Pages

Setel Ventures Sdn. Bhd didenda RM637,500


Setel mula dilancarkan pada Julai 2018 dan hanya di Klang Valley sahaja, bermula dengan 100 Stesen Petronas. 

Pada Februari 2020 barulah Setel dilancarkan di seluruh negara. Ciri “One-tap Fueling diperkenalkan pada tahun 2022. Setel Lite diperkenalkan pulak untuk telefon lama tahun 2023 dan pada tahun 2025 Setel sudah mempunyai 9 juta pengguna dan 1000 Stesen Petronas di mana Setel telah melancarkan kempen jenama kebangsaan “Setel je! Sekali tekan, semua jalan… “

Walaupun aplikasi Setel dilancarkan pada Julai 2018 syarikat Setel Ventures Sdb. Bhd didaftarkan secara rasminya pada 9 January 2019. 

Dan pada 18 Mei 2026 hingga 18 Julai 2026, Setel telah melancarkan ciri Bill Payment yang membolehkan pengguna bayar bil isi rumah yang merangkumi 25 biller termasuk Air Selangor, Indah Water, Astro, CelcomDigi, Telekom Malaysia, perkidmatan jalur lebar etc. 

APA YANG BERLAKU SEBENARNYA? 

Setel dikenakan denda pada 15 April 2026. Pada 6 Mei 2026 Setel telah membayar denda sebanyak RM637,500 kepada Bank Negara Malaysia sebab telah didapati gagal mematuhi keperluan Targeted Financial Sanctions di bawah dasar AML/CFT BNM. Antaranya ialah:-

(#1). Setel tidak mengemaskini pangkalan data sekatannya dengan segera selepas penerbitan “senarai domestik”. Bila BNM keluarkan senarai nama terbaru individu/entiti yang telah disekat, Setel tidak kemaskini sistem mereka dengan cepat. 

(#2). Setel juga gagal buat saringan sekatan (sanctions screening) ke atas pelanggan baru dan pelanggan sedia ada. Maksudnya, Setel tidak buat semakan atau pemeriksaan sama ada pelanggan Setel yang baru dan sedia ada tersenarai dalam senarai sekatan. 

(#3). Gagal mematuhi prosedur yang mana Setel tidak mengikut prosedur “customer due diligence” (CDD) yang berkaitan dengan sekatan kewangan. 

◾ BNM sangat mengambil serius tentang perkara ini sebab:-

Kalau katalah syarikat kewangan/digital tidak buat pemeriksaan dalam senarai sekatan BNM, penjenayah atau kumpulan pengganas boleh guna aplikasi Malaysia untuk transfer duit sesuka hati. 
Ini boleh membuatkan nama Malaysia tercemar di mata antarabangsa. 
BNM mahu memastikan semua entiti kewangan termasuk syarikat fintech seperti Setel mematuhi peraturan AML/CFT (Anti-Money Laundering / Countering Financing of Terrorism) 

◾ Targeted Financial Sanctions (TFS) bermaksud Sekatan Kewangan yang disasarkan, yang mana sekatan kewangan yang dikenakan ke atas individu, syarikat atau kumpulan tertentu yang disyaki terlibat dalam aktiviti haram, keganasan, yang terlibat dalam money laundering dan yang berkaitan, bukan ke atas negara secara keseluruhannya. 

◾ Senarai TFS ini disediakan oleh PBB (United Nations Security Council dan Bank Negara Malaysia (untuk senarai domestik) 

◾ Bila seseorang individu atau entiti tersenarai dalam TFS, semua institusi kewangan di Malaysia dilarang daripada membuka akaun, memproses sebarang transaksi yang melibatkan mereka, memindahkan duit kepada atau daripada mereka dan menyediakan sebarang perkhidmatan kewangan. 

πŸ“‚ Contoh:

Ali nak daftar akaun Setel. Setel mesti check nama Ali dengan senarai TFS yang dikeluarkan oleh BNM. Kalau nama Ali tersenarai dalam TFS, Setel kena tolak pendaftaran Ali dan terus buat laporan kepada BNM. Kalau nama Ali tak ada dalam senarai TFS, Setel boleh teruskan proses pendaftaran akaun Setel untuk Ali. Tapi Setel tak check pun tentang Ali. 

◾ Walaupun Setel adalah aplikasi pembayaran digital bukan bank, Setel masih mengendalikan duit pengguna, Setel masih memproses transaksi kewangan dan menyediakan dompet digital (e-wallet). 

◾ Jadi, sebab itu Setel dikategorikan sebagai entiti kewangan dan wajib mematuhi peraturan TFS di bawah Akta AML/CFT.

◾ Kalau syarikat seperti Setel gagal ikut peraturan TFS, Malaysia akan jadi hab penggubahan duit haram, boleh mengancam keselamatan negara, PBB dan negara lain pula akan menganggap Malaysia tidak mematuhi peraturan TFS dan BNM akan kenakan denda. 

⛔ Sepatutnya, bila PBB tambah nama baru, BNM keluarkan senarai sekatan yang baru, dan Kementerian Dalam Negeri update senarai domestik, Setel kena kemaskini sistem mereka dengan segera dan perimsa semula SEMUA pelanggan sedia ada dalam database mereka. 

Kalau senarai di update 5 kali dalam setahun, jadinya Setel kena kemaskini sistem dan database 5 kali setahun. Kalau 20 kali senarai dikemaskini, Setel juga WAJIB update database mereka sebanyak 20 kali. Tidak boleh ditangguh. 

GOLDEN PARACHUTE - PAYUNG TERJUN EMAS

Golden Parachute ialah bayaran atau faedah istimewa yang sangat besar (biasanya dalam bentuk tunai, saham, atau option saham) yang dijanjikan oleh syarikat kepada eksekutif kanan mereka kalau mereka kehilangan pekerjaan disebabkan oleh perubahan kawalan syarikat, seperti penggabungan (merger) atau pengambilalihan (acquisition) .

[√]
Ini adalah “clause” dalam kontrak pekerjaan eksekutif yang diaktifkan secara automatik apabila "payung terjun" emas ini dibuka di mana apabila syarikat dijual atau bergabung, dan eksekutif tersebut diberhentikan atau peranannya diubah.Ini bukan pampasan biasa, tetapi ganjaran kewangan luar biasa untuk kehilangan jawatan yang berlaku dalam situasi korporat yang tertentu.

πŸ“‚ Contoh:

(#1). Robert D. Marcus, CEO kepada Time Warner Cable awal tahun kemudian menjual syarikat kepada Comcast selepas 6 minggu. Robert mendapat jumlah bayaran $80 juta. 

(#2). Parag Agrawal, CEO Twitter yang dipecat selepas Elon Musk mengambil alih syarikat. Mendapat pampasan “golden parachute dan saham berjumlah $56.4 juta. 

(#3). John Welch bekerja di General Electric dan kemudian meninggalkan syarikat pada tahun 2002 dengan pampasan $417 juta.

(#4). Lee R. Raymond bekerja di Exxon Mobil dan kemudian meninggalkan syarikat pada tahun 2005 mendapat jumlah bayaran $321 juta. 

- Jumlah pampasan yang diterima oleh eksekutif Twitter seperti Parag Agrawal adalah sebahagian daripada perjanjian "Golden Parachute Compensation" yang diluluskan oleh pemegang saham, merangkumi gaji basic setahun, medical insurance, dan yang paling ketara, percepatan vesting saham .

⛔ Mengapa Golden Parachute Wujud?

◾️ Justifikasi Awal & "Perisai"
- Golden parachute diperkenalkan secara meluas pada tahun 1980-an bertujuan untuk mengatasi sifat semula jadi eksekutif yang "anti-pengambilalihan".

- Eksekutif mungkin menentang penggabungan yang menguntungkan pemegang saham kerana bimbang akan kehilangan pekerjaan.

- Dengan menjamin "payung terjun" yang selesa, eksekutif akan lebih terbuka atau menyokong cadangan pengambilalihan yang menguntungkan para pemegang saham .

- Golden Parachute sebagai "pengimbang" untuk mengelakkan kepentingan peribadi eksekutif daripada menghalang keputusan terbaik untuk syarikat .

◾️ Mekanisme "Pecutan Saham"
- Bayaran ini biasanya sangat besar sebab ia bukan lagi sekadar melibatkan wang tunai. Komponen terbesarnya biasanya adalah percepatan vesting opsyen saham dan sekatan saham (restricted stock). 

- Walaupun eksekutif belum layak memiliki saham tersebut (sebab perlu berkhidmat dalam tempoh tertentu), clause perubahan kawalan membolehkan mereka menuntut semua saham yang dijanjikan serta-merta, menjana pulangan berjuta-juta ringgit dalam sekelip mata.

- Walaupun ada logik untuk melaksanakan Golden Parachute, Golden Parachute ini telah menjadi salah satu amalan corporate governance yang paling dikritik hebat. Sebabnya:

◾️ Perbezaan Pendapatan Rakyat Biasa vs Eksekutif.

- Contoh: Robert Marcus menerima $80 juta untuk kerja 6 minggu (kira lebih $1 juta sehari). Ini bukanlah ganjaran untuk prestasi cemerlang, tetapi ganjaran sebab kebetulan dia berada di tempat yang tepat bila syarikat dijual.

- Dalam era ketidaksamaan ekonomi yang makin meruncing, amalan ini "memburukkan lagi perbandingan" antara pendapatan eksekutif dan pekerja biasa .

- Apa yang diterima oleh Robert Marcus pampasan tanpa prestasi di mana pampasan yang dibayar bukan untuk pencapaian, tetapi untuk jawatan yang hilang disebabkan keputusan korporat. Ini dianggap sebagai "pembayaran yang mewah untuk jumlah kerja yang sangat sedikit" .

Konflik Kepentingan & Dorongan yang salah

- Golden parachute katanya bertujuan untuk selaraskan kepentingan eksekutif dengan pemegang saham, tetapi realitinya memutarbelitkan insentif. 

- Insentif sepatutnya menjadi dorongan positif atau penghargaan kepada pekerja atas usaha bila telah mencapai target atau produktiviti yang ditetapkan. Tapi Golden Parachute ini secara tak langsung menggalakkan orang ramai melakukan tindakan yang salah dan bertentangan dengan matlamat asal.

◾️ Menggalakkan Penjualan "Murahan" bila eksekutif terdorong untuk menjual syarikat dengan harga yang lebih rendah daripada nilai sebenar, semata-mata untuk "membuka payung terjun" mereka sendiri dan mengutip puluhan juta ringgit. Mereka bertindak seperti "pemburu perjanjian" yang lebih mementingkan komisen peribadi daripada long-term business value.

- Kajian dari Stanford Law School berhujah bahawa golden parachute telah menjadi pemacu dalaman yang menyebabkan terlalu banyak aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) yang tidak perlu, yang sebenarnya tidak memberi manfaat kepada ekonomi atau menguntungkan masyarakat.

◾️ Beban kepada Syarikat & Pemegang Saham
- Bayaran ini bukan datang dari "wang ajaib." Ia adalah kos yang ditanggung oleh syarikat, yang bermaksud ia akan mengurangkan nilai untuk pemegang saham.

- Wang tunai berjuta-juta yang dibayar kepada eksekutif yang dipecat adalah wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk pelaburan semula, dividen, atau mengekalkan pekerja lain .

- Bagi syarikat yang membeli, golden parachute adalah "bom" yang tersembunyi yang boleh menggagalkan pengambilalihan atau meningkatkan kos pengambilalihan dengan mendadak .

◾️ "Keselamatan" untuk Mereka yang Tidak Memerlukan
- Golden parachute melindungi orang yang sudah kaya. Pekerja bawahan yang benar-benar hilang pekerjaan selepas penggabungan (redundancy) menerima pampasan yang tidak seberapa.

- Bila syarikat digabungkan, biasanya beribu-ribu pekerja akan dipecat untuk "synergy” (lebih cekap dan menjimatkan kos). Tapi, eksekutif kanan yang menyebabkan penggabungan itu berjalan lancar, dipecat dengan "payung terjun emas" bernilai ratusan juta. Yang pekerja biasa pulak menerima notis dan bayaran minima. Ini mewujudkan "ketidaksamaan dengan kerahsiaan" yang menimbulkan kemarahan sosial dan politik .

◾️ Okay, Golden parachute, asalnya direka sebagai perisai untuk mengelakkan eksekutif daripada menjadi penghalang kepada pengambilalihan, sekarang telah berevolusi menjadi alat pengayaan peribadi yang sangat kontroversi.Selalu gagal menyelaraskan kepentingan eksekutif dengan pemegang saham, tapi sebaliknya ia memberi insentif kepada eksekutif untuk mencari perjanjian demi keuntungan peribadi yang besar.

◾️ Walaupun para pemegang saham ada kuasa untuk mengundi "Say-on-Pay" (undi menentang pakej pampasan), amalan ini masih berleluasa dan mencerminkan salah satu kelemahan terbesar dalam tadbir urus korporat moden. Sistem yang memberi ganjaran besar kepada mereka yang berada di puncak, tanpa mengira prestasi atau akibat kepada pekerja dan pemegang saham kecil .

⛔ KEBAIKAN “GOLDEN PARACHUTE JIKA TIDAK DISALAHGUNA

(#1). Boleh melindungi Eksekutif daripada "Ancaman" Pengambilalihan
- Eksekutif yang kerja keras bina syarikat selama bertahun-tahun takut kehilangan jawatan apabila syarikat dibeli. Ketakutan ini membuatkan mereka menentang sebarang cadangan pengambilalihan walaupun cadangan itu sebenarnya menguntungkan pemegang saham.

- Jadi Golden parachute memberi mereka "payung" jika kena buang. Jadi, mereka lebih terbuka untuk mempertimbangkan tawaran penggabungan yang baik, tanpa memikirkan kepentingan peribadi.

- Contoh: Sebuah syarikat kecil dibeli oleh syarikat besar dengan harga premium 30% di atas harga pasaran, pemegang saham gembira. Tanpa golden parachute, CEO mungkin tolak tawaran itu kerana takut hilang jawatan dan kerja.

(#2). Menarik bakal CEO luar yang berbakat
- Untuk menarik eksekutif berkaliber tinggi dari luar, syarikat perlu memberi jaminan:

- Bahawa tawaran yang diberikan adalah berbaloi. Mungkin Eksekutif itu sanggup meninggalkan jawatan selesa di syarikat lain, tetapi mereka berbelah bahagi kerana mereka fikir apa akan jadi kalau syarikat dijual dalam masa setahun?? Kemungkinan Eksekutif tersebut memikirkan mereka akan rugi besar. Kalau syarikat dijual mereka akan hilang jawatan dan dibuang kerja.

- Dengan golden parachute yang dalam kontrak, mereka berani masuk kerana tahu risiko peribadi dilindungi.

- Ini sangat penting untuk syarikat yang bergolak atau baru diselamatkan, di mana perubahan kawalan kemungkinan besar akan berlaku.

(#3). Mengurangkan "defensive strategy" yang memudaratkan
- Tanpa golden parachute, eksekutif mungkin menggunakan strategi "poison pill" atau "white knight" semata-mata untuk menggagalkan pengambilalihan demi melindungi pekerjaan sendiri, walaupun strategi itu akan merugikan pemegang saham.

- Golden parachute "melumpuhkan senjata" pertahanan ini. Eksekutif tahu mereka akan dibayar kalau kalah, jadi mereka tidak perlu bertindak agresif untuk menyelamatkan kerusi.

(#4). Memberi Kestabilan Semasa Peralihan
- Dengan krisis proses penggabungan yang kacau bilau, pekerja akan panik, pelanggan akan berasa ragu-ragu, saham pun akan turun naik. Di sini Golden parachute akan pastikan:

- Eksekutif tidak terburu-buru keluar lebih awal (kerana mereka akan rugi jika tinggalkan syarikat sebelum perubahan kawalan). Mereka akan kekal fokus mengurus peralihan dengan profesional, kerana tahu pampasan besar menanti jika mereka "bertahan" sehingga tamat proses.

- Ini memberi ruang kepada pihak pembeli untuk menyusun semula pengurusan tanpa gangguan mendadak.

(#5). Memaksa Pembeli Berfikir Dua Kali
Golden parachute yang besar akan membuatkan "kos pengambilalihan" bertambah. Bagi pembeli yang ingin mengambil alih semata-mata untuk menjual aset dan buang pihak pengurusan, kos ini boleh menjadi penghalang (deterrent).

- Ini akan melindungi pemegang saham jangka panjang daripada pembeli yang tidak bertanggungjawab yang mahu "untung cepat" tanpa mengambil kira kesinambungan perniagaan.

(#6). Mengiktiraf "Nilai Tersembunyi" Eksekutif
- Ada eksekutif yang berjaya mewujudkan nilai luar biasa untuk syarikat, dan golden parachute adalah bentuk pengiktirafan tertunda untuk mereka.

- Jika syarikat dijual pada harga premium, itu adalah sebahagian dari usaha eksekutif yang membina perniagaan itu.

- Jadi, bayaran besar itu dianggap sebagai "bonus akhir" untuk pencapaian sepanjang perkhidmatan, bukan sekadar reward untuk dipecat.

◾️ KEBAIKAN INI HANYA SAH KALAU:

- Jumlah bayaran munasabah (bukan berlebihan)

- Ada prestasi tangga (clawback clause) jika eksekutif melakukan silap besar

- Diluluskan oleh pemegang saham secara telus

Kalau tidak dikawal, kebaikan akan bertukar menjadi penyalahgunaan.

◾️ CIRI² GOLDEN PARACHUTE YANG BAIK

- 1–3 kali gaji tahunan plus bonus

- Perlu diluluskan pemegang saham

- Ada tempoh "vesting" minimum

- Terhad kepada perubahan kawalan sahaja

- Ada clause "clawback" jika eksekutif bersalah

CIRI² PENYALAHGUNAAN

- 10–20 kali gaji atau lebih

- Diluluskan secara diam-diam oleh lembaga

- Boleh diaktifkan serta-merta walaupun baru masuk

- Boleh diaktifkan oleh hampir semua sebab

- Tiada penalti untuk prestasi buruk

◾️DI MALAYSIA?

- GLC (syarikat berkaitan kerajaan) seperti Petronas, Khazanah biasanya ada pakej pampasan eksekutif, tapi kurang telus kerana sensitif politik.

- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ada garis panduan tentang pendedahan pampasan eksekutif, tetapi tiada had khusus untuk golden parachute.

- Kes 1MDB antara contoh di mana pampasan eksekutif menjadi kontroversi, walaupun tiada golden parachute formal dilaporkan.

⛔ Golden parachute bukan masalah besar, tetapi kalau tiada kawalan ke atasnya akan ada masalah. Perlu dilaksanakan dengan telus iaitu didedahkan dalam laporan tahunan, perlu berasaskan prestasi bukan autopilot dan tidak “bias”. Boleh ditarik balik kalau eksekutif bersalah atas sebab penipuan.

⛔ Realitinya, banyak syarikat menggunakan Golden Parachute sebagai "hadiah perpisahan" tanpa kaitannya dengan prestasi. Jadi, kita tetap kena kritik apa yang tidak betul. 

WHITE KNIGHT VS PAC-MAN DEFENSE

Sebelum kita masuk ke dua strategi ni, kena faham dulu apa dia “hostile takeover”. Saya dah tulis dalam posting sebelum ini. Atau boleh klik link di sini: 

[√]
Orang luar yang masuk beli saham syarikat secara agresif tanpa persetujuan lembaga pengarah asal hanya semata-mata nak kuasai syarikat. Biasanya, dalam situasi macam ni, syarikat yang diserang ada dua pilihan utama sama ada mahu panggil kawan baik (White Knight) atau serang balik macam permainan Pac-Man (Pac-Man Defense). 

