Dalam Part 1 hingga Part 2, kita dah tahu bagaimana Gibran Huzaifah bermula, bagaimana eFishery ditubuhkan, bagaimana skandal kewangan bermula dan helah bagaimana "Round Tripping" dibuat.
eFishery telah melalui 9 pusingan pembiayaan keseluruhan dan mempunyai 29 pelabur keseluruhan sepanjang perjalanannya dari Seed hingga Series sebelum skandal terbongkar. Beberapa sumber (seperti Crunchbase atau Clay) melaporkan sehingga 13 - 16 round kerana mereka pecahkan setiap debt kecil atau secondary sebagai round berasingan.
Tetapi angka standard yang paling diterima ialah 9 pusingan utama.
Pusingan pertama bermula dengan Grant dan Accelerator pada tahun 2014 - 2015 daripada GSMA Ecosystem Accelerator dan Google for Startups. Sokongan ini memberi modal awal dan bimbingan kepada Gibran Huzaifah untuk mengembangkan idea mesin pemberi makanan ikan pintar (Smart eFeeder). Pada September 2015, eFishery berjaya menamatkan Seed Round sebanyak US$550,000 yang diketuai oleh Aqua-Spark (Belanda) bersama Ideosource. Wang ini digunakan untuk membina prototaip dan menjalankan ujian di kolam petani kecil.
| The Fish Site |
Pada 2016 - 2017, syarikat melengkapkan Pre-Series A (jumlah tidak didedahkan) yang masih disertai Aqua-Spark dan Ideosource. Fasa ini membolehkan eFishery memperbaiki teknologi sensor IoT dan mula mengembangkan rangkaian petani. Kemudian, pada November 2018, eFishery menamatkan Series A dengan mengumpul US$4 juta. Pelabur utama termasuk Aqua-Spark, Wavemaker Partners, 500 Global, Social Capital, Unreasonable Capital, Maloekoe Ventures dan Triputra Group. Malangnya, selepas pusingan ini, syarikat menghadapi masalah kewangan teruk dan hampir bankrap. Ini menjadi titik permulaan penipuan apabila Gibran mula memanipulasi data kewangan.
Pusingan kelima berlaku pada Ogos 2020 dengan Series B bernilai sekitar US$15 juta, diketuai bersama oleh Go-Ventures (Argor Capital) dan Northstar Group. Pusingan ini membolehkan eFishery memperluas operasi dan membina pasukan yang lebih besar. Kemuncak kejayaan awal tiba pada Januari 2022 apabila eFishery berjaya mengumpul Series C sebanyak USD90 juta. Pusingan ini diketuai oleh Temasek dan SoftBank Vision Fund 2, bersama Peak XV Partners (dahulu Sequoia Capital India). Valuation syarikat naik dengan ketara dan eFishery mula dikenali sebagai bintang agritech di Asia Tenggara.
Pusingan paling besar dan paling kontroversi berlaku pada tahun 2023. Series D dipecahkan kepada dua bahagian - Mei 2023 (US$108 juta) dan Julai 2023 (USD92 juta) - dengan jumlah keseluruhan USD200 juta. Pusingan ini diketuai oleh 42X Fund (G42, Abu Dhabi) dan turut disertai pelabur besar seperti KWAP (Malaysia, RM200 juta / US$47.7 juta), Temasek, SoftBank, responsAbility Investments, 500 Global dan Norinchukin Bank. Valuasi syarikat melonjak kepada US$1.4 bilion, menjadikan eFishery sebagai unicorn akuakultur pertama di dunia. Pada masa ini, laporan kewangan yang dimanipulasi (inflated revenue) memainkan peranan besar dalam menarik pelabur.
| Aqua Culture Mag |
Selain pusingan ekuiti, eFishery juga mengambil tiga pusingan Debt Financing antara 2022 hingga 2024 (termasuk pinjaman daripada HSBC Indonesia, DBS Indonesia, InnoVen Capital dan OCBC NISP) yang berjumlah lebih USD30 juta. Pinjaman ini digunakan untuk modal kerja dan operasi harian.
Secara keseluruhan, sembilan pusingan ini membolehkan eFishery mengumpul hampir USD294 juta. Namun, di sebalik angka yang mengagumkan, kebanyakan pusingan akhir banyak bergantung pada data kewangan palsu melalui teknik dual books, syarikat shell dan round-tripping. Skandal ini meletup pada akhir 2024, menyebabkan syarikat hampir runtuh, Gibran Huzaifah dipenjara 9 tahun, dan pelabur seperti KWAP terpaksa menulis off hampir keseluruhan pelaburan mereka.
Pusingan-pusingan pembiayaan eFishery menjadi contoh klasik bagaimana tekanan “growth at all costs” dalam dunia venture capital boleh membawa kepada penipuan besar-besaran.
