Hubungan antara pemilik syarikat, Lembaga Pengarah, dan pihak pengurusan adalah satu rantaian yang jadi titik permulaan kepada kejayaan sebuah syarikat korporat atau punca utama kejatuhan akibat konflik kepentingan.
Ada beberapa komponen berdasarkan struktur tadbir urus korporat moden:
.
1. OWNERS (Pemilik Syarikat / Pemegang Saham)
Pemilik syarikat adalah pemegang saham (shareholders) yang bekalkan modal kepada bisnes. Dalam syarikat awam (public-listed), pemilikan selalunya terbahagi kepada dua kategori:
๐ธPemegang Saham Pengawal/Utama (Controlling/Major Shareholders): Individu, institusi (seperti KWSP, PNB), atau keluarga pengasas yang memegang blok saham yang besar (biasanya lebih daripada 10% hingga 33%++). Mereka ini mempunyai kuasa undi yang besar untuk menentukan hala tuju syarikat dan melantik ahli lembaga pengarah.
๐ธPemegang Saham Minoriti (Minority Shareholders): Pelabur runcit atau orang awam yang memegang peratusan kecil saham. Mereka bergantung kepada undang-undang dan pengarah bebas untuk melindungi hak mereka daripada ditindas oleh pemegang saham majoriti.
๐ธPemilik syarikat tidak menguruskan operasi harian. Kuasa utama mereka dilaksanakan melalui undian dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) atau Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk melantik atau memecat Ahli Lembaga Pengarah dan meluluskan keputusan korporat yang besar (seperti penggabungan syarikat atau penerbitan saham baharu).
.
2. BOARD OF DIRECTORS (Lembaga Pengarah)
Lembaga Pengarah (BOD) ialah kumpulan individu yang dipilih oleh pemilik syarikat yang bertindak sebagai wakil dan penjaga (fiduciary) kepentingan mereka. Lembaga pengarah bertindak sebagai jambatan antara pemilik (modal) dan pihak pengurusan (operasi).
Komposisi lembaga pengarah yang sihat biasanya terdiri daripada:
๐น Pengarah Eksekutif (Executive Directors). Mereka adalah Pengarah yang juga memegang jawatan pengurusan harian (contohnya: CEO, CFO, Pengarah Urusan). Mereka membawa kepakaran operasi ke dalam bilik lembaga.
๐นPengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas (Non-Independent Non-Executive Directors) di mana mereka tidak terlibat dalam operasi harian, tetapi mempunyai hubungan rapat dengan pemegang saham majoriti atau pengasas (contohnya: wakil syarikat induk).
๐นPengarah Bebas (Independent Directors) yang tidak mempunyai kepentingan kewangan, hubungan keluarga, atau kaitan perniagaan dengan syarikat, pemegang saham utama, atau pengurusan. Peranan mereka adalah menjadi penilai objektif dan "hakim" yang adil di dalam bilik lembaga demi melindungi pelabur minoriti.
.
3. RESPONSIBILITIES of the BOD (Tanggungjawab Lembaga Pengarah)
BOD memikul tanggungjawab undang-undang yang amat berat. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini boleh menyebabkan mereka disaman oleh pemegang saham atau didakwa oleh pihak berkuasa (seperti Suruhanjaya Sekuriti atau Bursa Malaysia).
BOD bertanggungjawab untuk:
๐น Melaksanakan tugas Fidusiari (Fiduciary Duties). Bertindak dengan suci hati (in good faith), demi kepentingan terbaik syarikat secara keseluruhan, dan menggunakan kemahiran serta ketekunan yang munasabah (duty of care and skill).
๐นMenjadi Pengawasan Strategik (Strategic Oversight). BOD meluluskan pelan perniagaan jangka panjang, bajet tahunan, dan strategi korporat yang dicadangkan oleh pihak pengurusan, serta memantau pelaksanaannya.
๐นTerlibat dalam Pengurusan Risiko & Kawalan Dalaman di mana BOD harus memastikan syarikat mempunyai sistem pengurusan risiko (risk management) dan kawalan dalaman yang kukuh untuk mengelakkan penipuan (fraud), kebocoran dana, atau kegagalan pematuhan undang-undang.
๐น Bertanggungjawab dalam Pelantikan dan Penilaian Pengurusan dengan melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), menetapkan KPI dan ganjaran (remuneration) mereka, serta menyediakan pelan penggantian (succession planning) sekiranya CEO meletak jawatan atau dipecat.
๐นMemantau Integriti Laporan Kewangan dengan memastikan penyata kewangan syarikat yang dibentangkan kepada umum adalah tepat, telus, dan telah diaudit dengan betul oleh juruaudit luar secara bebas.
.
4. CONFLICT OF INTEREST (Konflik Kepentingan)
Konflik kepentingan berlaku apabila seseorang ahli lembaga pengarah atau pihak pengurusan mempunyai kepentingan peribadi atau perniagaan lain yang boleh buatkan keupayaan mereka untuk membuat keputusan yang objektif dan adil demi syarikat terjejas.
Ini adalah "lubang perangkap" terbesar dalam tadbir urus korporat yang sering mencetuskan skandal kewangan. Antara bentuk konflik kepentingan yang paling biasa berlaku:
A. Transaksi Pihak Berkaitan (Related Party Transactions - RPT)
Apabila syarikat menganugerahkan kontrak (contohnya: kontrak pembekalan, sewaan bangunan, atau pembelian aset) kepada syarikat lain yang dimiliki oleh ahli pengarah itu sendiri atau ahli keluarganya.
Risikonya disini: Syarikat mungkin membayar harga yang terlalu mahal atau menerima kualiti yang rendah berbanding pasaran terbuka.
B. Pelaburan Menggunakan Dana Syarikat
Ini biasa terjadi apabila pengarah atau CEO menggunakan tunai milik syarikat untuk melabur dalam pasaran saham (quoted shares) atau entiti luar di mana mereka mempunyai kepentingan peribadi tersembunyi, especially jika pelaburan tersebut merugikan syarikat tetapi menguntungkan pihak luar tersebut.
C. Keahlian Lembaga Pengarah Bertindih (Interlocking Directorates)
Apabila seorang individu menjadi pengarah di dua syarikat yang saling bersaing atau mempunyai hubungan perniagaan. Ini mewujudkan kesukaran untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat korporat dan boleh menjejaskan kesetiaan komersial.
๐พ๐ค๐ฃ๐ฉ๐ค๐๐ฃ๐ฎ๐, ๐๐๐จ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐๐ฉ (๐ผ๐ฅ๐ฅ๐ก๐ ๐๐๐ฃ ๐๐ค๐ค๐๐ก๐) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ๐๐ค๐ค๐๐ก๐ tetapi masa yang sama, beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Apple Inc.
๐พ๐ค๐ฃ๐ฉ๐ค๐ ๐ก๐๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ ๐๐ช๐๐ช๐ฃ๐๐๐ฃ ๐ฅ๐๐ง๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฃ ๐๐ฎ๐๐ง๐๐ ๐๐ฉ ๐๐ฃ๐๐ช๐ (๐๐๐๐ฃ ๐พ๐ค๐ข๐ฅ๐๐ฃ๐ฎ) ๐๐๐ฃ ๐ผ๐ฃ๐๐ ๐๐ฎ๐๐ง๐๐ ๐๐ฉ (๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐จ๐๐ฃ๐ฎ๐ ๐๐ข๐๐ก๐๐ฃ ๐ฉ๐๐ข๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฃ)
Dalam konteks korporat di Malaysia, keahlian bertindih kerap berlaku dalam struktur konglomerat atau syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC), tetapi ia dikawal ketat bagi mengelakkan salah guna kuasa.
๐พ๐ค๐ฃ๐ฉ๐ค๐ Senario: ๐๐๐ฉ๐๐ ๐๐ฃ๐ก๐๐ Encik Ahmad adalah Pengarah Eksekutif di sebuah Syarikat Telekomunikasi A. Pada masa yang sama, beliau juga memegang jawatan Pengarah Bukan Eksekutif di Syarikat Menara Telekomunikasi B (sebuah syarikat infrastruktur yang menyewakan menara pemancar).
Konflik yang Berlaku ๐๐๐ก๐๐ Syarikat A (Telco) mahu menyewa menara daripada Syarikat B dengan harga semurah mungkin untuk mengurangkan kos operasi mereka. Sebaliknya, Syarikat B mahu mengenakan kadar sewaan tertinggi demi memaksimumkan keuntungan bagi pemegang saham mereka.
Dilema Encik Ahmad apabila duduk di dalam bilik lembaga Syarikat A, beliau perlu mempertahankan kepentingan Telco. Tetapi apabila duduk di Syarikat B, beliau perlu juga mempertahankan keuntungan syarikat menara. Ini mewujudkan konflik kepentingan yang nyata dalam rundingan harga kontrak perniagaan antara kedua-dua syarikat tersebut.
.
๐ฅ Bagaimana Konflik Kepentingan Ditangani?
Di bawah undang-undang korporat dan Akta Syarikat,
(1) Mana-mana pengarah yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu urus niaga wajib membuat ๐๐๐ฃ๐๐๐จ๐ฎ๐ฉ๐๐๐๐ง๐๐ฃ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐ค๐ง๐ (๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐ค๐ง๐ฎ ๐ฟ๐๐จ๐๐ก๐ค๐จ๐ช๐ง๐) dan mengisytiharkan perkara tersebut kepada lembaga pengarah dengan serta-merta.
(2) Pengarah yang berkepentingan dilarang sama sekali untuk mengambil bahagian dalam ๐ฅ๐๐ง๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ dan tidak boleh mengundi (must abstain from voting) (๐๐๐ฃ๐๐ง๐๐ ๐ฟ๐๐ง๐ (๐ผ๐๐จ๐ฉ๐๐ฃ๐ฉ๐๐ค๐ฃ)) dalam meluluskan resolusi berkaitan urus niaga tersebut.
(3) Bagi urus niaga ๐๐๐ก๐๐ฉ๐๐ ๐๐๐ง๐ฉ๐ฎ ๐๐ง๐๐ฃ๐จ๐๐๐ฉ๐๐ค๐ฃ (๐๐๐) yang bernilai besar, syarikat wajib mendapatkan ๐๐๐ก๐ช๐ก๐ช๐จ๐๐ฃ daripada ๐๐๐ข๐๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐ข minoriti dalam EGM terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment