Pages

eFishery: Helah dalam perkembangan palsu dan bagaimana "Round Tripping" dibuat (Part 3)



Kita imbas kembali tentang eFishery yang ditubuhkan pada tahun 2013. Dalam 10 tahun eFishery telah berkembang sehingga menjadi syarikat "unicorn" dengan valuation USD1.4 billion pada Julai 2023. Mempunyai sekitar 400,000+ unit eFeeder. Sistem eFishery ada lebih 70,000 petani ikan dan udang berdaftar di 280 bandar di Indonesia, dan menyumbang 1.55% kepada KDNK sektor akuakultur Indonesia sehingga KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen) melabur sebanyak RM200 juta dan akhirnya telah rugi sepenuhnya selepas pendedahan dakwaan mengenai memanipulasi kewangan. Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab diatas kerugian ini?

Photo: Business Times


eFishery juga memberi bonus tahunan / performance bonus sebulan atau dua bulan gaji kepada ramai pekerja biasa (seperti kebanyakan syarikat startup Indonesia lain) macam syarikat untung besar padahal rugi teruk.

Bonus ini biasanya diberikan dalam bulan Mac setiap tahun, berdasarkan prestasi syarikat yang dilaporkan (iaitu angka palsu). Dan kebanyakan pekerja tidak tahu bahawa bonus mereka adalah hasil daripada penipuan kewangan. 

Mengikut laporan audit FTI Consulting yang bocor (Mac 2025):

Mereka mengambil lebih daripada US$3 juta dalam bentuk bonus. Untuk tahun 2024,syarikat mengeluarkan USD1.5 juta - USD1.6 juta (kira-kira RM7 juta) sebagai performance bonus yang berdasarkan angka revenue dan keuntungan yang telah dikembungkan (inflated).

Pada February 2025, di bawah pengawasan FTI Consulting sebagai pengurus sementara, lebih 1000 orang pekerja dipecat tetapi syarikat masih membayar pampasan PHK (bayaran pemberhentian kerja) mengikut undang-undang Indonesia. Holiday bonuses dan baki bonus tertunggak juga dibayar. Pekerja diberi pilihan untuk membeli balik laptop syarikat dengan potongan daripada severance pay.

Ramai pekerja marah dan kecewa kerana mereka ingat selama ini nampak syarikat macam berjaya sehingga memberi bonus. Oleh itu, mereka tidak berpuas hati. Serikat Pekerja Mitra Tambak Nusantara (Persatuan Pekerja) aktif membuat protes dan menuntut pembatalan pampasan pemberhentian kerja. Demonstrasi juga dibuat untuk menuntut supaya syarikat terus beroperasi.

Gibran Huzaifah dan Chrisna Aditya telah digantung oleh ahli Lembaga pengarah eFishery berikutan dengan pendedahan skandal manipulasi kewangan yang telah berlaku pada December 2024 apabila kes pengumpulan dana yang didakwa terbongkar selepas eFishery mendapat dana USD200 juta dalam pembiayaan Series D.

Dan pada April 2026, Gibran Huzaifah, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram.


Apakah yang dimaksudkan dengan projek "unicorn"?
Projek unicorn (atau syarikat unicorn) merujuk kepada syarikat permulaan (startup) yang belum tersenarai di bursa saham tetapi telah mencapai nilai penilaian (valuation) melebihi USD1 bilion (kira-kira RM4.6 bilion).

Selepas pengakuan Gibran, Gibran digantung oleh Ahli Lembaga Pengarah. FTI Consulting telah dilantik oleh lembaga pengarah eFishery dengan kelulusan pemegang saham untuk menjalankan semakan menyeluruh terhadap tadbir urus, kewangan, dan kawalan dalaman syarikat. 

FTI Consulting juga mengambil alih pengurusan sementara eFishery selepas penggantungan pengasas bersama dan melantik eksekutifnya sendiri, iaitu Martin Wong, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat.

