Innov8tif Holdings Sdn Bhd adalah sebuah syarikat swasta berhad yang ditubuhkan di Malaysia pada 18 Januari 2023 di bawah Akta Syarikat 2016.
Berfungsi sebagai main company bagi Kumpulan Innov8tif, yang pakar dalam penyelesaian pengesahan identiti digital berasaskan kecerdasan buatan (AI), pencegahan penipuan, dan pendigitan perniagaan menggunakan platform kod rendah.
Mempunyai pensijilan ISO 27001:2022 dan Status Digital Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Status MSC), serta pensijilan Kualiti dalam Perniagaan daripada Majlis Perdagangan Antarabangsa (ITC).
Sehingga 15 Oktober 2024, Innov8tif Holdings mempunyai modal terbitan keseluruhan berjumlah RM60,500,000 yang terdiri daripada 1,407,000 saham biasa.
Pemegang saham utama syarikat setakat tarikh tersebut termasuk:
√ Innov8tif Consortium Sdn Bhd (ICSB)
√ Revenue Group Berhad (REVENUE)
√ Law Tien Soon
√ Lee Chin Seong
√ Soh Peng Nam
√ Securemetric Berhad
√ Law Seeh Key
Pengarah-pengarah syarikat setakat Oktober 2024 ialah Soh Peng Nam, Lee Chin Seong, Leong Seng Wui, Teh Chee Hoe dan Hor Weng Kuan.
------
Innov8tif bermula sebagai Innov8tif Solutions Sdn Bhd, ditubuhkan pada 29 Ogos 2011 di Malaysia. Ia diasaskan oleh tiga individu utama:
✅ George Lee (Lee Chin Seong) - Founder & CEO (sebelum ini Sales Director di syarikat perisian awam The Media Shoppe Bhd).
✅ Law Tien Soon - Co-Founder & CTO (juga pengasas Joget Workflow).
✅ Soh Peng Nam - Co-Founder.
Bermula sebagai pasukan pembangun perisian yang bootstrap (membiayai sendiri) dengan modal permulaan kecil sekitar RM60,000.
Fokus adalah pada pembangunan perisian, perundingan, dan projek aplikasi mudah alih. Mereka keluar dari pekerjaan korporat untuk memulakan syarikat sendiri kerana melihat potensi dalam penyelesaian digital, terutama sebelum era eKYC menjadi mainstream.
Pada 2013, mereka mendapat projek pertama besar iaitu pembangunan aplikasi mudah alih untuk syarikat runcit utama iaitu penyelesaian mobiliti korporat (enterprise mobility solutions).
Tahun 2014 syarikat membangunkan aplikasi pendaftaran tanpa kertas (paperless registration application) untuk redONE, syarikat telekomunikasi. Ini menandakan peralihan ke model perniagaan berasaskan langganan (subscription-based).
✅ 2016-2017: Kemasukan ke Pasaran eKYC
2016: Innov8tif mula memperkenalkan konsep eKYC kepada pelanggan korporat, tetapi pada masa itu ramai yang menganggapnya sebagai "nice to have" dan bukan keperluan kritikal.
2017: Syarikat melancarkan penyelesaian eKYC secara rasmi yang membolehkan perniagaan menyokong pengesahan identiti secara real-time dan jarak jauh.
Pada tahun 2018, Innov8tif membuat keputusan strategik untuk berfokus sepenuhnya kepada pasaran eKYC, yang menentukan trajektori masa depan syarikat
✅ Dan Innov8tif Group merupakan penyedia eKYC dan jaminan ID terbesar di Malaysia dan antara yang paling pesat berkembang di ASEAN .
Syarikat ini menawarkan:
1. ID Proofing (e-KYC dan e-KYB) - Pengesahan identiti pelanggan secara digital.
2. Customer Due Diligence (CDD) - Usaha wajar pelanggan.
3. ID Authentication - Pengesahan dan pengesahan identiti.
4. Customer Onboarding Process Automation - Automasi proses pendaftaran pelanggan.
5. Mobile Biometric Authentication - Pengesahan biometrik mudah alih
6. AI-based ID assurance systems - Sistem jaminan ID berasaskan AI.
7. Low-code platform - Platform pembangunan aplikasi kod rendah untuk digitalisasi perniagaan.
8. API access - Akses API untuk integrasi sistem.
✅ Kumpulan syarikat ini berkhidmat kepada pelbagai sektor termasuk:
√ Syarikat telekomunikasi
√ Institusi perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans (BFSI)
√ Firma pelaburan
√ Syarikat pembuatan multinasional
√ Agensi kerajaan (termasuk di rantau ASEAN)
------
Pertumbuhan Awal dan Anugerah (2011–2020)
✅ 2014: Memenangi Red Herring Top 100 Asia Award.
✅ 2015: Menang CIMB InnoChallenge.
