendirian berhad / persendirian), bukannya kaunter terbitan awam di Bursa Malaysia. Ipidato Dot Com Sdn Bhd ialah syarikat portal berita/media dalam talian dan pengiklanan digital.

Tugas utamanya adalah mengendalikan laman web kandungan maklumat tempatan serta menyediakan perkhidmatan teknologi dan iklan online.

.......

[√] ENDEAVOR MALAYSIA

Endeavor Malaysia bukannya entiti perniagaan milik TS Wong dan tidak tersenarai di bursa saham, sebaliknya sebuah rangkaian sokongan usahawan antarabangsa.

Jawatan rasmi TS Wong dalam Endeavor Malaysia adalah Director-Emeritus. TS Wong memberi bimbingan, perkongsian pengalaman dan khidmat nasihat kepada usahawan-usahawan syarikat "startup" dan peringkat pertumbuhan ("scale-ups") di Malaysia.

Pernah menjadi Lembaga Pengarah Endeavor Malaysia bersama tokoh-tokoh korporat tempatan yang lain yang terlibat secara langsung menentukan hala tuju strategik organisasi, memilih usahawan berpotensi (Endeavor Entrepreneurs) dan membimbing syarikat scale-up di Malaysia.

.......

[√] ASIA INTERNET E-SERVICES HOLDINGS SDN BHD

Asia Internet E-Services Holdings Sdn Bhd sebuah syarikat persendirian. Merupakan syarikat pegangan pelaburan (Investment Holding) sebagai perantara untuk memegang ekuiti, lesen dan kepentingan dalam syarikat, menyediakan perkhidmatan e-dagang dan operasi digital. Syarikat ini beroperasi secara berasingan daripada jentera pelaburan pasaran awam TS Wong (Asia Internet Holdings Sdn Bhd).

TS Wong ada kepentingan dalam Asia Internet E-Services Holdings Sdn Bhd (AIEH). Dalam Annual Report MYEG 2014, MYEG menyatakan kepentingan tidak langsung Wong datang melalui Asia Internet E-Services Holdings Sdn Bhd. AIEH memegang 5,391,999 saham MYE. Pada 2015, AIEH memegang 7,783,998 saham dalam MYEG.

AIEH telah wujud dalam pemilikan struktur MYEG sejak 2007, bila AIEH disenaraikan memegang 18 juta saham MYEG (14.26%).

Dalam tempoh 2008 - 2015, pegangan saham MYEG yang berkaitan dengan struktur kepentingan TS Wong dipegang melalui beberapa entiti, termasuk Asia Internet Holdings, Asia Internet E-Services Holdings dan Radio Port. Rekod Bursa menunjukkan berlaku beberapa pemindahan saham antara Asia Internet Holdings dan Asia Internet E-Services, sementara kepentingan tidak langsung TS Wong kekal direkodkan sebagai ‘deemed/indirect interest.

.......

[√] RADIO PORT LIMITED

Menurut rekod ICIJ Offshore Leaks Database, Radio Port Limited adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di British Virgin Islands (BVI) pada 13 Ogos 2007. TS Wong direkodkan sebagai Beneficial Owner bermula 24 Disember 2007 (selepas beberapa bulan). Radio Port pernah memegang 10 juta saham MYEG. Ini dikira sebagai deemed/indirect interest TS Wong dalam rekod MYEG.

Pada 28 April 2015, rekod MYEG menunjukkan 20 juta saham MYEG telah didaftarkan atas nama Radio Port Limited dan dikira sebagai sebahagian daripada indirect interest Wong.

Kemudian pada 2019, Radio Port direkodkan memegang 54.4 juta saham MYEG SEBANYAK 54,400,000 saham dan saham tersebut dimasukkan dalam pengiraan indirect/deemed interest Wong Thean Soon. Aktiviti operasi atau “core business” Radio Port belum dapat disahkan daripada rekod awam ada.

.......

[√] WESLEY INTERNATIONAL GROUP LIMITED

Wesley International Group Limited muncul dalam rekod ICIJ Offshore Leaks Database sebagai shareholder Radio Port Limited sejak 24 Disember 2007. Pada tarikh yang sama, ICIJ merekodkan Wong Thean Soon sebagai beneficial owner kepada Radio Port Limited. Tiada maklumat tentang aktiviti operasi atau "principal business activity". Wesley boleh dikategorikan sebagai sebahagian daripada corporate network Radio Port.

