Pelaburan dalam Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd (Al-Rawda) adalah kerugian terbesar di antara 14 pelaburan bermasalah dalam Laporan RCI Tabung Haji.
◾ A-Rawda ialah satu syarikat hartanah dan pengurusan projek yang berpusat di Arab Saudi. Sebuah syarikat swasta. Dimiliki Dr. Mashhoor Ali Omar Al-Madudi. Ditubuhkan pada tahun 1995 (tapi ada juga yang menyatakan Al-Rawda ditubuhkan pada tahun 1999). Al-Rawda menguruskan perniagaan sektor pelancongan Umrah dan Haji.
◾ Mashhoor Ali Omar Al-Madudi ada perniagaan lain iaitu, Mashhour Ali Omar Ali-Madoudi Trading Establishment yang ditubuhkan pada tahun 1982.
◾ Al-Rawda punya core business ketika itu ialah:
- Pembangunan Harta Tanah (Real Estate Development)
- Pengurusan Projek (Project Management)
- Pengurusan Kemudahan (Facilities Services)
- Pengurusan Harta (Property Management)
- Pelaburan Harta Tanah (Real Estate Investment)
- Pembinaan dan Pengurusan Pembinaan (Construction Management)
- Pengurusan Portfolio (Portfolio Management)
◾ Al-Rawda hanya beroperasi dalam Makkah dan Madinah menyewakan dan mengendalikan hotel dan penginapan untuk jemaah haji dan umrah. Bilangan jumlah pekerja dalam Al-Rawda dalam 26 hingga 27 orang dan didakwa mempunyai hasil US$289 juta.
⛔ PELABURAN & PROJEK UTAMA DENGAN TH MALAYSIA
◾ Perjanjian Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd dengan Tabung Haji Malaysia ditandatangani antara tahun 2015 hingga 2017 untuk uruskan penginapan haji dan umrah.
Dua dokumen utama yang ditandatangan ialah, Perjanjian Pajakan (Lease Agreement) dan Perjanjian Pengurusan Operasi (Management & Operation Agreement)
1. Perjanjian Pajakan Hotel (Makkah & Madinah)
◾ Pajakan di sini adalah sewaan jangka masa panjang. Tabung Haji telah “menyewa” 4 buah hotel (tiga hotel di Makkah dan satu di Madinah) daripada Al-Rawda untuk tempoh yang sangat lama. Antara 10 tahun hingga 18 tahun.
◾ Hasrat TH adalah baik, untuk memastikan akses penginapan yang cukup untuk jemaah haji/umrah Malaysia di Makkah dan Madinah. Pada masa yang sama boleh jana pulangan pelaburan jangka panjang untuk pendeposit / penabung. Tapi di mana silapnya???
◾ TH buat bayaran pendahuluan (upfront payment) SAR 1.43 billion, kira-kira RM1.55 billion secara TUNAI. Ini untuk dapatkan hak ke atas hotel tersebut. Bila TH dah bayar, maksudnya secara rasmi TH menjadi “pemegang hak sewa” dan ada hak penuh ke atas 4 hotel tersebut. Empat hotel berkenaan ialah Hotel Al-Aqiq, Al-Haram dan Al-Saha di Madinah serta Hotel Rawdat Al-Bait di Makkah.
◾ Bayaran pendahuluan RM1.55 billion dibuat secara berperingkat pada tahun 2015, 2016 dan 2017.
◾ Dalam amalan korporat normal, tidak akan ada individu, syarikat atau institusi kewangan waras akan membayar upfront sebesar ini tanpa jaminan yang kukuh dan meyakinkan.
2. Perjanjian Pengurusan dan Operasi
🤝 Apakah Peranan Al-Rawda?
Al-Rawda bukan sekadar penerima wang. Dalam perjanjian ini, mereka memegang dua peranan utama:
Sebagai Penyewa: Mereka menyewa hotel-hotel tersebut daripada TH untuk tempoh yang panjang, iaitu antara 10 hingga 18 tahun.
Sebagai Pengendali: Mereka juga dilantik oleh TH untuk mengurus dan mengendalikan keempat-empat hotel tersebut.
◾ TH pula tidak mahu pening kepala. Pada pendapat aku mungkin TH tiada kepakaran untuk uruskan hotel, operasi harian termasuk menyelenggara hotel jadi, TH serahkan semua tugas untuk menguruskan operasi kepada Al-Rawda dengan syarat Al-Rawda perlu jual/sewakan bilik-bilik hotel kepada jemaah/pelancong sepatutnya memulangkan hasil sewa berjumlah SAR 2.49 billion (RM2.72 billion) secara berperingkat sepanjang tempoh pajakan (10 - 18 tahun).
