Reverse Takeover (RTO) atau Pengambilalihan Terbalik adalah satu kaedah di mana syarikat persendirian yang tidak tersenarai di bursa saham mengambil alih syarikat awam yang sudah tersenarai untuk menjadi syarikat tersenarai tanpa perlu melalui proses Penawaran Awam Permulaan (IPO) yang panjang dan mahal.
Dalam kes GUH Holdings Bhd, proses RTO berlaku pada tahun 1994 apabila Keluarga H'ng mengambil alih Grand United Holdings Bhd, sebuah syarikat awam yang dikawal oleh Tan Sri Tan Koon Swan (bekas Presiden MCA) dan sedang menghadapi masalah kewangan. Keluarga H'ng yang memiliki perniagaan elektronik dan hartanah yang menguntungkan tetapi tidak tersenarai telah membeli Grand United Holdings Bhd melalui proses reverse takeover dan seterusnya menggabungkan perniagaan mereka ke dalam syarikat tersebut. Pada tahun 2005, syarikat ini ditukar nama kepada GUH Holdings Bhd dan menjadi salah satu syarikat tersenarai yang terkenal di Bursa Malaysia dalam sektor elektronik dan pembangunan hartanah.Kebaikan menggunakan RTO berbanding IPO adalah prosesnya lebih cepat, iaitu hanya memerlukan 3 hingga 6 bulan berbanding 1 hingga 2 tahun untuk IPO, kos yang lebih rendah iaitu antara RM1 hingga RM5 juta berbanding RM10 hingga RM50 juta untuk IPO, serta prosedur yang lebih mudah kerana tidak memerlukan prospektus lengkap atau roadshow seperti IPO. Walau bagaimanapun, RTO juga mempunyai risiko seperti liabiliti tersembunyi yang mungkin ada pada syarikat shell yang dibeli, reputasi buruk syarikat asal, dan cabaran menggabungkan dua budaya korporat yang berbeza.
Dalam konteks Kepayang Heights, syarikat ini mula tercipta hasil daripada aktiviti pembangunan hartanah GUH Holdings Bhd di Taman Bukit Kepayang, Seremban, tetapi kemudiannya dipisahkan dan berpindah tangan melalui beberapa siri transaksi korporat sebelum akhirnya menjadi milik NexG Bina Bhd pada tahun 2025.
RTO 1994 telah mencipta asas kelewatan kerana Kepayang Heights tidak lagi menjadi projek utama induk syarikat.
Kepayang Heights dipisahkan mungkin ia adalah "beban" atau "aset tidak core" yang GUH tidak mahu atau tidak mampu bangunkan pada ketika itu. Pemisahan ini menjadi asas kelewatan 7-8 tahun yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment