Pages

Gibran Huzaifah dan eFishery (Part 1)

eFishery (PT Multidaya Teknologi Nusantara) ialah satu syarikat startup Agritech Akuakultur dari Indonesia yang pernah jadi projek unicorn tetapi kini menjadi salah satu skandal fraud terbesar di Asia Tenggara.

eFishery ditubuhkan pada Oktober 2013 di Bandung oleh Gibran Huzaifah sebagai CEO, Muhammad Ihsan Akhirulsyah (CFO), dan Chrisna Aditya (Ketua Produk). Gibran Huzaifah memegang pegangan utama sebagai ketua strategik, manakala Aditya dan Akhirulsyah menerima kepentingan saham yang besar di atas sumbangan teknikal dan kewangan. Kiranya, sumbangan Aditya dan Akhirulsyah sama penting untuk kejayaan syarikat. Mereka membangunkan eFishery dengan simpanan peribadi dan geran untuk membina prototaip eFishery Smart Feeder pertama.

Gibran berasal dari keluarga yang sederhana di Jakarta Timur. Lepasan graduan Biologi dari Institut Teknologi Bandung (ITB) yang pernah menjadi penternak ikan keli. Ayahnya bekerja sebagai buruh binaan, ibunya adalah suri rumah. Pernah menghadapi kesulitan kewangan yang teruk semasa remaja dan menuntut di universiti, sehingga pernah tidur di masjid dan sekolah kerana tidak mahu membebankan keluarganya dengan permintaan wang. Membuat pelbagai kerja sampingan untuk mendapatkam duit. Disebabkan pengalaman hidup ini yang membentuk semangat keusahawanan dan ketahanan Gibran.

Sebagai seorang usahawan, Gibran memang mempunyai cita-cita dan visi sosial yang tinggi  Gibran menyatakan hasrat dia untuk membantu petani ikan kecil, membasmi kelaparan, dan mengubah industri akuakultur Indonesia.

Pada tahun ketiga pengajian, Gibran telah mengambil kelas akuakultur yang dibuat oleh seorang profesor. Profesor tersebut memberitahu bahawa makanan laut akan menjadi sumber protein paling penting bagi manusia, dan Indonesia pula berada di tengah-tengah "revolusi ikan keli". Sebab maklumat inilah yang menjadi detik penting yang mengubah haluan hidup Gibran. 

Selepas mendapat inspirasi dari kelas akuakultur, Gibran menyewa kolam ikan keli dengan kadar S$40 setahun (kira-kira Rp450,000–500,000 mengikut kadar tukaran semasa) atau RM136 dan memulakan perniagaan ternakan ikan sendiri. Sewa kolam sangat murah kerana bertempat di pinggir bandar. Dalam tempoh dua tahun, Gibran sudah berjaya mengendalikan 76 kolam. Saiz setiap kolam kira-kira 200 meter persegi dengan lebih kurang 20,000 ekor ikan di dalamnya. Kesemua kolam ini diuruskan sendiri oleh Gibran dan pada masa yang sama dia belajar untuk memasarkan (buat marketing) dan mengumpul serta membina database pelanggannya sendiri.

Semasa melibatkan diri dalam penternakan dan perniagaan ikan keli, antara cabaran besar yang dihadapi oleh Gibran ialah:

  • Kos makanan ikan yang tinggi (70-90% daripada kos pengeluaran)
  • Keuntungan rendah akibat orang tengah
  • Proses pemberian makan manual yang tidak cekap

Maka, dari cabaran² inilah bermulanya idea Gibran untuk mencipta sistem pemberi makan ikan automatik, yang kemudiannya menjadi asas penubuhan eFishery, yang merupakan startup teknologi akuakultur pertama di Asia yang membangunkan inovasi dalam bidang tersebut. Satu perkara penting, bila Gibran membangunkan inovasi ini, boleh dikatakan ia bakal mengganggu kaedah pembiakan ikan dan udang tradisional. Sebab inovasi yang bakal dibangunkan akan menawarkan platform hujung-ke-hujung yang menyediakan akses kepada makanan ternakan, pembiayaan, dan pasaran kepada penternak ikan dan udang.

The Jakarta Post melaporkan bahawa pada tahun 2012, Gibran telah mencipta prototaip pertama pemberi makan ikan berasaskan data (data-driven fish feeder) dalam usaha untuk menjadikan perniagaan ternakan ikan lebih bertanggungjawab, cekap, dan mudah. Kos prototaip pertama eFeeder adalah kira-kira dalam RM850.

