Pages

Ingenieur Gudang Berhad, Evolusi Nama, Perniagaan, Masalah Kewangan, dan Kaitan dengan Victor Chin/Chan Swee Ying/MMAG


Ingenieur Gudang Berhad (kod saham: 5178.KL, sering dirujuk sebagai INGENIEU) merupakan sebuah syarikat pelaburan pegangan (investment holding company) yang berpangkalan di Malaysia, khususnya di Subang Jaya, Selangor.

Syarikat ini dahulunya dikenali sebagai Dynaciate Group Berhad sebelum menukar nama kepada Ingenieur Gudang Berhad pada sekitar Julai 2022. Nama "Gudang" dalam konteks ini merujuk kepada strategi fokus mereka terhadap aset gudang/warehousing. Ada spekulasi menyatakan bahawa Ingenieur Gudang adalah sebahagian daripada rangkaian "mafia korporat" Victor Chin.

Syarikat ini dimasukkan dalam “rangkaian” atau “mafia korporat” small-cap Bursa kerana corak dan modus operandi yang lebih kurang sama, iaitu menukar nama syarikat berulang kali, masuk pemegang saham baru, RRPT, private placement, dan peralihan kawalan. Woon Kok Wee & Khoo Song Heng mewakili fasa pembinaan/kejuruteraan (2018–2021), manakala Victor Chin/Chan Swee Ying mewakili fasa seterusnya (bermula dari tahun 2023) melalui MMAG.

Sejarah Ingenieur Gudang Berhad

Nama asal Ingenieur Gudang Berhad ialah Tatt Giap Group Berhad (sebelum ditukar nama kepada Dynaciate Group Berhad pada sekitar 2018–2019) pada masa itu (iaitu era sebelum 2018/2019, termasuk semasa disenaraikan di Bursa Saham pada 2010).

Pengasas Tatt Giap ialah Datuk Siah Kok Poay. Beliau mengasaskan Tatt Giap Group Berhad pada Jun 1978 bersama adik-beradiknya, termasuk Siah Lee Beng dan mendiang Cheah Chong Beng. 

Tatt Giap menjalankan perniagaan dalam sektor keluli dan keluli tahan karat (stainless steel).

Perniagaan Utama (Core Business) ketika itu ialah:

✅ Sebagai pengimport, stokis (penyimoan stok besar) dan trader pelbagai jenis bahan keluli seperti "stainless steel" dan "mild steel".

✅ Menyediakan rangkaian produk keluli yang komprehensif untuk menyokong industri keluli di Malaysia dan luar negara. Ini termasuk:

- Bahan mentah stainless steel dan mild steel. 

- Produk siap seperti paip dan tiub stainless steel. 

- Perforated sheets & metal coils. 

- Produk carbon steel dan lain-lain.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Di bawah Tatt Giap Group Berhad ada anak syarikat bernama Tatt Giap Steel Sdn. Bhd yang membuat pemprosesan keluli termasuk. 

- Pemotongan, pembentukan, dan pemprosesan stainless steel. 

- Pembuatan produk seperti perforated metals dan steel related items.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Tatt Giap Group Bhd memiliki kilang di dua lokasi utama:

▫️Plant 1: Di Pulau Pinang (di Bukit Mertajam Industrial Park).

▫️Plant 2: Di Selangor (di Beranang atau kawasan sekitar).

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

✅ Pada era Tatt Giap syarikat ini adalah pemain utama dalam industri keluli tahan karat dan keluli biasa di Malaysia, dengan tumpuan pada perdagangan, pengimportan, stok simpanan, dan pemprosesan hiliran. 

▫️Tatt Giap Steel Centre Sdn. Bhd adalah anak syarikat utama Tatt Giap Group Berhad dengan pegangan majoriti (sekitar 51% sebelum 2018).

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Selepas kemasukan pemegang saham baru (Dynaciate Engineering Sdn Bhd) sekitar 2018, fokus mula beralih ke pembinaan, fabrikasi keluli.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Kenapa tukar nama dari Tatt Giap Group Bhd kepada Dynaciate Engineering Sdn. Bhd?

✅ Pada November 2018, syarikat mengumumkan cadangan penukaran nama.

