Pages

Datuk Abu Hanifah Dilantik Semula dan Velocity Capital Partners Kekal Bersama Hanifah

Pada 5 Mac, NexG mengumumkan pelantikan profesional luar bagi mengesahkan perubahan pemegangan saham berkaitan pengambilalihan 20.4% saham oleh Raya Aviation melalui pengambilalihan dua syarikat persendirian - Skyelimit Alliance Sdn Bhd dan Trendtrove Tradin Sdn Bhd.

Kemudian, lembaga pengarah menggantung Hanifah pada hari yang sama, menyebabkan beliau dan Siti Nur Aishah mengambil tindakan undang-undang untuk menyekat penggantungan tersebut dan mengekalkan struktur lembaga pengarah serta pengurusan menjelang EGM yang diminta mereka.

Lembaga pengarah syarikat menggantung Hanifah pada 5 Mac dalam usaha menyemak pelaburan syarikat di syarikat-syarikat tersenarai awam yang lain, "bagi membolehkan jawatankuasa dan penasihatnya meneruskan kerja mereka tanpa pengaruh yang tidak wajar."

Kemudian lembaga pengarah syarikat juga memutuskan untuk memulihkan semula kuasa dan fungsi eksekutif Hanifah dengan serta-merta seminggu selepas penggantungannya.

Dalam failan berasingan pada Rabu, NexG menyatakan pemulihan semula Hanifah dibuat selepas lembaga pengarah membuat pertimbangan lanjut dan mengambil kira perkembangan terkini dalam proses semakan.

Jawatan Datuk Abu Hanifah Noordin telah dikembalikan semula (reinstate) pada 11 Mac 2026 sebagai:
 
√ Pengerusi Eksekutif (Executive Chairman)
 
√ Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer / CEO)

Syarikat menegaskan komitmennya terhadap tadbir urus korporat yang kukuh, akauntabiliti dan ketelusan, serta akan memastikan semakan yang sedang berjalan dijalankan mengikut prosedur tadbir urus dan amalan operasi standard.
 
Hanifah mendakwa penggantungannya berlaku kerana beliau membantah cadangan mensubkontrakkan kontrak kerajaan kepada pihak ketiga
 
Hanifah juga mendakwa beberapa bekas pengarah dan pegawai "dipaksa meninggalkan jawatan dalam keadaan yang menimbulkan kebimbangan"

Tiada laporan salah laku kewangan, rasuah, atau penyelewengan yang disahkan. 

Ini kelihatan lebih kepada pertelingkahan kuasa korporat (boardroom tussle) antara pihak Hanifah dan pihak yang berkaitan dengan Raya Aviation/Ishak Ismail
 
Penggantungan Hanifah dibuat sebagai langkah berjaga-jaga untuk semakan, bukan sebagai tindakan disiplin atas kesalahan tertentu. 

Dan enam pengarah meletak jawatan secara sukarela dengan alasan "untuk mengejar kepentingan lain".

Pengarah-pengarah yang meletakkan jawatan ialah Syed Farid Syed Ahmad Al-Attas, Kunal Tayal, Aswath Ramakrishnan, Mohd Zafil Ibrahim, Mohamed Fairuz Mohamed Fauzy dan Badrul Hisham Abdul Aziz.

Mereka merupakan antara tujuh pengarah yang Hanifah, Velocity Capital Sdn Bhd, dan Siti Nur Aishah Ishak yang secara kolektif memegang sekurang-kurangnya 10% saham syarikat cuba singkirkan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi melantik lapan pengarah baharu.

Pengarah ketujuh yang dicadangkan untuk disingkirkan, Pengarah Eksekutif Datuk Chong Loong Men, telah meletakkan jawatan pada 8 Mac.

Hanya Pengarah Eksekutif Datuk Ab Hamid Mohamad Hanipah dan Erna Ismail kekal dalam lembaga pengarah, menurut laman web syarikat.

Kesimpulannya di sini Velocity Capital Sdn Bhd masih memegang saham NexG bergabung dengan Hanifah dan Siti Nur Aishah Ishak dengan jumlah kolektif sekurang-kurangnya 10% saham syarikat

Hanifah menang dalam pergolakan ini di mana penggantungannya dibatalkan, dan enam pengarah lawan meletakkan jawatan. 

Semakan pelaburan dan pengesahan perubahan pemegangan saham masih berjalan. 
 
Manakala, NexG kekal komited kepada tadbir urus korporat yang kukuh. 

Saham NexG naik setengah sen, atau 1.8%, kepada 28.5 sen menjelang pengumuman tersebut, memberikan nilai permodalan pasaran sebanyak RM1.06 bilion.

Sumber: The Edge, The Malaysia Reserve

No comments:

Post a Comment