Jumlah kerugian keseluruhan pelabur dianggarkan melebihi USD300 juta, dan hampir kesemua pelabur terpaksa menulis off (write-off) sebahagian besar atau keseluruhan pelaburan mereka.
Syarikat yang paling banyak menanggung kerugian adalah 42X Fund (G42 Expansion Fund dari Abu Dhabi). Sebagai lead investor dalam pusingan Series D bernilai lebih kurang US$200 juta pada Julai 2023, 42X Fund dianggarkan melabur sekitar US$100 juta atau lebih. Kerana menjadi pelabur terbesar dalam pusingan terakhir, mereka mengalami kerugian mutlak yang paling tinggi apabila nilai syarikat hampir lenyap selepas fraud terbongkar.
Di tempat kedua ialah Temasek Holdings dari Singapura. Temasek bukan sahaja melabur besar dalam Series C (sebagai co-lead) malah terus menyertai Series D. Jumlah pendedahan mereka merentas beberapa pusingan adalah antara yang tertinggi, menjadikan Temasek antara yang paling terkesan dari segi nilai dan reputasi.
SoftBank Vision Fund juga merupakan antara yang paling rugi. SoftBank menyertai secara agresif mulai Series C dan meneruskan pelaburan dalam Series D. Sebagai salah satu pelabur paling aktif dalam ekosistem startup Asia Tenggara, kerugian mereka dalam eFishery menambah kepada senarai kegagalan mereka selepas beberapa kes high-profile lain.
Selain ketiga-tiga gergasi ini, pelabur lain yang turut menanggung kerugian besar termasuk Peak XV Partners (dahulu Sequoia Capital India), Northstar Group, responsAbility Investments, dan 500 Global. Di Malaysia, KWAP (Kumpulan Wang Persaraan) terpaksa menulis off hampir keseluruhan pelaburan sebanyak RM200 juta (USD47.7 juta), walaupun jumlah ini kecil dari segi peratusan aset KWAP keseluruhan.
Secara keseluruhan, skandal eFishery menjadi pengajaran mahal kepada pelabur institusi besar. Walaupun ada due diligence, tekanan “growth at all costs” dan penipuan yang sistematik oleh Gibran Huzaifah menyebabkan ramai pelabur ternama kehilangan ratusan juta dolar. 42X Fund, Temasek, dan SoftBank kekal sebagai tiga company yang paling banyak menanggung kerugian dalam sejarah kegagalan startup ini.
KWAP adalah satu-satunya pelabur Malaysia yang terlibat secara langsung dalam eFishery. Pelaburan ini dibuat semasa Datuk Nik Amlizan Mohamed menjadi CEO dan Hazman Hilmi Sallahuddin sebagai Chief Investment Officer.
Kerugian KWAP dalam eFishery menjadi simbol kepada risiko pelaburan alternatif (private equity dan venture capital) oleh dana kerajaan. Jumlah RM200 juta itu adalah sebagai wang rakyat yang hilang akibat kegagalan mengesan penipuan Gibran Huzaifah yang berjalan selama enam tahun.
Walaupun KWAP menyatakan akan mengambil segala tindakan undang-undang untuk memulihkan seberapa yang boleh, peluang pemulihan dianggarkan sangat rendah (kurang daripada 10 sen bagi setiap dolar). Kes ini kekal sebagai salah satu “expensive lesson” terbesar dalam sejarah pelaburan KWAP dan memberi impak kepada imej pengurusan dana persaraan negara.
Khazanah pada mulanya bakal menjadi anchor investor atau pelabur utama dalam pusingan Series D eFishery.
Menurut laporan Tech in Asia (31 Oktober 2023), Khazanah sepatutnya memimpin pusingan yang dijangka bernilai sekitar USD150 juta. Namun, pada saat-saat akhir rundingan, Khazanah memilih untuk menarik diri. Dua alasan utama yang dikemukakan ialah kebimbangan terhadap penilaian syarikat (valuation concerns) yang dianggap terlalu tinggi, serta perubahan pengurusan dalaman (internal management reshuffles) di pihak Khazanah sendiri.
Selepas Khazanah keluar, 42X Fund dari Abu Dhabi mengambil alih sebagai pelabur utama. Pusingan Series D akhirnya ditutup dengan jumlah lebih besar iaitu USD200 juta pada Julai 2023. eFishery mencapai status unicorn dengan penilaian sehingga US$1.4 bilion.
Keputusan Khazanah untuk 'tarik tali' pada saat-saat akhir atas faktor valuation kini dianggap sebagai 'the ultimate dodged bullet' (terselamat daripada peluru sesat) dalam sejarah korporat Malaysia. Jika tidak, RM610 juta wang dana strategik negara mungkin lebur begitu sahaja di dalam kolam eFishery. Bayangkan kalau Khazanah melabur USD150 juta (RM610 juta) agak-agak apa akan jadi?

No comments:
Post a Comment