✅ 2016: Dinobatkan sebagai salah satu "20 Most Promising Sales Management Solution".
✅ Kemudian syarikat berkembang ke arah pengesahan identiti digital (ID assurance) berasaskan AI, pencegahan penipuan, dan automasi onboarding pelanggan tanpa kertas.
✅ Pada 2018: Menubuhkan anak syarikat di Singapura (Innov8tif Solutions Pte Ltd) dan usaha sama di Indonesia.
✅ Berkembang ke seluruh ASEAN, dengan wakil di Brunei, Kemboja, Filipina, Thailand, dan Vietnam.
✅ Mencapai Malaysia Digital Status (dahulu MSC Status), ISO 27001:2022, dan pensijilan lain.
✅ 2019: Merit Award kategori B2B Fintech di Anugerah Antarabangsa APICTA untuk produk EMAS eKYC.
✅ 2020: Pemenang Anugerah Platinum untuk Inovasi Terbaik di Star Outstanding Business Awards (SOBA).
✅ 2021: Juara Huawei Spark Malaysia Tech Competition dengan platform OkayDoc berasaskan AI.
Ketika ini Innov8tif telah menjadi penyedia eKYC terbesar di Malaysia, meliputi sekitar 70% sektor telekomunikasi dan perbankan
-----
✅ Hak Paten
- Innov8tif Group memiliki beberapa hak paten yang diberikan antara 2021 hingga 2024, termasuk:
🔹Kaedah mengesahkan keaslian dokumen identiti Malaysia (2021).
Kaedah mengesahkan keaslian dokumen identiti Malaysia menggunakan algoritma penglihatan komputer.
🔹Kaedah untuk mengesahkan dokumen pengenalan di mana pelbagai paten diberikan antara 2021-2024.
🔹 Kaedah Pengesahan Hologram Keselamatan: Paten untuk menentukan keaslian hologram keselamatan (2024) - termasuk paten AS.
✅ Prestasi Kewangan
Berdasarkan penyata kewangan yang diaudit:
Tempoh 18 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023: Hasil RM18.24 juta, rugi selepas cukai (LAT) RM0.91 juta.
Tempoh 8 bulan berakhir 31 Ogos 2024: Hasil RM14.24 juta, keuntungan selepas cukai (PAT) RM1.40 juta.
Peningkatan keuntungan dalam tempoh 8 bulan 2024 disebabkan oleh margin keuntungan kasar yang lebih baik dan sinergi daripada penggabungan Innov8tif Solutions dengan Xendity.
-----
Perkembangan Struktur Korporat dan Pengambilalihan (2021–2023)
✅ Februari 2021: Green Packet Berhad membeli Xendity Pte Ltd (pemilik Xendity Sdn Bhd) untuk US$10 juta (wang tunai + saham).
Xendity adalah syarikat eKYC yang sama dengan Innov8tif.
Pemegang saham utama Xendity termasuk Sia Hui Yong, Sia Hui Min, Wong Horng Yuen, dan Tan Koon Ming.
✅ Pada September 2021: Securemetric Berhad membeli 10–20% saham dalam Innov8tif Solutions. Securemetric Berhad memperoleh 10% kepentingan dalam Innov8tif Solutions daripada Cha Weay Chia (pemegang saham keempat terbesar) dengan nilai RM4 juta, menilai syarikat pada RM40 juta.
✅ 2023: Penggabungan Innov8tif dan Xendity
Januari 2023: Penubuhan Innov8tif Holdings
18 Januari 2023: Innov8tif Holdings Sdn Bhd diperbadankan sebagai syarikat holding pelaburan.
20 Januari 2023: Green Packet menjual Xendity kepada Innov8tif Holdings untuk RM17.5 juta wang tunai.
Penggabungan ini mencipta sinergi antara Innov8tif Solutions dan Xendity di bawah satu bumbung.
✅ Januari 2023: Pengambilalihan oleh Hong Seng Consolidated
31 Januari 2023: Innov8tif Consortium Sdn Bhd (kenderaan pengasas) menjual 51% kepentingan dalam Innov8tif Holdings kepada Hong Seng Consolidated Berhad untuk RM30.9 juta.
Pengasas (Soh, Law, Lee) mengawal 66.17% kepentingan, manakala Securemetric memegang 20%.
✅ Februari 2023: Hong Seng Consolidated Berhad membeli 51% saham Innov8tif Holdings (syarikat induk baru ditubuhkan pada 18 Januari 2023) dengan harga sekitar RM30.8 juta.
✅ Mei 2023: Jualan kepada Revenue Group
Mei 2023: Revenue Group Berhad membeli 51% daripada Hong Seng dengan RM36 juta (pengambilalihan kedua dalam masa setahun).
