Sebelum dikenali sebagai Zetrix AI, syarikat ini ialah MY E.G. Services Berhad. MYEG ditubuhkan pada tahun 2000, dengan fokus utama kepada perkhidmatan e-Kerajaan. Antara perkhidmatan yang menjadikan MYEG dikenali ialah urusan seperti:
- pembaharuan cukai jalan;
- insurans kenderaan;
- lesen memandu;
- perkhidmatan Jabatan Imigresen;
- perkhidmatan berkaitan pekerja asing;
- dan pelbagai transaksi kerajaan secara dalam talian.
MYEG kemudian disenaraikan di MESDAQ Market Bursa Malaysia pada 16 Januari 2007, sebelum berpindah ke Main Market pada 7 Januari 2009.
SIAPA TS WONG?
TS Wong ialah Wong Thean Soon atau TS Wong ialah pengasas bersama dan tokoh utama di belakang MYEG/Zetrix.
Menurut laman rasmi Zetrix, TS Wong ialah co-founder Zetrix dan juga co-founder MY E.G. Services. Berlatarbelakangkan kejuruteraan elektrik dari National University of Singapore.
Selama bertahun-tahun, kekuatan utama MYEG ialah model e-Kerajaan. Tapi apabila landscape teknologi berubah, kumpulan ini mula bergerak ke bidang baharu iaitu:-
Blockchain + AI + Digital Identity + Web3 + Robotics.
Pada 2021, blockchain Zetrix mula dibangunkan. Platform blockchain Zetrix dilancarkan pada pertengahan 2022 dan dikomersialkan secara lebih meluas selepas itu.
2025 MYEG - ZETRIX AI
Pada 3 Julai 2025, MY E.G. Services Berhad secara rasmi bertukar nama kepada ZETRIX AI BERHAD. Kod saham turut berubah daripada MYEG → ZETRIX tetapi nombor saham masih kekal sama. Perubahan nama itu mencerminkan peralihan daripada syarikat e-Kerajaan kepada kumpulan teknologi yang lebih luas berasaskan Web3 + AI + Blockchain + Robotics.
Pada FY2025, syarikat melaporkan hasil RM1.34 bilion dan keuntungan selepas cukai RM869.23 juta.
Jadi pada peringkat operasi, Zetrix BUKAN tidak menjana keuntungan. Persoalannya...
RM3.7 BILION PERGI KE MANA?
Menurut MARC Ratings, sejak pembangunan blockchain bermula pada Ogos 2021, Zetrix telah mengumpulkan RM3.7 bilion development expenditure sehingga akhir Jun 2026.
Jumlah itu mewakili kira-kira 56% daripada keseluruhan aset kumpulan.
The Edge pula melaporkan angka pembangunan:
FY2023: RM468 juta
FY2024: RM662 juta
FY2025: RM1.02 bilion
1H2026: RM970 juta
FY2023: RM468 juta
FY2024: RM662 juta
FY2025: RM1.02 bilion
1H2026: RM970 juta
Jumlah sekitar RM3.12 bilion.
Then kenapa angka kumulatif disebut sekitar RM3.7 bilion?
Sebabnya, angka RM3.7 bilion ialah pembangunan terkumpul sejak blockchain mula dibangunkan pada 2021, tapi angka The Edge di atas ialah perbelanjaan bagi tempoh-tempoh tertentu.
Skala pelaburan pembangunan Zetrix dah sangat besar dan The Edge mempersoalkan secara terbuka apa sebenarnya yang dibangunkan dengan jumlah tersebut, siapa penerima bayaran dan apakah hasil ketara daripada pembangunan itu.
ZETRIX AI "DEVELOPMENT COST"?
RM3.7 bilion bukan bermaksud RM3.7 bilion duit tunai hilang begitu sahaja. Atau cash burn secara melulu. Development expenditure (perbelanjaan pembangunan) yang memenuhi kriteria perakaunan boleh diiktiraf sebagai aset dan dilaksana secara gradual write-off sepanjang tempoh ia menjana hasil. Dalam laporan FY2025, Zetrix menjelaskan bahawa development costs merangkumi pembangunan:-
- platform Zetrix;
- aplikasi;
- modul JPJ;
- payment gateway;
- portal;
- teknologi berkaitan.
Pada akhir FY2025, development costs yang direkodkan kumpulan telah meningkat kepada sekitar RM2.85 bilion, daripada RM1.85 bilion pada FY2024.
Soalan: -
"Apakah aset teknologi yang telah terhasil daripada RM3.7 bilion tersebut, berapa yang sudah menjana pendapatan, berapa yang masih dalam pembangunan dan berapa lama ia boleh menghasilkan pulangan?"
HUTANG PULA SEMAKIN BESAR
Pada FY2021, pinjaman Zetrix berada sekitar RM160.5 juta Dan menjelang akhir Jun 2026 pinjaman Zetrix mencecah RM2.2 BILLION MARC Ratings menyatakan peningkatan hutang itu berkait dengan pembiayaan pembangunan AI dan blockchain. Dalam FY2025 sahaja, jumlah borrowings ialah sekitar RM1.68 bilion.
Zetrix AI Berhad juga mempunyai program sukuk sehingga RM2 bilion. Program Sukuk RM2 Bilion ialah Program Sukuk Wakalah (Islamic Medium Term Notes / IMTN). Had Saiz Program sehingga RM2.0 bilion.
Tujuan Terbitan Sukuk RM2 billion adalah untuk:
- Membiayai Perbelanjaan Modal (CAPEX) terutamanya pembangunan infrastruktur blockchain Zetrix, integrasi AI, dan nod rangkaian antarabangsa.
- Membiayai semula hutang sedia ada (refinancing).
- Modal kerja (working capital) dan tujuan korporat am.
PADA 1H2026 (the first half of the year 2026)
Jumlah aset Zetrix AI dalam RM6.65 bilion. Hutang sekitar RM2.2 bilion. Tunai & bank dalam RM541.6 juta dan Development costs: RM3.73 bilion.
Maksudnya, hampir 56% daripada aset berada dalam development costs. Kalau kita tengok ini tidak bermaksud syarikat bermasalah. Tapi ia menjadikan persoalan kualiti aset, kadar monetisasi dan pulangan terhadap modal semakin penting.
MARGIN CALL (AMARAN BAHAYA)
Pada 26 Ogos 2026, saham Zetrix ditutup sekitar 66 SEN. Dengan market capitalisation kira-kira RM5.2 BILLION. Kemudian, berlaku tekanan jualan besar.
The Edge melaporkan penjualan tersebut berpunca daripada margin call terhadap saham TS Wong yang dicagarkan, dengan TS Wong sendiri memberitahu penganalisis bahawa margin calls dan aktiviti short-selling memburukkan tekanan jualan.
Pada 2 September, saham mencecah sekitar 22 SEN. Penurunan daripada 66 sen, kira-kira -66.69%. Market cap jatuh daripada kira-kira RM5.2 bilion kepada RM1.7 bilion.
Sebelum selldown besar-besaran TS WONG mempunyai pegangan 29.49%.
- Direct: 15.19%
- Indirect: 14.30%
Pegangan tidak langsung itu melalui ASIA INTERNET HOLDINGS SDN BHD. Dalam beberapa hari sahaja, saham mula dijual untuk memenuhi tekanan margin. Pada 9 September, pegangan gabungan TS Wong sudah turun kepada 13.14%.
The Edge melaporkan bahawa Wong bersama Asia Internet telah menjual sekitar 1.245 bilion saham, bersamaan kira-kira 16.35% pegangan, dengan nilai transaksi sekitar RM321.34 juta.
Pada 17-18 SEPTEMBER 2026
TS Wong dan Asia Internet terus buat transaksi. Pada 18 September sahaja Asia Internet Holdings telah → jual 57 juta saham
Pada masa yang sama AIH → menerima 6.244 juta saham melalui DRP (Dividend Reinvestment Plan).
Akibat jualan tersebut, pegangan saham Asia Internet turun di bawah paras 5%. Disebabkan pegangan AIH tbawah 5%, AIH tidak lagi menjadi substantial shareholder secara berasingan.
