◾️Kerajaan berkira-kira untuk menyelamatkan Air Asia kerana 60% pegangan pasaran domestik dipegang oleh Air Asia.
◾️Jangan terus serap AirAsia ke dalam Malaysia Airlines (MAS). Langkah pertama kerajaan, bagaimana untuk memastikan perkhidmatan penerbangan terus berjalan, bukan automatik menyelamatkan syarikat.
◾️Memang kerajaan sudah berbincang dengan Malaysia Airlines dan Batik Air sebagai sebahagian daripada contingency planning. Kena ingat AirAsia ada RM18.4 bilion liabiliti semasa, RM954 juta tunai, dan mencatat kerugian bersih RM830.5 juta pada 2Q2026.
💥 APA KERAJAAN PATUT BUAT?
⛔ 1. Jangan bailout dahulu.
Bagi AirAsia tempoh tertentu untuk membuktikan pelan pemulihan mereka boleh berfungsi.
AirAsia (dalam AirAsia NEwsroom) kata mereka sedang mengurangkan kapasiti, memulangkan 25 pesawat lama, memotong laluan tidak menguntungkan dan mencari pembiayaan baharu.
▪️Jadi kerajaan perlu tunggu dan audit angka sebenar:
√ berapa hutang sebenar;
√ berapa hutang yang perlu dibayar dalam 12 bulan;
√ berapa liabiliti pajakan pesawat;
√ berapa hutang kepada MAHB;
√ berapa cash burn;
√ laluan mana yang untung/rugi;
√ berapa modal sebenar diperlukan.
⛔ 2. Sediakan "Plan B" tetapi bukan pengambilalihan MAS
Langkah yang munasabah adalah tidak perlu ambil alih keseluruhan Air Asia.
Kerajaan boleh pecahkan laluan AirAsia kepada tiga kategori:
[√] Laluan strategik - Contohnya laluan ke Sabah, Sarawak dan destinasi domestik penting.
[√] Laluan komersial yang menguntungkan - Biarkan syarikat penerbangan lain mengambil kapasiti secara pasaran.
[√]] Laluan tidak menguntungkan - Kerajaan tidak semestinya perlu memastikan semua laluan diteruskan.
⛔ 3. Jangan paksa Malaysia Airlines menjadi "penyelamat"
Malaysia Airlines tidak patut dibebankan dengan masalah AirAsia. Kalau MAS mengambil alih operasi AirAsia secara besar-besaran, kita kena tanya,
“Adakah MAS mengambil alih aset yang bernilai atau mengambil alih liabiliti yang bermasalah?”
Reuters melaporkan MAS dan Batik Air dikatakan hanya berminat mengambil operasi pada skala besar jika mereka turut dapat mengambil alih pajakan pesawat AirAsia.
Adakah MAS dan Batik Air mahu ambil alih secara keseluruhan, termasuk siapa ambil pesawat, lease, crew, slot, kontrak dan liabiliti?
⛔ 4. Kalau AirAsia gagal, pertimbangkan "controlled restructuring"
Controlled restructuring ini jauh lebih baik daripada bailout terbuka.
Contohnya:
AirAsia Group
↓
Penyusunan semula hutang
↓
Pelabur baharu
↓
Pemegang saham menanggung sebahagian risiko
↓
Pemiutang dirunding (pengurangan bayaran faedah, pengurangan bayaran bulanan, atau tempoh bayaran lebih lama)
↓
Jual aset atau Laluan tertentu dipindahkan
↓
Operasi domestik yang strategik mesti diteruskan
Jadi, tak perlu kerajaan tanggung semua masalah termasuk liabiliti dan hutang AA yang besar.
⛔ 5. Kalau kerajaan beri bantuan, mesti ada syarat
Kerajaan nak bagi bantuan kewangan kena ada jaminan. Kena ada syarat yang perlu dipenuhi.
Tidak ada cheque kosong, tidak ada jaminan kerajaan tanpa had, dan tidak ada bailout pemegang saham secara automatik,
◾️Kena ada
✓ audit bebas
✓ pelan pemulihan yang boleh diukur
✓ had bantuan kerajaan
✓ laporan berkala kepada Parlimen
✓ pengurusan tertakluk kepada KPI
✓ pemegang saham turut menanggung risiko
✓ larangan menggunakan bantuan untuk pengagihan yang tidak wajar
◾️Ini adalah soal corporate governance, bukan tentang aviation je. Kita tak mahu kalau kerajaan cuba selamatkan sah sah guna duit rakyat, dan kita tak nak duit awam disalahgunakan.
◾️Air Asia kena bertanggungjawab diatas kegagalan bisnes mereka. Bukan mengemis kepada kerajaan untuk dapat bantuan “free”.
💥 BAGAIMANA PULA DENGAN MAS?
Malaysia sendiri perlu mengelakkan keadaan yang mana satu masalah korporat berubah menjadi masalah kewangan kepada syarikat penerbangan nasional.
Tetapi ada satu perkara yang kerajaan WAJIB lindungi iaitu RAKYAT MALAYSIA, BUKAN AIRASIA.
Kalau AirAsia jatuh, kerajaan perlu memastikan:
Kuala Lumpur → Sabah
Kuala Lumpur → Sarawak
KL → Penang
KL → Langkawi
KL → Johor
dan laluan domestik penting lain tidak tiba-tiba kehilangan kapasiti secara besar-besaran.
◾️Kerajaan kena fikir “Macam mana kita memastikan rakyat tidak kehilangan connectivity domestik tanpa menjadikan pembayar cukai sebagai penanggung rugi AirAsia?”
◾️Kerajaan boleh menggunakan MAS, Batik Air, Firefly atau operator lain untuk mengisi jurang kapasiti. Tak semestinya kerajaan perlu memiliki AirAsia.
AirAsia (dalam AirAsia newsroom) menyatakan short-haul Malaysia dan Cambodia masih menguntungkan, sementara penstrukturan sedang dibuat pada beberapa operasi lain.
◾️Kerajaan pulak tidak sepatutnya melihat AirAsia sebagai satu blok yang sama rata. Ada bahagian yang mempunyai nilai komersial. Ada bahagian yang membebankan. Ada aset yang bernilai. Ada liabiliti yang sangat berat.
Sebab itu sebelum bercakap tentang "hendak ambil alih AirAsia", kerajaan kena buat forensic financial mapping.
Kalau katalah kerajaan terus masuk dengan model "MAS ambil AirAsia", kita mungkin menyelesaikan masalah satu syarikat dengan memindahkan masalah itu kepada syarikat lain.
No comments:
Post a Comment