Pages

Skandal Antarabangsa Kontroversi "Ventilator Hungary"

Péter Szijjártó, Foreign Affairs and Trade Minister. The Ministry told Transparency International it could not share documents related to purchasing ventilators because they have already been destroyed.

𝙈𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧𝙞 kontroversi pembelian "ventilator" yang tidak berguna oleh Hungary. 

Skandal Ventilator Hungary merupakan salah satu kes kontroversi perolehan terbesar dalam sejarah Kesatuan Eropah (EU) moden. Isu ini kini kembali menjadi tumpuan utama penyiasatan di bawah perhatian tokoh politik baharu Hungary, Peter Magyar, yang mencabar legasi pentadbiran Perdana Menteri Viktor Orban.

Pada awal pandemik COVID-19 (Mac 2020), kerajaan Hungary di bawah pimpinan Viktor Orban telah membelanjakan lebih 300 bilion forint (kira-kira RM3.9 bilion hingga RM4.05 bilion) untuk membeli lebih 17,000 unit ventilator.

Satu angka yang tidak masuk akal kerana pada waktu itu, unjuran senario terburuk menunjukkan keperluan maksimum negara hanyalah sekitar 8,500 unit. Malah pada kemuncak pandemik, hanya kira-kira 1,600 unit sahaja yang digunakan secara serentak.

Menariknya, pembekal terbesar dalam kontrak mega ini ialah GR Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh usahawan Malaysia, Datuk Vinod Sekhar (Pengerusi Kumpulan PETRA). GR Technologies sahaja telah membekalkan 6,258 unit ventilator bernilai 176 bilion forint (sekitar RM2.34 bilion hingga RM2.38 bilion).

Baca di sini: Fall of Trump ally in Hungary turns spotlight on multi-billion ringgit ventilator deal linked to Malaysian man

Isu - isu yang membuatkan pembelian "ventilator" ini menjadi kontroversi ialah:

1. Harga yang melampau

Harga purata ventilator yang dibeli secara berpusat oleh Suruhanjaya Eropah (EU) ketika itu hanyalah sekitar 4 juta forint (RM52,000 - RM54,000) seunit.

Bagaimanapun, ventilator yang dibekalkan oleh GR Technologies kepada Hungary dijual pada harga purata 28 juta forint (RM373,000 - RM378,000) seunit iaitu enam kali ganda melebihi harga purata EU. Kontrak bilion ringgit ini diberikan tanpa sebarang tender awam.

Di bawah adalah carta perbandingan harga ventilator yang menunjukkan betapa melampau pembelian Hungary.


2. Kualiti yang Meragukan
Model ventilator China yang dibekalkan oleh GR Technologies, iaitu "Shangrila 510S" dan "SH300", diketahui mempunyai masalah keselamatan serius. Pakar perubatan Britain telah memberi amaran bahawa model ini rosak dan boleh membahayakan nyawa pesakit. 

Di United Kingdom: Sebanyak 750 unit model Shangrila 510S terpaksa ditarik balik daripada penggunaan selepas pakar perubatan Britain memberi amaran ia boleh membahayakan nyawa pesakit.

Di Colombia: Model SH300 dilaporkan berkaitan dengan sekurang-kurangnya enam kes kematian akibat mesin terhenti secara tiba-tiba dan menghantar data tidak tepat.

3. Ketelusan Procedure dan Government Decree 48/2020

​Pembelian ini tidak diuruskan oleh Kementerian Kesihatan, sebaliknya dikendalikan oleh Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan Hungary.

​Pada 19 Mac 2020, kerajaan Hungary mengeluarkan Government Decree 48/2020 yang membenarkan perolehan darurat tanpa tender terbuka. Walaupun dekrit ini menetapkan syarat ketat seperti keperluan justifikasi terperinci daripada Pusat Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan dan Lembaga Operatif ia didakwa disalahgunakan.

