Datuk Abu Hanifah adalah pengasas Datasonic Group Berhad, yang kini dikenali sebagai NEXG Berhad (dahulunya disenaraikan di Bursa Malaysia dengan kod 5216), sebuah syarikat teknologi yang terkenal sebagai pembekal utama Kad Pengenalan Negara (MyKad) dan pasport Malaysia, serta penyelesaian pintu elektronik (e-gates) di pintu sempadan antarabangsa negara ini.
Datuk Abu Hanifah memiliki ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Honours) dari Universiti Malaya pada tahun 1973. Kemudian, beliau melayakkan diri sebagai Chartered Accountant dan Certified Public Accountant pada tahun 1976.
Bertugas sebagai akauntan profesional selama lebih 20 tahun.
Pernah menjadi Chairman dan Managing Partner Ernst & Whinney (kini dikenali sebagai Ernst & Young) selama 9 tahun.
Menjawat jawatan Presiden Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada tahun 1987 dan memimpin institut tersebut selama 13 tahun sehingga tahun 2000.
-------
Jawatan yang disandang dalam Dibena Enterpeise dan Datasonic
✔ Tahun 2004 - Sebagai Pengarah Urusan Dibena Enterprise Sdn Bhd (Memperoleh syarikat induk Datasonic).
✔ Tahun 2012 - Jan 2020 - Menjadi Pengarah Urusan pertama (Managing Director) yang membawa syarikat ke pasaran saham (listing).
✔ Jan 2020 - Bersara sementara untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ilmu Islam.
✔ Sept 2022 - Mac 2024 - Pengerusi Eksekutif Timbalan & CEO (Kembali semula ke lembaga pengarah).
✔ Ogos 2024 - Pengerusi Eksekutif Timbalan & CEO (Dilantik semula selepas persaraan kedua).
✔ Feb 2025 - Pengerusi Eksekutif & CEO (Dilantik semula ke jawatan eksekutif tertinggi).
✔ Mac 2025 - Digantung kuasa eksekutif (Tindakan pentadbiran berkaitan siasatan pelaburan).
-------
Datasonic Group Berhad
Syarikat ini terkenal sebagai pembekal utama penyelesaian identiti digital negara, termasuk:
✔ Pengeluaran MyKad (kad pengenalan Malaysia).
✔ Pasport Malaysia.
✔ Sistem e-gate di pintu masuk antarabangsa.
-------
Berdasarkan rekod kepentingan saham dalam Laporan Tahunan NEXG Berhad 2025, Datin Popi Rlandani binti Dody Muchtar dikenal pasti sebagai isteri kepada Datuk Abu Hanifah bin Noordin. Memegang kepentingan saham dalam NEXG Berhad melalui akaun "Datin Popi Rlandani binti Dody Muchtar". Memiliki kepentingan dalam warrants syarikat yang dianggap sebagai kepentingan deemed interest suami (pursuant to Section 59(11)(c) of the Companies Act 2016).
Pada tahun 2022, Datin Popi Riandani Dody Muchtar telah memindahkan sebahagian saham (103.15 juta saham) kepada anak lelaki mereka (disebut dalam konteks keluarga sebagai sebahagian daripada pegangan keluarga), yang menyumbang kepada kembalinya Datuk Abu Hanifah ke syarikat selepas bersara.
Kemudian pada 9 Oktober 2023 Datuk Abu Hanifah memindahkan sahamnya (8.22% pegangan) kepada isterinya Datin Popi Riandani Binti Dody Muchtar.
Keluarga Datuk Abu Hanifah mempunyai kepentingan saham ketara dalam syarikat melalui entiti seperti Dibena Enterprise Sdn Bhd (di mana beliau adalah CEO), yang merupakan pemegang saham utama Datasonic/NEXG.
-------
Datuk Abu Hanifah mempunyai tiga orang anak yang terlibat dalam perniagaan keluarga, dua orang perempuan dan seorang lelaki:
✅ 𝙃andrianov Putra bin Abu Hanifah (Anak lelaki sulung).
- Mempunyai Certificate in Accounting dari Association of Chartered Certified Accountants (melalui Sunway College, 2000), dan Bachelor of Human Resource Management With Honours dari Open University Malaysia (2016-2019).