DRP = DIVIDEND REINVESTMENT PLAN
Maksud DRP, daripada menerima dividen secara tunai, pemegang saham boleh memilih untuk menggunakan dividen tersebut bagi mendapatkan saham baharu.
Untuk FY2025: DIVIDEN = 2.89 SEN SESAHAM.
Harga terbitan saham baharu melalui DRP: RM0.67 SESAHAM.
Pilihan DRP diluluskan dalam AGM dan saham baharu melalui DRP dijadualkan diterbitkan pada 18 September. Pada ketika saham di pasaran jatuh jauh di bawah RM0.67, DRP masih menggunakan harga terbitan RM0.67.
ISU DIVIDEN 2.89 SEN
Dividen akhir ialah 2.89 SEN SESAHAM. Sepatutnya dibayar pada kepada SEMUA "Eligible Shareholders" Zetrix AI Berhad yang memilih untuk terima dividen secara "cash option" bukan tebus saham baru melalui DRP pada 18 SEPTEMBER 2026 tapi, pembayaran tunai tersebut ditangguhkan.
Sebabnya, berdasarkan Bursa Announcement, pada 14 September 2026, Mahkamah Tinggi KL telah keluarkan perintah injunksi ad-interim setelah kes yang difailkan oleh salah seorang pemegang saham utama (substantial shareholder) syarikat. Ini bertujuan untuk halang atau bekukan bayaran dividen tunai khusus bagi akaun-akaun CDS berkaitan pemegang saham utama.
Pemegang saham tersebut mendakwa nominee gagal melaksanakan arahan untuk memilih saham melalui DRP sebagai ganti dividen tunai. Jadi pembayaran tunai tersebut ditangguhkan sehingga 23 SEPTEMBER 2026 untuk asingkan akaun.
Zetrix tidak menamakan pemegang saham tersebut. The Edge kemudiannya mempersoalkan mengapa identiti pihak terbabit tidak didedahkan dan mengapa injunksi yang diperoleh pada 14 September hanya diumumkan pada 18 September. Itu adalah persoalan editorial The Edge, bukan kesimpulan bahawa terdapat salah laku.
DAN PADA 21 SEPTEMBER TS WONG JUAL LAGI
Pada 21 September, TS Wong → jual lagi 629,131 saham pada 20 sen.
Melalui Asia Internet TS Wong → jual 6.8 juta saham pada 19.7 sen.
Selepas transaksi diatas. Pegangan Langsung (DIRECT) TS Wong tinggal 488.33 juta saham (6.18%) dan Pegangan Tidak Langsung (INDIRECT) melalui AIH tinggal 377.77 juta saham (4.78%).
JUMLAH GABUNGAN PEGANGAN TS WONG MEROSOT KEPADA 10.97% daripada hampir 30% sebelum krisis dalam beberapa minggu sahaja.
Saham baharu terbitan DRP mula disenaraikan pada 21 September. Ditambah dengan tindakan jualan paksa (forced selling) TS Wong pada hari yang sama, penawaran saham baru membanjiri pasaran dan memusnahkan nilai sokongan harga.
Pada 26 Ogos 2026 harga saham → 66 sen
Pada 23 September 2026 harga saham → 18.5 sen
Kita nampak di sini penurunan HAMPIR 72%
Market capitalisation: dari RM5.199 billion → RM1.49 billion
Lebih kurang RM3.7 BILLION NILAI PASARAN TERHAKIS
The Edge melaporkan penurunan itu berlaku dalam tempoh kira-kira sebulan, ketika tekanan jualan terhadap saham Wong berterusan. Saham jatuh hampir 72%, Hutang naik kepada RM2.2 billion, Development Cost dalam RM3.7 billion.
PEGANGAN TS WONG sahaja jatuh daripada hampir 30% kepada 10.97%. Tapi pada masa sama HASIL 1H2026 ialah RM813 juta, KEUNTUNGAN BERSIH 1H2026 dalam RM539.8 juta dan OPERATING CASH FLOW RM557.4 juta.
Jadi, Syarikat masih mencatat keuntungan besar, tetapi pasaran sedang mempersoalkan struktur pembiayaan, nilai aset pembangunan, keperluan modal dan kestabilan pemegang saham utama.
MARC RATINGS MULA BERWASPADA
MARC ialah Malaysian Rating Corporation.
Pada September 2026, MARC Ratings meletakkan program RM2 bilion Islamic Medium-Term Notes Zetrix pada: MARCWATCH DEVELOPING
Sebabnya, pengurangan besar pegangan TS Wong. Pegangan saham merosot drastik akibat jualan paksa (forced selling) mewujudkan ketidaktentuan hala tuju kepimpinan dan kestabilan pemegang saham kawalan.
Penangguhan pembayaran dividen tunai 2.89 sen dan prosiding mahkamah berkaitan Dividend Reinvestment Plan (DRP) mencetuskan kebimbangan pasaran terhadap kecairan dan pengurusan aliran tunai syarikat.
Jadi, selepas kejatuhan 72% harga saham dan krisis jualan paksa TS Wong, MARC Ratings melangkah masuk dengan meletakkan Program Sukuk Wakalah RM2.0 bilion Zetrix AI di bawah status MARCWATCH DEVELOPING. Pendaftaran ini secara rasmi menandakan bahawa agensi penarafan kredit sedang menilai semula risiko kemampuan syarikat untuk membayar balik hutang Sukuknya di tengah-tengah krisis kecairan dan perubahan struktur pegangan syarikat."
Program sukuk itu mempunyai covenant yang memerlukan Wong kekal sebagai single largest shareholder. Bila pegangan TS Wong turun dengan cepat, buffer untuk memenuhi covenant itu turut mengecil. Penurunan pegangan mendadak TS Wong memberi kesan kepada struktur pembiayaan syarikat.
Pelabur meminjamkan wang RM2.0 bilion bukan sahaja berasaskan perniagaan Zetrix, tapi atas keyakinan terhadap visi, kepimpinan, dan rekod trek TS Wong. Kalau dia kehilangan kawalan syarikat, profil risiko perniagaan dianggap berubah secara drastik.
Kita boleh pecahkan krisis Zetrix kepada empat lapisan.
LAPISAN 1 - OPERASI
Syarikat masih mencatat hasil dan keuntungan yang tinggi.
Syarikat masih mencatat hasil dan keuntungan yang tinggi.
LAPISAN 2 - MODAL
Pelaburan dalam blockchain dan teknologi telah berkembang sangat besar.
LAPISAN 3 - HUTANG
Pembiayaan hutang meningkat dengan ketara untuk menyokong pengembangan.
LAPISAN 4 - PEMEGANG SAHAM
Pegangan TS Wong yang banyak dicagarkan terdedah kepada margin call apabila harga saham jatuh.
Apabila margin call berlaku:
Harga jatuh → nilai cagaran jatuh → saham dijual → bekalan saham meningkat → dan harga semakin tertekan.
Ini menghasilkan kitaran tekanan jualan. The Edge dan MARC mengaitkan sell-down 2026 dengan margin calls terhadap saham Wong.
SOALAN PENTING RM3.7 BILLION YANG PERLU DIJAWAB
- RM3.7 bilion itu secara terperinci dibelanjakan untuk projek apa?
- Berapa jumlah dibayar kepada pihak ketiga?
- Siapa vendor dan kontraktor utama?
- Berapa jumlah yang sudah siap dan digunakan secara komersial?
- Berapa yang masih dalam pembangunan?
- Berapa hasil yang telah dijana oleh aset-aset tersebut?
- Berapa lama tempoh untuk mendapatkan semula modal?
- Apakah jumlah yang dibiayai melalui hutang?
- Apakah jumlah yang dibiayai melalui cash flow operasi?
- Apakah risiko impairment sekiranya teknologi tersebut gagal menghasilkan pulangan seperti yang diunjurkan?
Menurut laporan The Edge, jualan tersebut berpunca daripada margin call terhadap saham yang dicagarkan.
TS Wong juga dilaporkan menjelaskan kepada penganalisis bahawa margin calls mencetuskan selldown dan tekanan itu diburukkan oleh short-selling.
International Finance Corporation (IFC)
Pada Februari 2026, International Finance Corporation (IFC), anggota World Bank Group, mengumumkan pelaburan sehingga US$40 juta / RM155.6 juta dalam Zetrix AI.
Pelaburan itu bertujuan menyokong pembangunan dan pengembangan aplikasi Digital Public Infrastructure berasaskan blockchain serta produk AI.
Jadi pada awal 2026 IFC masuk dan beberapa bulan kemudian saham jatuh hampir 72%. Pelaburan IFC bukan jaminan bahawa nilai saham akan kekal tinggi, tetapi ini buat kita lebih memahami kenapa Zetrix tidak boleh dikategorikan sebagai "syarikat gagal".
KRONOLOGI MYEG - ZETRIX AI
TAHUN 2000 - MYEG ditubuhkan.
16 JAN 2007 - Disenaraikan di MESDAQ Bursa Malaysia.
7 JAN 2009 - Berpindah ke Main Market.
2021 - Pembangunan blockchain Zetrix bermula.
2022 - Platform Zetrix dilancarkan.
2023 - Commercialization teknologi blockchain semakin berkembang.
2024 - Development costs meningkat dengan ketara.
2025 - MYEG mencatat hasil RM1.34 billion dan Profit After Tax(PAT) RM869.2 juta.
3 JULAI 2025 - MYEG rasmi menjadi Zetrix AI.
FEBRUARI 2026 - IFC mengumumkan pelaburan sehingga RM155.6 juta.
JUN 2026 - Development expenditure terkumpul sekitar RM3.7 bilion dan hutang sekitar RM2.2 bilion.
26 OGOS 2026 - Saham sekitar 66 sen.
27 - 28 OGOS - Tekanan jualan besar bermula & margin call mula menjadi isu utama.
2 SEPTEMBER - Saham sekitar 22 sen.
9 SEPTEMBER - Pegangan TS Wong turun kepada 13.14%.
18 SEPTEMBER - Isu injunksi mahkamah dan pembayaran dividen 2.89 sen.
18 SEPTEMBER - Asia Internet menjual 57 juta saham tetapi menerima 6.244 juta saham melalui DRP.
21 SEPTEMBER - TS Wong dan Asia Internet terus menjual saham
.
23 SEPTEMBER - Pegangan gabungan TS Wong turun kepada - 10.97% (Harga saham - 18.5 SEN)
Daripada e-Government kepada Blockchain kemudian AI + Web3 + Digital Identity + Robotics.
Transformasi itu datang bersama RM3.7 bilion development expenditure, RM2.2 bilion hutang, kebergantungan kepada pembiayaan, pegangan pengasas yang banyak dicagarkan, margin call, forced selling, kejatuhan saham hampir 72%, pertikaian berkaitan DRP dan dividen 2.89 sen.
BOLEHKAH ZETRIX MENUKARKAN RM3.7 BILLION DEVELOPMENT COST ITU MENJADI ALIRAN TUNAI DAN KEUNTUNGAN YANG BERTERUSAN?
RUJUKAN
1. The Edge — RM3.7 bilion Development Cost
The Edge: Zetrix AI must explain the RM3.7 bil development cost
2. The Edge — Questions abound about Zetrix AI
The Edge: Questions abound about Zetrix AI
3. MARC Ratings — RM3.7 bilion + RM2.2 bilion hutang
MARC Ratings: Zetrix AI placed on MARCWatch Developing
4. The Edge — TS Wong terus menjual saham
The Edge: TS Wong continues to sell shares in Zetrix AI
5. Bursa/Zetrix — Dividen 2.89 sen & DRP
Zetrix AI Investor Relations — Bursa Announcements
6. Pengumuman Zetrix — Injunction & DRP
Pengumuman Zetrix: 2.89 sen Dividend & DRP Upda
7. BusinessToday — Dividen 2.89 sen ditangguhkan
BusinessToday: Zetrix Major Shareholder Files Injunction To Prevent Final Dividend Payout
8. IFC / World Bank Group — Pelaburan US$40 juta
IFC Project Information: Zetrix AI
9. IFC — Pengumuman pelaburan RM155.6 juta
World Bank Group IFC Invests in Zetrix AI
10. Zetrix AI — Investor Relations
Zetrix AI Investor Relations