✅ Penukaran nama ini berlaku pada akhir 2018 hingga awal 2019, dan alasan utama penukaran nama adalah disebabkan kemunculan pemegang saham utama baru (substantial shareholder) iaitu Dynaciate Engineering Sdn Bhd.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Dynaciate Engineering Sdn Bhd muncul sebagai pemegang saham substansial (substantial shareholder) dengan pegangan sekitar 12.95% pada November 2018.

✅ Kemudian berlakunya, pelantikan pengarah-pengarah daripada Dynaciate ke dalam lembaga pengarah syarikat (termasuk Woon Kok Kee dan Khoo Song Heng sebagai pengarah eksekutif).

✅ Nama ditukar secara kepada Dynaciate Group Berhad pada 20 Februari 2019, selepas mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM/CCM) di bawah Seksyen 28 Akta Syarikat 2016.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Dynaciate Engineering (berpangkalan di Johor) membawa fokus baru ke arah pembinaan dan kejuruteraan (construction and engineering), termasuk pemberian kontrak subkontrak bernilai RM67 juta kepada Tatt Giap pada Oktober 2018. Dynaciate memberi "new lease of life" kepada Tatt Giap yang ketika itu sedang rugi dan bergelut dengan prestasi lemah.M

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Masalah kewangan Tatt Giap Group Berhad

✅ Tatt Giap mengalami masalah kewangan yang serius pada tahun-tahun sebelum 2018/2019, terutamanya dari sekitar 2016 hingga 2018. Tatt Giap digambarkan sebagai "loss-making company" (syarikat yang rugi berterusan) dalam laporan media seperti The Edge Malaysia, dan ia menjadi sebab utama kemunculan pemegang saham baru (seperti Dynaciate Engineering) untuk "menyelamatkan" atau mengubah arah syarikat.

Sebab² utama yang menyebabkan kerugian ialah:

1. Rugi Yang Berterusan (Accumulated Losses)

✅ Pada 2016–2017, Tatt Giap melaporkan kerugian sebelum cukai yang besar, yang mana kerugian sebelum cukai sekitar RM51 juta untuk tempoh 17 bulan berakhir Mei 2016 (ini disebabkan pendapatan rendah dan kos operasi tinggi).

✅ Pada 2017–2018, Tatt Giap mengalami kerugian suku tahunan berterusan, seperti RM2.49 juta rugi pada Q2 FY2018 (Nov 2017), dan kerugian kumulatif meningkat.

✅ Pada 2018, syarikat digelar "loss-making" secara terbuka.

✅ Ini menyebabkan Shareholders' Funds (SHF) merosot drastik — dari RM77.9 juta semasa IPO 2010 kepada hanya RM24.9 juta pada 2016.

2. Masalah Operasi di Anak Syarikat Utama (Tat Giap Steel Centre Sdn Bhd)

TGSC (fokus pemprosesan & perdagangan keluli tahan karat) dan mengalami kerugian operasi sejak pengambilalihan pada 2013.

TGSC gagal beroperasi dengan baik, menyebabkan impairment (penurunan nilai aset) besar. Pelabur berkaitan CSC Steel (China Steel Corporation) menulis "off"  sepenuhnya pelaburan RM8.3 juta pada 2018 kerana kerugian berterusan.

3. Cabaran Industri Keluli Malaysia

Sektor keluli tempatan terjejas teruk oleh perang dagang global (terutamanya US-China trade war pada 2018), tarif import keluli AS, dan kebimbangan perdagangan yang menyebabkan kehilangan nilai pasaran RM2 bilion untuk syarikat keluli Bursa pada 2018.

Harga keluli tidak stabil, kos bahan mentah tinggi, persaingan sengit, dan permintaan lemah menyebabkan margin keuntungan terhimpit. Banyak syarikat keluli Malaysia rugi atau bergelut pada tempoh ini.

4. Isu Dalaman Lain

Perubahan pemegang saham yang berulang. Tan Sri Alex Ooi (Penang's Condo King) masuk sebagai substantial shareholder pada Disember 2017 dengan harapan turnaround, tapi keluar dalam masa kurang 2 bulan (Januari 2018), menyebabkan harga saham jatuh semula ke 15 sen. Ini menunjukkan ketidakstabilan dan kurang keyakinan pelabur.

Pendapatan menurun akibat deconsolidation anak syarikat atau penurunan jualan, ditambah dengan kos operasi tinggi dan cash flow lemah. Harga saham penny stock (sering di bawah 20 sen), nilai pasaran kecil (sekitar RM20–30 juta), dan persepsi pasaran negatif.

Syarikat bergelut untuk bertahan tanpa suntikan modal atau perubahan strategi besar, sehingga Dynaciate Engineering masuk pada akhir 2018 (dengan untung tinggi RM23.67 juta pada 2017) dan membawa harapan melalui fokus pembinaan.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Pada 2018, Tatt Giap Group menjual 41% pegangan kepada Hanwa Co. Ltd (syarikat Jepun) bernilai sekitar RM12.3 juta, menyebabkan deconsolidation (TGSC tidak lagi disatukan sepenuhnya dalam akaun kumpulan). Selepas itu, Hanwa memegang majoriti (sekitar 56%), bersama China Steel Corporation (CSC) dan pegangan kecil lain.

Kaitan China Steel Corporation dengan Tatt Giap?

✅ China Steel Corporation memegang pegangan majoriti dalam CSC Steel Holdings Berhad (dahulunya Ornasteel Holdings. Disenaraikan di Bursa Malaysia), dan mengawal CSC Steel Sdn Bhd di Melaka (pengeluar keluli tergalvani, cold-rolled, dll.).

✅ Pada 2012, CSC Steel (Malaysia) melabur RM8.3 juta untuk pegangan 20% dalam TGSC sebagai sebahagian daripada kerjasama perniagaan (business cooperation) untuk mengukuhkan rantaian bekalan keluli, kerana TGSC adalah pelanggan lama CSC Steel.

✅ Melalui CSC Steel Holdings (di mana CSC Taiwan memegang sebanyak 46%), CSC secara tidak langsung mempunyai pengaruh di TGSC. 

✅ Pada 2015-2018, pegangan CSC group di TGSC dilaporkan sekitar 34% (selepas Hanwa Co. Ltd Jepun mengambil alih majoriti 56% pada 2018, manakala Tatt Giap tinggal 10%).

Ini adalah strategi CSC untuk mengembangkan kehadiran di Asia Tenggara melalui pelaburan downstream (pemprosesan hiliran) dan kerjasama dengan syarikat tempatan seperti Tatt Giap.

Bagaimana Dynaciate Engineering Sdn. Bhd masuk sebagai pelabur?

✅ Pada 9 November 2018 (atau diumumkan sekitar 9–12 November 2018): Dynaciate Engineering Sdn. Bhd muncul sebagai pemegang saham substansial pertama kali dengan memperoleh 12.95% pegangan (22.1 juta saham) pada harga 31 sen sesaham melalui transaksi perniagaan langsung (direct business transactions/off-market deals).

✅ DESB menjadi substantial shareholder (kerana melebihi 5% pegangan).

✅ Pemilik bersama DESB ialah Woon Kok Kee dan Khoo Song Heng (kedua-duanya dari Johor), yang kemudian dilantik sebagai pengarah eksekutif Tatt Giap Group Bhd pada November 2018.

✅ Tetapi, sebelum kemunculan saham, pada 31 Oktober 2018, Tatt Giap telah dianugerahkan empat kontrak subkontrak bernilai keseluruhan RM67 juta daripada DESB untuk kerja-kerja di Johor. Ini menunjukkan hubungan perniagaan sudah wujud sebelum pembelian saham. Mungkin sebagai langkah awal untuk kerjasama strategik.

✅ Pada Januari 2019, DESB meningkatkan pegangan kepada 29.74% (menjadi pemegang saham terbesar) melalui penukaran 88.4 juta "irredeemable convertible preference shares" (ICPS) kepada 44.2 juta saham baru (nisbah 1 saham untuk setiap 2 ICPS). Ini menjadikan DESB pemegang saham utama dan mengukuhkan kawalan.

✅ Tatt Giap ketika itu sedang rugi berterusan dan bergelut dengan kerugian kumulatif, jadi kemasukan DESB dilihat sebagai nafas baru. Tatt Giap dapat suntikan modal, pengalaman kejuruteraan, dan perubahan strategi ke arah pembinaan/infrastruktur (daripada fokus keluli semata-mata).

▫️▫️▫️▫️▫️▫️

✅ Pada Januari 2019 DESB menaikkan pegangan kepada 29.74% (jadi pemegang terbesar) dan syarikat menukar nama kepada Dynaciate Group Berhad.

