Pages

Ahmad Fadzuli Ali, AsiaPac & Kaitan Dengan Lester Chin


Ahmad Fadzuli Ali ialah seorang ahli perniagaan dan profesional dalam sektor minyak dan gas (O&G) di Malaysia.

Mempunyai pengalaman dalam industri O&G, termasuk peranan kepimpinan di syarikat seperti Asiapac Oil & Gas Sdn Bhd (berpusat di Sarawak, Malaysia).

Memegang jawatan Managing Director Asiapac Oil & Gas Sdn Bhd (syarikat swasta Bumiputera yang khusus dalam perkhidmatan well intervention, fishing services, plug & abandonment, dan sidetracking di industri O&G Malaysia).

Dalam acara SPE/ICoTA Symposium and Exhibition: Well Intervention (2–3 Disember 2025 di Kuala Lumpur), Ahmad Fadzuli Ali disebut sebagai Managing Director Asiapac Oil & Gas Sdn Bhd dalam program teknikal, termasuk ucapan sebagai sponsor Networking Luncheon. Ini menunjukkan beliau sudah memegang jawatan itu pada akhir 2025 selepas Farah Sabryna founder AsiaPac Oil & Gas Sdn, Bhd berdepan dengan kes mahkamah.

Farah Sabryna didakwa secara rasmi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril dengan tuduhan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Managing Director. 

Ahmad Fadzuli mungkin telah mengambil alih atau dilantik sebagai MD selepas kes Farah Sabryna Nasarudin (bekas MD) pada Julai 2025, kerana Farah Sabryna disenaraikan sebagai "ex-MD" dalam beberapa profil pasca-kes.

Beliau mengawal 80% pegangan di Asiapac Holdings Bhd (syarikat induk atau holding company berkaitan), dengan baki 20% dipegang oleh Datuk Mat Noor (Executive Director Asiapac Holdings Bhd).

Merupakan individu utama di belakang United Asiapac Energy Berhad (syarikat yang mengumumkan IPO di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada Disember 2025). United Asiapac Energy Berhad dimiliki sepenuhnya oleh Asiapac Holdings Bhd sebelum IPO, dan beliau adalah MD utama yang mengawal majoriti melalui pegangan tersebut.

Bagaimana Ahmad Fadzuli Ali masuk ke dalam AsiaPac Sdn Bhd? 

Ahmad Fadzuli Ali dilantik sebagai Pengarah pada tahun 2022 dan menjadi Chairman lantikan sendiri pada 31 May 2023 walaupun pada ketika itu jawatan di dalam SSM adalah sebagai "Manager".

Pada 2025 Ahmad Fadzuli memegang jawatan Managing Director menggantikan Farah Sabryna yang pada ketika itu berdepan dengan kes mahkamah. 

Ahmad Fadzuli dikatakan sebagai proxy kepada Lester Chin dalam pengambilalihan AsiaPac Sdn. Bhd dan Farah Sabryna dibuli dan diperangkap dengan modus operandi pengambilalihan syarikat yang sama oleh rangkaian Victor Chin. Ahmad Fadzuli dikatakan diberi dan dijanjikan dengan pegangan saham majoriti oleh Lester Chin. 

Low Nam See dan Lester Chin dikatakan terlibat dalam operasi penyeludupan diesel di Sarawak melalui satu syarikat yang lain yang dipunya oleh Low Nam See, dan itulah cara mereka mengenali Fadzuli. Fadzuli pula membuka pintu kepada orang kerajaan Sarawak untuk mereka, dan merupakan sebahagian daripada rangkaian penyeludupan itu. Fadzuli merupakan pengurusan untuk Shell Sarawak sebelum menyertai AsiaPac. Tapi sehingga kini, ia hanyalah spekulasi. Tiada bukti dan tuduhan rasmi terhadap Low Nam See, Lester Chin dan Ahmad Fadzuli mengenai isu penyeludupan ini. 

Dalam satu laporan blog nuclearmanbursa yang bertajuk, "Wise Guy Inside The Corporate Mafia: Hong Seng Director Bullying A Malay Lady", yang menyebut tentang "perniagaan Melayu yang dibuli" oleh rangkaian korporat yang dikaitkan dengan Lester Chin Kent Lake dan "Kumpulan Chin Boon Long. 

Selepas IPO (isu 139.22 juta saham baru), pegangan Ahmad Fadzuli di dalam Asiapac Holdings turun kepada sekitar 74.69%, tetapi beliau kekal sebagai pemimpin utama.

Pekembangan Terkini 2025

Ahmad Fadzuli Ali kekal sebagai pemimpin utama:

✅ Beliau masih MD (Managing Director) United Asiapac Energy Berhad.

✅ Beliau memegang 80% Asiapac Holdings, yang masih memegang 74.69% saham United Asiapac Energy.

Boleh dikatakan Ahmad Fadzuli masih mempunyai kawalan besar melalui struktur pegangan bertingkat ini di AsiaPac. 


No comments:

Post a Comment