Gibran sendiri mengakui bahawa prototaip pertama itu memerlukan beberapa percubaan dan ralat (trial-and-error) sebelum boleh dikomersialkan. Prototaip itu kemudian berkembang menjadi eFeeder versi semasa yang boleh dikawal melalui telefon pintar dan dilengkapi dengan sensor untuk mengesan nafsu makan ikan.

Selepas menyiapkan prototaip, Gibran bawa prototaip tu dengan menggunakan motosikal sendiri dan mengembara ke ladang-ladang ternakan ikan di jalan-jalan kampung, berbulan-bulan, Gibran menunjukkan prototaip yaang siap kepada petani ikan.

PRODUK eFishery

eFishery menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan teknologi yang direka khas untuk membantu penternak ikan dan udang. Produk eFishery terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu untuk penternak ikan, untuk penternak udang, dan untuk pembeli hasil laut.

Produk Utama eFishery: eFeeder.

eFeeder adalah mesin pemberian makanan automatik untuk ikan dan udang. eFeeder dibuat sebagai penyelesaian untuk proses pemberian makanan dalam proses ternakan. Semasa menjalankan ternakan ikan keli dia sendiri, Huzaifah dapat tahu bahawa pemberian makanan menyumbang 70% hingga 90% daripada jumlah kos pengeluaran, kos ini adalah jauh lebih tinggi apabila dilakukan secara manual. Ini yang membuatkan dan mendorong Huzaifah untuk mencipta eFeeder berasaskan (Internet of Things) IoTnya, yang mana secara automatik eFeeder ni boleh memberi makan ikan dan udang dengan mengesan selera makan dan tahap kelaparan mereka melalui getaran dan penderia gerakan. Sistem pemberian makanan pintar eFishery ini boleh berjaya mengurangkan jumlah makanan yang digunakan sebanyak 21 peratus. 

Penderia selera makan dalam eFeeder mampu memotong Feed Conversion Ratio (FCR) sehingga 30%, sekali gus mengurangkan kos makanan per kilogram sebanyak kira-kira USD 0.15 hingga USD 0.25.

eFeeder dikatakan boleh mengoptimumkan hari hasil tuaian dan meningkatkan kapasiti pengeluaran penternak sehingga 26%, maksudnya kalau sebelum ini ikan tumbuh perlahan kerana makan tak konsisten, tapi dengan eFeeder ikan tumbuh cepat dan sihat kerana makan tepat & cukup. Kalau sebelum ini penternak ikan perlu menunggu 120 hari untuk dapat hasil, dengan eFeeder penternak boleh menuai dalam 74 hari. Kiranya, dalam satu tahun tu boleh buat empat kitaran penternakan ikan berbanding dua kali sebelum itu. Jadi, pendapatan pun akan jadi lebih banyak. 

Kemudian eFeeder boleh mengoptimumkan juga kecekapan makanan sehingga 30% melalui pengurangan kos masa dan buruh. Maksudnya, eFeeder mampu meningkatkan kecekapan penggunaan makanan ikan sebanyak 30 peratus dengan cara mengurangkan kos yang berkaitan dengan masa dan tenaga buruh.

Apabila penternak menggunakan eFeeder, mereka tak perlu lagi habiskan masa yang lama untuk memberi makan kepada ikan secara manual sebab mesin ni akan melakukan tugas tersebut secara automatik mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dengan cara ini, penternak dapat jimatkan masa dan boleh menggunakan masa tersebut untuk melakukan aktiviti lain seperti menguruskan lebih banyak kolam, memantau kesihatan ikan, atau melakukan urusan perniagaan. 

Selain itu, eFeeder juga mengurangkan kebergantungan penternak terhadap tenaga buruh kerana satu mesin sahaja sudah mampu menguruskan pemberian makanan untuk banyak kolam secara serentak. Ini bermaksud penternak tidak perlu menggaji ramai pekerja untuk tugas memberi makan. Jadi, penternak boleh mengurangkan kos gaji pekerja. 