✅ Pertukaran nama kepada Dynaciate Group Berhad berkuatkuasa Februari 2019 selepas mendapat kelulusan dari SSM. Ini menunjukkan perubahan kawalan (change of control) oleh pihak baru.

Woon Kok Kee dilantik sebagai Executive Director dan Khoo Song Heng dilantik sebagai alternate/Managing Director sementara. 

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Mereka meletak jawatan pada 1 Oktober 2021. Selepas itu, pegangan mereka (melalui Dynaciate Holdings / Dynaciate Capital) dicairkan dalam private placement 2023.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Pada 2020–2021 (semasa Woon & Khoo masih lagi jadi pengarah), Dynaciate ada RRPT (Related Party Transactions) dengan MMAG Group (syarikat yang dikaitkan dengan Victor Chin & Chan Swee Ying):

✅ Menyewa hartanah/storage dari MMAG (anggaran RM10 juta setahun).

✅ Anak syarikat Dynaciate (DSPI) menyediakan kerja kejuruteraan/pembinaan kepada MMAG (dengan anggaran RM50 juta setahun).

✅ Chan Swee Ying (isteri Victor Chin) adalah director & substantial shareholder dalam MMAG.

Bagaimana  pada tahun 2020, MMAG jadi pemegang saham kedua terbesar di Dynaciate (9.92%) melalui private placement? 

✅ Dynaciate Group Berhad mengumumkan cadangan private placement (penempatan saham baru sehingga 20% daripada bilangan saham sedia ada) pada sekitar November 2020 (atau akhir 2020), di bawah Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016. 

✅ Tujuannya untuk mengumpul modal bagi keperluan operasi, modal kerja, dan pembayaran hutang atau projek pembinaan (sektor utama syarikat ketika itu).

✅ Senarai Ahli Lembaga Pengarah DESB pada Tahun 2020 (seperti dilaporkan dalam Annual Report 2020):

- Dato’ Liang Chee Fong, Thomas - Independent Non-Executive Chairman (Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif). Beliau memimpin lembaga dan jawatankuasa utama seperti Nomination dan Remuneration Committee.

Tan Ooi Jin sebagai Executive Director (Pengarah Eksekutif). Dilantik pada Mac 2019 sebagai Independent Non-Executive, kemudian kekal dalam peranan eksekutif.

- Woon Kok Kee (atau Alternate: Khoo Song Heng) - Executive Director (Pengarah Eksekutif). Pengasas dan pengarah utama, dengan Khoo Song Heng sebagai alternate (pengganti). Mereka juga berkaitan dengan Dynaciate Engineering Sdn Bhd (syarikat berkaitan).

- Lee Poay Keong - Non-Independent Non-Executive Director (Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas).

- Lim Peng Tong - Independent Non-Executive Director (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif). Terlibat dalam Audit Committee, Nomination Committee, dan Remuneration Committee.

- Tan Siew Peng - Independent Non-Executive Director (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif). Pengerusi Audit Committee dan ahli jawatankuasa lain.

✅ Pada Februari 2021 (selepas FY2020), ada perubahan kecil seperti Khoo Song Heng meletak jawatan sebagai Managing Director, dan Tan Ooi Jin dilantik semula sebagai Executive Director. 

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Pada 9 Mac 2021), MMAG Holdings Berhad melanggan 65.88 juta saham baru Dynaciate pada harga RM0.124 sesaham (jumlah RM8.17 juta). Ini adalah sebahagian daripada latihan private placement yang diumumkan oleh Dynaciate Group Berhad pada November 2020 sebelum ini.

Pegangan MMAG menjadi 9.92%, menjadikannya pemegang saham kedua terbesar selepas Dynaciate Engineering Sdn Bhd. 

Pegangan Dynaciate Engineering Sdn Bhd (DESB) dicairkan kepada 9.98% daripada 11.23% sebelumnya). 

🔸Pegangan DESB sebelum placement: 11.23% (berdasarkan bilangan saham sedia ada).

🔸Pegangan DESB selepas placement: Turun kepada 9.98% kerana bilangan saham keseluruhan meningkat, tetapi DESB tidak membeli saham baru dalam placement ini (hanya MMAG dan mungkin pihak lain yang membeli saham baru).

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Selepas MMAG Holdings Berhad mendapat pegangan 9.92% dalam Dynaciate Group Berhad, 

✅ Pada Mei 2021 (Julai 2021), Dynaciate Group Berhad (DGB) mengambilalih 74.51% pegangan dalam Mgudang Sdn Bhd (MGSB, syarikat hartanah gudang) daripada MMAG Holdings Berhad. 