◾ Selepas ditolak modal awal TH (SAR 1.4 billion), ramalan baki hasil sewa iaitu SAR 1.09 billion (kira-kira RM1.2 billion hingga RM1.35 billion) patutnya adalah keuntungan pelaburan TH.
❓ Tapi… Apa sudah jadi??
3. Terma Jaminan dan Cagaran (Collateral)
◾ Tidak ada jaminan bank (bank guarantee) dari institusi kewangan bertaraf antarabangsa bagi melindungi pembayaran balik tunai pendahuluan TH.
◾ Pihak pengurusan risiko TH dikatakan telah meminta bank guarantee, tetapi Al-Rawda gagal sediakan jaminan yang setimpal dengan bayaran pendahuluan yang telah dibuat. Dah Al-Rawda gagal sediakan “bank guarantee” kenapa perjanjian masih diteruskan?
◾ Peliknya bila perjanjian dibuat cuma bersandarkan Nota Janji Peribadi (Personal Promissory Note) daripada pemilik Al-Rawda, Dr. Mashhor Ali Omar Al-Madudi.
◾ RM1.5 billion tu duit umat Islam. Diletakkan dalam risiko tanpa ada satu perlindungan “pelaburan” yang setimpal untuk melindungi duit umat Islam Malaysia.
⛔ BAGAIMANA DUE DILIGENCE DIBUAT?
TH telah sign agreement dan buat upfront payment dulu sebelum proses due diligence selesai. Sepatutnya, TH buat semakan latar belakang Al-Rawda secara terperinci sebelum tandatangan kontrak perjanjian lebih-lebih lagi bila melibatkan duit rakyat. Duit TH tidak sepatutnya keluar sehingga akaun dan latar belakang Al-Rawda disahkan 100% selamat.
◾ TH perlu buat semakan akaun syarikat Al-Rawda untuk tahu sama ada kewangan mereka stabil dan mampu bayar balik.
◾ TH perlu buat semakan tentang status pemilikan sah ke atas keempat-empat hotel tersebut dan terma kontrak perjanjian untuk pastikan tidak ada “loopholes” di mana syarikat rakan kongsi tidak boleh mengambil kesempatan.
◾ TH juga kena check sama ada nilai pasaran pajakan 4 hotel tersebut betul-betul setaraf dengan harga yang dituntut iaitu SAR 1.4 billion.
◾ Paling penting adalah “Risk Management”. Macam mana nak uruskan risiko? Kena pastikan ada cagaran seperti jaminan bank sebab TH bukan laburkan duit persendirian. TH memegang amanah pendeposit. Ini untuk melindungi duit pendeposit / pelabur / penabung supaya duit modal tidak lesap begitu sahaja. Dalam bisnes, janji manismu atau unjuran keuntungan atas kertas tidak menjamin apa-apa. Kena ingat duit pendeposit itu adalah amanah. Kalau tiba-tiba Al-Rawda culas atau gagal buat bayaran, bank yang akan keluarkan jaminan tersebut dan wajib membayar balik duit TH secara automatik.
Bayaran modal sepatutnya dibuat secara berperingkat mengikut prestasi kutipan sewa harian. Bukannya dibayar terus secara lump sum dengan tempoh jangka sehingga 10, 18 tahun. Kerugian sesuatu projek akan mengikis rizab kewangan Tabung Haji. Bila rizab terjejas, bagaimana hendak agihkan pulangan (hibah) kepada rakyat?
⛔ KEGAGALAN AL-RAWDA
TH dah buat upfront payment untuk jangka masa 10-18 tahun. Operasi hotel pulak tidak dikawal oleh TH dan…. akhirnya Al-Rawda mula culas buat bayaran.
Pada suku pertama 2019 (Mac 2019), Al-Rawda patutnya bayar hasil sewa berperingkat kepada TH tapi, Al-Rawda mula gagal melunaskan bayaran sewa mengikut perjanjian.
Yang menjadi masalah apabila Al-Rawda mempunyai kuasa mutlak keatas aliran duit keluar masuk, kutipan hasil, operasi dan pengurusan hotel.
⛔ PADA TAHUN 2017
Ada laporan yang menyatakan bahawa ada satu upacara menandatangani perjanjian lanjutan pajakan 10 tahun di antara TH dan Al-Rawda telah diadakan di Makkah. Upacara ini dihadiri oleh Setiausaha Agung UMNO ketika itu Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. DAWD masa itu adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dilantik sebagai Ketua Jemaah Haji Malaysia. Kehadiran DAWD adalah sebagai wakil menteri.