- Memegang jawatan Pengarah Eksekutif dalam Datasonic Group Berhad (kini NEXG Berhad).
- Memegang 3,000,000 saham biasa dalam NEXG Berhad (setakat 2025) melalui kepentingan keluarga.
✅ 𝙋uan Talya Zholeikha binti Abu Hanifah (Anak perempuan)
-Beliau lulus Diploma in Business dari Monash College, Melbourne, Australia (2007), dan Bachelor of Arts (Honours) dari LaSalle College of the Arts, Singapura (2012)
- Sebagai Ketua Modal Insan dan Pentadbiran (Head of Human Capital and Administration)
- Memegang jawatan Pengarah Eksekutif dalam syarikat.
- Memegang 3,000,000 saham biasa dalam NEXG Berhad (setakat 2025) pun melalui pegangan keluarga. Contohnya, seperti 7,500,000 atau 3,000,000 saham biasa disebut dalam pelbagai pengumuman deemed interest keluarga.
- Memegang kepentingan dalam warrants syarikat.
✅ 𝙋uan Safia Zuleira binti Abu Hanifah (Anak perempuan)
- Sebagai Ketua Strategi (Head of Strategic Communications).
- Memegang jawatan Pengarah Eksekutif dalam syarikat.
- Memegang 7,500,000 saham biasa dalam NEXG Berhad (setakat 2025).
Ketiga-tiga anak Datuk Abu Hanifah memegang jawatan eksekutif penting dalam kumpulan syarikat, menunjukkan perancangan suksesi berasaskan keluarga. Dalam Laporan Tahunan syarikat, dinyatakan bahawa tiada konflik kepentingan (conflict of interest) dilaporkan oleh ahli keluarga ini dalam perniagaan.
Kemunculan anak-anaknya dalam jawatan eksekutif utama telah menimbulkan persoalan tentang nepotisme dalam pengurusan syarikat.
-------
𝙆𝙚𝙥𝙚𝙣𝙩𝙞𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝙡𝙖𝙞𝙣:
Datuk Haji Abu Hanifah bin Noordin (atau Datuk Abu Hanifah) mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat lain selain daripada NEXG Berhad (Datasonic Group Berhad),
Kebanyakan syarikat ini adalah sebahagian daripada ekosistem perniagaan yang menyokong operasi NEXG/Datasonic, terutamanya melalui Dibena Enterprise Sdn Bhd sebagai pemegang saham 𝙪𝙩𝙖𝙢𝙖.
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝙪𝙩𝙖𝙢𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙞𝙗𝙖𝙩:
✅ Dibena Enterprise Sdn Bhd di mana Datuk Abu Hanifah adalah CEO sejak 2005. Syarikat ini merupakan entiti utama keluarga dan pemegang saham besar dalam NEXG. Beliau memperoleh syarikat ini pada 2004 sebelum menyenaraikan Datasonic.
✅ Datasonic Corp. Sdn Bhd di mana beliau memegang jawatan sebagai CEO sejak 2012. Ini adalah syarikat subsidiari atau berkaitan dalam kumpulan.
✅ Dibena Technologies Sdn Bhd - memegang jawatan sebagai pengarah.
✅ Dibena Smart ID Sdn Bhd - Pengarah.
✅ Million Mega Network Sdn Bhd - Pengarah.
✅ Propel Gold Sdn Bhd - Pengarah.
✅ Sarana Kencana Sdn Bhd - Pengarah (perniagaan keluarga).
✅ Hanifah Noordin & Associates - Pengarah (mungkin firma akauntan atau perundingan peribadi daripada latar belakang beliau sebagai akauntan).
✅ Magniplan Sdn Bhd - Pengarah.
✅ Ad Link Communication Sdn Bhd - Pengarah.
✅ Geodis Wilson Freight Management Sdn Bhd - Pengarah.
✅ Dibena Technologies (Hong Kong) Co., Ltd. - Pengarah.
✅ Dibena (China) Co., Ltd. - Pengarah.
✅ TNT Freight Management (Sweden) AB - Pengarah (syarikat antarabangsa berkaitan logistik/freight).