✅ Maksudnya, MMAG jual aset kepada Dynaciate dan terima saham baru, menyebabkan MMAG mendapat pegangan lebih besar di Dynaciate.

✅ Nilai pertimbangan adalah RM17.8 juta (gabungan tunai RM0.53 juta + penerbitan 180.157 juta saham baru DGB kepada MMAG).

✅ Ini adalah transaksi related party kerana MMAG menjadi substantial shareholder baru, dan Chan Swee Ying (pemegang saham utama MMAG) mempunyai kepentingan secara tidak langsung.

✅ Kerana Chan Swee Ying memegang secara langsung 271,624,800 saham biasa dalam MMAG Holdings Berhad. (direct interest) Peratusan pegangan, sekitar 20–25%.

✅ Penerbitan saham baru ini meningkatkan pegangan MMAG dalam DGB secara signifikan (daripada 9.92% kepada tahap lebih tinggi, sekitar 20%+ pada masa itu, bergantung kepada pengiraan "dilution"). Ini juga membantu DGB beralih fokus ke hartanah gudang.

✅ Penerbitan saham baru itu sengaja dan dirancang sebagai kaedah utama pembayaran pengambilalihan, bukan kebetulan atau "dilution" tidak sengaja. Ini sebahagian daripada pertimbangan (consideration) untuk pengambilalihan tersebut untuk mengelakkan pinjaman bank atau penjualan aset sedia ada. 

✅ Jadi, Dynaciate mendapat aset gudang tanpa keluar tunai besar (hanya RM0.53 juta tunai), yang membantu syarikat beralih fokus ke hartanah gudang/logistik. Modal syarikat (share capital bertambah ~RM21.8 juta berdasarkan nilai nominal dan premium).

✅ MMAG mendapat pegangan signifikan dalam Dynaciate (dari 8.85% sebelum completion naik ke 25.06% selepas issuance, menjadikan MMAG major shareholder).

✅ Ini adalah strategi "paper for asset". Yang mana MMAG menjual aset hartanah tapi mendapat saham syarikat lain ( saham Dynaciate) sebagai ganti, yang boleh dijual kemudian atau kekalkan untuk pengaruh. 

✅ Transaksi ini sikira sebagai related party kerana MMAG adalah substantial shareholder Dynaciate pada masa itu (9.92% sebelum completion), dan Chan Swee Ying (pemegang saham utama MMAG) ada kepentingan tidak langsung. Oleh itu, ia memerlukan kelulusan pemegang saham bebas (independent shareholders) di EGM.

✅ Selepas 2021, pegangan Chan dalam MMAG berubah-ubah akibat disposal, acquisition, dan transaksi lain (contoh: Chan Swee Ying melepaskan substantial shareholder MMAG pada Mac 2025 selepas menjual saham kepada NexG dan Velocity Capital) di mana pegangan dia turun ke 5%.

✅ Pada Julai–September 2023, Chan Swee Ying membeli pegangan besar daripada MMAG (contoh: 113.6 juta saham pada Julai 2023), dan meningkatkan pegangan peribadinya kepada 13% kemudian 19.9% (setakat 2026).

✅ MMAG kekal sebagai substantial shareholder (28% pada 2026), tapi sebahagian pegangan dipindah kepada Chan secara peribadi.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

18 Mei 2022 (Dynaciate mengumumkan nama baru telah diluluskan CCM pada 17 Mei 2022, tertakluk kelulusan pemegang saham di EGM).

Pada 27 Julai 2022 (Notis Pendaftaran Perubahan Nama baru dikeluarkan).

Dari Dynaciate Group Berhad ke Ingeneiur Gudang Berhad. 

Sebab pertukaran nama ialah sebagai "A Catalytic Gudang Approach". Yang mana IGB fokus aktif pada pembangunan, penyewaan, dan pengurusan gudang/warehouse untuk logistik, kurier, dan e-dagang. Nama "Ingenieur Gudang" mencerminkan gabungan kejuruteraan (ingenieur) dan gudang (warehouse), sambil mengekalkan segmen pembinaan sebagai penyumbang utama hasil.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Pada tahun 2023, Chan Swee Ying telah membeli keseluruhan pegangan MMAG di Ingenieur Gudang, dan terus menjadi pemegang saham terbesar (13-19%).