𝙏𝙧𝙖𝙣𝙨𝙥𝙖𝙧𝙚𝙣𝙘𝙮 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙧𝙣𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙃𝙪𝙣𝙜𝙖𝙧𝙮 (TI-Hungary) Pertubuhan Bukan 𝙆𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 (𝙉𝙂𝙊) menggambarkan urus niaga ini sebagai "hotbed of abuse" (𝙥𝙪𝙨𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙣𝙮𝙖𝙡𝙖𝙝𝙜𝙪𝙣𝙖𝙖𝙣) kerana pembekal dipilih secara sewenang-wenang dalam proses yang tidak telus. 𝙏𝙧𝙖𝙣𝙨𝙥𝙖𝙧𝙚𝙣𝙘𝙮 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙧𝙣𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙃𝙪𝙣𝙜𝙖𝙧𝙮 berjuang selama lebih dua tahun untuk mendapatkan dokumen kontrak. 

Perkara-perkara utama dalam "𝙙𝙚𝙘𝙧𝙚𝙚" ini:

(1) 𝙆𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 boleh membeli semua yang diperlukan untuk memerangi pandemik tanpa prosedur pembelian terbuka.

(2) 𝙋𝙚𝙧𝙙𝙖𝙣𝙖 𝙈𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞 (𝙑𝙞𝙠𝙩𝙤𝙧 𝙊𝙧𝙗𝙖𝙣) yang membuat keputusan tentang pengecualian individu

(3) Tetapi, permohonan pengecualian mestilah menjelaskan permintaan pembelian dengan 𝙩𝙚𝙧𝙥𝙚𝙧𝙞𝙣𝙘𝙞, Menerangkan risiko jika pembelian tidak 𝙙𝙞𝙡𝙖𝙠𝙪𝙠𝙖𝙣. 

- Melalui pemeriksaan berperingkat oleh badan pentadbiran, Pusat Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan, dan Lembaga 𝙊𝙥𝙚𝙧𝙖𝙩𝙞𝙛. 

Walaupun tiada tender terbuka, tiga sebut harga (tenders) masih perlu diminta jika mungkin.

-------

🔹Mahkamah Tertinggi Hungary (Kuria) akhirnya memutuskan memihak kepada Transparency International Hungary dan memaksa kerajaan mendedahkan data pembelian lebih 17,000 ventilator. Keputusan ini membuka ruang untuk siasatan lanjut mengenai potensi rasuah dan sama ada wang pembayar cukai boleh dipulangkan jika kontrak didapati tidak sah. 

💥 𝘿𝙤𝙠𝙪𝙢𝙚𝙣 𝙆𝙤𝙣𝙩𝙧𝙖𝙠 𝘼𝙨𝙖𝙡 (𝘿𝙤𝙠𝙪𝙢𝙚𝙣 𝘽𝙤𝙘𝙤𝙧/𝙎𝙞𝙜𝙝𝙩𝙚𝙙): Salinan kontrak rasmi (PDF) antara kerajaan Hungary dan GR Technologies Sdn Bhd yang memaparkan harga unit, kuantiti awal (800 unit berkembang ke 6,000 unit), serta alamat pejabat di Bangsar, Kuala Lumpur. (Agreement For Purchase of 𝙑𝙚𝙣𝙩𝙞𝙡𝙖𝙩𝙤𝙧


4. Aliran Kewangan yang mencurigakan

​Pihak TI-Hungary mendedahkan bahawa struktur pembayaran kontrak ini sangat luar biasa kerana;

🔹100% Bayaran Pendahuluan (Advance Payment): Sesuatu yang sangat jarang berlaku dalam perdagangan antarabangsa. Wang awam Hungary keluar sepenuhnya sebelum ventilator tiba, tanpa jaminan kualiti. 

▫️𝘼𝙢𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙎𝙩𝙖𝙣𝙙𝙖𝙧𝙙 yang diamalkan ialah:
- 30% deposit + 70% selepas penghantaran
- 50% deposit + 50% selepas pemeriksaan
- Bayaran selepas penghantaran (𝙉𝙚𝙩 30/60/90)

▫️𝙏𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙞𝙖𝙣 Ventilator Hungary (GR Technologies)
- 100% bayaran pendahuluan
- Wang keluar SEBELUM ventilator tiba
- Tiada jaminan penghantaran atau kualiti

▫️Ini menjadi masalah 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖:

- Pembekal tidak mempunyai insentif untuk menghantar barang berkualiti.

