| Photo: Business Times |
Pada February 2025, di bawah pengawasan FTI Consulting sebagai pengurus sementara, lebih 1000 orang pekerja dipecat tetapi syarikat masih membayar pampasan PHK (bayaran pemberhentian kerja) mengikut undang-undang Indonesia. Holiday bonuses dan baki bonus tertunggak juga dibayar. Pekerja diberi pilihan untuk membeli balik laptop syarikat dengan potongan daripada severance pay.
Ramai pekerja marah dan kecewa kerana mereka ingat selama ini nampak syarikat macam berjaya sehingga memberi bonus. Oleh itu, mereka tidak berpuas hati. Serikat Pekerja Mitra Tambak Nusantara (Persatuan Pekerja) aktif membuat protes dan menuntut pembatalan pampasan pemberhentian kerja. Demonstrasi juga dibuat untuk menuntut supaya syarikat terus beroperasi.
| CEO eFishery Gibran Huzaifah (kiri) dan Wakil Kepala LD FEB UI Paksi C. K. Walandouw (Dok. eFishery) |
Singapore-filed Financial Filings tahun 2022:
Banyak startup Indonesia menggunakan entiti Singapura untuk:
1. Menarik pelabur antarabangsa (Temasek, SoftBank, dll kerana pelabur besar dari Singapura, Amerika, Eropah, dan Timur Tengah lebih selesa melabur dalam syarikat yang berdaftar di Singapura. Entiti Singapura dianggap lebih “profesional”, telus, dan mudah difahami oleh pelabur global dan proses due diligence lebih mudah dilakukan di Singapura berbanding Indonesia.
2. Memudahkan urusan hutang dan ekuiti di mana lebih mudah untuk menerbitkan saham, opsyen saham pekerja (ESOP), dan instrumen kewangan. Proses pengeluaran saham (share issuance) dan rundingan term sheet lebih cepat dan murah serta memudahkan rundingan dengan pelabur asing dan bank antarabangsa.
3. Manfaat cukai dan persekitaran perniagaan yang lebih baik.
Cukai lebih rendah kerana kadar cukai korporat Singapura hanya 17% (boleh lebih rendah dengan insentif). Proses pendaftaran syarikat, pembukaan akaun bank, dan urusan undang-undang jauh lebih pantas dan boleh dipercayai. Peraturan yang lebih stabil dan mesra pelabur dan lebih mudah untuk mengupah bakat global (expat) dan membayar gaji dalam USD.
eFishery (syarikat induk Indonesia: PT Multidaya Teknologi Nusantara) mempunyai entiti di Singapura (biasanya eFishery Pte Ltd atau syarikat holding Singapura) yang digunakan untuk urusan pelabur antarabangsa, fundraising, dan beberapa transaksi kewangan. eFishery Pte Ltd juga entiti yang menerima wang pelaburan (untuk Series C dan Series D) dan mengurus hutang bank (seperti dari HSBC dan DBS Singapura/Indonesia).
Tanda-tanda amaran yang terlepas pandang:
Dalam artikel yang ditulis oleh Bloomberg banyak "red flag" yang jelas diabaikan oleh pelabur besar termasuk KWAP.
Syarikat induk di Singapura (eFishery Pte Ltd) berhenti memfailkan penyata kewangan tahunan selama bertahun-tahun. Laporan kewangan tahun 2020 baru difailkan pada tahun 2024 (lewat hampir 4 tahun). Kalau diikutkan, syarikat yang sihat dan telus biasanya memfailkan penyata kewangan tepat pada masanya. Kelewatan sebegini biasanya menunjukkan ada sesuatu yang mahu disembunyikan.
eFishery mendakwa pada akhir 2023 syarikat memiliki lebih 300,000 unit mesin pemberi makanan (eFeeder) di kolam. Lebih 44,000 penternak ikan & udang menggunakan platform mereka. Dakwaan ini sepatutnya memberi impak besar kepada industri akuakultur Indonesia. Tetapi, realitinya tidak ada kesan ketara di pasaran.