[√]
White Knight dan Pac-Man Defense adalah antara strategy dalam Mergers and Acquisitions (M&A).

🦸‍♂️ WHITE KNIGHT - KESATRIA PUTIH PENYELAMAT 

[√]
White Knight ni secara literal bermaksud "kesatria berbaju putih". Hero yang datang menyelamatkan puteri (syarikat sasaran) daripada naga jahat (pengambilalihan secara paksa). Dalam dunia korporat pulak, White Knight adalah syarikat atau pelabur pihak ketiga yang mesra yang dipelawa oleh syarikat sasaran untuk membeli syarikat tersebut dengan syarat-syarat yang lebih baik bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan penceroboh. 

⛔ Macam Mana Prosesnya Berlaku? 
Syarikat A (sasaran) bernilai RM500 juta. Pengurusan A enjoy jadi boss, semua strategi berjalan lancar. Tiba-tiba Syarikat B (Black Knight) mengumumkan mereka nak beli A dengan harga RM600 juta secara paksa.

[√]
B ni memang terkenal suka rombak pengurusan dan potong kos secara keterlaluan. Pengurusan A jadi panik. Kemudian, Pengurusan A cepat-cepat hubungi Syarikat C iaitu pesaing yang lebih mesra atau rakan kongsi lama.

[√]
Mereka buat tawaran beli syarikat mereka dengan harga RM650 juta. Pengurusan A akan bagi semua data kewangan dan memberi sokongan penuh dengan syarat kekalkan Pengurusan A sebagai pengurus syarikat. Syarikat C setuju.

[√]
Maka C menjadi White Knight. Mereka beli syarikat A dengan harga lebih tinggi daripada tawaran B, dan pengurusan A selamat. Syarikat B kalah, dan undur diri. 

 πŸ›‘KENAPA WHITE KNIGHT SETUJU NAK SELAMATKAN?

White Knight ni bukannya malaikat. Mereka juga ada kepentingan sendiri. Selalunya White Knight bersetuju untuk menyelamatkan sebab:

[√]
Mereka dapat syarikat berkualiti pada harga yang masih berpatutan (walaupun lebih tinggi dari tawaran 

[√]
Masuk pasaran baru dengan mudah tak payah bina syarikat dari kosong.

[√]
Mereka boleh hapuskan pesaing.

[√]
Kalau White Knight ni pesaing utama A, membeli A bermakna mereka telah mengurangkan persaingan.

[√]
Hubungan baik dengan pengurusan yang mudah untuk berkomunikasi kerana kedua-dua pihak saling percaya.

πŸ“‚ Contoh:

Kisah Benar 1
Jaguar vs Ford vs GM (1989) Syarikat kereta mewah Jaguar mahu dijual. General Motors (GM) buat tawaran, tapi pengurusan Jaguar tak suka dengan campur tangan GM yang terlampau. Jadi, mereka pilih Ford sebagai White Knight walaupun harga Ford lebih rendah sedikit, Sebab Ford janji nak kekalkan identiti Jaguar. Akhirnya Ford beli Jaguar dengan harga US$2.5 billion.

Kisah Benar 2
Dalam konteks Malaysia Kes AirAsia X beberapa tahun lepas di mana syarikat ada masalah kewangan, ada pihak tertentu yang berminat nak ambil alih dengan cara yang mungkin kurang mesra. Tapi, AirAsia X berjaya mencari pelabur strategik baru (seperti Tony Fernandes sendiri yang mengatur semula struktur) yang bertindak seperti White Knight untuk menyelamatkan syarikat dari jatuh ke tangan pesaing atau dicairkan.

⛔ Kelebihan White Knight Untuk Syarikat Sasaran:

✅ Harga jualan lebih tinggi kerana ada pertandingan antara B dan C.

✅ Pengurusan lama berkemungkinan dikekalkan dan White Knight biasanya akan minta kerjasama pengurusan sedia ada.

✅ Budaya korporat terpelihara dan tak ada rombakan drastik.

✅ Proses lebih cepat dan kurang tekanan dan semua pihak berbincang secara baik.

⛔ Kelemahan White Knight

❌ Perlu bayar yuran perunding (investment banker, peguam) yang mahal untuk cari dan berunding dengan White Knight.

❌ White Knight boleh tarik diri pada saat akhir dan tinggalkan syarikat dalam bahaya yang lebih besar.

❌ Ada risiko White Knight sebenarnya "musang berbulu ayam", yang mana mungkin dia hanya berpura-pura mesra, tapi lepas beli, dia buat hal sama juga. 

πŸ‘¨‍πŸ’Ό PAC-MAN DEFENSE - SERANG BALIK MACAM PERMAINAN ARCADE 

Nama Pac-Man Defense diambil dari permainan video klasik Pac-Man. Pac-Man yang kuning bulat tu kena lari daripada hantu. Tapi bila dia makan power pellet yang berkilau, dia boleh bertukar menjadi pemburu dan makan hantu balik.

[√]
Dalam korporat, Pac-Man Defense berlaku apabila syarikat sasaran yang diserang balas balik keadaan dengan cuba membeli syarikat penyerang itu sendiri. Ini strategi undang-undang dan kewangan yang sah. 

[√]
Syarikat B (Black Knight) mengumumkan tawaran beli Syarikat A pada harga RM10 sesaham.

[√]
Syarikat A menolak dan membuat keputusan berani mereka pergi ke bank, buat pinjaman ratusan juta, dan mengumumkan yang mereka nak beli Syarikat B dengan RM11 sesaham. Ini membuatkan pemegang saham B panik dan mereka mula tertanya-tanya siapa sebenarnya yang nak beli siapa?

[√]
Kalau A berjaya beli B, maka pemegang saham B akan dapat saham A yang nilainya mungkin lebih tinggi." Jadi, B terpaksa menghentikan serangannya dan menumpukan perhatian untuk mempertahankan diri. Ini kemudiannya memberi ruang kepada A untuk berunding semula atau mencari White Knight lain.

[√]
Ada dua pengakhiran yang mungkin berlaku, sama ada B menarik diri, atau kedua-dua syarikat duduk semeja dan buat perjanjian damai (kebiasaannya B bersetuju untuk tidak ganggu A lagi, dan A batalkan tawaran beli balik).

πŸ“‚ Contoh:

✒️ Kisah Benar: Bendix vs Martin Marietta (1982)
Bendix Corporation (B) ingin membeli Martin Marietta (M) secara paksa. Kemudian, Martin Marietta bertindak balas dengan menjual sebahagian dari asetnya (bahagian simen dan agregat) dan menggunakan wang itu untuk membuat tawaran balas untuk membeli Bendix.

[√]
Keadaan jadi kucar-kacir. Dan kedua-dua syarikat saling membeli saham masing-masing. Akhirnya, Allied Corporation masuk sebagai White Knight, membeli Bendix, manakala Martin Marietta kekal bebas. Martin Marietta kemudiannya berkembang menjadi syarikat aerospace yang besar dan sekarang menjadi sebahagian daripada Lockheed Martin).

⛔ KELEBIHAN PAC-MAN DEFENSE

✅ Serangan balik mengejutkan penceroboh lawan. Pihak lawan pula tak sangka kau ada power pellet.

✅ Memaksa penceroboh berundur sebab mereka kena fikir pasal pertahanan diri, bukan serang kau.

✅ Memberi masa dan leverage untuk rundingan di mana kau ada posisi tawar-menawar yang lebih kuat. 

✅ Boleh menarik perhatian White Knight lain sebab kekacauan ni buat syarikat lain nampak peluang.

⛔ KELEMAHAN PAC-MAN DEFENSE

❌ Kos sangat mahal. Perlukan pinjaman besar (leveraged buyout). Bunga bank boleh membunuh. 
❌ Risiko muflis kalau gagal. Bukan saja kena ambil alih, tapi kau berhutang berpuluh-puluh juta. 
❌ Strategi ini memerlukan kelulusan pemegang saham majoriti. Tak semua pemegang saham sokong langkah gila ni. 
❌ Tidak sesuai untuk syarikat kecil lawan syarikat gergasi. Dah macam budak tadika nak lawan ahli gusti. 
❌ Boleh mencetuskan perang bidaan yang merosakkan kedua-dua pihak.

Yang jadi mangsa ialah pemegang-pemegang saham yang kecil. 

πŸ’₯ Bila Nak Guna White Knight?

Guna White Knight kalau;

(#1). Anda ada hubungan baik dengan syarikat lain yang berminat.

(#2). Anda tak nak ambil risiko kewangan yang besar.

(#3). Anda masih nak kekal dalam pengurusan atau dapat golden parachute (pampasan keluar).

(#4). Penceroboh tu terlalu besar untuk dilawan balik. 

πŸ’₯ Bila Nak Guna Pac-Man Defense?

Guna Pac-Man Defense kalau:

(#1). Anda banyak duit dan kaya dan ada akses kepada pinjaman murah.

(#2). Anda yakin penceroboh tu sebenarnya lebih lemah dari segi kewangan.

(#3). Anda ada masa dan sokongan padu dari pemegang saham.

(#4). Anda sanggup ambil risiko "all or nothing" sama ada menang atau mati. 

[√]
Tapi realitinya, Pac-Man Defense ni sangat jarang digunakan disebabkan risiko yang terlalu tinggi. Strategy White Knight adalah pilihan yang lebih praktikal dan selamat. 