Penemuan draf laporan audit forensik oleh FTI Consulting telah dilaporkan secara meluas, termasuk mendedahkan bahawa eFishery didapati "tidak lagi berdaya maju dari segi komersial".

Yang menjadi tanda tanya. Adakah Gibran buat penipuan ni tanpa niat? Kalau ikut kenyataan Gibran semasa temuramah Bloomberg dia kata dia buat hanya untuk survive. Mungkin pada awalnya, mungkin Gibran terdesak untuk menyelamatkan syarikat dari bangkrap dengan keadaan tekanan wang yang teruk. Tetapi Gibran dengan sengaja memilih untuk meneruskan, memperluas, dan memperkemaskan penipuan tersebut selama 6 tahun sehingga pelabur yang bertaraf Big Four Accounting Firm pun boleh tertipu. 

Bayangkan lebih 75% daripada pendapatan yang dilaporkan adalah palsu, sehingga 4.8 kali ganda dari pendapatan asal pada tahun 2024.

🔸 Apa yang dimaksudkan dengan "Round Tripping"? 

Round-tripping (dikenali sebagai "circular trading" atau "wang berpusing") adalah amalan di mana wang dipindahkan antara syarikat-syarikat yang berkaitan (biasanya shell company) untuk mencipta transaksi palsu.

- Shell Company pula adalah syarikat yang wujud secara sah di atas kertas, tetapi tidak mempunyai aktiviti perniagaan sebenar atau operasi fizikal yang signifikan. Ada nama, ada pendaftaran, ada akaun bank, tetapi tiada pekerja, tiada pejabat sebenar, tiada produk, dan tiada operasi harian. 

Wang keluar dari satu syarikat, kemudian masuk balik ke syarikat yang sama melalui syarikat yang berbeza. Ia merujuk kepada pemindahan wang atau aset dari satu pihak ke pihak lain, dan kemudian dikembalikan semula ke pihak asal melalui beberapa siri transaksi. Ini membuatkan nampak seperti ada jualan sebenar dan pendapatan besar, padahal tiada aktiviti perniagaan sebenar berlaku.

Biasanya, "shell company" digunakan untuk memegang aset, duit dan buat transaksi palsu. 


🔸Bagaimana "Round Tripping" dibuat dalam eFishery? 

Dalam kes eFishery, taktik ini digunakan untuk mencipta ilusi aktiviti perniagaan dan meningkatkan jumlah transaksi yang dilaporkan kepada pelabur.

Round-tripping dilaksanakan melalui rangkaian kompleks yang melibatkan shell companies, pekerja dalaman, dan dokumen palsu. 

Apa yang Gibran buat ialah, beliau mendaftarkan lima syarikat penama bagi memudahkan kitaran dana. 

1. PT Indonusa Indika Pratama
2. PT Dua Lima Global Utama
3. PT Inti Sarana Teknonusa Jaya
4. PT Sentra Agri Nusapertama
5. PT Integra Makmur Agridaya

Lima syarikat diatas tidak menjalankan aktiviti perniagaan sebenar, tetapi berfungsi sebagai saluran untuk "round-tripping" (memutar dana). 

Dana dihantar melalui shell companies untuk mengoptimumkan aliran wang antara tiga entiti operasi eFishery iaitu:

1. PT Multidaya Teknologi Nusantara (MTN) yang merupakan syarikat induk (holding company) dan entiti utama eFishery.

2. PT eFishery Aquaculture Indonesia (EAI) adalah syarikat yang bertanggungjawab terhadap operasi akuakultur dan teknologi.

3. PT Teknologi Untuk Pembudidaya (TUP) adalah syarikat yang fokus kepada perkhidmatan kepada penternak dan platform.

🔸Cara Kerja Round-Tripping Melalui Shell Companies:

Wang dihantar keluar dari salah satu entiti (contoh: MTN) ke salah satu daripada lima shell companies.

Shell company kemudian akan membuat invois palsu dan menghantar wang balik ke entiti operasi yang lain (contoh kepada EAI atau TUP).

Transaksi ini diulang antara ketiga-tiga entiti (MTN, EAI, TUP) melalui saluran shell companies.

Dan setiap kali duit berpusing, ia direkodkan sebagai jualan atau pendapatan dalam buku akaun.

Dana diputar untuk menutup kos operasi dan prestasi sebenar syarikat, mengiktiraf pendapatan (revenue recognition) yang tidak wujud serta menambah kecairan supaya boleh mendapat kemudahan kredit (pinjaman) dari bank-bank terkemuka. 

Angga Hadrian Raditya (VP Corporate Finance) dan Wirabhama Kirana (Head of Corporate Planning) dikatakan turut mendapatkan pendapatan faedah dari akaun bank shell companies tersebut.

Selain lima shell companies, eFishery juga menggunakan dua entiti tambahan untuk memanipulasi angka kewangan. 

- CV Andalan Trading Mina (ATM) sebagai pelanggan palsu dengan tujuan membesar-besarkan pendapatan (revenue). 

- PT Karya Terbesar Jatoychin (Kateja) sebagai pembekal palsu yang membesar-besarkan kos barang jualan (COGS). 

Tahun 2024 merupakan puncak skandal ni di mana pendapatan yang dilaporkan mencapai tahap yang melampau hampir 5 kali ganda. 

-------

Singapore-filed Financial Filings tahun 2022:

Banyak startup Indonesia menggunakan entiti Singapura untuk:

1. Menarik pelabur antarabangsa (Temasek, SoftBank, dll kerana pelabur besar dari Singapura, Amerika, Eropah, dan Timur Tengah lebih selesa melabur dalam syarikat yang berdaftar di Singapura. Entiti Singapura dianggap lebih “profesional”, telus, dan mudah difahami oleh pelabur global dan proses due diligence lebih mudah dilakukan di Singapura berbanding Indonesia.

2. Memudahkan urusan hutang dan ekuiti di mana lebih mudah untuk menerbitkan saham, opsyen saham pekerja (ESOP), dan instrumen kewangan. Proses pengeluaran saham (share issuance) dan rundingan term sheet lebih cepat dan murah serta memudahkan rundingan dengan pelabur asing dan bank antarabangsa.

3. Manfaat cukai dan persekitaran perniagaan yang lebih baik.

Cukai lebih rendah kerana kadar cukai korporat Singapura hanya 17% (boleh lebih rendah dengan insentif). Proses pendaftaran syarikat, pembukaan akaun bank, dan urusan undang-undang jauh lebih pantas dan boleh dipercayai. Peraturan yang lebih stabil dan mesra pelabur dan lebih mudah untuk mengupah bakat global (expat) dan membayar gaji dalam USD.

eFishery (syarikat induk Indonesia: PT Multidaya Teknologi Nusantara) mempunyai entiti di Singapura (biasanya eFishery Pte Ltd atau syarikat holding Singapura) yang digunakan untuk urusan pelabur antarabangsa, fundraising, dan beberapa transaksi kewangan. eFishery Pte Ltd juga entiti yang menerima wang pelaburan (untuk Series C dan Series D) dan mengurus hutang bank (seperti dari HSBC dan DBS Singapura/Indonesia).

Hampir 90%+ startup Indonesia yang berjaya mendapatkan pelaburan besar menggunakan struktur Singapura. Ini bukan sesuatu yang haram, tetapi boleh menjadi “red flag” jika filing di Singapura lambat atau tidak telus seperti yang berlaku kepada eFishery.

Tanda-tanda amaran yang terlepas pandang:

Dalam artikel yang ditulis oleh Bloomberg banyak "red flag" yang jelas diabaikan oleh pelabur besar termasuk KWAP.