✅ Datasonic Foundation - Pengarah (entiti amal atau yayasan berkaitan syarikat).
-------
Pernah memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat senaraian awam (public listed companies) sebelum ini, 𝙩𝙚𝙧𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠:
✅ 𝙈𝙚𝙜𝙖 First Corporation Berhad (sebagai pengarah bebas/non-eksekutif, sekitar 1990–2003 dan kemudian sehingga 2016).
✅ 𝙋𝙖𝙘𝙞𝙛𝙞𝙘 & Orient Berhad (pengarah, sekitar 1997–2015).
Beliau juga pernah terlibat dalam syarikat berkaitan kerajaan (government-linked companies) dan jawatankuasa kerajaan, tetapi tiada butiran spesifik syarikat lain yang aktif sekarang di luar kumpulan Dibena/Datasonic/𝙉𝙀𝙓𝙂.
Beberapa entiti seperti Gerbang Subur Sdn Bhd pernah disebut dalam rekod pegangan saham keluarga (deemed interest), tetapi bukan syarikat di mana beliau pegang jawatan pengarah secara langsung.
Beliau juga 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙙𝙖 di lembaga Titiwangsa Foundation (yayasan), yang menunjukkan penglibatan dalam aktiviti amal.
-------
Victor Chin pernah memegang jawatan Chief Operating Officer (COO) di NEXG Berhad sehingga dia meletak jawatan pada 30 September 2025.
Datuk Abu Hanifah, sebagai pengasas dan pemegang saham terbesar individu (sekitar 9.58% pada 2026), telah kembali memimpin syarikat beberapa kali (sebagai Executive Chairman dan CEO).
Pada masa Victor Chin menjadi COO (sekitar 2024–2025), terdapat penglibatan rapat dalam operasi syarikat, termasuk keputusan strategik seperti penukaran nama syarikat kepada NEXG pada Disember 2024.
Victor Chin dan rangkaiannya didakwa "menguasai" NEXG selepas mendekati Datuk Abu Hanifah, menyebabkan penyingkiran pengarah lama, pembelian aset mahal (contoh: Innov8tif Holdings daripada Revenue Group pada RM40 juta, yang dikatakan overpriced).
NEXG membeli sebahagian pegangan saham MMAG (syarikat berkaitan Victor Chin) daripada pasangan beliau (Chan Swee Ying), yang menunjukkan transaksi antara entiti berkaitan.
Victor Chin telah meletak jawatan dari NEXG pada akhir 2025, dan syarikat menafikan sebarang siasatan MACC terhadapnya atau pengarahnya.
-------
𝙆𝙤𝙣𝙩𝙧𝙤𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙠𝙬𝙖𝙖𝙣:
Banyak laporan dan blog (seperti The Corporate Secret, serta pendedahan Bloomberg pada 2026) mendakwa Victor Chin sebagai sebahagian daripada "mafia korporat" atau rangkaian yang mengambil alih syarikat dengan menggunakan taktik yang agresif, termasuk pengaruh terhadap lembaga pengarah dan transaksi yang dipertikaikan.
√ Datuk Hanifah Noordin memberi “Notis Orang yang Berhenti” sejak 19 jun 2024 dan meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Datasonic pada 29 Februari 2024.
√ Tapi, sejak 22 Ogos 2024 Hanifah membeli semula saham-saham Datasonic sehingga 3 September lalu menjadikan jumlah sahamnya 8.34% atau 232,317,100 saham. Dalam tempoh itu pada 22 Ogos beliau dilantik semula sebagai Timbalan Pengerusi.
√ Datuk Hanifah Noordin dilihat cuba menstruktur Datasonic dengan membawa orang luar terkait Mafia korporat untuk menguasai Datasonic.
√ Datasonic turut melantik Ms. Jorrine Ang (Ang Pei Gaik) sebagai Ketua Pegawai Strategi bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan strategi perniagaan sesebuah organisasi. Kemahirannya dalam kewangan menggoreng saham-saham syarikat Victor Chin sangat diperlukan.
√ Abu Hanifah pernah memberi keterangan perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid yang melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi dan kontrak pembekalan cip pasport dengan beberapa syarikat.