Pada masa sama, pegangan Woon & Khoo dicairkan.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Apa terjadi kepada Woon dan Khoo selepas perletakan jawatan di Dynaciate Group Berhad?

✅ Mereka kembali fokus sepenuhnya kepada Dynaciate Engineering Sdn Bhd (DESB), syarikat asal mereka di Pasir Gudang, Johor.

✅ Woon Kok Kee kekal sebagai Pengasas & Executive Director DESB.

✅ Khoo Song Heng kekal sebagai Managing Director DESB.

✅ DESB masih aktif beroperasi sebagai syarikat EPC (Engineering, Procurement, Construction) pakar dalam civil & mechanical engineering, pembuatan keluli, pembinaan plant/facility untuk industri minyak & gas, petrochemical, refinery, power station, semiconductor dll.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Isu undang-undang

✅ Pada Jun 2025, anak syarikat Asteel Group Berhad Sarawak (ASWK) memfailkan tuntutan adjudication terhadap Dynaciate Engineering Sdn Bhd (anak syarikat utama Dynaciate/Ingenieur) bernilai sekitar RM7.72 juta atas tuntutan bayaran tertunggak berkaitan subkontrak projek Sarawak Methanol Project (kontrak bertarikh Mac, Jun & Disember 2022).

✅ Pada Oktober 2025, hakim memutuskan Dynaciate perlu bayar RM1.79 juta + faedah + kos kepada ASWK. Ini menunjukkan pertikaian pembayaran kontrak yang biasa dalam industri pembinaan, tapi ia menjejaskan imej syarikat sebagai small-cap yang sering terlibat dalam isu cash flow.

✅ Ada kes sivil daripada Hanwa Co. Ltd (Jepun) terhadap Ingenieur (sebagai defendan) yang berkaitan dengan jualan saham Hanwa Steel Centre Sdn Bhd pada 2017/2019. Hanwa metuntut bayaran balik kerana appeal cukai RM2.3 juta ditolak, dan mendakwa breach of contract.

✅ Syarikat memfailkan third party notice terhadap Dato’ Siah Kok Poay. Ini berkaitan dengan tuntutan indemniti dan undertaking yang diberikan oleh beliau dalam urus niaga jualan saham Hanwa Steel Centre (M) Sdn Bhd. Kes ini masih berjalan atau diselesaikan, tapi ia menambah kepada persepsi syarikat sering terlibat dalam pertikaian undang-undang.

✅ Dato’ Siah Kok Poay telah memberikan letter of undertaking and indemnity bertarikh 14 Jun 2019 kepada Ingenieur, di mana beliau berjanji untuk menanggung atau mengindemnifikasi sebarang kerugian, tuntutan, atau liabiliti berkaitan rayuan cukai tersebut kepada Pejabat Kastam. 

- Ingenieur (sebagai defendan) pernah menandatangani perjanjian jual saham Hanwa Steel Centre (M) Sdn Bhd pada 2017 dan 2019.

- Sebahagian daripada perjanjian itu melibatkan rayuan cukai (tax appeal) kepada PKDM untuk mendapatkan bayaran balik cukai bernilai sekitar RM2.3 juta.

- Rayuan cukai itu ditolak oleh PKDM, dan Hanwa mendakwa penolakan ini merupakan pelanggaran kontrak (breach of contract) oleh Ingenieur.

- Akibatnya, Hanwa tuntut ganti rugi daripada Ingenieur, dan Ingenieur pula fail third party notice terhadap Dato’ Siah Kok Poay untuk indemniti berdasarkan undertaking beliau.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Anak Syarikat Utama (Wholly-Owned Subsidiaries):

✅ Ingenieur EPCM Sdn. Bhd. (IESB) — 100% dimiliki.

Fokus: Pembinaan, kejuruteraan sivil & mekanikal, seni bina, fabrikasi keluli, kerja pemasangan, dan investment holding.

✅ Magnitude Resources Sdn. Bhd. (MRSB) — 100% dimiliki.

Fokus kepada Pelaburan hartanah (property investment). (Contoh: Baru-baru ini jual hartanah di Nilai pada Januari 2026.)

✅ MGudang Sdn. Bhd. (MGSB) — 100% dimiliki. Sebagai investment holding (terutamanya hartanah gudang).