Red Flag yang paling ketara ialah apabila seorang pelabur cuba menghubungi Gibran untuk menghubungkan eFishery dengan pengeluar makanan ikan (feed mill) untuk kerjasama (win win collaboration) di mana eFishery boleh menjual lebih banyak makanan ikan melalui platformnya kepada penternak dan pengeluar makanan ikan pula boleh jual lebih banyak produk mereka. Jadi, dengan ini para penternak akan mendapat harga makanan ikan pada harga yang lebih murah.
Tapi, apabila pengeluar makanan ikan melihat angka yang didakwa oleh eFishery (contoh: 44,000+ penternak aktif, ratusan ribu unit feeder dengan jualan yang sangat besar), mereka agak terkejut dan tidak percaya.
Bila eFishery mendakwa mereka menjual jumlah makanan ikan yang sangat besar melalui platform mereka. Seorang eksekutif kanan di syarikat pengedar makanan ikan terbesar di Indonesia berkata, “Kami keliru dengan angka yang didakwa eFishery. Angka itu tidak masuk akal dengan realiti pasaran.” Jika eFishery benar-benar mempunyai puluhan ribu petani aktif yang membeli makanan ikan melalui mereka, pengedar besar ini sepatutnya melihat peningkatan jualan yang sangat ketara. Tetapi realitinya, mereka hampir tidak merasai sebarang perubahan dalam jualan mereka.
Jualan mereka hampir tidak berubah. Mereka hampir tidak merasai kehadiran eFishery di pasaran. Ini menunjukkan bahawa dakwaan eFishery mengenai saiz perniagaannya adalah palsu atau sangat dibesar-besarkan.
Seorang pelabur berasingan diberitahu oleh eksekutif kanan di pengedar makanan ikan terbesar di Indonesia bahawa mereka keliru dengan jumlah kekurangan perubahan dalaam jualan mereka.
eFishery mendakwa mereka mempunyai ratusan ribu unit eFeeder (contoh: 300,000+ unit pada 2023 - 2024). Tetapi seorang pembekal utama yang membuat komponen penting mesin feeder memberitahu pelabur, yang mereka hanya boleh membekalkan komponen yang cukup untuk maksimum 5,000 unit setahun sahaja. 60 kali ganda lebih besar daripada realiti. Mustahil eFishery mempunyai ratusan ribu unit jika pembekal komponen utama hanya mampu hasilkan sedikit.
Menurut artikel Bloomberg (15 April 2025), kejadian ini berlaku selepas pusingan Series D (iaitu selepas Julai 2023), kemungkinan besar pada tahun 2024.
Laporan Bloomberg juga mengatakan bahawa eFeeder, automatic intelligent feeding system (sistem pemakanan pintar automatik) permulaan aquatech yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam penternakan ikan dan udang, tidak mempunyai teknologi canggih dan peranti pengesan air seperti yang dikatakan.
Huzaifah mengakui kepada Tech in Asia bahawa sekitar tiga hingga empat tahun lalu, pengurusan eFishery memilih untuk tidak menggunakan sensor untuk menangkap data kerana kos yang tinggi. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa eFeeder masih boleh mengumpul data tanpa sensor.
Banyak eFeeder yang diedarkan tidak mempunyai sensor yang berfungsi atau sensor yang tidak pernah dipasang. Sebahagian besar mesin hanya berfungsi sebagai pemberi makanan manual/automatik biasa tanpa keupayaan “smart” yang didakwa. Sensor PondTag (untuk memantau kualiti air) hampir tidak digunakan sama sekali. Ramai petani melaporkan bahawa mesin tidak berfungsi seperti yang dijanjikan, dan ramalan pemberian makanan sering salah.
Bersambung Kronologi Penuh Pusingan Pembiayaan eFishery (Part 4)
No comments:
Post a Comment