Masa ditemuramah oleh Bloomberg Gibran memberi alasan, "I think I just did it to survive ".
Pada peringkat awal, eFishery masih belum ada penipuan besar. Gibran masih menggunakan prestasi sebenar untuk menarik pelabur impact seperti Aqua-Spark.
Dan bermula akhir tahun 2018, bila eFishery hampir bangkrap Gibran mula membuat strategy "house of card" atau perancangan yang merugikan beberapa pengurus wang terkenal dunia ratusan juta dollar.
Selepas enam tahun buat dua set akaun, eFishery menjadi syarikat yang paling cemerlang di Asia dengan penilaian USD1.6 billion, mempunyai 2000 pekerja dan mendapat gelaran "unicorn".
Bukan itu saja, selepas hampir 12 tahun beroperasi, eFishery ada perancangan untuk menjadi syarikat tersenarai di Bursa Saham Indonesia (IDX) melalui tawaran awam permulaan (IPO). Plan ini dikatakan akan direalisasikan sebelum 2029.
🔸Kaedah Menipu Pelabur eFishery (2018 - 2024)
1. Revenue dikembungkan atau digelembungkan sehingga 4 - 5 kali (contoh: 9 bulan 2024 pendapatan dilaporkan sebanyak US$752 juta, sebenarnya hanya US$157 juta).
2. Mendakwa ada 400,000+ eFeeder yang aktif, sebenarnya hanya 24,000 sahaja.
3. Shell Company & Round Tripping - Mencipta shell company untuk buat transaksi palsu, memalsukan invoice, kontrak, dokumen keeangan, dan “jual beli” sesama syarikat sendiri dengan lebih 5000 akaun. Dokumen² palsu kemudian digunakan untuk meyakinkan juruaudit (PwC dan Grant Thornton) serta pelabur bahawa transaksi tersebut adalah sah.
4. Fake Farmer Partnerships dengan mengatakan ribuan petani aktif, sebenarnya ramai yang tidak aktif atau pun tidak wujud.
5. Manipulasi semasa Pitching dengan gunakan nombor palsu untuk buat projection pertumbuhan yang luar biasa (“lebih besar daripada Grab di sektor akuakultur”) sehingga pelabur besar datang kerana takut ketinggalan.
- Temasek CEO sendiri WhatsApp Gibran untuk sertai pusingan pelaburan dalam eFishery. SoftBank, Peak XV, dan 42X Fund ikut serta untuk melabur. Ini menarik pelabur lain (seperti KWAP) yang “ikut” lead investor.
6. Laporan kewangan diaudit oleh firma besar (tapi berdasarkan data palsu).
7. Site visits dilakukan, tetapi menggunakan senarai petani yang disediakan eFishery.
8. Hype unicorn dengan naratif impak sosial sangat kuat. (Contoh, mahu membantu para penternak).
9. Tekanan "Venture Capitalist" (VC) untuk “growth at all costs” menyebabkan due diligence kurang mendalam.
Dalam dunia VC, "Growth at all Costs" merupakan satu masalah. Ia adalah tekanan yang sangat tinggi untuk mencapai pertumbuhan atau untung secepat mungkin di mana;
- VC perlu membuktikan kepada pelabur mereka (fund mereka) bahawa portfolio mereka sedang "berkembang dengan pantas".
- Valuation (penilaian) syarikat ditentukan berdasarkan revenue growth dan user growth, bukan keuntungan sebenar.
- Ini menyebabkan ramai founder (seperti Gibran) merasakan mereka terpaksa memaparkan nombor yang cantik setiap pusingan, walaupun dengan manipulasi angka-angka perakaunan.
Kalau kita tengok dalam kes eFishery, Gibran perlu tunjukkan revenue dan pertumbuhan yang semakin meningkat tinggi sehingga dia sanggup memanipulasi data. Pelabur VC besar seperti (SoftBank, Temasek, Peak XV, 42X Fund) juga turut terpengaruh dengan naratif pertumbuhan yang cepay ini, menyebabkan due diligence mereka kurang mendalam dan terlalu bergantung pada nombor yang diberikan eFishery.
🔸Ada beberapa eksekutif kanan yang terlibat dalam manipulasi data:
- Angga Hadrian Raditya (VP Corporate Finance & Investor Relations) yang bertanggungjawab mengurus rekod kewangan palsu sejak 2020.
- Tubagus Tommy Apriadi (Head of Financial Controller) yang mengawasi buku akaun sebenar.
- Wirabhama Kirana (Head of Corporate Planning) yang mengurus buku akaun luaran (palsu).
Menjelang saat kejatuhan eFishery, skandal penipuan Gibran telah tersebar ke seluruh dunia melalui "shell company" dan akaun yang "dilebih-lebihkan".
Menurut siasatan dalaman, eFishery melaporkan pendapatan untuk sembilan bulan pertama pada tahun 2024 ialah USD752 juta. Tetapi hakikatnya, pendapatan eFishery hanya USD157 juta sahaja.
Skandal eFishery ini telah membuatkan beberapa firma pelaburan (venture capitalists) terkenal di dunia "tertangkap" atau "deception caught" atau bahasa pasarnya ialah "terkantoi" termasuklah SoftBank Group Corp, Temasek Holdings, 42XFund Abu Dhabi dan Modal Sosial Chamath Palihapitiya ke Sequoia India dan Asia Tenggara (kini Puncak XV).
Ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap ego, "groupthink" (pemikiran kelompok) dan berapa banyak "redflag" yang terlepas dalam menyokong "business darling" (syarikat kegemaran industri).
Akibatnya, at least, USD300 juta kerugian yang terpaksa dihadapi oleh para pelabur.
eFishery gagal bukan kerana masalah perniagaan atau teknologi, tetapi disebabkan oleh penipuan kewangan berskala besar yang sistemik dan berlarutan hampir enam tahun.
Skandal ini bukan dikesan semasa audit atau pemeriksaan pelabur, tetapi oleh seorang whistleblower yang mendekati seorang ahli lembaga pengarah pada November 2024. Ini menunjukkan betapa lemahnya sistem pengawasan dalaman dan external eFishery sebelum pendedahan tersebut.
Menurut laporan dalaman berikutnya, ada aduan pemberi maklumat yang mendakwa salah laku kewangan dihantar kepada ahli lembaga pada akhir November 2024.
Mengikut senarai dalam Tracxn, Crunchbase, Dealroom, PitchBook & laporan media 2025 - 2026 eFishery mempunyai 28 hingga 29 pelabur keseluruhan. Semua pemegang saham adalah pelabur yang menyertai pelbagai pusingan pembiayaan.
Antaranya ialah, Aqua-Spark, Wavemaker Partners, Northstar Group, SoftBank Vision, Temasek, Sequoia Capital India (Peak XV), 42XFund (G42 Expansion Fund), KWAP (Kumpulan Wang Persaraan), responsAbility Investments, 500 Global, Go-Ventures (GO VC), Argor Capital, PT Bank DBS Indonesia, PT Bank HSBC Indonesia, InnoVen Capital, Ideosource, GSMA Ecosystem Accelerator, Norinchukin Bank, ADQ, Triputra Group, Endeavor etc.
Goldman Sachs pula bertindak sebagai penasihat kewangan (exclusive financial advisor) untuk eFishery.
Ada pelabur yang hanya melabur sekali, ada pelabur yang melabur lebih dari satu pusingan.
Gibran menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pelabur pada peringkat awal.
Aqua-Spark (Belanda) merupakan pelabur pertama eFishery yang memimpin pusingan Seed USD550,000 pada 2015 dan yang paling teruk terjejas.
Mengikut laporan Bloomberg, pada Mei 2018, Aqua-Spark menawarkan USD1.5 juta untuk pusingan Siri A dalam tiga peringkat (tranches), dengan syarat bahawa pelabur lain perlu menyumbang USD500,000 bagi peringkat terakhir.
Tetapi, Gibran Huzaifah gagal mendapatkan pelabur tambahan. Akhirnya, Aqua-Spark melaburkan keseluruhan USD1.5 juta sendiri.
Northstar Group dan Wavemaker Partners merupakan antara pemegang saham terbesar di dalam eFishery.
🔸Sebelum skandal penipuan terdedah, segala aktiviti syarikat dan akaun eFishery dikawal oleh:
1. Gibran Huzaifah (Pengasas & CEO) - adalah orang yang paling berkuasa. Dia sendiri yang mengaku memulakan dan mengurus manipulasi data kewangan sejak akhir 2018. Pada April 2024, Gibran mengambil alih jawatan Interim CFO selepas CFO sebelumnya, Dhianendra Laksmana meletak jawatan dengan alasan “personal reasons”.
2. Chrisna Aditya (Pengasas & Chief Product Officer / Co-Founder yang turut digantung bersama Gibran. Chrisna terlibat dalam pengurusan operasi syarikat.
3. Lembaga Pengarah (Board of Directors) di mana BOD ini diketuai oleh wakil pelabur besar termasuk:
- Wakil daripada Aqua-Spark (Amy Novogratz / Mike Novogratz)
- Wakil daripada Temasek, SoftBank, Northstar Group, Peak XV dan lain-lain.
- Lembaga ini sepatutnya mengawasi CEO, tetapi gagal mengesan fraud sehingga whistleblower muncul.
4. Auditor Luar ialah Grant Thornton yang mengaudit penyata kewangan 2022 dan tahun-tahun sebelumnya dan PricewaterhouseCoopers (PwC) yang hampir menandatangani audit terkini sebelum skandal meletup.
5. Firma Due Diligence & Surveyor dilantik oleh pelabur termasuk Kroll untuk background check.
Walaupun ada Lembaga Pengarah dan auditor luar, kuasa sebenar mengawal akaun dan aktiviti harian adalah di tangan Gibran Huzaifah (dengan kerjasama beberapa eksekutif kanan). Fraud berjaya berlaku kerana governance lemah di mana lembaga pengarah terlalu bergantung pada maklumat yang diberi oleh pihak pengurusan.
Pada 11 Disember 2024, selepas whistleblower bertindak baharulah Gibran mengaku sendiri kepada lembaga pengarah mengenai penipuan kewangan yang telah dibuat.
Bersambung... Bagaimana "Round Tripping" dibuat?
***Artikel ditulis berdasarkan laporan dari Bloomberg, International Finance, The Diplomat, Saint Clair, Indonesia Business Post, Business Times, The Edge Malaysia, Seafood Source, The Malaysian Reserve, The Corporate Secret, Forbes, Stratsea, People Matters Global, The Jakarta Post, Viet Fish Magazine, Green Queen HK, Aqua Asia Pac, AD Funder News, Origin Kompas TV, New Atlas, Commerce Marketplace, Wikipedia.
No comments:
Post a Comment