- Tiada leverage untuk rundingan jika barang rosak/tidak sampai.

- Menunjukkan "𝙠𝙚𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙚𝙨𝙖𝙠" yang dibuat-buat.

- 𝘿𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙗𝙞𝙖𝙨𝙖𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 hanya berlaku dalam transaksi yang tidak telus.

🔹 Akaun Pihak Ketiga: Wang berbilion ringgit tersebut tidak dimasukkan ke akaun korporat GR Technologies di Malaysia. Sebaliknya, ia diarahkan ke akaun luar pesisir (offshore) di bank Hong Kong (Bank of Communications) dan Singapura (RHB Bank) yang tidak terlibat secara kontrak.

🔹 ​Terdapat juga laporan media penyiasatan yang mendakwa sebanyak 2.8 bilion forint (kira-kira RM37.6 juta) dipindahkan terus ke akaun peribadi Vinod Sekhar.

Tiada rekod rasmi mengapa bayaran 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙙𝙞𝙗𝙪𝙖𝙩 kepada GR Technologies. 𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙟𝙚𝙡𝙖𝙨𝙖𝙣 hubungan antara GR Technologies dengan akaun Hong Kong & Singapura. Wang awam sepatutnya dibayar kepada pihak kontrak, bukan pihak ketiga dan ini membuka ruang untuk pengubahan wang haram dan penghindaran cukai.

📌 𝙏𝙖𝙟𝙪𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖: Hungarian Covid 19 ventilator procurment mired in corruption

Pada Oktober 2022, Transparency International memenangi rayuan yang memaksa Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan mendedahkan sijil pemeriksaan ketelusan syarikat Malaysia itu, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang Hungary yang diluluskan oleh parti pemerintah yang menyatakan bahawa kontrak perolehan awam hanya dianugerahkan selepas pemeriksaan latar belakang pemilikan telus pembekal.


5. Pemusnahan Dokumen

Transparency International meminta akses kepada data mengenai pembelian tersebut daripada Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan. Pihak berkuasa menolaknya, dan Transparency International menyaman untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses perolehan awam.

Selepas TI-Hungary memenangi rayuan mahkamah untuk memaksa kerajaan mendedahkan sijil pemeriksaan ketelusan dan latar belakang syarikat Malaysia itu, Kementerian Luar Hungary membuat pengumuman mengejutkan.

​Mereka mendakwa semua dokumen, e-mel, dan nota bertulis berkaitan pembelian tersebut telah dimusnahkan (shredded) pada November 2021—hanya 20 bulan selepas kontrak ditandatangani. Miklós Ligeti, Pengarah Undang-undang TI-Hungary, menyifatkan alasan ini tidak masuk akal dan merupakan cubaan jelas untuk menyembunyikan jejak audit kewangan.

TI-Hungary mempertikaikan tindakan ini kerana dokumen rasmi sepatutnya disimpan mengikut prosedur ketat.

Transparency International mengesyaki bahawa kerajaan cuba menipu keputusan Mahkamah untuk mengelak daripada berkongsi data atau bahawa tiada siasatan ketelusan dijalankan pada mulanya.

💥 Miklós Ligeti, Pengarah Undang-undang Transparency International Hungary, memberitahu Népszava, dia menganggap "𝙢𝙚𝙣𝙘𝙪𝙧𝙞𝙜𝙖𝙠𝙖𝙣" bahawa kementerian akan 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙥𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣 (𝙨𝙝𝙧𝙚𝙙𝙙𝙚𝙙) semua dokumen yang berkaitan dengan pembelian itu. 𝙎𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙢𝙪𝙨𝙩𝙖𝙝𝙞𝙡 untuk perjanjian besar seperti itu tiada sebarang rekod bertulis langsung tiada surat, tiada e-mel, tiada nota.

Dia kata "𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙙𝙞𝙗𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣" bahawa kementerian berjaya meyakinkan mahkamah bahawa tiada sepatah perkataan pun yang ditulis tentang penggunaan wang awam sebanyak itu.

Ini menunjukkan beliau menganggap hujah kementerian itu tidak masuk akal dan hanya alasan untuk menyembunyikan sesuatu.

TI-Hungary menekankan seseorang individu perlu menyimpan rang undang-undang selama lima tahun di Hungary dan menghapuskan "shredded" dokumen rasmi dilakukan mengikut prosedur yang ketat.

Jika rakyat biasa pun perlu simpan resit, apatah lagi kerajaan yang menggunakan wang awam berbilion-bilion. Kerajaan sepatutnya lebih bertanggungjawab. Selain itu, pemusnahan dokumen rasmi juga ada prosedur ketat yang perlu dipatuhi, bukan boleh musnahkan sesuka hati.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa tindakan kementerian itu melanggar norma dan sangat luar biasa.

𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝘿𝙞𝙗𝙪𝙗𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 Setelah Transaksi 
Berdasarkan rekod dan laporan media penyiasatan (termasuk laporan antarabangsa daripada bne 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙡𝙡𝙞𝙉𝙚𝙬𝙨 dan pemantau anti-rasuah di Hungary).


6. 𝙇𝙖𝙢𝙗𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙨𝙞𝙣 𝙑𝙚𝙣𝙩𝙞𝙡𝙖𝙩𝙤𝙧 𝙙𝙞 𝙃𝙪𝙣𝙜𝙖𝙧𝙮:

Sebuah laporan mendedahkan bahawa kerajaan Hungary gagal menjual walaupun seunit daripada ventilator yang dibeli. Mesin-mesin tersebut kini disimpan di gudang-gudang kerajaan dan dilaporkan tidak pernah digunakan, manakala kos penyimpanan mencecah ratusan juta forint setiap bulan.

Apabila kerajaan Hungary menyedari mereka mengalami lambakan melampau (oversupply) 𝙩𝙚𝙧𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙗𝙚𝙠𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙂𝙍 𝙏𝙚𝙘𝙝𝙣𝙤𝙡𝙤𝙜𝙞𝙚𝙨, mereka gagal menjualnya semula ke pasaran Eropah kerana isu ketiadaan pensijilan standard EU (Sijil CE - Conformité Européenne). 

Jadi, untuk mengurangkan kos pengurusan gudang, kerajaan Hungary bertindak 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙚𝙧𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣 ribuan mesin ventilator tersebut kepada pelbagai negara yang memerlukan bantuan perubatan ketika itu.

Antara 𝙣𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖-𝙣𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 utama yang dilaporkan menerima derma ventilator daripada Hungary 𝙩𝙚𝙧𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠𝙡𝙖𝙝:

- Ukraine (Menerima ratusan unit ventilator, terutamanya untuk kegunaan hospital di wilayah Transcarpathia).

- Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Macedonia Utara, Montenegro, Moldova.

- Lebanon (Menerima sekitar 20 unit ventilator bersama peralatan perubatan lain selepas krisis hospital mereka memuncak).

- Kyrgyzstan, Mongolia, Jordan, 

- ​Syria (Disalurkan melalui badan kebajikan Kristian antarabangsa untuk hospital di sana).

- Tunisia, Uganda


𝙍𝙚𝙖𝙠𝙨𝙞 𝙗𝙚𝙗𝙚𝙧𝙖𝙥𝙖 𝙣𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖

🔹𝘽𝙚𝙗𝙚𝙧𝙖𝙥𝙖 𝙣𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 penerima (seperti Bosnia dan Herzegovina serta Ukraine), derma ini turut mencetuskan kontroversi domestik. Pakar perubatan tempatan di negara-negara tersebut 𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣 menggunakan sebahagian mesin yang dihantar kerana didapati 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙖𝙡 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙤𝙥𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙟𝙪𝙩𝙠𝙖𝙣 (hanya tersedia dalam bahasa Cina/tidak lengkap), 𝙠𝙚𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖𝙖𝙣 𝙖𝙡𝙖𝙩 𝙜𝙖𝙣𝙩𝙞, serta 𝙧𝙞𝙨𝙞𝙠𝙤 𝙠𝙚𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙠𝙣𝙞𝙠𝙖𝙡 yang sama seperti yang pernah diberi amaran oleh United Kingdom.


