Lapan tahun yang lepas, Trurich Resources Sdn Bhd (milik bersama FGV Holdings dan Lembaga Tabung Haji) memfailkan laporan polis terhadap lima individu, termasuk:
- Bekas CEO Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail
- Bekas CEO TH Plantations, Datuk Seri Zainal Azwar
- Bekas Managing Director TH Plantations, Datuk Rashidi Omar
- Dua warga Indonesia (Drs H. Rajasa Abdurachman dan Badai Sakti Daniel)
Semua nama diatas dituduh mengelirukan lembaga pengarah Trurich supaya membayar terlalu mahal untuk dua aset ladang kelapa sawit di Kalimantan. Mereka mengelirukan lembaga pengarah Trurich melalui salah nyata (misrepresentation) dan penahanan maklumat material semasa proses perbincangan dan keputusan pembelian. Disebabkan itu, Trurich dikatakan telah membayar terlalu mahal untuk kedua-dua aset tersebut, termasuk membeli balik saham yang sudah dibayar sebelum ini.
Trurich mendakwa bahawa "pelbagai misrepresentation" telah dibuat dan maklumat penting telah dirahsiakan semasa mesyuarat lembaga pengarah dan proses membuat keputusan yang berkaitan transaksi ini.
Jadi, Trurich terpedaya untuk terlebih bayar untuk kedua-dua tanah Kaltara dan Kalteng, dan juga membeli balik saham yang sepatutnya telah pun dibayar.
Pada 2008, TH meluluskan pengambilalihan ladang kelapa sawit "green and brown field" di Kalimantan Utara dan Kalimantan Tengah, Indonesia melalui Trurich dengan nilai keseluruhan kira-kira USD58 juta (RM242.78 juta ketika itu).
Kaltara: 30,000 hektar dibeli dengan harga USD12.25 juta.
Kalteng: 12,833 hektar beserta kilang minyak sawit 60 tan metrik dibeli dengan harga USD45.77 juta.
Ada percanggahan besar dalam penilaian tanah Kaltara:
(√). Laporan Zainal Azwar pada Mac 2008 menyimpulkan bahawa hanya 20% tanah adalah gambut "sederhana dalam". Tetapi, dua penilaian lain oleh CH Williams Talhar & Wong dan PT AKSS mendapati bahawa 77.86% daripada tanah adalah gambut dalam (deep peat).
📌Gambut dalam adalah tanah yang jauh lebih mahal dan sukar untuk dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit kerana kos saliran yang tinggi, risiko tanah tenggelam, hasil rendah pada jangka panjang.
[√] Tan Sri Ismee Ismail kemudian menyediakan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri yang hanya menonjolkan laporan Zainal yang menguntungkan, manakala bahagian penting laporan bebas yang menunjukkan 77.86% gambut dalam digugurkan.
[√] Pada November 2009, Felda Global Ventures (kini FGV Holdings) melalui anak syarikatnya Felda Global Ventures Kalimantan mengambil pegangan 50% saham dalam Trurich. Selepas itu, Trurich menjadi milik bersama TH dan FGV. Trurich kemudian mencatatkan kerugian berterusan selama bertahun-tahun.
[√] TH Plantations dimiliki 73.84% oleh TH. Zainal Azwar dilantik sebagai CEO TH Plantations pada Julai 2009, mengambil alih daripada Rashidi yang bersara sebagai pengarah urusan selepas enam tahun.
[√] Difahamkan bahawa Zainal Azwar menyelia kepentingan TH dalam Trurich. Zainal meletak jawatan dari TH Plantations pada seminggu selepas diminta bercuti (garden leave).
[√] Tan Sri Ismee Ismail merupakan pengurus kumpulan dan CEO TH dari 2006 hingga 2016. Ismee Ismail juga pernah berkhidmat dalam lembaga pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
[√] TH dan FGV bersama-sama membeli Trurich dengan harga RM600 juta pada 2009.
Maklumat ini dari The Edge Financial Daily yang melaporkan berdasarkan data dari RAM Credit Information Sdn Bhd.
✅ Datuk Seri Zainal Azwar
Datuk Seri Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin adalah pakar agronomi dan sains tanah yang menyertai TH Plantations sebagai Senior Agronomist pada 1998, kemudian menjadi Head of Operations (Overseas) dari 2003 hingga awal 2009. Pada Julai 2009, Zainal Azwar dilantik sebagai CEO TH Plantations.