💥12 Mei 2023: Hong Seng menjual 51% kepentingan kepada Revenue Group Berhad untuk RM36 juta - hanya 10 hari selepas SSA dengan Hong Seng menjadi tidak bersyarat
Hong Seng memperoleh keuntungan RM5.15 juta dalam tempoh singkat.
Pemerolehan ini disiapkan pada 16 Jun 2023.
Pada 2023, Innov8tif Solutions Group telah bergabung dengan Xendity Sdn Bhd, dan secara kolektif dikenali sebagai Innov8tif Group Kini, syarikat ini beroperasi di bawah jenai MyNasional eKYC.
✅ 2023: Menubuhkan anak syarikat di Kemboja (Innov8tif Solutions Co., Ltd.).
Innov8tif Holdings berfungsi sebagai syarikat induk, dengan anak syarikat utama seperti Innov8tif Solutions Sdn Bhd (modal RM4.5 juta) dan Xendity Sdn Bhd (modal RM10.96 juta).
-----
Pengambilalihan Terkini dan Perubahan Nama (2024–2026)
✅ Pada November 2024: Datasonic Group Berhad (kini dikenali sebagai NexG Berhad) mengumumkan pembelian 51% saham Innov8tif Holdings (717,570 saham biasa) daripada Revenue Group Berhad dengan RM40 juta tunai.
Ini adalah pengambilalihan ketiga dalam masa dua tahun. Perjanjian termasuk jaminan keuntungan selepas cukai (PAT) RM2.5 juta untuk FYE2025 dan RM3 juta untuk FYE2026.
√ RM4.00 juta (10%) dibayar semasa pelaksanaan perjanjian.
√ RM33.25 juta dibayar pada tarikh penyiapan.
√ RM2.75 juta (Retained Purchase Consideration) dibayar tertakluk kepada pencapaian jaminan keuntungan.
✅ Revenue Group Berhad memberikan jaminan bahawa Innov8tif Group akan mencapai:
√ RM2.50 juta keuntungan selepas cukai (PAT) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
√ RM3.00 juta PAT bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.
✅ Pengambilalihan selesai pada Mac 2025 (atau suku kedua 2025), menjadikan Innov8tif sebagai anak syarikat NexG Berhad.
✅ Selepas itu, nama syarikat induk ditukar kepada MyNasional eKYC Holdings Sdn Bhd (dahulu Innov8tif Holdings).
✅ Integrasi dengan NexG bertujuan menggabungkan teknologi ID assurance Innov8tif dengan penyelesaian biometrik dan keselamatan ICT Datasonic/NexG, meningkatkan perkhidmatan onboarding pelanggan dan pencegahan penipuan di sektor kewangan, telekom, dan fintech.
-----
Kontroversi dan skandal
💥 Jualan Berulang Kali dengan Markup Tinggi (Asset Flipping)
Innov8tif Holdings telah ditukar tangan sebanyak lima kali dalam tempoh kurang dari lima tahun (2021-2024), dengan setiap transaksi melibatkan markup harga yang ketara.
Sep 2021 - dibeli Securemetric Bhd
Feb 2021 - dibeli Green Packet Bhd
Jan 2023 - dibeli Hong Seng Consolidated
Mei 2023 - dibeli Revenue Group Bhd
Nov 2024 - dibeli Datasonic Group Bhd (kini NexG)
√ Hong Seng Consolidated memperoleh 51% kepentingan pada 31 Januari 2023 untuk RM30.9 juta, tetapi menjualnya kepada Revenue Group pada 12 Mei 2023 (hanya 10 hari selepas perjanjian menjadi tidak bersyarat) dengan keuntungan RM5.15 juta.
√ Hong Seng hanya membayar RM3.09 juta daripada jumlah RM30.86 juta ketika penjualan dilakukan, dengan baki RM24.41 juta masih belum dibayar.
√ Hong Seng mendakwa "tiada pengalaman dalam industri digital" dan perlu tempoh perkembangan yang panjang.
💥 Pertikaian Korporat dan Tuduhan Penipuan
√ Teh Chee Hoe (Pengarah Eksekutif Revenue Group) dan Leong Seng Wui (bekas Pengarah Urusan Green Packet) didakwa menjadi "agen" untuk Hong Seng Consolidated.
√ Terdapat dakwaan bahawa Teh Chee Hoe terlibat dalam urus niaga saham Green Packet yang juga dikaitkan dengan Hong Seng Capital.
√ Pihak berkuasa seperti Bursa Malaysia, Unit Jenayah Komersial PDRM, dan SPRM digesa untuk menyiasat kemungkinan penipuan.
💥 Isu Kepentingan Bertindih (Conflict of Interest)
√ Leong Seng Wui merupakan bekas Pengarah Eksekutif Green Packet yang memperoleh Xendity (kemudian dijual kepada Innov8tif) sebelum menjadi terlibat dalam Revenue Group
√ Teh Chee Hoe juga merupakan Ketua Teknologi Revenue Group yang memainkan peranan utama dalam pengambilalihan Innov8tif.