[√]
Di Malaysia, kedua-dua strategi ni wujud tapi dalam bentuk yang lebih halus. Sebab struktur pemilikan bertumpu yang mana banyak syarikat tersenarai di Bursa Malaysia ada pemegang saham utama seperti KWSP, PNB, atau keluarga korporat (contoh: Genting, Sime Darby). Jadi “hostile takeover” susah nak berlaku sebab saham majoriti dipegang oleh pihak tertentu.

[√]
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ada peraturan ketat tentang pengambilalihan, termasuk wajib buat tawaran beli semua saham (mandatory general offer) jika beli 33% atau lebih. Jadi, nak buat serangan mengejut agak sukar. Strategy White Knight lebih kerap berlaku. Contohnya, bila syarikat GLC (Government-Linked Company) bermasalah, kerajaan atau agensi berkaitan akan masuk sebagai White Knight. Atau apabila syarikat keluarga mahu menjual, mereka cari pembeli yang mesra.

[√]
Pac-Man Defense hampir tidak pernah disebabkan kos dan risiko terlalu tinggi, dan kebanyakan CEO tempatan lebih konservatif. Tambahan pula, pasaran kita kecil, jadi serangan balas boleh menyebabkan kemusnahan bagi kedua-dua pihak.

⛔ KESAN KEPADA PEMEGANG SAHAM KECIL (RETAIL INVESTOR)

Jika Syarikat Menggunakan White Knight;

[√]
Kebaikannya, harga saham biasanya melonjak kerana ada tawaran belian premium. Keburukannya, kalau White Knight beli syarikat dengan harga tinggi, pemegang saham kecil boleh untung cepat. Tapi kalau anda sayang syarikat tu, mungkin strategi berubah lepas beli.

✒️ Jika Syarikat Menggunakan Pac-Man Defense;

[√]
Retail investor akan berdepan dengan harga saham yang akan turun naik gila-gila (volatile). Ada peluang untung besar kalau pertahanan berjaya. Tapi boleh juga jadi rugi besar jika syarikat terpaksa berhutang dan akhirnya muflis.

[√]
Jadi, sebagai pelabur kecil, kalau boleh kena elakkan melabur ke dalam syarikat yang terlibat dalam perang korporat sebegini kecuali kalau kita faham risiko dan ada modal lebih.

HOSTILE TAKEOVER (PENGAMBILALIHAN SECARA PAKSA)

Hostile Takeover adalah pengambilalihan secara paksa, yang mana pengambilalihan berlaku apabila sebuah syarikat yang mahu ambil alih itu berusaha untuk kuasai syarikat sasaran tanpa persetujuan lembaga pengarah syarikat sasaran. 

Ni boleh dikatakan sebagai serangan hendap korporat. Sebab dikira sebagai satu tindakan agresif dimana pihak pengambil alih pandang rendah pihak kepimpinan sasaran dan buat tawaran terus kepada pemegang saham.

⚙️ Dua kaedah utama yang selalu digunakan ialah Tawaran Penerimaan (Tender Offer) dan Pertarungan Proksi (Proxy Fight).

[√] Tender Offer
Pengambil menawarkan harga premium kepada pemegang saham untuk membeli saham mereka. Matlamatnya ialah untuk menguasai >50% saham. Bila dah cukup pegangan mereka akan jadi tuan. Sama macam Mafia beli undi penduduk kampung satu-satu. Lepas dapat majoriti, dia jadi "ketua kampung" walaupun orang tua kampung menangis.

[√] Proxy Fight
Pihak pengambil alih yakinkan shareholders sedia ada untuk undi keluar pengurusan semasa, lalu melantik pihak yang lebih mesra kepada syarikat pengambil alih. Sama macam dalam Pilihanraya. Menipu, beli undi, tukar pemimpin, kemudian lepas itu buat apa saja sesuka hati. 

πŸ“‹ Contoh: 
Kita ada rumah (syarikat sasaran). Tinggal bersama keluarga (pekerja, pembekal, komuniti) dan kita sayang rumah itu.

Tiba-tiba datang jiran sebelah rumah yang banyak duit nak ambil rumah kita. Jiran ni tahu dah kita tak mahu jual rumah kita. Jadi, jiran ni tadi tidak akan datang dan bertanya kepada kita, sebaliknya individu atau jiran ni pergi jumpa anak-anak kita (pemegang saham) dan bagi mereka RM500 seorang, sedangkan rumah kita ni harga RM400 sahaja. Anak-anak kita gembira sebab dapat RM500 tersebut jadi mereka pun jual bahagian mereka kepada jiran kita yang kaya tu tadi. 

Jiran kita tu masuk rumah, halau kita keluar, tukar kunci rumah dan jual perabot-perabot dalam rumah kita sebab mahu untung cepat.

Orang yang menyokong cara ini akan kata, "Kalau harga lebih tinggi, pemegang saham untung. Itu pasaran."

πŸ“Š HOSTILE TAKEOVER DISIPLIN PASARAN? 

Kononnya “hostile takeover” adalah sistem disiplin untuk betulkan syarikat yang tak perform dan bagi tambah nilai. Ia bertindak sebagai mekanisme disiplin untuk membetulkan syarikat yang tidak cekap dan menambah nilai. Tapi ini hanyalah sembang. 

[√]
Ada analisis akademik dedahkan bahawa pandangan tradisional ini ada cacat celanya. Kecekapan pasaran modal yang sempurna adalah satu ilusi. Faktor seperti ketidakseimbangan maklumat, sokongan kerajaan, dan ketidaksempurnaan struktur dalam industri menyebabkan harga saham boleh dimanipulasi. 

[√]
Syarikat yang berkualiti tinggi boleh dinilai rendah, menjadikannya mangsa mudah, manakala syarikat bermasalah pula boleh kekal dinilai tinggi.

[√]
Jadi, hostile takeover selalunya bukan tentang membunuh "syarikat yang sakit", tetapi membunuh "syarikat yang sihat dan bagus" pada harga murah.

πŸ“Š BEBAN KEPADA STAKEHOLDERS 

DIsebalik kenaikan harga saham, ada pihak yang menanggung beban sebenar. Keuntungan dalam hostile takeover selalunya bukan datang daripada penciptaan nilai, tetapi daripada rompakan kekayaan pemegang kepentingan seperti pekerja (kehilangan pekerjaan, pencen), pembekal, dan pelanggan komuniti setempat. 

[√]
Maksudnya, keuntungan itu datang daripada pemindahan kekayaan atau pengurangan kos seperti membuang pekerja dan menjual aset.

[√]
Ini adalah zero-sum game yang mana wang yang diagihkan kepada pemegang saham datang daripada "pemotongan" hak pihak lain yang penting. 

πŸ“Š PERTAHANAN JANGKA PENDEK

Pengurusan pihak sasaran/mangsa terpaksa mempertahankan diri melalui strategi seperti poison pill yang merugikan syarikat. Ini boleh membazirkan sumber. Lebih teruk, ia memaksa syarikat memberi tumpuan kepada keuntungan jangka pendek demi mengelakkan serangan, dengan mengorbankan inovasi dan pelaburan jangka panjang. Ini boleh menjejaskan ekonomi secara keseluruhan.

⛔ DARI SUDUT MAFIA KORPORAT

Dalam dunia mafia korporat, ada dua cara kuasa:

Mafia Jalanan yang menggunakan kekerasan fizikal, ugutan dan pemerasan.
Mafia Korporat pula menggunakan wang ringgit, undang-undang dan maklumat sebagai senjata utama. Lebih banyak wang yang mereka ada lebih berani mereka menggunakan kuasa undang-undang dan mendapatkan maklumat.

[√]
Hostile takeover adalah senjata pilihan mafia korporat. Memang bukan persaingan yang sihat. Walaupun tidak menggunakan kekerasan ia tetap memberi kesan yang sama. Memusnahkan syarikat lawan.

⛔ Ciri-ciri mafia korporat dalam konteks ini:

#1. Perlindungan (Protection) - yang mana mereka akan tawarkan “nilai tambah” tapi sebenarnya adalah ugutan dengan ayat, “Terima apa yang ditawarkan atau kami akan hancurkan harga saham syarikat kamu…”

#2. "Pembayaran Ufti" (Kickbacks) -. Memberi saham premium kepada pemegang saham besar sebagai "rasuah" untuk mengkhianati pengurusan sedia ada. Boleh juga dikira sebagai komisyen atau rasuah. 

#3. "Zon Pengaruh" (Turf) - Sektor strategik (seperti pelabuhan, infrastruktur, teknologi) dirampas untuk kepentingan kartel tertentu.

Dalam dunia korporat, "turf" ialah sektor ekonomi atau industri strategik yang dikuasai oleh segelintir pemain besar tak kira sama ada secara monopoli, kartel, atau pengaruh politik. 

πŸ’₯ Sektor strategik ini mesti ada ciri-ciri:

[√]
Kepentingan Nasional seperti Pelabuhan, lapangan terbang, jalan tol, tenaga, telekomunikasi.

[√]
Perlu modal yang besar dan mempunyai cabaran untuk masuk yang tinggi kerana biasanya untuk market ini agak susah untuk “pemain baru” untuk masuk.

[√]
Mempunyai aliran tunai yang stabil, dimana sektor yang mahu diambil alih ini mendapat pendapatan yang tetap, terjamin dan mempunyai risiko yang rendah.

[√]
Penguasaan pasaran yang bermaksud, siapa yang kawal sektor ini, dialah bakal menguasai ekonomi. 

πŸ‘¨‍πŸ’Ό Siapa yang kawal “turf” ini, dia akan kawal negara. 

"Orang Dalam" (Inside Man) seperti penganalisis kewangan, penasihat bebas, dan media yang "disenyapkan" atau "dibeli" untuk memberi justifikasi.

ANTARA PEMBOHONGAN MAFIA KORPORAT

⛔ Biasanya, selepas hostile takeover, produktiviti sebenar (bukan keuntungan kewangan) jarang meningkat secara berterusan. Yang meningkat adalah keuntungan pemegang saham pengambil. Ini pun hasil daripada:

⛔ Akan berlakunya pemberhentian beramai-ramai (secara tak langsung kos sosial dipindahkan ke negara).