Syarikat induk di Singapura (eFishery Pte Ltd) berhenti memfailkan penyata kewangan tahunan selama bertahun-tahun. Laporan kewangan tahun 2020 baru difailkan pada tahun 2024 (lewat hampir 4 tahun). Kalau diikutkan, syarikat yang sihat dan telus biasanya memfailkan penyata kewangan tepat pada masanya. Kelewatan sebegini biasanya menunjukkan ada sesuatu yang mahu disembunyikan.

eFishery mendakwa pada akhir 2023 syarikat memiliki lebih 300,000 unit mesin pemberi makanan (eFeeder) di kolam. Lebih 44,000 penternak ikan & udang menggunakan platform mereka. Dakwaan ini sepatutnya memberi impak besar kepada industri akuakultur Indonesia. Tetapi, realitinya tidak ada kesan ketara di pasaran.

Red Flag yang paling ketara ialah apabila seorang pelabur cuba menghubungi Gibran untuk menghubungkan eFishery dengan pengeluar makanan ikan (feed mill) untuk kerjasama (win win collaboration) di mana eFishery boleh menjual lebih banyak makanan ikan melalui platformnya kepada penternak dan pengeluar makanan ikan pula boleh jual lebih banyak produk mereka. Jadi, dengan ini para penternak akan mendapat harga makanan ikan pada harga yang lebih murah. 

Tapi, apabila pengeluar makanan ikan melihat angka yang didakwa oleh eFishery (contoh: 44,000+ penternak aktif, ratusan ribu unit feeder dengan jualan yang sangat besar), mereka agak terkejut dan tidak percaya. 

Bila eFishery mendakwa mereka menjual jumlah makanan ikan yang sangat besar melalui platform mereka. Seorang eksekutif kanan di syarikat pengedar makanan ikan terbesar di Indonesia berkata, “Kami keliru dengan angka yang didakwa eFishery. Angka itu tidak masuk akal dengan realiti pasaran.” Jika eFishery benar-benar mempunyai puluhan ribu petani aktif yang membeli makanan ikan melalui mereka, pengedar besar ini sepatutnya melihat peningkatan jualan yang sangat ketara. Tetapi realitinya, mereka hampir tidak merasai sebarang perubahan dalam jualan mereka.

Jualan mereka hampir tidak berubah. Mereka hampir tidak merasai kehadiran eFishery di pasaran. Ini menunjukkan bahawa dakwaan eFishery mengenai saiz perniagaannya adalah palsu atau sangat dibesar-besarkan.

Seorang pelabur berasingan diberitahu oleh eksekutif kanan di pengedar makanan ikan terbesar di Indonesia bahawa mereka keliru dengan jumlah kekurangan perubahan dalaam jualan mereka.

eFishery mendakwa mereka mempunyai ratusan ribu unit eFeeder (contoh: 300,000+ unit pada 2023 - 2024). Tetapi seorang pembekal utama yang membuat komponen penting mesin feeder memberitahu pelabur, yang mereka hanya boleh membekalkan komponen yang cukup untuk maksimum 5,000 unit setahun sahaja. 60 kali ganda lebih besar daripada realiti. Mustahil eFishery mempunyai ratusan ribu unit jika pembekal komponen utama hanya mampu hasilkan sedikit.

Menurut artikel Bloomberg (15 April 2025), kejadian ini berlaku selepas pusingan Series D (iaitu selepas Julai 2023), kemungkinan besar pada tahun 2024.

Laporan Bloomberg juga mengatakan bahawa eFeeder, automatic intelligent feeding system (sistem pemakanan pintar automatik) permulaan aquatech yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam penternakan ikan dan udang, tidak mempunyai teknologi canggih dan peranti pengesan air seperti yang dikatakan.

Huzaifah mengakui kepada Tech in Asia bahawa sekitar tiga hingga empat tahun lalu, pengurusan eFishery memilih untuk tidak menggunakan sensor untuk menangkap data kerana kos yang tinggi. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa eFeeder masih boleh mengumpul data tanpa sensor.

