Pages

Urusniaga RM3.8 billion (Part 2)


Boleh baca di sini Urusniaga RM3.8 billion, PT TH Indo Plantations (Part 1)

⛔ PADA 30 NOVEMBER 2018

◾ Th telah membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, ex CEO Tan Sri Ismee Ismail, ex CEO Datuk Seri Johan Abdullah dan empat pegawai kanan pengurusan lain, iaitu Datum Adi Azuan (Chief Operating Officer), Datuk Rozaida Omar (Chief Financial Officer), Hazlina Mohd Khalid (Legal Advisor), dan Rifina Md Ariff (Senior Corporate & Real Estate Manager). 

◾ Laporan pertama adalah berkaitan dengan penggunaan dana Yayasan Tabung Haji yang didakwa digunakan untuk aktiviti berunsurkan politik, dan laporan kedua berkenaan dengan jualan saham THIP kepada PT Borneo Pacific. 


⛔ KENAPA TH BUAT LAPORAN TAHUN 2018?

◾ Ini adalah satu tindakan yang pelik. Kalau terdapat penyelewengan seperti yang didakwa, kenapa tidak ada tindakan segera pada tahun 2012, 2013 atau tahun 2014?

Kemungkinan pihak pengurusan TH yang baru, selepas tahun 2018 sedar skop besar penyelewengan yang telah berlaku. 
Atau, pihak pengurusan lama sengaja menutup kes ini bertahun-tahun dengan harapan tidak terkantoi. 
Atau, terdapat tekanan politik yang telah menghalang untuk mengambil tindakan lebih awal. 

◾ Disebabkan kelewatan enam tahun mungkin ada bukti yang telah dimusnahkan, saksi mungkin dibeli atau diugut dan peluang untuk dapatkan balik duit pendeposit / penabung jadi sukar. 


⛔ PADA 30 JULAI 2026

◾ Laporan RCI ke atas Lembaga Tabung Haji telah dikeluarkan. RCI telah mencadangkan audit forensik e atas 14 pelaburan yang bermasalah termasuklah pelaburan dalam THIP, Trurich Resources, FGV Holdings etc. 

◾ RCI melihat dan mendapati terlalu banyak lapisan dan perbincangan dalam setiap proses dalam pembuatan keputusan pelaburan. Tetapi, proses tersebut tidak menghasilkan keputusan pelaburan yang bagus dan sihat. 

◾ RCI mendapati keputusan pelaburan yang dibuat melalui antara Chief Investment Officer, Chief Financial Officer, Head of Real Estate, and Head of Treasury melalui koordinasi yang lemah. Panel Pelaburan TH pulak terlalu bergantung dengan cadangan daripada pengurusan TH. Panel Pelaburan tidak menyemak cadangan pelaburan, meanwhile menteri-menteri meluluskan cadangan berdasarkan memorandum yang disediakan oleh lembaga dan pengurusan TH tanpa nasihat dari pihak ketiga yang bebas.

- Ini adalah kegagalan checks and balance system (sistem semak dan imbang) dan masalah betapa lemahnya tadbir urus dalam TH dari peringkat operasi hingga ke peringkat kelulusan tertinggi.

- Jabatan-jabatan penting seperti Pelaburan, Kewangan, Hartanah dan Perbendaharaan tidak bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik. Mereka sebagai pengurusan atasan bekerja secara “silo” (asing-asing). Keputusan kewangan yang besar dibuat tanpa melalui perbincangan yang terperinci dan kesepakatan menyeluruh antara ketua-ketua jabatan.

- Tugas Panel Pelaburan adalah untuk menapis, mengkritik dan semak risiko ke atas semua cadangan pelaburan dengan ketat. Tapi tidak. Panel Pelaburan hanya sekadar berfungsi sebagai “Rubber Stamp” (cop mohor). RCI mendapati yang Panel Pelaburan ini gagal berfungsi secara bebas seperti yang sepatutnya. Panel Pelaburan mudah percaya dan hanya menurut (macam pak turut) dalam apa saja kertas cadangan yang dibawa oleh pihak pengurusan tanpa buat kajian dan semakan sendiri.