⛔ Penjualan aset bernilai (untung pantas, rugi jangka panjang).

⛔ Pemotongan R&D (inovasi dibunuh untuk bonus tahunan).

⛔ Mereka kata mereka menghormati hak pemegang saham tapi hakikatnya mereka beli undi pemegang saham seperti pengundi di kawasan miskin. 

⛔ Ayat "pemegang saham adalah raja" digunakan sebagai senjata pemusnah. Pemegang saham kecil tidak mempunyai masa, kepakaran, atau kuasa untuk menilai tawaran. Mereka hanya melihat harga premium dan menjual tanpa tahu yang sebenarnya:-

Premium itu dibiayai oleh hutang yang akan dibebankan kepada syarikat sasaran.

[√]
Selepas pengambilalihan, harga saham sering jatuh lebih rendah daripada harga pra-tawaran (dalam tempoh 2-3 tahun).

Mafia korporat tahu perkara ni, jadi disebabkan mereka tahu, mereka cuba untuk memperbodohkan majorit dan menguasai pihak minoriti (seperti mereka yang ada jawatan dalam bahagia operasi tertinggi atau Ahli Lembaga Pengarah) 

⛔ Mereka kata mereka “Cipta Nilai, tapi sebenarnya nilai yang dicipta hanyalah ilusi perakaunan.

Realiti yang berlaku ialah:

[√]
Rompakan daripada pekerja (gaji, pencen, keselamatan pekerjaan).

[√]
Rompakan daripada pembekal (kontrak dibatalkan, terma ditarik).

[√]
Rompakan daripada kerajaan (insentif cukai, subsidi, dan kemudiannya bailout).

[√]
Dah macam skim Ponzi berskala korporat, untung diswastakan, kerugian disosialisasikan.

⛔ Mereka kata mereka mematuhi undang-undang tapi apa yang sebenarnya berlaku mereka mengeksploitasi lompong undang-undang.

[√]
Di Malaysia dan Indonesia, tiada undang-undang khusus yang mengawal hostile takeover sebab: 

[√]
Tiada keperluan "yang betul-betul munasabah berdasarkan kepentingan", hanyalah prosedur.

[√]
Tiada perlindungan untuk pekerja dan komuniti sebagai pemegang kepentingan sah.

[√]
Tiada hukuman berat untuk maklumat mengelirukan dalam prospektus.

Macam kita rompak bank melalui pintu depan, sebab pintu depan tu tak ada kunci.

✅ BAGAIMANA MAFIA KORPORAT BEROPERASI (PALING PENTING) 

[#1]. Mereka buat pengintipan dengan membeli data pasaran, mereka mengennal pasti syarikat dengan aset tersembunyi tetapi harga saham tertekan. 

[#2]. Mereka rapat dengan pemegang saham besar, tawarkan "insentif peribadi" (dalaman) aka merasuah orang dalam. 

[#3]. Mafia korporat menyerang dengan melancarkan tender offer dengan premium 20-50%, dibiayai hutang. 

[#4]. Mereka hancurkan syarikat dengan menggantikan ahli lembaga, potong kos, jual aset, keluarkan dividen besar. Cepat-cepat untung, then tinggalkan. 

[#5]. Kalau katalah proses hostile takeover itu gagag mereka akan jual saham dengan keuntungan kecil atau ulangi taktik di syarikat lain. Tiada kesan jenayah yang ditinggalkan kerana semuanya kelihatan sah.

KELEMAHAN PERUNDANGAN DAN KEKANGAN TEMPATAN

Di Malaysia, tidak ada undang-undang khusus yang ditetapkan untuk membanteras “hostile takeover” sebab peraturan yang sedia ada bersifat lebih umum. Banyak prinsip hanyalah panduan dan bukan peruntukan jenayah. 

Ini mewujudkan "kekosongan undang-undang" yang dimanfaatkan oleh pihak dengan modal besar. Ia juga menjadi modus operandi "mafia korporat" untuk merampas syarikat secara licik melalui perjanjian-perjanjian yang kelihatan sah di sisi undang-undang.

[√√√] 
SIAPA UNTUNG, SIAPA RUGI? 

πŸ“‚Yang pertama sudah tentu pihak penyerang atau perampas yang untung besar sebab mereka yang kawal monopoli. Mereka boleh ambil dividen dan jual aset mengikut sesuka hati. 

πŸ“‚CEO dan lembaga sasaran kemungkinan dapat golden parachute (pampasan besar bila dipecat). Tetapi tetap juga hilang kuasa.

πŸ“‚Pemegang saham besar akan untung premium jangka pendek dan rugi jangka panjang bila saham jatuh.

πŸ“‚Pemegang saham kecil agak malang kerana tertipu, sebab mereka ingat boleh nampak untung, tapi terperangkap. Pemegang saham kecil ni biasanya akan berhadapan dengan kerugian yang paling teruk.

πŸ“‚Pekerja Syarikat yang diambil alih pula akan dibuang kerja. 

πŸ“‚Pembekal & komuniti juga akan mengalami kerugian kerana kontrak yang dijanjikan terpaksa dibatalkan. Local economy akan mati.

πŸ“‚Negara pula akan rugi sebab aset strategik hilang, terpaksa dijual, cukai hilang dan kalau sektor tersebut melibatkan projek kerajaan, kerajaan akan terpaksa “bailout”.

πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯ Mafia korporat lebih mendatangkan keburukan dari Mafia Jalanan sebab kita tak nampak yang mereka ni jahat. Mafia korporat ni berpakaian kemas, baju kemeja, belajar pun tinggi. Kalau mafia jalanan boleh ditangkap tetapi Mafia Korporat dilindungi oleh peguam dan bank pelaburan. Lagi  mereka lagi banyak perlindungan yang mereka dapat. Diraikan sebagai "pemimpin industri" di majlis anugerah.

Jahatnya mafia korporat kerana mereka merosakkan ekosistem perniagaan, menghapuskan persaingan, dan menjadikan ekonomi sebagai milik segelintir kartel. 

Hostile Takeover adalah Rompakan Berlesen. Yang mengaut keuntungan dengan meragut aset murah dan menjejaskan pemegang kepentingan. Senang dipengaruhi oleh kepentingan politik dan kuasa. Protected by law. Dirayakan oleh media. Tapi sebenarnya ia tidak memberi kebaikan pun. Hanya untuk mengkaya dan menguntungkan segelintir golongan elit yang mahu mengawal ekonomi negara. 

POISON PILL (SHAREHOLDERS RIGHTS PLAN)

Strategi pertahanan korporat yang digunakan untuk halang "hostile takeover" dengan menjadikan kos pengambilalihan sangat mahal.

πŸ“‚ Contoh;

Bila seorang pelabur (musuh) membeli saham melebihi had tertentu (biasanya 10-20%), hak semua pemegang saham lain (kecuali pembeli) akan diaktifkan. 

Mereka dibenarkan membeli saham baru syarikat pada diskaun 30-50% di bawah harga pasaran.

Ini akan buatkan pemegang saham lain untung dengan serta merta dan pemilikan pembeli dicairkan (contoh, dari 20% turun ke 10%). Jadi, percubaan untuk kuasai syarikat akan jadi lebih susah dan mahal. 

[√] Dua Jenis "Poison Pill" Utama:

(1) Flip-in

Pemegang saham (kecuali pembeli) beli saham syarikat sasaran pada harga diskaun. Ini mencairkan saham pembeli.

(2) Flip-over

Jika pengambilalihan tetap berlaku, pemegang saham syarikat sasaran berhak membeli saham syarikat pembeli pada harga diskaun, menjejaskan nilai syarikat gabungan.

[√] Tujuan PP adalah untuk bagi masa kepada Lembaga Pengarah untuk nilai tawara, runding harga kepada harga yang lebih tinggi atau cari alternatif lain. (Mungkin, premium tawaran boleh naik sehingga 24%).

[√] Biasanya strategi ini digunakan untuk melindungi pengurusan sedia ada (entrenched management) dan bukannya kepentingan pemegang saham, dengan menafikan peluang keuntungan premium daripada pengambilalihan. 

⛔ Ada lagi satu strategi iaitu "Preferred Stock Plan".

Ini Poison Pill yang menggunakan saham keutamaan (preferred stock), bukannya saham biasa. 

Tujuannya adalah untuk naikkan kos pengambilalihan dan cairkan saham penyerang. Cara Penebusan pulak pada harga premium atau penukaran ke saham biasa. 

πŸ“‚ Contoh;

Syarikat terbitkan saham keutamaan baharu. 

Kemudian diberikan sebagai dividen kepada pemegang saham sedia ada (percuma). Setiap 1 saham biasa dapat 1 saham keutamaan.

Saham keutamaan ini ada "hak istimewa".

Kalau ada pengambilalihan, pemegang saham boleh tebus (redeem) saham keutamaan ini pada harga yang tinggi.

Ini akan beri kesan kepada pembeli atau penyerang yang mahu mengambilalih syarikat ialah kerana kos telah meningkat.Syarikat kena bayar wang tunai untuk tebus saham itu, menyebabkan syarikat berhutang/kehilangan wang menjadikan ia kurang menarik untuk dibeli.

Dari segi pencairan saham, kalau penyerang membeli syarikat, dia terpaksa tebus semua saham keutamaan dengan harga premium, bermakna dia kena bayar lebih banyak wang.

Di Malaysia jarang sangat strategi Poison Pill digunakan sebab kawalan ketat. Lembaga pengarah tidak boleh mengambil tindakan pertahanan terhadap tawaran pengambilalihan yang sah tanpa kelulusan pemegang saham. 

πŸ’₯ "Poison pill lebih melindungi bos daripada melindungi pelabur."