⛔ SYARIKAT AL-RAWDA, SYARIKAT YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN
Al-Rawda adalah syarikat yang mempunyai 26 - 27 pekerja tetapi nilai US$289 juta. Agak tidak logik bila syarikat yang hanya ada pekerja tak sampai 30 orang mengendalikan transaksi berbillion ringgit. Adakah, Al-Rawda beroperasi sebagai “shell company” atau sebuah syarikat kecil untuk tanggung liabiliti berbillion ringgit?
Fakta yang menyatakan syarikat ini “didapati tidak mempunyai keupayaan kewangan” untuk bayar anugerah timbang tara mengukuhkan andaian yang syarikat ini tidak pernah ada aset atau cash flow yang cukup untuk patuh kepada perjanjian kontrak.
⛔ “KECUAIAN” YANG TIDAK BOLEH DITERIMA AKAL
Menerima nota janji hutang peribadi (Promissory Note) untuk transaksi RM1.55 billion adalah satu kesalahan yang TIDAK dapat dimaafkan.
Dalam dunia korporat especially dalam dunia kewangan, jaminan peribadi pemilik dari syarikat swasta tidak ada nilai sebenar kalau syarikat itu sendiri tak mempunyai aset yang boleh dikesan.
Kita boleh persoalkan sama ada terdapat niat sebenar untuk melindungi kepentingan TH atau adakah terdapat agenda tersembunyi untuk pindahkan wang keluar dengan sengaja. Kan?
⛔ KEGAGALAN YANG DISENGAJAKAN?
Bayaran pendahuluan untuk pajakan 4 hotel di Mekah & Madinah, 2015 - 2017 ialah RM1.55 billion
Al-Rawda sepatutnya buat bayaran secara berkala kepada Tabung Haji. (Kira-kira RM2.72 billion) mengikut nilai kontrak pendapatan sewa pajakan yang dijanjikan.
Mac 2019: Al-Rawda mula gagal membayar pendapatan sewa. TH mula mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Al-Rawda.
Pelbagai tindakan telah diambil tapi, pihak Al-Rawda tidak ada kemampuan dari segi kewangan buat bayaran yang sepatutnya.
November 2024: Perjanjian Penyelesaian (Settlement Agreement) telah dimeterai antara TH dan Al-Rawda. Tapi dari jumlah SAR899 juta Al-Rawda hanya membayar SAR14.9 juta (RM16 - RM18.6 juta). Daripada RM 978 juta, hanya 1.7% berjaya diperoleh semula. Selepas itu, Al-Rawda melanggar perjanjian lagi.
TH kemudiannya menamatkan perjanjian tersebut dan terus menuntut baki award timbang tara termasuk melantik syarikat perunding untuk menjejak aset-aset Al-Rawda.
Baki yang tertunggak ialah SAR 899 juta - SAR14.9 juta = SAR 884.1 juta (RM 962 juta).
TH terpaksa mengiktiraf RM1.86 bilion sebagai susut nilai penuh pada 2024. Tapi, pakar UiTM Dr Mohd Iqbal Mohd Noor menyatakan peluang TH dapatkan baki adalah tipis, kerana kejayaan bergantung kepada penjejakan aset Al-Rawda yang masih tidak pasti.
⛔KENAPA RM1.86 BILLION, BUKAN RM1.55 BILLION?
◾ Impairment loss mengambil kira keseluruhan nilai pelaburan yang dijangka pada masa hadapan. TH bukan saja kehilangan wang modal RM1.55 billion, tetapi juga kehilangan potensi pendapatan sewa RM2.72 bilion yang sepatutnya diperoleh. Dalam proses perakaunan, nilai pelaburan ini "disusutnilaikan" kepada hampir sifar, dan baki bersihnya menjadi RM1.86 billion.
◾ Kalau kita nak kata Al-Rawda tidak pernah langsung buat bayaran sepanjang tempoh 2015 - 2024 mungkin tidak tepat sebab tidak ada bukti berapa amaun yang sudah dibayar. Seperti apa yang dinyatakan dalam RCI bayaran tunai sebenarnya yang disahkan masuk adalah sangat kecil. Tidak seperti apa yang dijanjikan.
◾ Selain modal asal, TH pada peringkat awal telah merekodkan pendapatan sewa terakru (accrued rental income) berdasarkan unjuran kontrak atas kertas. Apabila Al-Rawda gagal melunaskan tunggakan sewa yang mencecah SAR 560.7 juta (RM595 juta) menjelang akhir 2021, pendapatan terakru ini terpaksa dilaraskan semula (written off) sebagai kerugian.