Kalau makanan diberikan secara manual oleh manusia, kadangkala berlaku kesilapan seperti memberi terlalu banyak atau terlalu sedikit makanan, atau memberi makan pada waktu yang tidak konsisten. Manusia jugak boleh penat, lupa, atau lambat memberi makan. Semua faktor ini menyebabkan sebahagian besar makanan terbuang sia-sia kerana ikan tidak sempat memakannya, makanan hanyut dan merosakkan kualiti air kolam, atau ikan tidak mendapat nutrisi yang cukup untuk membesar dengan baik.

On the other side, eFeeder memberikan makanan dengan kuantiti yang tepat dan pada waktu yang konsisten setiap hari. Mesin ini tidak penat, tidak lupa, dan tidak membuat kesilapan. Hasilnya, hampir keseluruhan makanan yang diberikan dimakan oleh ikan dan hanya sedikit sahaja yang terbuang. Ini menyebabkan setiap kos yang dibelanjakan untuk membeli makanan ikan menjadi lebih berbaloi dan kecekapan penggunaan makanan meningkat sehingga 30 peratus.

Dengan kata lain, pengurangan kos masa dan buruh melalui automasi tidak hanya menjimatkan wang penternak dari segi gaji pekerja, tetapi juga secara tidak langsung meningkatkan kecekapan makanan kerana proses pemberian makanan menjadi lebih tepat, konsisten, dan kurang pembaziran. 

Sistem ini juga membolehkan petani mengurus kolam melalui telefon pintar dan mengumpul data seperti penggunaan makanan harian, jenis makanan, jumlah ikan yang dihasilkan, tingkah laku ikan, kepadatan stok, dan kadar kematian.

2. Produk kedua ialah, sistem Aplikasi eFisheryKu yang merupakan aplikasi pusat ("super app") untuk semua aktiviti ternakan. Penternak boleh beli makanan, dapatkan pembiayaan, dan jual ikan.

3. Beli Pakan ialah feature dalam aplikasi untuk membeli lebih 10 jenama makanan ikan secara dalam talian dengan pilihan penghantaran terus.

4. Program Kabayan

Program Kabayan, atau nama penuhnya Program Kasih Bayar Nanti, ialah skim pembiayaan dalam bentuk Buy Now Pay Later yang disediakan oleh eFishery untuk membantu penternak ikan dapat bekalan makanan ikan tanpa perlu membayar wang terlebih dahulu. Program ini dibangunkan khas untuk mengatasi cabaran kewangan yang sering dihadapi oleh penternak, especially mereka yang tidak ada modal yang cukup untuk beli makanan ikan pada peringkat awal kitaran ternakan.

Dalam program ini, penternak boleh membeli makanan ikan terlebih dahulu dan hanya perlu buat bayaran balik selepas musim menuai tiba, iaitu apabila hasil tuaian mereka telah berjaya dijual. Ini bermaksud penternak tidak perlu mengeluarkan wang tunai dari poket sendiri pada peringkat permulaan, di mana kebanyakan perbelanjaan besar seperti pembelian anak ikan, makanan, dan peralatan biasanya berlaku.

Program Kabayan memberikan ruang pernafasan kewangan yang amat diperlukan oleh penternak kerana dalam industri akuakultur, terdapat tempoh jeda antara pelaburan awal dan pulangan hasil. Penternak mungkin perlu menunggu berbulan-bulan sebelum ikan mereka cukup besar untuk dituaikan dan dijual, dan dalam tempoh tersebut, mereka masih perlu membiayai kos makanan harian. Tanpa kemudahan pembiayaan seperti ini, ramai penternak kecil terpaksa berhenti ternakan atau meminjam wang dari sumber tidak rasmi dengan kadar faedah yang tinggi.

Program ini adalah kemudahan pembiayaan (pinjaman) untuk beli makanan ikan yang hanya perlu dibayar selepas musim menuai.

5. Lapak Ikan merupakan pasaran dalam talian untuk menjual hasil tuaian terus kepada eFishery. Maksudnya penternak ikan boleh menjual terus kepada pelanggan tanpa melalui orang tengah. 

Platform dalam talian ini juga memberikan manfaat kepada pembeli kerana mereka boleh dapatkan bekalan ikan dan udang yang segar terus dari sumber, dengan harga yang lebih kompetitif. Transaksi yang dilakukan secara digital melalui Lapak Ikan adalah lebih telus dan tersusun, yang mana penternak boleh memantau jualan, menguruskan tempahan, dan menerima pembayaran dengan lebih cekap.

7. eFarm, aplikasi yang menyediakan penyelesaian kepada pelbagai masalah penternakan udang, daripada pencegahan penyakit dan perundingan pakar kepada pembelian ubat-ubatan dan vitamin, kepada pesanan eFeeders.

Gabungan penggunaan platform eFisheryKu dan eFeeder secara bersama meningkatkan jumlah pendapatan bulanan penternak sebanyak 91%, menghasilkan tambahan keuntungan bersih bulanan sebanyak IDR 19.2 juta dengan kebarangkalian keuntungan sebanyak 28.6%.

Beliau turut menyatakan bahawa ekosistem penyelesaian eFishery secara keseluruhannya boleh mengurangkan kos operasi ladang dan meningkatkan pendapatan penternak sehingga 45%.

Dibawah ialah Ringkasan Angka Penjimatan jika menggunakan eFeeder

  • Pengurangan penggunaan makanan - 21% – 30%
  • Peningkatan kapasiti pengeluaran - sehingga 26%
  • Peningkatan pendapatan (eFeeder sahaja) - sehingga 45%
  • Peningkatan pendapatan (eFeeder + eFisheryKu) - sehingga 91%

Pada awalnya, eFeeder dijual dengan harga USD400-600 (RM1,600 – RM2,400), tetapi kerana ramai penternak ikan tidak mampu terutamanya penternakan ikan yang berskala kecil (margin untung pun kecil), jadi Gibran bertukar kepada model sewa. Harga sewa lebih murah untuk petani kecil, terutamanya untuk ternakan ikan (RM36/bulan), manakala untuk udang lebih tinggi kerana teknologi dan keperluan pakan yang lebih kompleks (RM175/bulan).

Tambahan pula 10% dari 280 juta rakyat Indonesia hidup dibawah garis kemiskinan dan kos buruh adalah sangat murah jadi untuk membeli sebuah mesin eFeeder penuh memang tidak mampu.

Untuk bertukar ke model sewa Gibran memerlukan modal tunai awal yang besar kerana perlu membeli / membina mesin dahulu. Gibran mula mencari pelabur tapi akan tetapi banyak kali ditolak.

Pada Disember 2017 eFishery hanya ada $8,142 tunai di tangan (menurut fail kawal selia Singapura - Singapore regulatory filings).

Awalnya, petani sangat menentang teknologi kerana ramai yang tidak mempunyai telefon pintar atau tidak celik digital. eFishery terpaksa mengadakan kelas "Internet 101" untuk petani, mengajar mereka cara membuat e-mel, menggunakan Facebook, dan mendapatkan maklumat dari YouTube.

By 2020, eFishery mendakwa sistemnya telah digunakan di 120 bandar di Indonesia. Pada tahun 2022, syarikat ini berkembang ke 280 bandar dan melayani 70,000 petani ikan dan udang. Menurut kajian Institut Demografi Universitas Indonesia (LDUI) pada 2022, eFishery menyumbang 1.55% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia dalam sektor akuakultur.

Gibran tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 dalam kategori Industry, Manufacturing & Energy. Pada ketika itu, beliau berumur 27 tahun. Forbes menyatakan beliau sebagai seorang usahawan agritech yang merevolusikan pasaran akuakultur Indonesia yang bernilai AS$5.4 bilion.

Pada Oktober 2023, Forbes menerbitkan artikel khas mengenai Gibran dengan tajuk "Young Indonesian Entrepreneur Parlays Digital Tool For Fish Breeders Into A Rare Unicorn". Artikel tersebut ditulis oleh Ardian Wibisono, koresponden Forbes, dan memaparkan perjalanan Gibran dari petani ikan kecil sehingga menjadi pengasas unicorn. Dalam artikel itu, Gibran juga membuat jenaka semasa pembentangan di Forbes Global CEO Conference di Singapura pada September 2023, di mana beliau menyatakan "the fish tank is the new fintech". 

Bersambung...

***Artikel ditulis berdasarkan laporan dari Bloomberg, International Finance, The Diplomat, Saint Clair, Indonesia Business Post, Business Times, The Edge Malaysia, Seafood Source, The Malaysian Reserve, The Corporate Secret, Forbes, Stratsea, People Matters Global, The Jakarta Post, Viet Fish Magazine, Green Queen HK, Aqua Asia Pac, AD Funder News, Origin Kompas TV, New Atlas, Commerce Marketplace, Wikipedia.