[√] Pada Mac 2008, Zainal mengetuai pasukan penilaian dan menyediakan “Suitability Assessment Report 2008” bagi tanah Kaltara yang mana laporan itu bercanggah dengan laporan dua penilaian bebas tentang tanah ladang yang diambil alih di Kalimantan.
✅ Tan Sri Ismee Ismail
Tan Sri Ismee Ismail merupakan CEO Tabung Haji dari 2006 hingga 2016, dikatakan menyediakan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri pada Ogos 2008.
[√] Memorandum itu hanya menekankan laporan Zainal Azwar yang lebih menguntungkan, manakala bahagian penting laporan bebas CH Williams yang menunjukkan majoriti tanah adalah gambut dalam digugurkan.
[√] Ini menimbulkan persoalan serius tentang ketelusan maklumat yang dikemukakan kepada pihak atasan.
✅ Datuk Rashidi Omar adalah Managing Director TH Plantations sebelum Zainal mengambil alih.
----------
💥 TENTANG TRURICH RESOUCES SDN. BHD
Ditubuhkan pada 20 Mac 1997. Asalnya dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum dijadikan "special purpose vehicle" untuk membeli ladang kelapa sawit di Indonesia.
[√] TH Plantations Berhad (THP) - anak syarikat Lembaga Tabung Haji (TH) dengan pegangan 73.84%. THP merupakan "bahagian perladangan" TH yang menguruskan ladang sawit, getah dan jati.
[√] Trurich Resources Sdn Bhd ialah syarikat usaha sama (50:50) antara TH dan FGV Holdings Bhd.
[√] FGV memasuki Trurich pada November 2009 melalui anak syarikatnya, Felda Global Ventures Kalimantan Sdn Bhd (FGVK), dengan membeli 50% pegangan daripada TH.
----------
📌 (2009)
FGV Holdings Bhd (melalui FGVK) membeli 50% pegangan daripada TH pada November 2009.
Pada ketika itu, struktur adalah TH (50%) : FGV (50%) - 100%.
📌 (2018)
Berdasarkan RAM Credit Information):
Laporan menyebut TH memiliki 52% dalam Trurich. Jadinya, secara logik FGV memiliki baki 48% (52% + 48% - 100%)
----------
💥 PEMBELIAN TRURICH
[√] Kena ingat Trurich telah rugi selama lima tahun berturut-turut. Kerugian paling teruk adalah pada FY2013 iaitu RM56.06 juta, dan pada FY2016 kerugian menyusut kepada RM24.58 juta.
📌 RANCANGAN PENGAMBILALIHAN FGV
Pada Julai 2018, TH merancang untuk mengambil alih bahagian FGV dalam Trurich. Cadangan itu telah dikemukakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tetapi keputusan akhir memerlukan tandatangan menteri yang bertanggungjawab.
[√] Rancangan ini tergantung selepas kekalahan Barisan Nasional pada 9 Mei 2018.
📌 SENARAI PENGARAH TRURICH
RAM Credit menyenaraikan beberapa individu sebagai pengarah Trurich ketika itu termasuk:
- Datuk Zakaria Arshad (Bekas Presiden & CEO FGV)
- Ahmad Tifli Mohd Talha (Bekas CFO FGV)
- Mohamed Azman Shah Ishak (CFO TH Plantations)
- Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (Pengurus Kanan TH)
[√] Pada Julai 2018 kepimpinan baru TH diketuai Tan Sri Mohd Nor Yusof dan Datuk Seri Zukri Samat telah memulakan siasatan dalaman. Pada masa yang sama, TH telah membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusi, bekas CEO, dan empat kakitangan kanan atas salah guna dana.
[√] Laporan Ketua Audit Negara 2017 juga mendedahkan TH gagal merekodkan penjejasan aset RM227.81 juta dalam anak syarikat dan syarikat bersekutu.
📌 PENGAMBIALIHAN HUTANG
Laporan awal - TH dan FGV "bersama-sama membeli Trurich dengan harga RM600 juta dan mengambil alih hutang lebih RM700 juta" daripada penjual asal.
[√] Sebenarnya,
status hutang telah
disahkan lagi dari
Kenyataan Rasmi FGV (2019). Ketika FGV merancang untuk menjual aset Trurich, Ketua Pegawai Eksekutif,
Datuk Haris Fadzilah Hassan, buat pengakuan rasmi menyatakan yang
Trurich ada pinjaman (borrowings) berjumlah RM700 juta.
[√] Jadi, dalam usaha untuk menjual aset Trurich, FGV telah meletakkan nilai syarikat pada sekitar RM1 bilion, termasuk nilai ekuiti dan hutang RM700 juta.
Maksudnya, hutang tersebut adalah komponen utama dalam penilaian syarikat.
[√] Laporan kewangan tahunan FGV untuk tahun 2009 menunjukkan bahawa Trurich (sebagai sebahagian daripada kumpulan FGV) mempunyai jumlah liabiliti (hutang) kira-kira RM25.9 juta pada tahun tersebut.
📌
Sumber dokumen Parlimen mendedahkan bahawa selepas tahun 2019, Trurich mempunyai beberapa kemudahan pinjaman dengan Maybank Islamic Berhad. Butirannya adalah seperti berikut :
- Pembiayaan-i Komoditi Murabahah Bertempoh: Jumlah tertunggak sebanyak USD151,419,000.
- Pembiayaan-i Komoditi Murabahah Bertempoh: Jumlah tertunggak sebanyak USD123,924,000.
- Kredit Pusingan-i Jangka Pendek: Jumlah tertunggak sebanyak RM91,120,000.
Jumlah Sebenar: RM1.313 BILION
[√] Ini menunjukkan banyak hutang adalah dalam USD, yang jadikannya lebih sensitif terhadap perubahan kadar pertukaran mata wang. Trurich telah memohon penangguhan pembayaran hutang ini dan Maybank bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembayaran sehingga 30 Jun 2021 bagi membolehkan Trurich menjual asetnya di Indonesia.
📌 Laporan RCI Tabung Haji mendedahkan yang Trurich masih ada pinjaman tertunggak dengan Maybank berjumlah kira-kira RM732 juta dan akhirnya menjadi "insolvent" dengan liability RM119.67 juta pada akhir 2017 dan RM92.78 juta pada tahin 2018.
[√] Maksudnya, hutang itu bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi satu beban kewangan yang boleh buatkan syarikat itu muflis pasalnya Trurich tidak mampu bayar disebabkan Trurich asyik rugi.
[√] Itu yang menjadikan pelaburan keseluruhan mencecah RM1.3 bilion. Akhirnya, TH terpaksa menghapus kira (write-off) pelaburan RM364.31 juta dalam Trurich.
📌 Pelupusan Aset
Pada tahun 2022, Trurich Resources Sdn Bhd telah memuktamadkan penjualan syarikat-syarikat subsidiari di Kalimantan, Indonesia kepada PT Karya Teknik Agri melalui Condition al Share Purchase Agreement (CSPA).
[√] Hasil jualan sebanyak IDR474.0 bilion (kira-kira USD31.74 juta atau RM142 juta) yang diterima pada September 2022 telah dikreditkan kepada Maybank Islamic Berhad sebagai sebahagian daripada penyelesaian hutang tertunggak.
📌 Penurunan Nilai Pelaburan TH
TH telah merosot nilai keseluruhan kos pelaburannya dalam Trurich berjumlah RM364,311,000 sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Maksudnya, pelaburan asal tidak lagi dianggap bernilai pada kosnya.
📌 Obligasi TH (Bon / Surat Hutang)
Sehingga 31 Disember 2023, TH tidak mempunyai obligasi pembayaran lanjut kepada Trurich. Jadi ini bermakna liabiliti kewangan syarikat itu tidak lagi membebankan kewangan TH secara langsung.
--------
💥RM364. 31 JUTA, MEROSOT NILAI (IMPAIRMENT)
KERUGIAN YANG DIHAPUS KIRA
Angka ni ada di dalam dokumen rasmi. Boleh baca dalam Notes to Financial Statement (Nota kepada Penyata Kewangan) TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.
Memang ada tertulis, "TH telah merosot nilai keseluruhan kos pelaburannya dalam Trurich berjumlah RM364,311,000 sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018."