Banyak eFeeder yang diedarkan tidak mempunyai sensor yang berfungsi atau sensor yang tidak pernah dipasang. Sebahagian besar mesin hanya berfungsi sebagai pemberi makanan manual/automatik biasa tanpa keupayaan “smart” yang didakwa. Sensor PondTag (untuk memantau kualiti air) hampir tidak digunakan sama sekali. Ramai petani melaporkan bahawa mesin tidak berfungsi seperti yang dijanjikan, dan ramalan pemberian makanan sering salah.

Bersambung Kronologi Penuh Pusingan Pembiayaan eFishery (Part 4)

Gibran Huzaifah dan eFishery (Part 1)

Bagaimana bermulanya Skandal Kewangan eFishery sehingga syarikat kewangan antarabangsa pun banyak tertipu (Part 2)

Bagaimana bermulanya Skandal Kewangan eFishery sehingga syarikat kewangan antarabangsa pun banyak tertipu (Part 2)

Selepas fasa kedua iaitu akhir tahun 2018 eFishery menghadapi masalah kewangan yang teruk sehingga menyebabkan Gibran mula membuat dua set akaun (dual accounting). 

Masa ditemuramah oleh Bloomberg Gibran memberi alasan, "I think I just did it to survive ".

Pada peringkat awal, eFishery masih belum ada penipuan besar. Gibran masih menggunakan prestasi sebenar untuk menarik pelabur impact seperti Aqua-Spark.

Dan bermula akhir tahun 2018, bila eFishery hampir bangkrap Gibran mula membuat strategy "house of card" atau perancangan yang merugikan beberapa pengurus wang terkenal dunia ratusan juta dollar. 

Selepas enam tahun buat dua set akaun, eFishery menjadi syarikat yang paling cemerlang di Asia dengan penilaian USD1.6 billion, mempunyai 2000 pekerja dan mendapat gelaran "unicorn". 

Bukan itu saja, selepas hampir 12 tahun beroperasi, eFishery ada perancangan untuk menjadi syarikat tersenarai di Bursa Saham Indonesia (IDX) melalui tawaran awam permulaan (IPO). Plan ini dikatakan akan direalisasikan sebelum 2029.


🔸Kaedah Menipu Pelabur eFishery (2018 - 2024)

1. Revenue dikembungkan atau digelembungkan sehingga 4 - 5 kali (contoh: 9 bulan 2024 pendapatan dilaporkan sebanyak US$752 juta, sebenarnya hanya US$157 juta).

2. Mendakwa ada 400,000+ eFeeder yang aktif, sebenarnya hanya 24,000 sahaja. 

3. Shell Company & Round Tripping - Mencipta shell company untuk buat transaksi palsu, memalsukan invoice, kontrak, dokumen keeangan, dan “jual beli” sesama syarikat sendiri dengan lebih 5000 akaun. Dokumen² palsu kemudian digunakan untuk meyakinkan juruaudit (PwC dan Grant Thornton) serta pelabur bahawa transaksi tersebut adalah sah.

4. Fake Farmer Partnerships dengan mengatakan ribuan petani aktif, sebenarnya ramai yang tidak aktif atau pun tidak wujud. 

5. Manipulasi semasa Pitching dengan gunakan nombor palsu untuk buat projection pertumbuhan yang luar biasa (“lebih besar daripada Grab di sektor akuakultur”) sehingga pelabur besar datang kerana takut ketinggalan. 

- Temasek CEO sendiri WhatsApp Gibran untuk sertai pusingan pelaburan dalam eFishery. SoftBank, Peak XV, dan 42X Fund ikut serta untuk melabur. Ini menarik pelabur lain (seperti KWAP) yang “ikut” lead investor.

6. Laporan kewangan diaudit oleh firma besar (tapi berdasarkan data palsu).

7. Site visits dilakukan, tetapi menggunakan senarai petani yang disediakan eFishery.

8. Hype unicorn dengan naratif impak sosial sangat kuat. (Contoh, mahu membantu para penternak). 

9. Tekanan "Venture Capitalist" (VC) untuk “growth at all costs” menyebabkan due diligence kurang mendalam. 

Dalam dunia VC, "Growth at all Costs" merupakan satu masalah. Ia adalah tekanan yang sangat tinggi untuk mencapai pertumbuhan atau untung secepat mungkin di mana;

- VC perlu membuktikan kepada pelabur mereka (fund mereka) bahawa portfolio mereka sedang "berkembang dengan pantas".