◾ Nilai SAR 1.43 billion yang "hangus" itu menjadi semakin mahal kalau dikira dalam Ringgit hari ini (mencapai sekitar RM1.7 billion hingga RM1.8 billion).
Anggaran sewa SETAHUN yang sepatutnya dibayar Al-Rawda ialah RM150 juta - RM250 juta dan Al-Rawda mula culas pada Mac 2019.
Pada tahun 2020 (FY 2020): TH mencatat kerugian dijangka (Expected Credit Loss) untuk tunggakan sewa awal sebanyak RM202.8 juta.
Tahun kewangan 2021 (FY 2021): TH tambah peruntukkan kerugian tambahan RM184 juta
Kemudian, pada akhir tahun 2021, tunggakan sewa yang sepatutnya dibayar oleh Al-Rawda ialah RM595 juta.
◾ Sebelum Al-Rawda default, TH sudah memasukkan cadangan hasil sewaan harian yang sepatutnya diterima ke dalam buku akaun syarikat (dipanggil pendapatan terakru).
◾ Bila Al-Rawda tidak mempunyai keupayaan atau komitmen untuk membayar, ratusan juta ringgit yang dicatatkan sebagai Akaun Belum terima tu bertukar menjadi “hutang lapuk” (bad debt). Dah jadi aset “Hantu”.
◾ Aset Hantu (Ghost Assets) bermaksud satu angka aset yang masih wujud dalam buku akaun, tetapi hakikatnya di alam realiti ia sudah tiada nilai atau tidak boleh dikutip lagi.
◾ Apabila Al-Rawda mungkir janji dan hutang mencecah ratusan juta ringgit, TH terpaksa memadamkan semula (write-off) angka janji manis tersebut daripada akaun mereka.
◾ The Moment of Truth, bila audit forensik dibuat, piawaian perakaunan (MFRS 9) dikuatkuasakan secara ketat, auditor memaksa TH memadamkan aset hantu ini. Bila akaun belum terima ini diisytiharkan sebagai Hutang Lapuk (Bad Debt) dan dilaraskan (write-off / full impairment), nilai aset TH terus merosot secara mendadak.
⛔ PUNCA KENAPA KRISIS KEWANGAN TH TAHUN 2018 JADI KRITIKAL
Paper Profit Dividend - Hibah yang dibayar pada tahun 2015 hingga 2017 sebahagiannya dibayar menggunakan unjuran keuntungan daripada "aset hantu" ini. Maksudnya, pengagihan dividen atau hibah yang dibayar dengan gunakan keuntungan atas kerta tanpa disokong oleh “physical cash flow” yang sebenar dalam bank account.
TH mengira future income (sewaan Al-Rawda) sebagai pendapatan / keuntungan tahun semasa. Untuk menentukan kadar hibah, untung atas kertas dicampur dengan jumlah keuntungan tahunan.
Tapi bila Al-Rawda tidak membayar mengikut perjanjian, duit tunai yang digunakan untuk membayar hibah kepada penabung telah mengambil wang simpanan pendeposit / penabung baru atau mengikis modal teras / rizab TH.
Defisit Rizab - Apabila aset hantu ini terpaksa dipotong keluar dari buku akaun, barulah terdedah hakikat yang sebenar bahawa liabiliti TH (iaitu wang simpanan pendeposit) melebihi aset sebenar yang dimiliki.
Kerajaan masuk campur dengan menubuhkan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd (UJSB) pada tahun 2018 untuk ambil alih aset-aset yang bermasalah dan mengimbangkan semula “financial statements” TH supaya simpanan pendeposit / penabung selamat.
⛔ PERJANJIAN PENYELESAIAN
16 April 2023: Prosiding Timbang Tara memihak kepada TH. Al-Rawda diarahkan untuk membayar SAR899 juta (RM 978 juta)
Default Settlement 2019
Selepas Al-Rawda berhenti membayar sewa dari Mac 2019, tunggakan bertambah sehingga SAR 560.7 juta (RM 595 juta). TH dan Al-Rawda buat rundingan pelan penyelesaian pada April 2021 bernilai SAR 1.75 billion (RM1.90 billion).
Al-Rawda kemudian menawarkan Potongan Hutang (haircut) SAR 968 juta (RM1.05 billion) - aka minta diskaun, tetapi ditolak keras oleh TH sebab jumlah yang rendah. TH menolak tawaran rendah tersebut untuk mempertahankan hak pendeposit, dan membawa kes ini ke prosiding arbitrasi mahkamah Arab Saudi.
Default Settlement 2024
Selepas Al-Rawda menolak Perjanjian Penyelesaian 2021 dan menuntut pemotongan hutang, TH bawa kes ke prosiding arbitrasi di Arab Saudi.