√ Abu Hanifah berkata Sarana Kencana Sdn. Bhd (SKSB) menderma RM6 juta dana politik kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), yang dibayar melalui Lewis & Co, iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid.
√ Abu Hanifah, yang merupakan kenalan politik Ahmad Zahid, berkata pembayaran itu dilakukan melalui dua cek Maybank, bernilai RM1 juta dan RM5 juta, yang ditandatanganinya pada 25 April 2017, setelah diminta oleh penasihat SKSB, Chew Ben Ben.
√ Abu Hanifah berkata dia tidak membuat pembayaran tersebut ke dalam akaun UMNO, BN atau Ahmad Zahid kerana dia tidak tahu cek yang mana untuk UMNO dan BN.
√ Datuk Abu Hanifah pernah menjadi Ahli Parlimen dan mempunyai hubungan politik dengan Ahmad Zahid Hamidi sejak zaman politik mereka.
💥 Ada dakwaan bahawa Datuk Abu Hanifah "bersekongkol" atau bekerjasama dengan Victor Chin untuk mengawal NEXG, termasuk:
💥 Pembelian aset seperti 𝙄𝙣𝙣𝙤𝙫8𝙩𝙞𝙛 Holdings (daripada 𝙍𝙚𝙫𝙚𝙣𝙪𝙚 Group) pada harga yang dikatakan terlalu tinggi (RM40 juta), yang dilaporkan kepada 𝙎𝙋𝙍𝙈 oleh pemegang saham.
💥 Tekanan untuk menyingkirkan pengarah tertentu dan mengubah struktur lembaga.
💥 Dakwaan bahawa NEXG menjadi "cash cow" untuk rangkaian Victor Chin, dengan kerugian pelaburan besar (sekitar RM145 juta hingga RM250 juta dalam aset lain).
💥 Datuk Hanifah dan Victor Chin menggunakan The Edge memaksa kerajaan bagi menaik harga kos sehingga 44%. Berdasarkan kontrak terdahulu, Datasonic dibayar kira-kira RM69.33 setiap dokumen. Jika kontrak baharu maka kosnya RM100 setiap salinan. Percubaan mereka ialah antara RM100 hingga RM115 setiap salinan. Bayangkan kika RM100 setiap dokumen, Datasonic berpotensi meraih RM300 juta setahun untuk membekalkan tiga juta pasport.(𝓣𝓱𝓮 𝓜𝓪𝓵𝓪𝔂𝓼𝓲𝓪 𝓒𝓸𝓻𝓹𝓸𝓻𝓪𝓽𝓮).
💥 Pada 31 Okt, Abu Hanifah melupuskan 150.3 juta saham milik tidak langsungnya, mengurangkan pegangan tidak langsungnya kepada 0.3% daripada 4.6%.
-------
Menurut blog Malaysia Corporate, Abu Hanifah didakwa sebagai orang yang semakin gila kuasa dan selalu melawat Victor Chin. Datuk Abu Hanifah sanggup buat apa sahaja yang diarahakan oleh Victor Chin demi wang. Antaranya ialah,
💥 Melantik Tan Tong Lang sebagai Joint-secretary Datasonic. Tan Tong Lang setiausaha syarikat yang banyak mengurus syarikat berkaitan mafia korporat di negara ini menggunakan Boardromm.com Sdn Bhd dan Aldpro Corporate Service Sdn Bhd.
💥 Datuk Hanifah juga sering memainkan isu agama dan bangsa, mengurus Datasonic seolah-olah ia syarikat milik sendiri. Beliau sentiasa marah, mengugut kakitangan dan pengarah-pengarah Datasonic yang dia tak suka atau tidak mahu bekerjasama dengan cara mafia korporat Victor Chin.
💥 Datuk Hanifah bukan sahaja bekerjasama dengan Victor Chin tetapi juga dengan Proksi Parti Bersatu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Perikatan Nasional ketika itu.
