NexG adalah pemenang kontrak MyKad Generasi Baharu. Kontrak MyKad merupakan salah satu kontrak paling penting buat NexG dan menjadi penyumbang utama pendapatan masa depan syarikat untuk tempoh 6 tahun akan datang.
Kontrak ini 𝙙𝙞𝙪𝙢𝙪𝙢𝙠𝙖𝙣 secara rasmi pada Oktober 2025.
▫️NexG telah menjadi pembekal utama MyKad selama 27 tahun (sejak 1999 hingga sekarang).
Mereka telah mendapat kontrak / lanjutan sekurang-kurangnya 6 kali kerana projek ini dalam kategori Projek Kritikal Negara (𝙈𝙞𝙨𝙨𝙞𝙤𝙣 𝘾𝙧𝙞𝙩𝙞𝙘𝙖𝙡).
▫️MyKad, Pasport, dan i-Kad dianggap sebagai projek keselamatan negara yang sangat sensitif. Ia melibatkan data peribadi rakyat, cip keselamatan, dan sistem pengesahan identiti. Kerajaan berpendapat hanya syarikat yang mempunyai rekod prestasi, pengalaman, dan pensijilan keselamatan antarabangsa yang boleh dipercayai sahaja boleh dilantik.
▫️Tujuh dari Sembilan kontrak yang diberikan kepada NexG adalah rundingan terus "direct negotiation". Dan dua "open tender".
▫️Kontrak terbaru yang dianugerahkan kepada NexG Berhad (melalui anak syarikat utama, Datasonic Technologies Sdn Bhd) bernilai RM732.72 juta.
Tempoh kontrak dari 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2032 (6 tahun)
Skop kontrak ialah, pembekalan, penghasilan, dan penyelesaian lengkap MyKad Generasi Baharu (termasuk MyKad, MyTentera, dan MyPOCA).
Kerajaan menganggarkan kos keseluruhan pelaksanaan sekitar RM120 juta setahun.
Model pembayaran adalah "Pay Per Issue". Kerajaan bayar RM40 bagi setiap kad yang berjaya dikeluarkan. 𝙏𝙖𝙥𝙞, 𝙧𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙖𝙮𝙖𝙧 𝙍𝙈10.
Jika JPN mengeluarkan purata 3 juta kad setahun, maka NexG akan menerima sekitar RM120 juta setahun (3 juta × RM40).
Purata pendapatan tahunan NexG daripada kontrak ini dianggarkan sekitar RM122 juta (RM732.72 juta ÷ 6 tahun).
***NexG dijangka mengeluarkan kira-kira 3 juta MyKad setahun di bawah kontrak baharu ini. Ini adalah angka anggaran kerajaan, bukan angka rasmi pengeluaran NexG, kerana syarikat hanya bertanggungjawab untuk membekal dan menghasilkan kad, manakala pengeluaran akhir dikawal oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kontrak ini memberikan aliran pendapatan berterusan selama 6 tahun, tetapi tidak ada bayaran tetap (fixed payment) yang besar di hadapan. Menyumbang 25℅ - 35℅ dari jumlah income NexG setiap tahun kalau dilaksanakan sepenuhnya.
Dan pada masa yang sama boleh mengukuhkan kedudukan NexG sebagai pembekal utama penyelesaian pengenalan nasional di Malaysia dan membantu menstabilkan pendapatan operasi walaupun ada kerugian dari pelaburan (seperti MMAG).
Ini adalah kontrak penyelamat bagi NexG untuk menampung kerugian dari pelaburan MMAG dan kos operasi yang tinggi.
-------
Sebelum ini (kontrak MyKad generasi lama), kerajaan membayar sekitar RM20 hingga RM25 per kad kepada Datasonic (NexG).
Kenaikan ini disebabkan oleh ciri keselamatan yang lebih advance (di mana 53 ciri keselamatan baharu, cip yang lebih baik, teknologi anti-pemalsuan, etc.).
-------
Jumlah nilai kontrak besar yang sudah dianugerahkan lebih RM2.46 bilion untuk tempoh 6 tahun.
Kedua-dua kontrak terbesar (MyKad & Pasport) bermula secara rasmi pada 1 Jun 2026.
▫️𝙆𝙤𝙣𝙩𝙧𝙖𝙠 Lain yang Sedang Berjalan adalah;
- Kontrak Cip Pasport & Buku Pasport (lanjutan daripada kontrak lama).
- Projek keselamatan siber dan perkhidmatan digital lain di 𝙗𝙖𝙬𝙖𝙝 𝙉𝙚𝙭𝙂 𝘾𝙎𝘼 𝙎𝙙𝙣 𝘽𝙝𝙙.
- Dan beberapa projek kecil digital sektor awam yang lain.
Disebalik kisah kontroversi yang sudah melanda, tahun 2026 adalah tahun paling penting bagi NexG kerana dua kontrak mega (MyKad & Pasport) bermula secara serentak.
No comments:
Post a Comment