💥 Skandal Victor Chin Boon Long dan Francis Leong See Wui
√ Menurut sumber penyiasatan, Innov8tif menjadi sebahagian daripada rangkaian syarikat yang dikawal oleh Victor Chin Boon Long (dakwaan "Corporate Mafia" Malaysia) dan Francis Leong See Wui.
√ Francis Leong See Wui telah ditahan (remand) selama lebih dari 10 hari untuk membantu siasatan kesalahan pengubahan wang haram, penipuan korporat, dan manipulasi saham.
√ Innov8tif didakwa telah "dijual lebih dari empat kali" kepada syarikat tersenarai awam pada nilai "markup" yang berlebihan sebagai sebahagian daripada skema pengembangan aset (asset-inflation scheme) untuk mengitar semula dana haram.
√ Terdapat dakwaan bahawa Victor Chin menggunakan syarikat tersenarai yang dikawalnya untuk membeli aset sendiri pada harga tinggi.
💥 Francis Leong See Wui didakwa terlibat dalam:
- Pengambilalihan bermasalah di Green Packet Bhd.
- Pengambilalihan Classita Holdings Bhd (kini NexG Bina Bhd).
- Pengambilalihan Revenue Group Bhd.
- Pengambilalihan Hong Seng Consolidated Bhd.
💥 Penilaian dan Keuntingan yang Dipertikaikan
- Securemetric membayar RM4 juta untuk 10% saham (menilai Innov8tif pada RM40 juta) pada tahun 2021 berdasarkan keuntungan bersih 2020 sebanyak RM509,876 dan nilai aset bersih RM1.8 juta.
- Pada tahun 2022, Innov8tif Solutions mencatatkan hasil RM12.57 juta tetapi keuntungan bersih hanya RM477,385.
- Walau bagaimanapun, penilaian terus meningkat kepada RM36 juta (Revenue Group) dan RM40 juta (Datasonic) walaupun prestasi kewangan tidak konsisten.
💥 Jaminan Keuntungan yang Tidak Realistik dalam pengambilalihan oleh Datasonic:
- Revenue Group memberikan jaminan keuntungan RM2.5 juta untuk FY2025 dan RM3 juta untuk FY2026.
- Tapi, Innov8tif Holdings mencatatkan kerugian selepas cukai RM0.91 juta bagi tempoh 18 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.
- Bagi tempoh 8 bulan berakhir 31 Ogos 2024, keuntungan hanya RM1.40 juta.
- Terdapat keraguan sama ada jaminan keuntungan RM5.5 juta dalam dua tahun dapat dicapai.
💥 Isu Pendedahan Bursa Malaysia
√ Terdapat dakwaan bahawa pengumuman remand Francis Leong See Wui selama 11 hari tidak didedahkan oleh syarikat-syarikat tersenarai yang terlibat, walaupun ia merupakan maklumat material.
√ Bursa Malaysia telah mengemukakan senarai pertanyaan tambahan kepada Datasonic mengenai asas penilaian dan kewajaran jaminan keuntungan.
💥 Bursa Malaysia meminta penjelasan terperinci mengenai:
- Kaitan antara jaminan keuntungan RM5.5 juta dengan harga pembelian RM40 juta.
- Asas dan andaian yang digunakan oleh PKF Covenant dalam penilaian RM38.51 juta.
- Mengapa metodologi DCF (Discounted Cash Flow) digunakan walaupun terdapat pandangan berbeza dari Revenue Group.
- Butiran kontrak/konsultansi semasa Innov8tif.
💥 Menurut laporan Biometric Update, Innov8tif telah menjadi "kentang panas" (hot potato) dalam kalangan syarikat tersenarai Malaysia.
- Setiap pemilik baru memegang saham untuk tempoh yang sangat singkat sebelum menjualnya dengan keuntungan
- Pola ini mencetuskan spekulasi bahawa urus niaga ini lebih berkaitan dengan manipulasi pasaran dan pengitaran dana berbanding pelaburan strategik jangka panjang.
💥 Kesan kepada Syarikat Terkini
- NexG Bhd (kini pemilik Innov8tif) menghadapi kerugian nilai saksama RM145.6 juta pada suku ketiga 2025 berikutan pelaburan yang dipertikaikan, termasuk dalam Innov8tif.
- Pengarah Urusan NexG, Datuk Hanifah Noordin, telah digantung tugas sementara waktu siasatan dalaman dijalankan.
.
***Kesemua isu ini telah menarik perhatian Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC), dan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang, walaupun tindakan undang-undang yang ketara masih belum diumumkan setakat ini. ***
No comments:
Post a Comment