Kontroversi Februari yang lepas, apabila Bloomberg News melaporkan bahawa Tan Sri Azam Baki memegang sekitar 17.7 juta unit saham di sebuah syarikat perkhidmatan kewangan yang bernilai hampir RM800,000.
Walaupun Azam Baki menegaskan tiada salah laku dan semua aset telah diisytiharkan dengan betul, isu ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat tentang sejauh mana penjawat awam boleh terlibat dalam pasaran saham tanpa mencetuskan konflik kepentingan.
Berikutan dari isu itu, Kabinet mengarahkan satu jawatankuasa khas dianggotai tiga penjawat awam kanan untuk menyiasat perkara tersebut.
Walaupun laporan rasmi siasatan belum dibuka kepada umum dan Azam Baki sendiri telah bersara pada bulan Mei lepas, impak daripada kes ini telah melahirkan pekeliling yang baru.
Salah satunya mengubah suai peraturan pegangan saham dan pengisytiharan harta bagi penjawat awam.
Pekeliling baru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah ditandatangani dan bertarikh pada 16 Jun 2026. (berkuatkuasa serta merta)
Antara garis panduan yang ditetapkan:
Had Siling Syarikat Tunggal - Penjawat awam boleh beli saham syarikat tempatan asalkan tidak melebihi 5% daripada modal berbayar syarikat ATAU bernilai RM300,000 (mana-mana yang lebih rendah).
Kenaikan Had Nilai - Kalau dulu had nilai maksima hanyalah RM100,000, sekarang had nilai dinaikkan tiga kali ganda kepada RM300,000 untuk disesuaikan dengan keadaan ekonomi semasa.
Had Kumulatif - Keseluruhan (kumulatif) pegangan saham seseorang pegawai awam dalam mana-mana syarikat pun tidak boleh melebihi RM300,000 secara total.
Kemasukan Aset Digital - Pekeliling kali ini juga sudah mula menetapkan peraturan bagi pelaburan aset digital (seperti mata wang kripto)
Bagaimana kalau nak melabur lebih?Sesiapa yang mahu melabur melebihi had ini perlu memohon kelulusan khas daripada pihak atasan, termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau Perdana Menteri sendiri.
Nampak seperti satu usaha pembaharuan, tetapi akan ada juga pihak yang mengambil kesempayan terdapat beberapa kelemahan ketara (loopholes) yang ada.
PERSOALAN
(1) Adakah akan wujud kuasa budi bicara (discretionary of power) yang mutlak dan tidak telus?
(2) Adakah akan wujud "Selective Approval" bagi mereka yang mohon pegangan lebih RM300, 000?
(3) Adakah akan wujud konflik berkepentingan?
(4) Siapa yang akan menyemak kelulusan yang diberikan oleh Perdana Menteri atau KSN?
No comments:
Post a Comment