.......

[√] GRANDFIELD HOLDINGS GROUP LIMITED

Grandfield Holdings Group Limited mempunyai kaitan dengan TS Wong melalui Radio Port Limited, tetapi hubungan tersebut adalah tidak langsung. ICIJ merekodkan Grandfield sebagai director Radio Port mulai 24 Disember 2007, manakala pada tarikh yang sama Wong Thean Soon direkodkan sebagai beneficial owner Radio Port. Tapi, setakat rekod yang dikenal pasti, tiada bukti yang menunjukkan Grandfield Holdings Group Limited dimiliki atau dikawal oleh Wong Thean Soon

ICIJ ada rekod berasingan untuk Grandfield Holdings Group Limited. Diperbadankan pada 1 April 1999 di British Virgin Islands. David Chong Kok Kong direkodkan sebagai shareholder bermula 7 November 2005. Sebelum itu Portcullis TrustNet direkodkan sebagai shareholder/director.

ICIJ juga menunjukkan Grandfield pernah menjadi director kepada banyak entiti offshore lain, termasuk Srekal Holdings, HFV GP, Montenotte Overseas, Adobe Group, T and D Holdings, Value Excel etc. Tapi, Grandfield mempunyai rekod offshore sejak 1999, jauh sebelum Radio Port ditubuhkan pada 2007. Jadi ia bukan entiti yang baru diwujudkan khusus untuk Radio Port.

.......

[√] EXECORP LIMITED

Rekod ICIJ mengesahkan bahawa Execorp disenaraikan sebagai Director Radio Port mulai 24 Disember 2007. Execorp Limited diperbadankan di British Virgin Islands pada 31 October 1994 dan registered agent-nya ialah Portcullis TrustNet (BVI) Limited.

Tiada hubungan pemilikan langsung antara Execorp dengan TS Wong selain hubungan melalui Radio Port Limited sebagai Beneficial Owner.

.......

[√] PALETTE MULTIMEDIA HOLDINGS BERHAD


Pada 2017, TS Wong menjadi pemegang saham utama Palette Multimedia Holdings Berhad. Laporan tahunan Palette 2017 menunjukkan pada 5 September 2017, TS Wong memegang 12.52 juta saham bersamaan kira-kira 3.92%. Menjadikan dia pemegang saham kelima terbesar PMHB.

Pada masa yang sama TS Wong adalah pengarah urusan dan pemegang saham utama MYEG. Tapi, TS Wong menjelaskan pegangan saham dalam PHMB hanya "passive investment" (pelaburan minoriti secara peribadi) dan bukan sebahagian daripada pelan untuk takeover atau jalankan urusan korporat terhadap Palette.

Kemudian pada November 2017, TS Wong mengumumkan dia telah menjual seluruh pegangannya dalam Palette dan menyatakan tidak lagi akan buat pelaburan pasif dalam syarikat tersenarai sebab, spekulasi yang tercetus mengenai kemungkinan aktiviti korporat yang dibuat terhadap PHMB. Pengerusi dan pengarah urusan Palette, Eg Kah Yee ketika itu menyatakan TS Wong telah jual semua sahamnya 10 hari sebelum pengumuman dibuat.

.......

[√] S5 HOLDINGS / S5 SYSTEMS

Jun 2020, MYEG melalui MYEG Capital Sdn Bhd mengumumkan pengambilalihan 10% kepentingan dalam S5 Holdings Inc. daripada Merrington Assets dengan nilai RM90 juta. Awal 2022, MYEG menambah lagi 10% pegangan melalui pembelian 118 juta saham daripada S7 Holdings Sdn Bhd bernilai RM86.5 juta. Ini menjadikan pegangan MYEG dalam S5 Holdings 20%.

S5 Holdings mempunyai dua anak syarikat termasuk S5 Systems Sdn Bhd yang menjalankan aktiviti berkaitan national security solutions termasuk teknologi keselamatan, pembangunanan penyesuaian sistem, konsultansi dan sokongan.

S5 Systems pernah menjadi salah satu pemain yang terlibat dalam bidaan National Integrated Immigration System (NIIS) bernilai lebih RM1 bilion.

