Pages

Urusniaga RM3.8 billion THIP (Part 1)



PT TH Indo Plantations (THIP) adalah salah satu daripada 14 pelaburan bermasalah yang dikenal pasti dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). THIP dikaitkan dengan kerugian bernilai berbillion ringgit kepada Tabung Haji. 

◾ Disenaraikan dan dicadangkan bersama dengan investment lain seperti Putrajaya Perdana, FGV dan Trurich untuk dibuat audit forensik bagi meneliti keputusan pelaburan yang telah dibuat yang menyebabkan kemerosotan nilai aset yang teruk. 

◾ Pada tahun 2012, LTH menjual 95% sahamnya dalam PT TH Indo Plantations kepada PT Borneo Pacific, sebuah private company Indonesia yang tidak tersenarai di bursa saham dengan transactions value sebanyak US$910 juta (kira-kira RM3.8 billion). 

◾ Ini adalah perjanjian urus niaga terbesar dalam sektor perladangan Asia pada ketika itu. PT Borneo Pacific dikawal oleh seorang taikun Indonesia yang bernama Alexander Thaslim yang tidak diketahui dan tidak dikenali latar belakangnya dalam industri perladangan. 

◾ PT Pacific Borneo / Borneo Pacific Investment adalah syarikat yang terlibat dalam Sektor Pelaburan & Logistik, di bawah Borneo Pacific Group. Berfungsi sebagai syarikat pemegang saham (holding company) dan entiti pelaburan strategik untuk take over dan joint venture dengan pelabur antarabangsa. Kemudian melancarkan lagi mereka punya supply chain, syarikat ini juga mengendalikan perkhidmatan pengangkutan darat dan laut untuk pengedaran komoditi seperti arang batu dan minyak sawit. 


⛔ KENAPA TH JUAL KEPADA SYARIKAT YANG TIDAK TERSENARAI? 

- Memilih untuk jual aset berbillion ringgit kepada sebuah syarikat yang tidak tersenarai, tidak dikenali, dan dikawal pula oleh seorang taikun perniagaan Indonesia yang tiada latar belakang perladangan? Ini adalah penjualan aset negara, dan penjualan pula melalui institusi kewangan Islam terbesar Malaysia) kepada pihak yang kredibilitinya tidak dapat disahkan? 

- Kalau TH betul-betul hendak menjual THIP, kenapa tidak melalui tender terbuka? Atau jual sahaja kepada syarikat perladangan antarabangsa? Tindakan untuk buat urus niaga secara tertutup dengan PT Borneo Pacific dah cetuskan tanda tanya tentang integriti proses pemilihan pembeli. 

◾ Urus niaga pada tahun 2018, enam tahun selepas perjanjian urus niaga, TH masih belum lagi terima bayaran penuh US$910 juta daripada PT Borneo Pacific. Menurut sumber (seperti yang tertulis dalam The Edge) TH sebenarnya memperoleh “jauh lebih sedikit” daripada apa yang sepatutnya, walaupun diskaun dah diberi. 

◾ Harga jualan asal ialah US$910 juta(kira2RM2.82 billion. Potongan harga sebanyak US$100 juta (kira2 RM310 juta). Harga jualan akhir selepas diskaun ialah US$810 juta (kira2 RM2.51 billion). 

- Peliknya macam mana sebuah institusi kewangan yang besar seperti TH boleh biarkan pembeli tidak menyelesaikan bayaran atau buat pembayaran selama enam tahun? Ini bukan macam kita pinjam di kedai runcit masuk buku tiga lima. Ini melibatkan transaksi urus niaga yang bernilai RM3.8 billion. 

- Kalau pembeli tidak boleh atau gagal bayar, TH sepatutnya terus tamatkan perjanjian dan rampas balik deposit (earnest deposit) sebanyak US$18.2 juta masa awal perjanjian. 

- Sebenarnya, Perjanjian Asal tahun 2012 pada harga USD 910 juta. Pihak PT Borneo Pacific telah membayar USD 18.2 juta. Kemudian PT Borneo Pacific gagal membayar baki bayaran mengikut jadual yang ditetapkan. Bila dah lewat, pihak pengurusan Tabung Haji pada masa itu pergi luluskan pelanjutan tempoh dan beri diskaun USD 100 juta. Jadi harga diturunkan kepada USD 810 juta. 

◾ Mengikut laporan polis yang dibuat oleh TH, Tan Sri Ismee Ismail dikatakan telah menyembunyikan hak TH untuk tamatkan perjanjian dan merampas deposit tersebut dari lembaga pengarah. Pada pendapat saya, ini adalah satu pengkhianatan amanah. Sebagai CEO TS Ismee Ismail sepatutnya mendahului dan melindungi kepentingan TH dan penabung / pendeposit TH. 

◾ Kenapa menyembunyikan hak TH untuk ambil tindakan undang-undang? Apa motif sebenar? Adakah terdapat unsur-unsur kepentingan peribadi? 


⛔ PADA 10 FEBRUARI 2014

Dalam satu mesyuarat lembaga pengarah, Ismee Ismail dikatakan telah mencadangkan supaya lembaga pengarah TH memindahkan semua saham THIP kepada sebuah nominee PT Borneo Pacific, iaitu PT Nusa Prima Energi yang merupakan SPV (special purpose vehicle) kepada PT Borneo Pacific. Owned by Alexander Thaslim. (Kita akan cerita tentang Alexander Thaslim di posting yang berasingan). 

- Okay, dalam urusniaga jualan 95% saham PT TH Indo Plantations (THIP) oleh TH, PT Borneo Pacific adalah pembeli utama (purchaser). Tapi, pegangan saham THIP tersebut telah dipindahkan nama pemilik kepada PT Nusa Prima Energi yang dilantik sebagai penama (nominee) on behalf of PT Borneo Pacific. 

- Masalahnya di sini ialah pindahan saham kepada PT Nusa Prima Energi dibuat sebelum PT Borneo Pacific selesaikan bayaran harga jualan (Tukar nama sebelum habis bayar). 

- Tindakan pindahkan pegangan saham kepada PT Nusa Prima Energi telah menyebabkan anak syarikat TH (TH Indopalms Sdn. Bhd dan TH Indo Industries Sdn. Bhd terlepas pegangan (relinquished rights) ke atas aset THIP secara perundangan dan kemudiannya menyebabkan kerugian dan hilang deposit sebanyak USD 18.2 juta. 

- Bila nama pada saham THIP sudah bertukar kepada PT Nusa Energi, secara rasminya PT Nusa Energi menjadi pemilik ladang. Dan bila PT Borneo Pacific gagal jelaskan baki bayaran, TH dah tidak ada kuasa untuk ambik balik ladang tersebut sebab sahamnya sudah secara sah didaftarkan atas nama PT Nusa Energi. 

◾ Ismee Ismail, Hazlina Mohd Khalid, Rifina Md Ariff dikatakan tidak mendedahkan yang tindakan memindahkan saham tersebut akan melepaskan hak TH ke atas saham THIP. 

◾ Pada aku, ini adalah tindakan yang bodoh. Kalau bukan bodoh tak tahu lah nak kata apa. Serahkan aset yang bernilai berbillion ringgit kepada pihak ketiga tanpa dapat bayaran penuh. 

◾ Bayangkan, TH ada 83,000 hektar ladang kelapa sawit dan tiba-tiba sahamnya dipindahkan kepada “penama” pembeli yang masih berhutang ratusan juta ringgit kepada TH. Kalau ini bukan satu kebodohan, makanya ada mungkin ini adalah tindakan penipuan (fraud). 

◾ Sebagai legal advisor dan senior corporate manager, Hazlina dan Rifina sepatutnya memastikan setiap tindakan perlu mematuhi undang-undang demi melindungi kepentingan TH. Tapi, apa yang jadi? Mereka dikatakan terlibat menyembunyikan maklumat dari lembaga pengarah. Kalau betul, maksudnya mereka berkomplot bersama untuk serahkan aset TH free je kepada pihak asing. 

◾ TH mendakwa disebabkan tindakan ini, TH Indopalms Sdn. Bhd dan TH Indo Industries Sdn. Bhd (pemegang saham THIP) telah rugi sebanyak USD 18.2 juta (RM75.8 juta) earnest deposit yang tidak dapat dirampas dan baki harga pembelian yang masih tertunggak RM11,650,105. 


⛔ BODOH BODOH BAYAR REDEMPTION SUM

TH dakwa pihak pengurusan TH telah membayar redemption sum kepada Maybank Islamic Bhd. Ini adalah jumlah yang sepatutnya dibayar oleh PT Borneo di bawah Oerjanjian Jual Beli Bersyarat (CSPA). Ismee dikatakan telah memaklumkan kepada lembaga pengarah yang TH perlu mengesahkan pendahuluan (advance) sebanyak USD 178.6 juta (RM744 juta) yang diberikan kepada THIP untuk tujuan redemption kemudahan Maybank Islamic atas nama PT Borneo. 

◾ Okay macam ni, sebelum Ladang THIP dijual, anak syarikat tersebut ada hutang dengan Maybank Islamic Bhd. Sepatutnya PT Borneo Pacific yang selesaikan hutang (redemption sum) kepada bank sebagai sebahagian daripada syarat untuk dapat hak milik ladang. Dan syarat ini telah dipersetujui dan ada dalam Perjanjian Jual Beli Bersyarat (CSPA). 

◾ Kalau PT Borneo Pacific tidak bayar, mereka telah dianggap melanggar syarat utama perjanjian (material breach). Kalau material breach berlaku TH berhak secara undang-undang untuk tamatkan perjanjian dan rampas balik deposit USD 18.2 juta. 

◾ Tapi, apa yang jadi bila PT Borneo tak bayar jumlah redemption sum, TH bukan saja tak tamatkan perjanjian itu satu hal. Pihak pengurusan dibawah TS Ismee Ismail didakwa telah menggunakan duit TH sendiri untuk dahulukan bayaran USD 178.6 juta (RM744 juta) kepada Maybank Islamic bagi pihak PT Borneo.

◾ Duit itu pula dibayar kepada THIP/Maybank tanpa kelulusan rasmi Lembaga Pengarah TH. Lembaga Pengarah TH hanya dimaklumkan kemudian (post-facto) untuk pengesahan (ratification). 

◾ Kiranya pihak pengurusan TH gunakan duit sendiri untuk selamatkan pembeli (PT Borneo) daripada pelanggaran kontrak jual beli yang akhirnya merugikan penabung/pendeposit TH. Untung PT Borneo dapat faedah first class dari TH. TH yang sibuk selesaikan hutang pembeli.

◾ Dalam urusniaga yang “logik” biasanya, biarlah pembeli yang berhutang dengan bank. Penjual tidak bertanggungjawab ke atas hutang pembeli. Urusniaga jenis apakah ini? Adakah ini urus niaga jual beli atau ini adalah hadiah berbillion ringgit kepada Alexander Thaslim dan PT Borneo Pacific?


⛔ MAKLUMAT PEMBAYARAN YANG SALAH

◾ 12 Disember 2012, Ismee Ismail dikatakan telah memberitahu TH bahawa bayaran USD 81.8 juta boleh dibayar pada 31 Mac 2013, sedangkan sepatutnya PT Borneo wajib bayar USD 81.8 juta pada 14 Disember 2012. Kalau PT Borneo gagal bayar pada 14 Disember 2012, TH ada hak secara sah untuk membatalkan kontrak dan rampas deposit USD 18.2 juta dari PT Borneo. 

◾ Jadi, Ismee Ismail ketika itu didakwa telah memberikan maklumat yang salah/mengelirukan kepada Lembaga Pengarah TH dengan menyatakan yang pembeli (PT Borneo) boleh bayar lambat - 31 Mac 2013. 

◾ Disebabkan tarikh itu diberikan kepada mesyuarat Lembaga Pengarah, TH tidak menguatkuasakan haknya untuk tamatkan perjanjian dan tidak dapat rampas USD 18.2 juta bila PT Borneo t gagal jelaskan bayaran pada 14 Disember 2012.

◾ Kemudian, dalam mesyuarat lembaga pengarah 9 April 2014, Ismee Ismail dikatakan telah menyatakan yang USD 280 juta (RM1. 2 billion) telah dibayar kepada THIP. Tapi, tiada pengesahan bahawa jumlah tersebut telah diterima. 


⛔ MENIPU LEMBAGA PENGARAH

◾ Ismee telah menipu tentang tarikh pembayaran - mengubah tarik dari 14 Disember 2012 kepada 31 Mac 2013. Ini telah meluputkan hak TH untuk merampas balik deposit. 

◾ Ismee telah menipu lembaga pengarah tentang jumlah pembayaran dengan mendakwa USD 280 juta telah dibayar sedangkan tidak ada bukti penerimaan bayaran. 

◾️ Kalau betul Ismee Ismail sengaja menipu lembaga pengarah, ini maksudnya “penipuan bersekongkol” (fraudulent misrepresentation). 

Sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang yang memegang amanah tertinggi dalam TH. 


#TabungHaji
#RCITabungHaji 
#CorporateGovernance

No comments:

Post a Comment