πŸ“‚ Contoh;

CEO yang prestasi teruk tahu dia akan dipecat kalau syarikat diambil alih. Jadi, dia aktifkan poison pill untuk selamatkan kerjanya, bukan untuk selamatkan nilai saham.

Bagus kalau digunakan untuk berunding harga lebih tinggi demi pemegang saham. Tidak memberi kebaikan kalau digunakan untuk melindungi bos yang tidak cekap dan menafikan peluang pemegang saham.

Kisah awal pertubuhan dan skandal NAFAS


PERTUBUHAN PELADANG ATAU MESIN ATM? 

Pada 31 Mac 1972, PM Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak, melancarkan sebuah pertubuhan untuk menjadi penyelamat petani iaitu Persatuan Peladang Kebangsaan, atau kita panggil sebagai NAFAS (Pertubuhan Peladang Kebangsaan). 

Antara visinya ialah membentuk masyarakat tani yang berdikari, makmur, dan bersatu padu, membina pergerakan pertubuhan peladang yang berdaya saing di peringkat global.

55 tahun kemudian, macam-macam yang jadi. NAFAS jadi black hole subsidi pertanian, kartel baja berlesen, dan wayang tadbir urus yang berulang-ulang . 

Sepatutnya, NAFAS menjadi harapan para petani dan peladang. Tapi, realitinya NAFAS menjadi benteng terakhir untuk sesetengah individu dan syarikat terpilih kaut dan buat untung berbilion biliyun ringgit di atas peluh dan darah petani.

---

SEJARAH NAFAS - DARI PERTUBUHAN PELADANG KE EMPIRE PERNIAGAAN

NAFAS didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967, kemudian diperbadankan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973. Ia merupakan induk kepada rantaian Pertubuhan Peladang seluruh negara. Ada tiga peringkat. 

1. Peringkat Kebangsaan - NAFAS
2. Peringkat Negeri - Pertubuhan Peladang Negeri
3. Peringkat Kawasan - Pertubuhan Peladang Kawasan

Dari sebuah pertubuhan sukarela, NAFAS berkembang menjadi satu syarikat besar pertanian dengan pelbagai anak syarikat:

- NAFAS Bajakimia Sdn Bhd
- Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd
- NAFAS Agri Services Sdn Bhd
- NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd
- NAFAS Food Processing & Marketing Sdn Bhd
- Medan Juara Sdn Bhd
- NAFAS Estates Sdn Bhd

NAFAS juga memasarkan produk berasaskan pertanian seperti Biskut Tebaloi, Madu Kelulut, Pes Masakan, Kopi-O 2in1, dan pelbagai produk sedia makan.

Masalahnya, bila sebuah pertubuhan peladang yang sepatutnya memperjuangkan kepentingan ekonomi petani, tiba-tiba mengendalikan empire perniagaan berbilion ringgit, jadi tidak pelik kalau ada konflik kepentingan.

---

MONOPOLI BAJA & BENIH - MENCIPTA KARTEL BERLESEN

⛔ NAFAS menjadi Ejen Tunggal Tanpa Saingan. Ejen Tunggal ni maksudnya tidak ada pilihan lain. Petani mesti membeli baja dan benih melalui NAFAS. Tiada tender terbuka. Tiada persaingan pasaran. Tiada alternatif. Kalau contoh harga baja mahal pun terpaksa jugak beli. 

Pada tahun 1998, kerajaan melantik NAFAS sebagai ejen tunggal pembekalan dan pengedaran baja subsidi padi.

Tahun 2020, NAFAS juga dilantik sebagai ejen tunggal pengedaran benih padi.

⛔ Kontrak bernilai RM1.8 bilion (2021-2023) untuk bekalan baja padi dianugerahkan kepada NAFAS secara rundingan terus. Bukan melalui tender terbuka. Bukan melalui persaingan. Tetapi melalui rundingan tertutup di antara NAFAS dan pembekal.

Monopoli mematikan kecekapan. Bila satu entiti kawal aliran duit berbilion ringgit tanpa saingan, tiada tekanan untuk:

- Mematuhi masa penghantaran
- Menjaga kualiti baja
- Mengawal kos
- Bertanggungjawab kepada petani

Apabila pembekal gagal, apa yang berlaku? Denda??

Tidak. 

Denda RM211.27 juta dikecualikan 100%. Siapa yang untung? Siapa yang rugi? Yang jadi mangsa akhirnya petani juga. 

---

PPENGGANTUNGAN PERTAMA (2018) - TIPU MUSLIHAT YANG PERTAMA


Pada 1 Jun 2018, Pendaftar Pertubuhan Peladang menggantung NAFAS di bawah Seksyen 20(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 lepas susulan laporan audit pengurusan 26 Mac 2018. 

Tujuan penggantungan untuk siasat tadbir urus, salah guna kuasa, ketirisan yang melibatkan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan pengurusan. ​

πŸ’₯ Audit Forensik 2020

7 Kesalahan, RM50 Juta Lesap

Selepas penggantungan 2018, satu firma audit antarabangsa (nama dirahsiakan - dan sehingga hari ini, nama itu masih dirahsiakan) bust audit forensik dari Mei hingga September 2019. 

Keputusan telah didedahkan pada 21 Februari 2020. 

#Pertama
Pembelian baja padi tanpa prosedur.

40,000 tan metrik dibeli 2017 tanpa SOP pengambilan sampel, pemeriksaan stok, dan dokumen sokongan. Baja tidak mengikut spesifikasi, dan tidak boleh diedar. Pada masa yang sama baja yang disimpan memerlukan pemulihan dan pemprosesan semula mengikut spesifikasi yang betul dan ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi iaitu RM700 hingga RM800 untuk 1 tan metrik.

Jadi kerugian kat sini RM70 juta (kos pembelian) + RM6 juta (kos stor) + kos pemulihan RM700 - 800/tan.

#Kedua
Pembelian ibu pejabat Kota Damansara

Dibeli RM59.8 juta (2014). Lebih pelik bila bangunan itu dinilai pada harga RM57 juta oleh penilai swasta.Tawaran asal adalah RM48.5 juta jadi dah terlebih bayar RM11 juta?? Siapa yang dapat?? 

#Ketiga
Pembelian ladang kelapa sawit di Sungai Karap, Miri pada tahun 2016 dengan harga RM135 juta. 

Tapi harga pasaran ketika itu RM122.8 juta. Jadi terlebih bayar RM12.2 juta?? 

#Keempat
Penyewaan Wisma Peladang Bukit Bintang. 

Kadar sewa bawah pasaran (RM2.5 juta vs RM3.7 juta pada 2015). Maksudnya, kadar sewa dikenakan lebih rendah daripada nilai pasaran. Kat sini dah mengalami kerugian hasil sewa. Siapa pula penyewanya?? 

#Kelima
Kecuaian pembelian stok Baja bio (RM1.3 juta), susu kambing NZ (RM770,000), racun (RM525,000), sabit (RM355,000), kacang tutup bumi (RM2 juta), racun serangga (RM3.5 juta). Jadi jutaan ringgit stok tidak jelas kegunaan??? 

[Ini kalau bisnes sendiri confirm lingkup]

#Keenam
Pembayaran zakat kepada penerima tidak layak

RM500,000 kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kemaman; RM100,000 kepada PPN Sarawak. Jadi, RM600,000 disalurkan tanpa kelayakan. 

#Ketujuh
Konflik kepentingan hartanah Nafas Feedmills yang mana NF beli hartanah RM14.5 juta. Kalau ikut penilaian JPPH RM11.7 juta. Kat sini je dah lebih bayar RM2.8 juta. 

Kenapa asyik terlebih bayar? Yang kerja bahagian akaun tu budak tadika ke?? 

Ini bukannya kesalahan seorang dua. Ini dah dikira kegagalan sistem kawalan dalaman yang menyeluruh. 

Cuma nak tanya. Siapa yang dihukum dan dipertanggungjawabkan?? πŸ€”

Nama firma audit dirahsiakan. Nama individu bersalah tidak didedahkan. NAFAS "dibangunkan semula" dengan janji reformasi. Stok penampan diperkenalkan. Pengurus baharu dilantik. Then semua orang tepuk tangan.

#REALITINYA
Dalam tempoh 6 tahun (2018 - 2024), NAFAS kembali ke masalah yang sama - rasuah, kartel, konflik dalaman. 

Ini membuktikan yang penggantungan tahun 2018 bukan untuk membersihkan NAFAS. Penggantungan tu cuma untuk menenangkan rakyat sementara geng² kartel ni berehat kejap, menukar taktik, dan back to business.

Jadi, reformasinya di mana? 

---

42 ISU TADBIR URUS & LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2022

42 Isu yang Dikenal Pasti Sejak 2018

Pada November 2024, Kementerian Pertanian mengesahkan wujudnya 42 isu tadbir urus dan tatakelola dalam NAFAS yang didedahkan melalui Laporan Pengauditan Khas 2018.

Kalau ikut kata Mat Sabu, Nafas ada 16 syarikat subsidiari dan daripada jumlah tersebut, hanya empat syarikat subsidiari yang berkaitan kontrak baja yang untung. 

Okay, 42 isu dikenal pasti sejak 2018 tetapi NAFAS terus beroperasi dengan corak yang sama sampai 2024 menunjukkan tidak ada tindakan lanjut yang betul² hendak meredormasikan NAFAS. Kalau laporan audit tidak diikuti dengan tindakan tegas, jadi audit tu hanyalah menjadi tukun - "dokumen simpanan" yang tak ada value.

LKAN 2022: Kelewatan & Pengecualian Denda RM211 Juta


⛔ Kelewatan pengagihan baja kepada petani sehingga 135 hari (hampir 5 bulan).

Kelewatan pengagihan baja adalah benda serius sebab pembajaan mesti di laksanakan mengikut jadual penanaman padi yang telah di tetapkan. Kalau padi lambat menerima baja yang membekalkan nutrien, tumbesaran padi akan terbantut, dan hasil tanaman tidak berapa menjadi. 

Akhirnya, petani jugak yang tanggung rugi. 

⛔ Jadi, denda RM195.44 juta (2016 - 2018) dan melebihi RM150 juta (2020 - 2022) dikenakan kepada pembekal kerana lewat. Kalau kita tengok jumlah denda yang besar ini membuktikan kelewatan pengagihan baja selalu berlaku, melibatkan jumlah petani dan baja yang besar.

Tapi, apa yang menyedihkan oada 2021, Kementerian Pertanian memutuskan pengecualian 100% denda untuk tempoh 2016 - 2019 berjumlah RM211.27 juta.
[Daro 2016 - 2019 berjumlah RM 211.27 juta: RM 195.44 juta (2016 - 2018) dan RM 15.84 juta (2019)]

LKAN 2022 menyatakan: "Pengecualian 100% denda tersebut adalah tidak wajar."

Kat sini kerajaan dah rugi sebab skim subsidi baja tidak mencapai matlamat. Kerajaan juga rugi sebab tidak dapat mengutip denda ratusan juta Ringgit yang di kenakan kepada pembekal. 

Yang para petani rugi pula tidak mendapat hasil tanaman dan pendapatan yang lebih tinggi. 

Malaysia pula rugi kerana Kadar Sara Diri / Self Sufficiency Level (SSL) Beras kekal rendah.

πŸ’₯ Semua pihak mengalami kerugian, kecuali pembekal baja. 

Ini dah kira penghinaan kepada proses perolehan dan kontrak. Bayangkan: Kau sewa kereta untuk sebulan. Kemudian lewat pulangkan kereta lepas 5 bulan. Dah dikenakan denda sebab lewat. Tetapi kita pulak berkata, "Maaf, saya lewat kerana trafik." Dan syarikat kereta sewa itu kata, "Takpelah, awak punya denda dikecualikan 100%."

Boleh? Masuk akal? 

Tetapi inilah yang berlaku di Kementerian Pertanian. Pembekal lewat 135 hari, dan denda RM211 juta dihapuskan. Siapa yang rugi? Kerajaan (wang rakyat). Siapa yang untung? Pembekal (syarikat terpilih). 

Apa mesej yang dihantar? 

"Gagal mematuhi kontrak di Malaysia adalah bisnes yang menguntungkan."

TRURICH SDN. BHD, RCI TABUNG HAJI

 

Lapan tahun yang lepas, Trurich Resources Sdn Bhd (milik bersama FGV Holdings dan Lembaga Tabung Haji) memfailkan laporan polis terhadap lima individu, termasuk:
  1. Bekas CEO Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail
  2. Bekas CEO TH Plantations, Datuk Seri Zainal Azwar
  3. Bekas Managing Director TH Plantations, Datuk Rashidi Omar
  4. Dua warga Indonesia (Drs H. Rajasa Abdurachman dan Badai Sakti Daniel)
Semua nama diatas dituduh mengelirukan lembaga pengarah Trurich supaya membayar terlalu mahal untuk dua aset ladang kelapa sawit di Kalimantan. Mereka mengelirukan lembaga pengarah Trurich melalui salah nyata (misrepresentation) dan penahanan maklumat material semasa proses perbincangan dan keputusan pembelian. Disebabkan itu, Trurich dikatakan telah membayar terlalu mahal untuk kedua-dua aset tersebut, termasuk membeli balik saham yang sudah dibayar sebelum ini.

Trurich mendakwa bahawa "pelbagai misrepresentation" telah dibuat dan maklumat penting telah dirahsiakan semasa mesyuarat lembaga pengarah dan proses membuat keputusan yang berkaitan transaksi ini.

Jadi, Trurich terpedaya untuk terlebih bayar untuk kedua-dua tanah Kaltara dan Kalteng, dan juga membeli balik saham yang sepatutnya telah pun dibayar.

Pada 2008, TH meluluskan pengambilalihan ladang kelapa sawit "green and brown field" di Kalimantan Utara dan Kalimantan Tengah, Indonesia melalui Trurich dengan nilai keseluruhan kira-kira USD58 juta (RM242.78 juta ketika itu).

Kaltara: 30,000 hektar dibeli dengan harga USD12.25 juta.
Kalteng: 12,833 hektar beserta kilang minyak sawit 60 tan metrik dibeli dengan harga USD45.77 juta.

Ada percanggahan besar dalam penilaian tanah Kaltara:

(√). Laporan Zainal Azwar pada Mac 2008 menyimpulkan bahawa hanya 20% tanah adalah gambut "sederhana dalam". Tetapi, dua penilaian lain oleh CH Williams Talhar & Wong dan PT AKSS mendapati bahawa 77.86% daripada tanah adalah gambut dalam (deep peat).

πŸ“ŒGambut dalam adalah tanah yang jauh lebih mahal dan sukar untuk dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit kerana kos saliran yang tinggi, risiko tanah tenggelam, hasil rendah pada jangka panjang.

[√] Tan Sri Ismee Ismail kemudian menyediakan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri yang hanya menonjolkan laporan Zainal yang menguntungkan, manakala bahagian penting laporan bebas yang menunjukkan 77.86% gambut dalam digugurkan.

[√] Pada November 2009, Felda Global Ventures (kini FGV Holdings) melalui anak syarikatnya Felda Global Ventures Kalimantan mengambil pegangan 50% saham dalam Trurich. Selepas itu, Trurich menjadi milik bersama TH dan FGV. Trurich kemudian mencatatkan kerugian berterusan selama bertahun-tahun. 

[√] TH Plantations dimiliki 73.84% oleh TH. Zainal Azwar dilantik sebagai CEO TH Plantations pada Julai 2009, mengambil alih daripada Rashidi yang bersara sebagai pengarah urusan selepas enam tahun.

[√] Difahamkan bahawa Zainal Azwar menyelia kepentingan TH dalam Trurich. Zainal meletak jawatan dari TH Plantations pada seminggu selepas diminta bercuti (garden leave).

[√] Tan Sri Ismee Ismail merupakan pengurus kumpulan dan CEO TH dari 2006 hingga 2016. Ismee Ismail juga pernah berkhidmat dalam lembaga pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

[√] TH dan FGV bersama-sama membeli Trurich dengan harga RM600 juta pada 2009.

Maklumat ini dari The Edge Financial Daily yang melaporkan berdasarkan data dari RAM Credit Information Sdn Bhd.

✅ Datuk Seri Zainal Azwar

Datuk Seri Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin adalah pakar agronomi dan sains tanah yang menyertai TH Plantations sebagai Senior Agronomist pada 1998, kemudian menjadi Head of Operations (Overseas) dari 2003 hingga awal 2009. Pada Julai 2009, Zainal Azwar dilantik sebagai CEO TH Plantations.

[√] Pada Mac 2008, Zainal mengetuai pasukan penilaian dan menyediakan “Suitability Assessment Report 2008” bagi tanah Kaltara yang mana laporan itu bercanggah dengan laporan dua penilaian bebas tentang tanah ladang yang diambil alih di Kalimantan.

✅ Tan Sri Ismee Ismail
Tan Sri Ismee Ismail merupakan CEO Tabung Haji dari 2006 hingga 2016, dikatakan menyediakan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri pada Ogos 2008. 

[√] Memorandum itu hanya menekankan laporan Zainal Azwar yang lebih menguntungkan, manakala bahagian penting laporan bebas CH Williams yang menunjukkan majoriti tanah adalah gambut dalam digugurkan. 

[√] Ini menimbulkan persoalan serius tentang ketelusan maklumat yang dikemukakan kepada pihak atasan.

✅ Datuk Rashidi Omar adalah Managing Director TH Plantations sebelum Zainal mengambil alih. 
----------
πŸ’₯ TENTANG TRURICH RESOUCES SDN. BHD
Ditubuhkan pada 20 Mac 1997. Asalnya dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum dijadikan "special purpose vehicle" untuk membeli ladang kelapa sawit di Indonesia.

[√] TH Plantations Berhad (THP) - anak syarikat Lembaga Tabung Haji (TH) dengan pegangan 73.84%. THP merupakan "bahagian perladangan" TH yang menguruskan ladang sawit, getah dan jati.

[√] Trurich Resources Sdn Bhd ialah syarikat usaha sama (50:50) antara TH dan FGV Holdings Bhd. 

[√] FGV memasuki Trurich pada November 2009 melalui anak syarikatnya, Felda Global Ventures Kalimantan Sdn Bhd (FGVK), dengan membeli 50% pegangan daripada TH.

----------

πŸ“Œ (2009)
FGV Holdings Bhd (melalui FGVK) membeli 50% pegangan daripada TH pada November 2009.

Pada ketika itu, struktur adalah TH (50%) : FGV (50%) - 100%.

πŸ“Œ (2018)
Berdasarkan RAM Credit Information):
Laporan menyebut TH memiliki 52% dalam Trurich. Jadinya, secara logik FGV memiliki baki 48% (52% + 48% - 100%)

----------

πŸ’₯ PEMBELIAN TRURICH
TH dan FGV Holdings Bhd bersama-sama membeli Trurich pada tahun 2009 dengan harga RM600 juta dan mengambil alih hutang lebih RM700 juta. Jumlah pelaburan keseluruhan mencecah RM1.3 bilion.

[√] Kena ingat Trurich telah rugi selama lima tahun berturut-turut. Kerugian paling teruk adalah pada FY2013 iaitu RM56.06 juta, dan pada FY2016 kerugian menyusut kepada RM24.58 juta.

πŸ“Œ RANCANGAN PENGAMBILALIHAN FGV
Pada Julai 2018, TH merancang untuk mengambil alih bahagian FGV dalam Trurich. Cadangan itu telah dikemukakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tetapi keputusan akhir memerlukan tandatangan menteri yang bertanggungjawab. 