✅ MGudang Properties Sdn. Bhd. (MGPSB) — 100% dimiliki.

Fokus kepada pelaburan hartanah (property investment, seperti penyewaan gudang).

✅ MGudang Holdings Sdn. Bhd. (MGHSB) — 100% dimiliki. Anak syarikat ini fokus kepada investment holding.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Anak Syarikat/Anak Bawah MGudang Sdn Bhd (Sub-subsidiaries):

✅ H&H Ecowood Products Sdn. Bhd. — 100% dimiliki oleh MGSB. Untuk pelaburan hartanah (property investment).

✅ Active Trio Sdn. Bhd. — 100% dimiliki oleh MGSB. Status masih Dormant (tidak aktif).

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Anak Syarikat/Anak Bawah MGudang Holdings Sdn Bhd (Sub-subsidiaries):

✅ Deluxe Mission Sdn. Bhd. (DMSB) — 100% dimiliki oleh MGHSB. Fokus kepada pelaburan hartanah (property investment).

Semua senarai di atas selaras dengan circular RRPT (recurrent related party transactions) dan laporan tahunan syarikat (Annual Report 2024/2025)

Status Syarikat sehingga Februari 2026

✅ Kedudukan kewangan: Syarikat terus untung kecil tapi pendapatan tidak stabil; fokus optimum aset untuk modal kerja.

✅ Pada Januari 2026, Anak syarikat Magnitude Resources Sdn Bhd (MRSB) telah menjual hartanah kilang + pejabat di Pusat Perdagangan Nilai Impian, Seremban (RM22 juta tunai kepada Baba Products (M) Sdn Bhd). Dianggarkan untung bersih sebanyak RM5.8 juta. Hasil ini digunakan untuk modal kerja umum dan operasi harian.

✅ Pada Disember 2025: Datuk Rostam Affendi bin Dato Salleh meletak jawatan sebagai Independent Non-Executive Director (efektif 1 Januari 2026) kerana komitmen peribadi. Beliau juga keluar daripada Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran (Nomination & Remuneration Committee).

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Ahli Lembaga Pengarah Dynaciate Group Berhad (sekarang dikenali sebagai Ingenieur Gudang Berhad,setakat Februari 2026)

✅ Mior Faridalathrash bin Wahid (Pengerusi / Chairman) - dilantik sebagai Pengerusi pada 2 November 2025, dilantik selepas pengunduran Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman pada April 2025).

✅ Siew Peng Tan (Pengarah Lembaga / Director/Board Member) - dilantik sejak 7 Mac 2019.

✅ Chin Chai Sin (atau Sin Chin Chai) (Pengarah Lembaga / Executive Director) - dilantik sejak 11 September 2023.

✅ Ruzain Bin Idris (Pengarah Lembaga / Director/Board Member) - dilantik sejak 17 Januari 2024.Mun Shung Lim (Pengarah Lembaga / Director/Board Member) - dilantik (tiada tarikh spesifik terkini, tetapi aktif).

✅ Chan Swee Ying (Pengarah Lembaga / Director/Board Member) - dilantik sejak 31 Julai 2022. Beliau juga ada kaitan dengan MMAG Holdings. 

✅ Victor Chin Boon Long (suami Chan) telah meletak jawatan sebagai Executive Director pada November 2025 atas sebab komitmen peribadi dan kerja lain (personal and other work commitment)

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Bila Victor Chin dilantik sebagai Executive Director? 

Victor Chin dilantik sebagai Executive Director Ingenieur Gudang Berhad pada 8 Mac 2024.

Dan ada perubahan jawatan untuk Chan Swee Ying pada tarikh sama, iaitu dari Executive Director kepada Alternate Director kepada Victor Chin (untuk mengekalkan pengaruh keluarga).

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Pemegang Saham Utama:

✅ MMAG Holdings Berhad - 28.24% (pemegang terbesar, nilai anggaran RM12.85 juta pada harga saham RM0.03).

✅ Madam Chan Swee Ying: 19.92% (nilai RM9.06 juta).

✅ Dynaciate Holdings Sdn Bhd: 6.39% (nilai RM2.91 juta, pegangan kecil dan tidak lagi memberikan kawalan signifikan).

Sehingga Februari 2026, pegangan ini stabil tanpa perubahan besar dilaporkan dalam pengumuman Bursa terkini. 

No comments:

Post a Comment