Pada 2020, The Edge melaporkan S5 Systems terlibat dalam beberapa bidaan melalui konsortium bersama pemain seperti MyEG, Iris dan HeiTech Padu. S5 Systems juga mempunyai pengalaman dalam sistem keselamatan dan biometrik imigresen, termasuk NERS dan sistem berkaitan pekerja asing.

S5 mempunyai kaitan dengan TS Wong melalui kepentingan dalam MYEG, yang merupakan pemegang 20% S5 Holdings.

.......

[√] MALAYAN UNITED INDUSTRIES BERHAD (MUI)

MUI ialah investment holding company. Laman rasmi MUI menyebut core businesses mereka sebagai retailing, hotels, food & confectionery dan property development.

2017, TS Wong mempunyai pegangan dalam 0.31% dalam MUI. The Star melaporkan pegangan tersebut kecil dan TS Wong telah menjelaskan saham MUI adalah sebagai pelaburan pasif, buka langkah untuk mengambil alih atau menjalankan tindakan korporat kepada MUI.

13 November 2017, TS Wong buat kenyataan pegangan dalam MUI dan Palette Multimedia (pelaburan minoriti peribadi) telah dilupuskan selepas timbul spekulasi pasaran mengenai aktiviti korporat. Laporan tahunan MUI 2024 menyatakan aktiviti utama syarikat induk ialah investment holding, dan anak syarikat dan syarikat bersekutunya terlibat dalam retailing, hotel, property dan fast-food chain.

.......

[√] MX GLOBAL SDN BHD

Sebuah Digital Asset Change (DAX) yang dikaitkan dengan Cuscapi Berhad. MX Global mengendalikan pertukaran aset digital (cryptocurrency exchange) Cuscapi ada kepentingan dalam MX Global dan Binance pernah menjadi pelabur dalam MX Global.

2021, The Edge melaporkan Binance telah membuat pelaburan strategik dalam MX Global dan Cuscapi antara pemegang kepentingan dalam MX Global.

Hubungan TS Wong dengan MX Global adalah melalui Cuscapi, bukannya memiliki MX Global secara peribadi.

Pada Mac 2022, MX Global menerima suntikan modal strategik yang mana,

Binance - membuat equity investment (jumlah tidak didedahkan secara rasmi).

Cuscapi Bhd - melabur RM9 juta melalui Redeemable Convertible Preference Shares (RCPS).

Kemudian, Cuscapi menukar RCPS tersebut kepada ordinary shares dan kini memegang kira-kira 30% equity interest dalam MX Global sebagai associate company.

TS Wong pernah menjadi substantial shareholder terbesar Cuscapi. Wong mengaitkan Cuscapi dengan strategi ekosistem Web3 beliau, kerana Cuscapi memberi pendedahan kepada digital asset exchange yang regulated (iaitu MX Global). Tapi, pada September 2026, pegangan Wong di Cuscapi telah berkurang secara ketara akibat isu margin call, dan beliau tidak lagi substantial shareholder.

Dalam laporan tahunan MYEG 2015, profil TS Wong menyebut:

TS Wong “also sits on the board of several private limited companies” tapi tidak menamakan syarikat-syarikat tersebut satu per satu. Laporan yang sama juga menyatakan beliau tidak mempunyai directorship dalam syarikat awam lain ketika itu.



.......

⛔ KONTROVERSI YANG MELIBATKAN TS WONG

(1) Penyelesaian RM7 juta dengan Suruhanjaya Sekuriti manipulasi saham MYEG

26 September 2014, TS Wong mencapai penyelesaian dengan Suruhanjaya Securiti Malaysia sebanyak RM7 juta berkaitan dengan dakwaan SC - TS Wong dan 13 individu lain terlibat dalam manipulasi saham MYEG antara 16 Januari 2007 hingga 24 April 2007. Mereka didakwa melanggar Seksyen 84(1) Securities Industry Act 1983.

Penyelesaian dibuat "without admission of denial of liability" (tanpa mengakui atau menafikan liabiliti).

(2) Struktur empayar saham


Kepentingan TS Wong tidak wujud dalam bentuk pegangan secara langsung. Tapi melalui beberapa entiti antaranya seperti Asia Internet Holdings Sdn Bhd, Asia Internet E-Services Holdings Sdn Bhd, Radio Port Limited. Saham yang dikira sebagai kepentingan Wong tidak semestinya semuanya didaftarkan atas nama Wong secara langsung.