- Valuation (penilaian) syarikat ditentukan berdasarkan revenue growth dan user growth, bukan keuntungan sebenar.

- Ini menyebabkan ramai founder (seperti Gibran) merasakan mereka terpaksa memaparkan nombor yang cantik setiap pusingan, walaupun dengan manipulasi angka-angka perakaunan. 

Kalau kita tengok dalam kes eFishery, Gibran perlu tunjukkan revenue dan pertumbuhan yang semakin meningkat tinggi sehingga dia sanggup memanipulasi data. Pelabur VC besar seperti (SoftBank, Temasek, Peak XV, 42X Fund) juga turut terpengaruh dengan naratif pertumbuhan yang cepay ini, menyebabkan due diligence mereka kurang mendalam dan terlalu bergantung pada nombor yang diberikan eFishery.


🔸Ada beberapa eksekutif kanan yang terlibat dalam manipulasi data:

- Angga Hadrian Raditya (VP Corporate Finance & Investor Relations) yang bertanggungjawab mengurus rekod kewangan palsu sejak 2020.

- Tubagus Tommy Apriadi (Head of Financial Controller) yang mengawasi buku akaun sebenar.

- Wirabhama Kirana (Head of Corporate Planning) yang mengurus buku akaun luaran (palsu).

Menjelang saat kejatuhan eFishery, skandal penipuan Gibran telah tersebar ke seluruh dunia melalui "shell company" dan akaun yang "dilebih-lebihkan".

Menurut siasatan dalaman, eFishery melaporkan pendapatan untuk sembilan bulan pertama pada tahun 2024 ialah USD752 juta. Tetapi hakikatnya, pendapatan eFishery hanya USD157 juta sahaja. 

Skandal eFishery ini telah membuatkan beberapa firma pelaburan (venture capitalists) terkenal di dunia "tertangkap" atau "deception caught" atau bahasa pasarnya ialah "terkantoi" termasuklah SoftBank Group Corp, Temasek Holdings, 42XFund Abu Dhabi dan Modal Sosial Chamath Palihapitiya ke Sequoia India dan Asia Tenggara (kini Puncak XV). 

Ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap ego,  "groupthink" (pemikiran kelompok) dan berapa banyak "redflag" yang terlepas dalam menyokong "business darling" (syarikat kegemaran industri). 

Akibatnya, at least, USD300 juta kerugian yang terpaksa dihadapi oleh para pelabur. 

eFishery gagal bukan kerana masalah perniagaan atau teknologi, tetapi disebabkan oleh penipuan kewangan berskala besar yang sistemik dan berlarutan hampir enam tahun. 

Skandal ini bukan dikesan semasa audit atau pemeriksaan pelabur, tetapi oleh seorang whistleblower yang mendekati seorang ahli lembaga pengarah pada November 2024. Ini menunjukkan betapa lemahnya sistem pengawasan dalaman dan external eFishery sebelum pendedahan tersebut.

Menurut laporan dalaman berikutnya, ada aduan pemberi maklumat yang mendakwa salah laku kewangan dihantar kepada ahli lembaga pada akhir November 2024. 

Mengikut senarai dalam Tracxn, Crunchbase, Dealroom, PitchBook & laporan media 2025 - 2026 eFishery mempunyai 28 hingga 29 pelabur keseluruhan. Semua pemegang saham adalah pelabur yang menyertai pelbagai pusingan pembiayaan.

Antaranya ialah, ‎Aqua-Spark, Wavemaker Partners, Northstar Group, SoftBank Vision, Temasek, Sequoia Capital India (Peak XV), 42XFund (G42 Expansion Fund),  KWAP (Kumpulan Wang Persaraan),  responsAbility Investments, 500 Global, Go-Ventures (GO VC),  Argor Capital, PT Bank DBS Indonesia, PT Bank HSBC Indonesia, InnoVen Capital, Ideosource, GSMA Ecosystem Accelerator, Norinchukin Bank, ADQ, Triputra Group, Endeavor etc. 