-------
𝙆𝙤𝙣𝙩𝙧𝙤𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞 𝙉𝙚𝙭𝙂 (𝘿𝙖𝙩𝙖𝙨𝙤𝙣𝙞𝙘) 𝙙𝙖𝙣 𝙈𝙈𝙍 𝘾𝙖𝙥𝙞𝙩𝙖𝙡 𝙎𝙙𝙣. 𝘽𝙝𝙙
✅ Sebelum Datasonic menguasai industri pengeluar dokumen keselamatan, Datasonic terpaksa bersaing dengan IRIS Corporation Berhad dan Syarikat percet Percetakan Negara Berhad.
✅ Syarikat ini menjadi sasaran ‘kartel’ dan sememangnya terdapat pelbagai berusaha menguasai Datasonic.
✅ NexG bertukar menjadi pemberi pinjaman wang melalui MMR Capital Sdn Bhd. (diperbadankan 13 Januari 2023).
✅ NEXG telah memberikan bantuan kewangan kepada MMR 𝘾𝙖𝙥𝙞𝙩𝙖𝙡 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 RM99.1 juta (seperti didedahkan pada 2025), yang kemudian digunakan MMR Capital untuk memberi pinjaman: sekitar RM96.57 juta kepada syarikat korporat dan RM2.46 juta kepada individu (berdasarkan pengumuman Bursa dan laporan kewangan Q3 2025).
✅ Keuntungan dan kontrak kerajaan NexG (dengan Kementerian Dalam Negeri dan kementerian lain) didakwa digunakan untuk menyokong operasi Victor Chin, pembiayaan peribadi, dan pembelian aset mewah. Ini kerana NexG mempunyai rizab tunai yang besar. (𝓣𝓱𝓮 𝓒𝓸𝓿𝓮𝓻𝓪𝓰𝓮)
✅ MMR Capital disebut dalam laporan media dan blog sebagai "alat" atau "template" untuk saluran dana korporat (contohnya, dakwaan intra-group cash cycling atau pinjaman tanpa penanda related-party transaction). Walau bagaimanapun, NEXG dan Datuk Abu Hanifah menafikan sebarang salah laku, dan menyatakan syarikat komited kepada integriti serta 𝙠𝙚𝙩𝙚𝙡𝙪𝙨𝙖𝙣.
✅ Pada 4 November 2025, Bursa Malaysia mengeluarkan pertanyaan UMA (Unusual Market Activity) kepada NexG berikutan penurunan harga mendadak dan lonjakan volum dagangan sahamnya.
-------
𝙆𝙖𝙞𝙩𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙑𝙚𝙡𝙤𝙘𝙞𝙩𝙮 𝘾𝙖𝙥𝙞𝙩𝙖𝙡 𝘽𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙
💥 Victor Chin dan rangkaiannya didakwa "menguasai" NEXG selepas mendekati Datuk Abu Hanifah, menyebabkan penyingkiran pengarah lama, pembelian aset mahal (contoh: Innov8tif Holdings daripada Revenue Group pada RM40 juta, yang dikatakan overpriced).
💥 Pada Mac 2026, Velocity Capital Sdn Bhd (bersama Datuk Abu Hanifah dan Siti Nur Aishah binti Ishak) secara kolektif memegang lebih 10% saham NEXG, membolehkan mereka mengemukakan notis untuk Extraordinary General Meeting (EGM) pada 3 April 2026.
💥 Di EGM ini, mereka mencadangkan penyingkiran 7 pengarah sedia ada dan pelantikan 8 pengarah baru, termasuk Datuk Ishak Ismail (dikaitkan dengan Raya Aviation Holdings, pemegang saham terbesar baru NEXG).
Kaitan dengan Innov8tif Holdings
💥Pada November 2024 datasonic (NexG) membeli 51% pegangan saham Innov8tif Holdings dari Revenue Group yang dikawal oleh Francis Leong dengan harga mahal RM40 juta padahal ketika itu Innov8tif sedang rugi. Innov8tif Holdings telah dijual sebanyak 5 kali di bawah Francis Leong.
💥 Harga RM40 juta "terlalu tinggi" atau "overpriced" berbanding prestasi (markup dari RM36 juta sebelumnya pada 2023), dan ada tuduhan elemen "cuci duit" atau manipulasi.