🔹Tindakan "𝙢𝙚𝙣𝙪𝙩𝙪𝙥" 𝙨𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 (𝙂𝙍 𝙏𝙚𝙘𝙝𝙣𝙤𝙡𝙤𝙜𝙞𝙚𝙨 𝙎𝙙𝙣 𝘽𝙝𝙙) 𝙙𝙞𝙙𝙖𝙠𝙬𝙖 dilakukan hanya sekitar setahun selepas mereka berjaya memperoleh kontrak mega bernilai US$559.6 juta (RM2.43 bilion) daripada kerajaan Hungary pada Mei 2020.

📌𝙏𝙖𝙟𝙪𝙠 𝙖𝙧𝙩𝙞𝙠𝙚𝙡 𝙙𝙞𝙨𝙞𝙣𝙞: Hungarian opposition welcomes news of raid in Malaysia amid protests over ventilator deal

𝙂𝙍 𝙏𝙚𝙘𝙝𝙣𝙤𝙡𝙤𝙜𝙞𝙚𝙨
Syarikat ini bertindak sebagai perantara logistik yang membeli dan membawa masuk mesin-mesin model Shangrila 510S dan SH300 tersebut dari China untuk diterbangkan terus ke 𝘽𝙪𝙙𝙖𝙥𝙚𝙨𝙩𝙡𝙩, 𝙃𝙪𝙣𝙜𝙖𝙧𝙮.

Sebelum Mac 2020, GR Technologies 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 sebuah syarikat pembekal peralatan perubatan gred hospital, pengilang farmaseutikal, atau pakar logistik kesihatan. 𝙏𝙧𝙖𝙘𝙠 𝙧𝙚𝙘𝙤𝙧𝙙 ini yang menyebabkan ahli politik pembangkang di Hungary 𝙢𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙨𝙤𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 bagaimana sebuah 𝙨𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝙖𝙨𝙞𝙣𝙜 yang tidak dikenali dalam dunia perubatan boleh memenangi kontrak bernilai berbilion ringgit tanpa tender terbuka.

Walaupun beroperasi sebagai sebuah entiti sendirian berhad, fail mahkamah dan dokumen kontrak mendedahkan bahawa GR Technologies dikawal sepenuhnya oleh ahli perniagaan 𝘿𝙖𝙩𝙪𝙠 𝙑𝙞𝙣𝙤𝙙 𝙎𝙚𝙠𝙝𝙖𝙧 (Pengerusi Kumpulan PETRA).

Di dalam 𝙙𝙧𝙖𝙛 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙖𝙣𝙟𝙞𝙖𝙣 rasmi, Vinod Sekhar 𝙙𝙞𝙣𝙖𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣 bersama-sama dengan GR Technologies sebagai pihak penjual (The Sellers).


𝙎𝙩𝙧𝙪𝙠𝙩𝙪𝙝 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙖𝙝: Dokumen korporat menunjukkan bahawa penandatangan rasmi bagi pihak GR Technologies ialah 𝘿𝙖𝙩𝙞𝙣 𝙒𝙞𝙣𝙣𝙮 𝙔𝙚𝙖𝙥 𝙇𝙞𝙚𝙬 𝙃𝙚𝙤𝙝, iaitu isteri kepada Vinod Sekhar yang memegang jawatan sebagai 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙨𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩.

𝙆𝙡𝙖𝙪𝙨𝙖 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙖𝙮𝙖𝙧𝙖𝙣 kontrak menyatakan bahawa bayaran pendahuluan (𝙙𝙚𝙥𝙤𝙨𝙞𝙩) ratusan juta ringgit daripada kerajaan Hungary tidak dimasukkan ke akaun korporat GR Technologies, sebaliknya diarahkan terus ke akaun peribadi atas nama "Datuk Vinod Sekhar" di bank luar pesisir (𝙎𝙞𝙣𝙜𝙖𝙥𝙪𝙧𝙖 dan 𝙃𝙤𝙣𝙜 𝙆𝙤𝙣𝙜).

Pada 𝙉𝙤𝙫𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧 2021, 𝙖𝙠𝙩𝙞𝙫𝙞𝙩𝙞 𝙠𝙚𝙬𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 GR Technologies akhirnya menarik perhatian pihak berkuasa Malaysia selepas menerima laporan risikan antarabangsa mengenai aliran wang rentas sempadan yang mencurigakan.

𝙋𝙚𝙟𝙖𝙗𝙖𝙩 GR Technologies dan 𝙋𝙀𝙏𝙍𝘼 𝙂𝙍𝙊𝙐𝙋 di Bangsar telah diserbu dalam satu operasi bersepadu oleh agensi penguatkuasaan multimedia Malaysia yang terdiri daripada:

- 𝙎𝙪𝙧𝙪𝙝𝙖𝙣𝙟𝙖𝙮𝙖 𝙋𝙚𝙣𝙘𝙚𝙜𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙨𝙪𝙖𝙝 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 (𝙎𝙋𝙍𝙈)

- 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙃𝙖𝙨𝙞𝙡 𝘿𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 (𝙇𝙃𝘿𝙉)

- 𝘽𝙖𝙣𝙠 𝙉𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 (𝘽𝙉𝙈)

🔹𝙎𝙞𝙖𝙨𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙗𝙪𝙠𝙖 di bawah 𝘼𝙠𝙩𝙖 𝙋𝙚𝙣𝙘𝙚𝙜𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙪𝙗𝙖𝙝𝙖𝙣𝙡𝙣 𝙒𝙖𝙣𝙜 𝙃𝙖𝙧𝙖𝙢 (AMLA) dan pengelakan cukai pendapatan syarikat bagi menjejaki baki keuntungan bersih daripada RM2.43 bilion wang pembayar cukai Hungary yang disalurkan melalui entiti ini.


"Pembubaran" GR Technologies (serta beberapa syarikat tempatan lain yang menjadi ejen perolehan tersebut) dipandang serius dan mencurigakan oleh pihak pembangkang 𝙙𝙞 𝙃𝙪𝙣𝙜𝙖𝙧𝙮 atas beberapa sebab:

🔹Penghapusan Jejak Audit (Paper Trail): Penutupan syarikat secara drastik sejurus selepas urus niaga bernilai berbilion ringgit selesai menyukarkan jawatankuasa parlimen dan badan pemantau anti-rasuah untuk melakukan audit forensik kewangan jangka panjang terhadap aliran keluar masuk keuntungan bersih syarikat tersebut.

🔹Syarikat "Tujuan Khas" (Shell/Special Purpose Vehicles): Pihak pengkritik mendakwa GR Technologies sengaja digunakan sebagai syarikat perantara semata-mata untuk menguruskan kontrak ventilator tersebut, mengutip komisen premium yang tinggi, dan kemudiannya dibubarkan bagi mengelakkan liabiliti cukai, tindakan undang-undang pasca-pandemik, atau tuntutan ganti rugi jika berlaku kegagalan fungsi pada peralatan.

🔹Larian ke Akaun Luar Pesisir: Laporan kewangan yang dibongkar menunjukkan bahawa sebahagian besar dana daripada Hungary tidak kekal di dalam entiti GR Technologies, sebaliknya dialirkan keluar dengan pantas ke akaun peribadi dan syarikat luar pesisir yang dikaitkan dengan pegangan Vinod 𝙎𝙚𝙠𝙝𝙖𝙧. 

💥 𝙏𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞, GR Technologies tidak dibubarkan pada tahun 2021.

⚠️Sebelum ini terdapat laporan media antarabangsa (seperti bne IntelliNews) yang mendakwa GR Technologies telah dibubarkan (𝙡𝙞𝙦𝙪𝙞𝙙𝙖𝙩𝙚𝙙) pada tahun 2021 untuk memadamkan jejak audit. Berdasarkan rekod kes sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, fakta ini tidak tepat. Syarikat yang melingkar muflis di Hungary ialah rakan broker tempatan mereka, TMT Technics. GR Technologies Sdn Bhd kekal wujud sebagai entiti sah di Malaysia, walaupun asetnya dibekukan dan berdepan siri tindakan mahkamah.

Syarikat yang muat turun kebankrapan dan dibubarkan sebenarnya adalah TMT Technics, iaitu syarikat rakan broker tempatan di Hungary. 

(𝙉𝙤𝙩𝙖: Vinod Sekhar pernah diisytiharkan muflis pada tahun 2005 akibat hutang RM12.38 juta, namun status muflisnya dilepaskan pada tahun 2020, tahun yang sama kontrak mega ventilator Hungary ini ditandatangani).

-------

🔸𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙨𝙞𝙫𝙞𝙡 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥 𝙂𝙍 𝙏𝙚𝙘𝙝𝙣𝙤𝙡𝙤𝙜𝙞𝙚𝙨 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙃𝙪𝙣𝙜𝙖𝙧𝙮

Setakat ini, kerajaan Hungary tidak memfailkan saman sivil ke atas GR Technologies atau Vinod Sekhar di mahkamah Malaysia untuk menuntut ganti rugi kerana 𝙆𝙤𝙣𝙩𝙧𝙖𝙠 𝙏𝙚𝙡𝙖𝙝 𝘿𝙞𝙩𝙪𝙣𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣: 

Dari 𝙨𝙪𝙙𝙪𝙩 𝙩𝙚𝙠𝙣𝙞𝙠𝙖𝙡 𝙠𝙤𝙣𝙩𝙧𝙖𝙠, GR Technologies telah menghantar jumlah 6,258 unit mesin tersebut ke Budapest. 𝙄𝙨𝙪 sama ada mesin itu 𝙤𝙫𝙚𝙧𝙥𝙧𝙞𝙘𝙚𝙙, 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙪𝙖𝙡𝙞𝙩𝙞, atau 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙙𝙞𝙜𝙪𝙣𝙖𝙠𝙖𝙣 adalah 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙪𝙧𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙙𝙤𝙢𝙚𝙨𝙩𝙞𝙠 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙃𝙪𝙣𝙜𝙖𝙧𝙮, 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙥𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙠𝙤𝙣𝙩𝙧𝙖𝙠 𝙠𝙤𝙢𝙚𝙧𝙨𝙞𝙖𝙡 yang mudah disaman.

Isu sebenar dalam skandal ini bukannya GR Technologies menipu tidak menghantar barang tetapi mengapa kerajaan Hungary sanggup membayar harga yang tersangat mahal (overpriced). 

Ada dakwaan berlakunya unsur rasuah, komisen haram, atau salah guna kuasa di peringkat atasan. 

Siasatan forensic dan serbuan multimedia berskala besar ke atas pejabat GR Technologies Sdn Bhd serta Kumpulan PETRA GROUP di Bangsar pada November 2021  itu susulan siasatan selama beberapa bulan berhubung dakwaan pengubahan wang dan pengelakan cukai melibatkan ratusan juta ringgit. 

-------

🔹𝙂𝙖𝙧𝙞𝙨 𝙈𝙖𝙨𝙖 𝘿𝙖𝙧𝙞 𝙎𝙠𝙖𝙣𝙙𝙖𝙡 𝙑𝙚𝙣𝙩𝙞𝙡𝙖𝙩𝙤𝙧 𝙠𝙚 𝙎𝙚𝙧𝙗𝙪𝙖𝙣 𝙈𝘼𝘾𝘾

Mac-Mei 2020 - Kontrak ventilator Hungary ditandatangani (US$559.6 juta)

Jun 2021 - MalaysiaNow mendedahkan skandal ventilator Hungary

Julai 2021 - TI-Hungary menggambarkan urus niaga sebagai "𝙝𝙤𝙩𝙗𝙚𝙙 𝙤𝙛 𝙖𝙗𝙪𝙨𝙚".