- Bila cadangan sampai ke peringkat Menteri untuk kelulusan akhir; Menteri hanya membaca dan mempercayai laporan yang telah disediakan. Tidak ada mendapatkan pandangan kedua daripada penasihat kewangan atau perunding bebas di luar TH untuk sahkan sama ada fakta laporan tersebut selamat, tepat atau berisiko.

◾ Siapa yang patut dipersalahkan? Setiap lapisan pembuat keputusan dari pengurusan, panel pelaburan sehingga ke level Menteri gagal untuk buat semakan kesahihan maklumat antara satu sama lain.


⛔ KEROSAKAN YANG MEMBARAH DALAM SISTEM

◾Apa yang jadi dalam THIP bukan hanya kesalahan seorang individu sahaja. Ini melibatkan keseluruhan struktur, proses, budaya kerja dan prosedur organisasi.

- Bila RCI kata “manifestasi sistemik kegagalan tadbir urus”, ini bermakna Skandal THIP adalah cermin yang melambangkan yang sistem kawalan dalaman Tabung Haji ketika itu memang sudah rosak dari atas sampai bawah.
Kelemahan dan kesilapan bukan “individual failure”. Tapi, dari rantaian kawalan keselamatan, proses semak dan imbang, audit, dan budaya membuat keputusan dalam TH itu sendiri memang dah bermasalah dan rapuh secara menyeluruh (systemic failure).

◾ RCI juga mengesahkan apa yang telah lama disyaki yang mana:

- Panel Pelaburan TH tidak bekerja. Mereka hanya luluskan apa yang dicadangkan oleh pihak pengurusan tanpa buat semakan dengan lebih mendalam.

- Lembaga Pengarah tidak melindungi kepentingan pendeposit / penabung di mana mereka telah meluluskan urusniaga berbillion ringgit berdasarkan laporan yang disediakan oleh pengurusan TH yang kemungkinan ada mempunyai kepentingan tersembunyi.

- Menteri-menteri pulak meluluskan cadangan pelaburan tanpa nasihat bebas. Sepatutnya para Menteri ini menjadi penjaga terakhir kepentingan awam, tapi apa yang mereka buat? Mereka luluskan pelaburan berisiko tinggi tanpa pandangan third party.

- Pada pendapat aku ini memang satu sistem yang rosak dari akar umbi. Dari CEO sampai ke Lembaga Pengarah, dari Panel Pelaburan sampai ke Menteri, tak ada peringkat pun yang berfungsi sebagai check and balance. Setiap peringkat telah gagal. Yang jadi mangsa adalah pendeposit / penabung yang duit mereka dileburkan dengan begitu sahaja dalam urusniaga yang penuh tipu muslihat.


⛔ KERUGIAN WANG UMAT ISLAM

Berdasarkan laporan polis, kerugian TH akibat Skandal THIP termasuk:

◾ Earnest Deposit yang tidak dapat dirampas USD 18.2 juta (RM75.8 juta)
◾ Baki harga pembelian yang tertunggak - RM11,650,105
◾ Pendahuluan Redemption Sum Maybank Islamic - USD 178. Juta (RM744 juta)
◾JUMLAH KERUGIAN YANG DIDAKWA : USD 196.8 juta + RM86.45 juta.

- Ini tak termasuk kerugian peluang “opportunity cost” yang sepatutnya diterima oleh TH kalau THIP dijual kepada pembeli yang lebih kredibel atau duit yang sepatutnya yang TH dapat kalau THIP kekal dalam portfolio TH dan mendatangkan hasil. 

