Untuk para pelabur, pemilik bisnes, dan pengarah syarikat, tadbir urus korporat (corporate governance) bukan sekadar senarai semak (checklist) untuk bahagian pematuhan undang-undang.
"Corporate Governance" adalah nadi yang menentukan sama ada sesebuah syarikat bernilai bilion ringgit akan terus kukuh, atau runtuh dalam sekelip mata.
Setiap kali kita didedahkan dengan berita syarikat gergasi yang tiba-tiba melandai, disiasat pihak berkuasa, atau pengasasnya disingkirkan. Di sebalik setiap skandal kewangan yang berlaku, puncanya hampir sentiasa berakar umbi daripada satu perkara: Kegagalan Tadbir Urus Korporat.
Sebenarnya "Corporate Governance" adalah satu sistem, prinsip, dan proses yang mengawal selia bagaimana sesebuah syarikat diarahkan dan dikawal. Ia memastikan syarikat diuruskan dengan tiga pasak utama: Ketelusan (Transparency), Akauntabiliti (Accountability), dan Keadilan (Fairness).
Dalam ekosistem korporat yang sihat, wujud satu hubungan tiga segi yang kritikal yang saling mengimbangi kuasa:
🔸Ahli Lembaga Pengarah (Board of Directors) yang brtindak sebagai "stereng" dan kompas yang memandu hala tuju strategik serta melindungi kepentingan pelabur.
🔸Pihak Pengurusan (Management/CEO) sebagai nadi operasi yang menjalankan perniagaan harian berdasarkan tanggungjawab yang diberikan.
🔸Pemegang Saham (Shareholders) adalah mereka yang membekalkan modal dan menuntut ketelusan serta pulangan yang adil.
Dan bila hubungan tiga segi ini pincang, contohnya apabila Lembaga Pengarah menjadi "pak turut" kepada CEO, atau pemegang saham majoriti mula membelakangkan undang-undang, maka di sinilah retakan pertama bermula.
Sebagai pelabur atau pemerhati industri, memahami tadbir urus korporat membantu kita sebagai pelabur melihat "red flags" lebih awal sebelum sesebuah syarikat jatuh.
Apabila ketelusan diabaikan dan kuasa tidak diimbangi, di sinilah bermulanya retakan yang membawa kepada skandal kewangan berskala besar, manipulasi akaun, sehinggalah kepada isu 'corporate mafia' yang memanipulasi dana pelabur demi kepentingan peribadi.
Untuk memahami pasaran saham dan dunia perniagaan dengan mendalam, kita tidak boleh sekadar melihat pada angka keuntungan di atas kertas. Kita wajib melihat bagaimana "kapal" itu dikemudikan.
No comments:
Post a Comment