Ogos 2021 - TI-Hungary desak kerajaan Hungary dedahkan butiran kontrak. 

November 2021 - Serbuan MACC, NFCC, BNM & IRB ke pejabat Petra Group di Bangsar. 

Februari 2022 - MACC sahkan siasatan masih berjalan, melibatkan "bilion dolar"

-------

𝙆𝙚𝙨 𝙨𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙍𝙈30 𝙟𝙪𝙩𝙖

Kes saman RM30 juta dan kes ventilator Hungary adalah dua kes berbeza dari segi fakta 𝙪𝙣𝙙𝙖𝙣𝙜-𝙪𝙣𝙙𝙖𝙣𝙜. 

𝙎𝙠𝙖𝙣𝙙𝙖𝙡 𝙑𝙚𝙣𝙩𝙞𝙡𝙖𝙩𝙤𝙧 𝙃𝙪𝙣𝙜𝙖𝙧𝙮 telah menjadi "𝙥𝙚𝙣𝙘𝙚𝙩𝙪𝙨" yang menyebabkan plaintiffs memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas bertahun-tahun menunggu (pelaburan dibuat 2002-2006, saman difailkan 2024).

🔸Colin Andrew Pereira, peguam yang mewakili 12 pelabur dan bekas pekerja yang menyaman Vinod Sekhar, secara eksplisit menyatakan:

"The decision was also taken after reports in February 2022 that Vinod has sold China-made ventilators to the Hungarian government at many times the market price during the onset of the COVID-19 pandemic." 

"It has been reported in the media that British doctors had warned that these ventilators could cause patient deaths." - Focus Malaysia. 

-------

❓ 𝙎𝙤𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙖𝙨𝙞𝙝 𝘽𝙚𝙡𝙪𝙢 𝘿𝙞𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗

Sehingga kini, pihak berkuasa Hungary dan rantaian pembekal masih membisu terhadap beberapa persoalan kritikal:

1. Siapa pemilik sebenar di sebalik akaun Bank of Communications (Hong Kong) dan RHB Bank (Singapura) yang menerima dana perolehan tersebut?

2.  Berapa jumlah wang sebenar yang dibayar kepada kilang pengeluar asal di China, dan berapakah pula margin keuntungan bersih yang dikaut?

4. Adakah wujud elemen kickback (rasuah) kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan Hungary dalam menentukan harga luar biasa ini?

5. Berapa keuntungan bersih yang diperoleh Vinod Sekhar dari transaksi ini?

6. Mengapa Kementerian Luar (bukan Kesihatan) yang menguruskan pembelian?

8. Siapa yang memberi arahan untuk memusnahkan dokumen?

9. Mengapa kerajaan Hungary langsung tidak memfailkan saman komersial terhadap GR Technologies? (Teknikalnya, GR Technologies terselamat daripada saman sivil kerana mereka berjaya menghantar jumlah 6,258 unit mesin tersebut mengikut kontrak—isu sama ada ia boleh diguna, berkualiti, atau overpriced adalah masalah pengurusan domestik Hungary).


-------

Malaysia Now: Vinod Sekhar 

Newsendip: The mystery around the purchase of useless ventilators by Hungary remains

Malaysia Now: Fall of Trump ally in Hungary turns spotlight on multi-billion ringgit ventilator deal linked to Malaysian man

Malaysia Today: Revealed warning by medical experts over ventilators sold to Hungary by Malaysian businessman 

NBC New York: British doctors warn some Chinese Ventilators could kill if used in Hospitals

Transparency International: Corruption in Healthcare Procurement

Intellinews: Hungarian Covid-19 ventilator procurement mired in corruption

Hungarynow: Hungarian Government Scandals involving overpriced ventilators

No comments:

Post a Comment