Ini pengesahan langsung daripada TH yang mana nilai pelaburan asal dalam Trurich telah dianggap tidak lboleh dipulihkan dan dengan itu dihapuskan daripada buku-buku perakaunan mereka.
TH pada asalnya melabur sejumlah wang (sebahagian daripada RM600 juta harga belian Trurich) ke dalam syarikat itu. Jumlah pelaburan TH yang dihapus kira ialah RM364,311,000.
Kerugian RM364.31 juta diiktiraf dalam Penyata Pendapatan TH sebagai satu perbelanjaan, yang mengurangkan keuntungan dan dana pendeposit.(Duit pendeposit yang dilaburkan dalam Trurich dianggap hilang dan tidak dapat dipulihkan).
💥 MACAM MANA DENGAN BAKI RM213.69 JUTA?
RM213.69 juta bukan Kerugian TH, Tetapi Bahagian FGV.
Nombor itu cuma tolakan mudah daripada harga belian asal RM600 juta, bukannya angka rasmi dari laporan kewangan FGV.
Berdasarkan kenyataan rasmi bekas Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan pada November 2019:
"FGV's total cost of investment in the JV amounts to RM255 million" - jumlah kos pelaburan FGV dalam usahasama Trurich ialah RM255 juta.
Kerugian Terkumpul FGV (Accumulated Share of Losses) ialah 234 juta - Kenyataan rasmi CEO FGV, Nov 2019.
[💥 RM213.69 juta adalah tolakan matematik mudah (RM600j - RM364.31j), bukan angka rasmi daripada FGV.]
[💥 Kos sebenar FGV dalam Trurich ialah RM255 juta, seperti yang diakui oleh CEO FGV.]
[💥Kerugian terkumpul FGV setakat 2019 ialah RM234 juta, hampir 92% daripada pelaburan RM255 juta telah lenyap.]
[💥 Jadi, FGV mengalami kerugian jauh lebih besar dari RM234 juta.]
Laporan kajian oleh BIMB Securities Research pada November 2018.
"Share of loss from joint ventures and associates mainly due to losses incurred in Trurich Resources" - kerugian FGV daripada usahasama dan syarikat bersekutu adalah terutamanya disebabkan oleh kerugian yang dialami Trurich Resources.
Bermaksud, Trurich adalah penyumbang utama kepada kerugian FGV dalam kategori pelaburan usahasama.
FGV masih dalam usaha untuk menjual pegangan di dalam Trurich. Proses rundingan masih diteruskan sehingga kini.
RCI menyarankan audit forensik dijalankan ke atas pelaburan-pelaburan tersebut (termasuk Trurich) untuk menyiasat.
[1] Bagaimana keputusan pelaburan dibuat
[√] Mengapa berlaku kerugian besar / rosot nilai (impairment)?
[√] Adakah ada kelemahan tadbir urus, campur tangan, atau salah urus.
[√] Adakah tindakan Ismee yang didakwa hanya membentangkan laporan yang memihak kepada satu pihak (laporan Zainal) dan mengabaikan laporan profesional bebas (CH Williams) menunjukkan percubaan untuk memanipulasi proses membuat keputusan di peringkat tertinggi?
[√] Adakah penglibatan Zainal Azwar, yang kemudiannya menjadi CEO TH Plantations, dalam pasukan penilaian awal membawa persoalan tentang objektiviti dan ada potensi konflik kepentingan?
[√] Adakah Lembaga pengarah Trurich dan TH tidak menjalankan usaha wajar (due diligence) yang lebih teliti dan mendapatkan pelbagai pendapat bebas sebelum meluluskan pelaburan bernilai ratusan juta ringgit? Sebab kebergantungan pada satu memorandum yang cacat adalah satu kecuaian yang besar.
[√] Laporan polis pernah dibuat pada tahun 2018. Tapi adakah ada tindakan?
[√] Jika didapati bersalah, adakah individu yang dinamakan boleh berdepan dengan pertuduhan jenayah seperti penipuan atau pecah amanah?
[√] Jika tidak, ini boleh menimbulkan persoalan tentang keberkesanan sistem perundangan dan penguatkuasaan dalam menangani jenayah kewangan korporat, terutamanya melibatkan tokoh-tokoh berpengaruh.
No comments:
Post a Comment