(3) Asia Internet

Antara syarikat yang pernah mempunyai hubungan pegangan dengan Asia Internet ialah MYEG?Zetrix AI, Excel Force MSC, Cuscapi, MyTech Group dan beberapa pelaburan lain dengan tempoh yang berbeza. Ini menimbulkan persoalan mengenai struktur sebenar pegangan dan kenderaan pelaburannya.Adakah Asia Internet hanya semata-mata investment vehicle atau sekadar investment holding company?

(4) Teguran Bursa kepada Zetrix AI

Pada 14 Julai 2025, Bursa Malaysia Securities menegur Zetrix AI secara terbuka dan mengenakan RM150,000 kepada setiap seorang daripada 7 pengarah termasuk TS Wong (Group Managing Director). Bursa mendapat terdapat pelanggaran terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama. Antara isu yang dilaporkan ialah kegagalan memastikan beberapa pengumuman syarikat adalah factual, accurate dan tidak false or misleading, serta kegagalan mematuhi arahan Bursa untuk membuat penjelasan segera terhadap pengumuman terdahulu.

Zetrix AI dan tujuh pengarah tersebut kemudian menyatakan mereka akan mendapatkan JUDICIAL REVIEW terhadap tindakan Bursa.

(5) 2026 - Margin call & forced selling

Pegangan TS Wong dalam Zetrix merosot daripada sekitar 29.49% kepada 13.14% selepas beliau dan Asia Internet Holdings menjual sekitar 1.245 bilion saham, bernilai kira-kira RM321.34 juta. Laporan The Edge menyebut jualan itu berkaitan margin calls.

(6) Tekanan merebak ke Cuscapi & Excel Force

Pegangan langsung Wong dalam Cuscapi turun daripada 25.13% kepada 10.49%, manakala dalam Excel Force turun daripada 24.322% kepada 7.234%. The Edge menyatakan Cuscapi terjejas oleh forced selling; untuk Excel Force, belum dipastikan sama ada penjualan itu juga berpunca daripada forced selling.

(7) Dakwaan pelanggaran paten GST/MARTC (2014-2017)

TS Wong dinamakan sebagai defendan bersama MYEG dan Jason Chan Ling Khee dalam saman GST Smart Solution.

Plaintif mendakwa sistem MARTC MYEG melanggar paten mereka bagi sistem ATRS, dan memohon antara lain injunksi, penarikan permohonan paten MYEG serta ganti rugi/akaun keuntungan. Tapi, MYEG menafikan tuntutan tersebut dan memfailkan counterclaim untuk mencabar kesahan paten plaintif.

(8) Pendedahan maklumat material secara terpilih (2015/2016)

Bursa Malaysia mendapati MYEG telah mendedahkan maklumat material mengenai pelantikan kerajaan untuk mengendalikan pembaharuan permit pekerja asing ketika pembentangan kepada pengurus dana pada 6 Januari 2015, sebelum maklumat tersebut diumumkan kepadan Bursa pada 9 dan 12 Januari.

TS Wong sendiri dikenakan Public reprimand dengan Denda RM50,000. Bursa menyatakan beliau bertanggungjawab terhadap pendedahan maklumat tersebut secara selektif.

Mengapa maklumat material mengenai potensi peningkatan besar perniagaan MYEG dibentangkan kepada fund managers terlebih dahulu, sedangkan pengumuman lengkap kepada Bursa hanya dibuat beberapa hari kemudian?



đŸ’¥STATUS TS WONG SEHINGGA 2026

TS Wong masih merupakan Co-Founder dan Group Managing Director Zetrix AI Berhad. Beliau masih berada dalam pengurusan tertinggi syarikat walaupun pegangan saham dalam Zetrix AI jatuh dengan sangat ketara. The Edge juga mengenal pasti TS Wong sebagai co-founder dan group managing director.

Sebagai Single largest Shareholder status TS Wong perlu dipantau kerana covenant IMTN. Asia Internet Holdings masih menjadi vehicle indirect interest. Tidak lagi menjadi Cuscapi substantial shareholder. Masih ada direct dan indirect share dalam Excel Force substantial interest. Berdepan dengan margin call.

Dan disebalik semua yang berlaku TS Wong masih mengawal pengurusan Zetrix.

No comments:

Post a Comment