💥 Profit guarantee kepada Datasonic pula sangat rendah. Beberapa kali lembaga pengarah Datasonic membangkitkan persoalan mengapa perlu beli Innov8tif dengan cara tergesa-gesa dan harga yang amat tinggi, melantik orang-orang yang rapat dengan Victor Chin seperti Tan Sri Mohd Khairul Adib, Datuk Punavesan, Datuk Zainal Abidin.
⁉️ Berapa banyak duit (cash cow) yang telah mereka keluarkan dari Innov8tif Holding?
------
Status terkini Datuk Abu Hanifah
✅ Setakat 9 Mac 2026) adalah seperti berikut, berdasarkan pengumuman rasmi Bursa Malaysia dan laporan media terkini:
✅ Digantung sementara daripada kuasa eksekutif sebagai Executive Chairman dan Chief Executive Officer (CEO) NEXG Berhad (dahulunya Datasonic Group Berhad).
✅ Penggantungan ini diumumkan pada 5 Mac 2026 oleh lembaga pengarah NEXG, berkuat kuasa serta-merta.
✅ Sebab rasmi, untuk memastikan semakan bebas (independent review) terhadap pelaburan syarikat dalam saham syarikat senaraian awam lain (quoted shares) dapat dijalankan secara telus, bebas, dan teratur, tanpa pengaruh luar.
✅ Semakan ini bermula sejak November 2025 dan menarik perhatian awam kerana kerugian nilai saksama yang besar (paper losses) pada pelaburan tersebut.
✅ Lembaga pengarah menekankan bahawa penggantungan ini adalah tindakan pentadbiran semata-mata (administrative measure), bukan penentuan salah laku (tidak bermakna beliau bersalah), dan bertujuan menjaga integriti proses semakan.
✅ Penggantungan ini berlaku sehari selepas kemasukan pemegang saham baru utama, Raya Aviation Holdings (dikaitkan dengan Datuk Ishak Ismail), yang menjadi pemegang saham terbesar (dengan 20% pegangan).
✅ Berlaku pertelingkahan lembaga pengarah (boardroom tussle) yang sedang berlaku, melibatkan perebutan kawalan syarikat.
✅ Pada 8 Mac 2026 (baru sahaja), seorang pengarah eksekutif lain, Datuk Chong Loong Men, meletak jawatan menambah kepada ketegangan dalaman.
-------
✅ Pada Suku ketiga FY2026 (berakhir 31 Disember 2025) dilaporkan pada 25 Februari 2026:
Kerugian bersih (net loss attributable to owners) adalah RM130.88 juta hingga RM130.9 juta.
Sebab utama ialah, Kerugian nilai saksama RM145.6 juta pada "other investments" (pelaburan saham syarikat senaraian awam lain, seperti yang sering dikaitkan dengan MMAG Holdings Berhad dan aset berkaitan dalam kontroversi).
✅ Sembilan bulan berakhir 31 Disember 2025 (kumulatif Q1 hingga Q3 FY2026):
Kerugian bersih ialah RM46.55 juta (berbanding untung bersih RM71.74 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya).
Pendapatan adalah RM244.84 juta (turun 9% daripada RM269.68 juta).
Walaupun ada kontrak kerajaan besar (seperti pasport RM1.73 bilion dan MyKad generasi baru RM732.72 juta), kerugian pelaburan ini "menghapuskan" keuntungan operasi.
✅ Kerugian ini adalah non-cash (kerugian kertas / paper loss) akibat penurunan nilai pelaburan saham yang dipegang syarikat (impairment atau fair value adjustment mengikut piawaian perakaunan MFRS).
✅ Pelaburan ini menjadi tumpuan semasa semakan bebas (independent review) yang dijalankan sejak November 2025, yang menyebabkan penggantungan sementara Datuk Abu Hanifah sebagai Executive Chairman dan CEO pada 5 Mac 2026
-------
Maklumat ini daripada sumber awam, blog, Bursa Malaysia, laporan The Edge Malaysia, Dagang News, dan sumber kewangan lain. Bukan nasihat undang² atau pelaburan. Untuk info yang lebih tepat anda boleh buat rujukan sendiri.
No comments:
Post a Comment