Kemenangan adalah kepada TH. Pihak arbitrasi mengarahkan Al-Rawda membayar anugerah arbitrasi berjumlah SAR 899 juta (RM975 juta).
Mahkamah Penguatkuasaan Arab Saudi keluarkan perintah rasmi yang membekukan akaun bank Al-Rawda, mengenakan sekatan perjalanan ke atas pemilik iaitu Dr. Mashhoor dan menjejak 20 buah hartanah peribadinya untuk disita.
Kemudian Al-Rawda buat rayuan dan merundingkan Perjanjian Penyelesaian Kedua (2024) untuk mengelakkan hartanah mereka dilelong serta merta.
Di bawah Perjanjian 2024, Al-Rawda bersetuju untuk membayar baki hutang anugerah arbitrasi secara ansuran berjadual. Jadi, Al-Rawda buat bayaran sebanyak SAR 14.9 juta (RM16 hingga RM18.6 juta).
Ini adalah satu-satunya penerimaan tunai rasmi yang diiktiraf oleh Mahkamah, Audit Forensik dan Laporan RCI yang betul-betul masuk ke dalam akaun TH sepanjang proses pertikaian perundangan. Setakat ini tiada pengesahan bayaran RM300 juta secara rasmi. (Kalau korang ada jumpa bagi aku link).
TH tidak lagi meletak harapan kepada janji bayaran Al-Rawda jadi, TH terpaksa mengiktiraf kerugian rosot nilai penuh bernilai RM1 billion dalam penyata kewangan 2024 untuk padamkan terus baki aset tersebut dari buku akaun.
⛔ BAGAIMANA KALAU HASIL DIKUTIP SELEPAS WRITTEN OFF
Katalah kalau masa hadapan TH dapat semula duit hasil dari bayaran sukarela Al-Rawda atau hasil dari lelongan 20 hartanah Dr. Mashhoor di Arab Saudi, duit tu tidak akan dicatat sebagai kutipan sewa.
Mengikut piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS 139 / MFRS 9) - Financial Instruments, transaksi pemulihan hutang yang telah dipadamkan (written-off) akan direkodkan dalam Penyata Untung Rugi di bahagian "Other Income" atau "Pemulihan Hutang Lapuk (Reversal of Impairment Loss / Recovery of Bad Debt Written Off)
Mana-mana duit yang berjaya diperoleh semula atau sebarang hasil lelongan 20 hartanah Dr. Mashhoor di Arab Saudi kelak akan direkodkan terus sebagai Pendapatan Pemulihan Aset / Pembalikan Rosot Nilai (Reversal of Impairment), yang secara langsung menambah aliran tunai tunai sebenar dan meningkatkan kapasiti agihan hibah TH bagi tahun tersebut.
Tidak boleh direkodkan secara sembarangan di bawah kategori pendapatan biasa (seperti pendapatan sewa atau dividen pelaburan).
Mengikut Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa dan Malaysia (MFRS 9 / MFRS 105), klasifikasi akaun bagi pemulihan aset yang telah dipadamkan (written-off asset) adalah sangat ketat.
Tapi, proses lelongan hartanah fizikal di Arab Saudi mengambil masa kerana melibatkan proses penilaian semula pasaran, penetapan harga rizab, dan tender awam di bawah seliaan mahkamah tempatan.
⛔ STATUS AL-RAWDA 2026
Semua akaun bank perniagaan Al-Rawda dan akaun peribadi penjamin utama dibekukan di bawah sistem perbankan Arab Saudi.
Pemilik Al-Rawda, Dr. Mashhoor tertakluk kepada sekatan keluar negara sehingga keseluruhan nilai anugerah arbitrasi/hutang dilunaskan atau diselesaikan menerusi pencairan aset.
Syarikat Al-Rawda disenaraihitamkan daripada menerima lesen atau kontrak perniagaan baharu di Arab Saudi di bawah sistem penguatkuasaan kewangan (Simah).
Sekarang Al-Rawda, Tabung Haji dan Kerajaan Malaysia tiada sebarang hubungan perniagaan. Semua perjanjian telah terbatal sepenuhnya sebab "repeated defaults" oleh Al-Rawda. (Al-Rawda mungkir janji banyak kali).
Kerajaan menyokong penuh tindakan tegas TH dan RCI untuk menuntut semula hak pendeposit. Kerajaan juga memastikan tiada sebarang kerjasama baharu melibatkan entiti Al-Rawda dalam mana-mana urusan berkaitan jemaah haji atau operasi hartanah Malaysia di Arab Saudi.