- TH adalah institusi kewangan Islam yang uruskan jutaan duit orang Islam Malaysia yang disimpan untuk menunaikan haji, satu rukun Islam yang suci. Duit ini adalah wang amanah (trust money) dan telah menjadi amanah dan tanggung jawab kepada mereka yang menguruskannya. Bila pihak pengurusan TH gunakan duit ini untuk urus niaga yang penuh dengan tipu muslihat, penyelewengan dan mungkin juga rasuah, mereka bukan saja buat jenayah kewangan tetapi mengkhianati amanah agama.


⛔ GOVERNANCE FAILURE (KEGAGALAN TADBIR URUS)

Skandal THIP adalah kegagalan tadbir urus yang berlapis-lapis. Setiap peringkat pengawasan dalam TH gagal.

◾CEO dan penasihat undang-undang dikatakan terlibat dalam penipuan dan penyembunyian maklumat.

◾Lembaga Pengarah pula tidak menyoal dengan mendalam dan senang dipermainkan dengan maklumat palsu.

◾ Panel Pelaburan terlalu bergantung kepada cadangan pengurusan TH ketika itu tanpa menyemak secara bebas.

◾ Menteri-menteri yang kita ada pula meluluskan cadangan pelaburan tanpa nasihat bebas.

◾ Tidak ada tindakan segera bila penyelewengan dikatakan telah berlaku. Laporan polis hanya dibuat selepas enam tahun kemudian selepas urus niaga selesai.


⛔ CULTURE OF SECRECY (BUDAYA MENUTUP MULUT)

◾️ Banyak maklumat yang disembunyikan daripada lembaga pengarah. CEO menyembunyikan hak TH untuk tamatkan perjanjian urus niaga. Penasihat undang-undang menyembunyikan kesan pemindahan saham. Kiranya, terdapat individu-individu tertentu bekerjasama untuk melindungi kepentingan pihak luar (PT Borneo Pacific) berbanding kepentingan pendeposit / penabung dan TH sendiri.


⛔ DI MANA AKAUNTABILITI?

Selepas skandal terbongkar, berapa ramai yang telah dihukum? Berapa banyak duit yang telah dapat balik atau dipulihkan? Sehingga ke hari ini siasatan masih berjalan dan ramai lagi individu yang dinamakan masih bebas diluar sana. Bila tindakan yang sepatutnya dilambat-lambatkan ini bermaksud tidak ada akauntabiliti yang berkesan, kemudian secara tidak langsung ini menggalakkan lebih banyak penyelewengan berlaku di masa akan datang.

◾ Kita kena faham impak skandal THIP ini membuatkan orang ramai hilang keyakinan terhadap institusi kewangan dan institusi kewangan Islam di Malaysia.

◾ Skandal ini telah menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit wang pendeposit / penabung yang tidak dapat dipulihkan dan membuatkan reputasi Malaysia tercalar di mata antarabangsa.

◾ Ini juga menunjukkan yang institusi kewangan awam Malaysia seperti TH pun tidak kebal dari masalah tadbir urus.

◾Kalau tuduhan-tuduhan dalam laporan polis TH dan Laporan RCI terbukti betul, jadi individu-individu yang terlibat haruslah dihukum. Mereka telah mengkhianati amanah jutaan orang Islam yang menyimpan harta / wang mereka untuk tujuan yang suci tapi akhirnya melihat duit mereka dileburkan dengan begitu sahaja.

◾ Sebelum ini, lima pegawai kanan TH terlibat dalam salah laku berkaitan penjualan THIP. Pada mulanya mereka telah dijatuhi hukuman buang kerja oleh jawatankuasa tatatertib, tetapi selepas mereka buat rayuan, hukuman telah diringankan. Mereka masih kekal berkhidmat atau bertukar ke jawatan yang lebih senior di anak syarikat TH seperti TH Hotel & Residence, TH Plantations dan TH Properties. 

#TabungHaji
#RCITabungHaji 
#CorporateGovernance

No comments:

Post a Comment