Goldman Sachs pula bertindak sebagai penasihat kewangan (exclusive financial advisor) untuk eFishery.

Ada pelabur yang hanya melabur sekali, ada pelabur yang melabur lebih dari satu pusingan. 

Gibran menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pelabur pada peringkat awal. 

Aqua-Spark (Belanda) merupakan pelabur pertama eFishery yang memimpin pusingan Seed USD550,000 pada 2015 dan yang paling teruk terjejas. 

Mengikut laporan Bloomberg, pada Mei 2018, Aqua-Spark menawarkan USD1.5 juta untuk pusingan Siri A dalam tiga peringkat (tranches), dengan syarat bahawa pelabur lain perlu menyumbang USD500,000 bagi peringkat terakhir. 

Tetapi, Gibran Huzaifah gagal mendapatkan pelabur tambahan. Akhirnya, Aqua-Spark melaburkan keseluruhan USD1.5 juta sendiri.

Northstar Group dan Wavemaker Partners merupakan antara pemegang saham  terbesar di dalam eFishery. 

🔸Sebelum skandal penipuan terdedah, segala aktiviti syarikat dan akaun eFishery dikawal oleh:

1. Gibran Huzaifah (Pengasas & CEO) - adalah orang yang paling berkuasa. Dia sendiri yang mengaku memulakan dan mengurus manipulasi data kewangan sejak akhir 2018. Pada April 2024, Gibran mengambil alih jawatan Interim CFO selepas CFO sebelumnya, Dhianendra Laksmana meletak jawatan dengan alasan “personal reasons”.

2. Chrisna Aditya (Pengasas & Chief Product Officer / Co-Founder yang turut digantung bersama Gibran. Chrisna terlibat dalam pengurusan operasi syarikat.

3. Lembaga Pengarah (Board of Directors) di mana BOD ini diketuai oleh wakil pelabur besar termasuk:

- Wakil daripada Aqua-Spark (Amy Novogratz / Mike Novogratz)

- Wakil daripada Temasek, SoftBank, Northstar Group, Peak XV dan lain-lain.

- Lembaga ini sepatutnya mengawasi CEO, tetapi gagal mengesan fraud sehingga whistleblower muncul.

4. Auditor Luar ialah Grant Thornton yang mengaudit penyata kewangan 2022 dan tahun-tahun sebelumnya dan PricewaterhouseCoopers (PwC) yang hampir menandatangani audit terkini sebelum skandal meletup.

5. Firma Due Diligence & Surveyor dilantik oleh pelabur termasuk Kroll untuk background check. 

Walaupun ada Lembaga Pengarah dan auditor luar, kuasa sebenar mengawal akaun dan aktiviti harian adalah di tangan Gibran Huzaifah (dengan kerjasama beberapa eksekutif kanan). Fraud berjaya berlaku kerana governance lemah di mana lembaga pengarah terlalu bergantung pada maklumat yang diberi oleh pihak pengurusan. 

Pada 11 Disember 2024, selepas whistleblower bertindak baharulah Gibran mengaku sendiri kepada lembaga pengarah mengenai penipuan kewangan yang telah dibuat.

Bersambung... Bagaimana "Round Tripping" dibuat?


***Artikel ditulis berdasarkan laporan dari Bloomberg, International Finance, The Diplomat, Saint Clair, Indonesia Business Post, Business Times, The Edge Malaysia, Seafood Source, The Malaysian Reserve, The Corporate Secret, Forbes, Stratsea, People Matters Global, The Jakarta Post, Viet Fish Magazine, Green Queen HK, Aqua Asia Pac, AD Funder News, Origin Kompas TV, New Atlas, Commerce Marketplace, Wikipedia.