[√] Rancangan ini tergantung selepas kekalahan Barisan Nasional pada 9 Mei 2018.

πŸ“Œ SENARAI PENGARAH TRURICH
RAM Credit menyenaraikan beberapa individu sebagai pengarah Trurich ketika itu termasuk:
  • Datuk Zakaria Arshad (Bekas Presiden & CEO FGV)
  • Ahmad Tifli Mohd Talha (Bekas CFO FGV)
  • Mohamed Azman Shah Ishak (CFO TH Plantations)
  • Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (Pengurus Kanan TH)

[√] Pada Julai 2018 kepimpinan baru TH diketuai Tan Sri Mohd Nor Yusof dan Datuk Seri Zukri Samat telah memulakan siasatan dalaman. Pada masa yang sama, TH telah membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusi, bekas CEO, dan empat kakitangan kanan atas salah guna dana. 

[√] Laporan Ketua Audit Negara 2017 juga mendedahkan TH gagal merekodkan penjejasan aset RM227.81 juta dalam anak syarikat dan syarikat bersekutu.

πŸ“Œ PENGAMBIALIHAN HUTANG
Laporan awal - TH dan FGV "bersama-sama membeli Trurich dengan harga RM600 juta dan mengambil alih hutang lebih RM700 juta" daripada penjual asal.

[√] Sebenarnya, status hutang telah disahkan lagi dari Kenyataan Rasmi FGV (2019). Ketika FGV merancang untuk menjual aset Trurich, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Haris Fadzilah Hassan, buat pengakuan rasmi menyatakan yang Trurich ada pinjaman (borrowings) berjumlah RM700 juta.

[√] Jadi, dalam usaha untuk menjual aset Trurich, FGV telah meletakkan nilai syarikat pada sekitar RM1 bilion, termasuk nilai ekuiti dan hutang RM700 juta. 

Maksudnya, hutang tersebut adalah komponen utama dalam penilaian syarikat.

[√] Laporan kewangan tahunan FGV untuk tahun 2009 menunjukkan bahawa Trurich (sebagai sebahagian daripada kumpulan FGV) mempunyai jumlah liabiliti (hutang) kira-kira RM25.9 juta pada tahun tersebut. 

πŸ“ŒSumber dokumen Parlimen mendedahkan bahawa selepas tahun 2019, Trurich mempunyai beberapa kemudahan pinjaman dengan Maybank Islamic Berhad. Butirannya adalah seperti berikut :
  • Pembiayaan-i Komoditi Murabahah Bertempoh: Jumlah tertunggak sebanyak USD151,419,000.
  • Pembiayaan-i Komoditi Murabahah Bertempoh: Jumlah tertunggak sebanyak USD123,924,000.
  • Kredit Pusingan-i Jangka Pendek: Jumlah tertunggak sebanyak RM91,120,000.
Jumlah Sebenar: RM1.313 BILION

[√] Ini menunjukkan banyak hutang adalah dalam USD, yang jadikannya lebih sensitif terhadap perubahan kadar pertukaran mata wang. Trurich telah memohon penangguhan pembayaran hutang ini dan Maybank bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembayaran sehingga 30 Jun 2021 bagi membolehkan Trurich menjual asetnya di Indonesia.

πŸ“Œ Laporan RCI Tabung Haji mendedahkan yang Trurich masih ada pinjaman tertunggak dengan Maybank berjumlah kira-kira RM732 juta dan akhirnya menjadi "insolvent" dengan liability RM119.67 juta pada akhir 2017 dan RM92.78 juta pada tahin 2018. 

[√] Maksudnya, hutang itu bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi satu beban kewangan yang boleh buatkan syarikat itu muflis pasalnya Trurich tidak mampu bayar disebabkan Trurich asyik rugi.

[√] Itu yang menjadikan pelaburan keseluruhan mencecah RM1.3 bilion. Akhirnya, TH terpaksa menghapus kira (write-off) pelaburan RM364.31 juta dalam Trurich.

πŸ“Œ Pelupusan Aset
Pada tahun 2022, Trurich Resources Sdn Bhd telah memuktamadkan penjualan syarikat-syarikat subsidiari di Kalimantan, Indonesia kepada PT Karya Teknik Agri melalui Condition al Share Purchase Agreement (CSPA).

[√] Hasil jualan sebanyak IDR474.0 bilion (kira-kira USD31.74 juta atau RM142 juta) yang diterima pada September 2022 telah dikreditkan kepada Maybank Islamic Berhad sebagai sebahagian daripada penyelesaian hutang tertunggak.

πŸ“Œ Penurunan Nilai Pelaburan TH
TH telah merosot nilai keseluruhan kos pelaburannya dalam Trurich berjumlah RM364,311,000 sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Maksudnya, pelaburan asal tidak lagi dianggap bernilai pada kosnya.

πŸ“Œ Obligasi TH (Bon / Surat Hutang)
Sehingga 31 Disember 2023, TH tidak mempunyai obligasi pembayaran lanjut kepada Trurich. Jadi ini bermakna liabiliti kewangan syarikat itu tidak lagi membebankan kewangan TH secara langsung.
--------
πŸ’₯RM364. 31 JUTA, MEROSOT NILAI (IMPAIRMENT) 

KERUGIAN YANG DIHAPUS KIRA
Angka ni ada di dalam dokumen rasmi. Boleh baca dalam Notes to Financial Statement (Nota kepada Penyata Kewangan) TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2023. 

Memang ada tertulis, "TH telah merosot nilai keseluruhan kos pelaburannya dalam Trurich berjumlah RM364,311,000 sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018."

Ini pengesahan langsung daripada TH yang mana nilai pelaburan asal dalam Trurich telah dianggap tidak lboleh dipulihkan dan dengan itu dihapuskan daripada buku-buku perakaunan mereka.

TH pada asalnya melabur sejumlah wang (sebahagian daripada RM600 juta harga belian Trurich) ke dalam syarikat itu. Jumlah pelaburan TH yang dihapus kira ialah RM364,311,000.

Kerugian RM364.31 juta diiktiraf dalam Penyata Pendapatan TH sebagai satu perbelanjaan, yang mengurangkan keuntungan dan dana pendeposit.(Duit pendeposit yang dilaburkan dalam Trurich dianggap hilang dan tidak dapat dipulihkan). 

πŸ’₯ MACAM MANA DENGAN BAKI RM213.69 JUTA? 

RM213.69 juta bukan Kerugian TH, Tetapi Bahagian FGV. 

Nombor itu cuma tolakan mudah daripada harga belian asal RM600 juta, bukannya angka rasmi dari laporan kewangan FGV. 

Berdasarkan kenyataan rasmi bekas Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan pada November 2019:

"FGV's total cost of investment in the JV amounts to RM255 million" - jumlah kos pelaburan FGV dalam usahasama Trurich ialah RM255 juta. 

Kerugian Terkumpul FGV (Accumulated Share of Losses) ialah 234 juta - Kenyataan rasmi CEO FGV, Nov 2019.

[πŸ’₯ RM213.69 juta adalah tolakan matematik mudah (RM600j - RM364.31j), bukan angka rasmi daripada FGV.]

[πŸ’₯ Kos sebenar FGV dalam Trurich ialah RM255 juta, seperti yang diakui oleh CEO FGV.]

[πŸ’₯Kerugian terkumpul FGV setakat 2019 ialah RM234 juta, hampir 92% daripada pelaburan RM255 juta telah lenyap.]

[πŸ’₯ Jadi, FGV mengalami kerugian jauh lebih besar dari RM234 juta.]




Laporan kajian oleh BIMB Securities Research pada November 2018.

"Share of loss from joint ventures and associates mainly due to losses incurred in Trurich Resources" - kerugian FGV daripada usahasama dan syarikat bersekutu adalah terutamanya disebabkan oleh kerugian yang dialami Trurich Resources.

Bermaksud, Trurich adalah penyumbang utama kepada kerugian FGV dalam kategori pelaburan usahasama. 


FGV masih dalam usaha untuk menjual pegangan di dalam Trurich. Proses rundingan masih diteruskan sehingga kini.

RCI menyarankan audit forensik dijalankan ke atas pelaburan-pelaburan tersebut (termasuk Trurich) untuk menyiasat. 

[1] Bagaimana keputusan pelaburan dibuat

[√] Mengapa berlaku kerugian besar / rosot nilai (impairment)? 

[√] Adakah ada kelemahan tadbir urus, campur tangan, atau salah urus. 

[√] Adakah tindakan Ismee yang didakwa hanya membentangkan laporan yang memihak kepada satu pihak (laporan Zainal) dan mengabaikan laporan profesional bebas (CH Williams) menunjukkan percubaan untuk memanipulasi proses membuat keputusan di peringkat tertinggi? 

[√] Adakah penglibatan Zainal Azwar, yang kemudiannya menjadi CEO TH Plantations, dalam pasukan penilaian awal membawa persoalan tentang objektiviti dan ada potensi konflik kepentingan? 

[√] Adakah Lembaga pengarah Trurich dan TH tidak menjalankan usaha wajar (due diligence) yang lebih teliti dan mendapatkan pelbagai pendapat bebas sebelum meluluskan pelaburan bernilai ratusan juta ringgit? Sebab kebergantungan pada satu memorandum yang cacat adalah satu kecuaian yang besar.

[√] Laporan polis pernah dibuat pada tahun 2018. Tapi adakah ada tindakan? 

[√] Jika didapati bersalah, adakah individu yang dinamakan boleh berdepan dengan pertuduhan jenayah seperti penipuan atau pecah amanah? 
 
[√] Jika tidak, ini boleh menimbulkan persoalan tentang keberkesanan sistem perundangan dan penguatkuasaan dalam menangani jenayah kewangan korporat, terutamanya melibatkan tokoh-tokoh berpengaruh.