Pages

Hubungan MMAG Holdings dengan Line Clear Express dan Victor Chin

Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd adalah sebuah syarikat logistik dan kurier di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penghantaran domestik dan antarabangsa, termasuk same-day delivery, next-day delivery, warehousing, dan supply chain management. Syarikat ini dikenali dengan jenama Line Clear Express dan menawarkan perkhidmatan "Scan 2 Deliver".

Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd (Line Clear Express) tidak mempunyai "founder" individu yang jelas atau terkenal secara awam seperti syarikat startup biasa, kerana ia ditubuhkan sebagai syarikat korporat di bawah naungan syarikat induk (MMAG). 

Ditubuhkan untuk mengembangkan perniagaan logistik mereka.

Pada 2015, Line Clear Express telah menjadi anak syarikat sepenuhnya (wholly-owned subsidiary) kepada MMAG Holdings Berhad (dahulunya dikenali sebagai PanPages Berhad atau syarikat berkaitan), sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia (pasaran ACE). Ini menandakan fasa pertumbuhan pesat di bawah naungan MMAG, yang beralih ke arah integrated supply chain management sejak 2016.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Line Clear mempunyai 66 hubs dan branches di seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak). 

Mempunyai lebih 99 Pitstops (lokasi drop-off/self-collect) di seluruh negara.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Dalam laporan tahunan MMAG dan pengumuman, Wong Eng Su (atau Wong Su) dilantik sebagai Chief Executive Officer (CEO) atau Managing Director Line Clear pada sekitar 2019–2020. Beliau terlibat dalam perkembangan awal dan kerjasama antarabangsa.

Jeff Chong (Chong Koon Meng atau Chong Koon Meng Jeff) adalah CEO Line Clear pada tahun-tahun kemudian (dari tahun 2023 hingga sekarang). 

ES Wong – Juga disebut sebagai CEO dalam profil LinkedIn terkini.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Apa kaitan Victor Chin dengan Line Clear Express Sdn. Bhd? 

LCE ditubuhkan sebagai anak syarikat MMAG untuk bisnes logistik, kurier dan perkhidmatan rantaian bekalan. 

Jadi, di bawah MMAG ada

  • MJets Air Sdn Bhd untuk bisnes penerbangan kargo sewaan antarabangsa
  • Line Clear Express Sdn Bhd - logistik, kurier dan perkhidmatan rantaian bekalan

Kedua-dua entiti ini memainkan peranan penting dalam penjanaan hasil MMAG.

✅ Kena ingat, Victor Chin pernah memegang jawatan Executive Director di MMAG dari Januari 2024 sehingga meletak jawatan pada 3 November 2025.

✅ Victor Chin tidak pernah memegang jawatan pengarah secara langsung di Line Clear Express itu sendiri. 

✅ Tetapi, semasa Victor Chin Executive Director MMAG, Line Clear Express adalah sebahagian daripada portfolio operasi kumpulan. 

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

MMAG HOLDINGS BERHAD (Main Company) 

Line Clear Express Sdn Bhd (86.09%+ dimiliki MMAG melalui subsidiary tidak langsung seperti MMAG Omni Ventures Sdn Bhd, dahulu Line Clear Ventures Holdings Sdn Bhd. Ini anak syarikat utama MMAG yang dikenali sebagai "Line Clear Express".

Baki pemilikan sekitar 13.91% dalam Line Clear Express Sdn Bhd, dipegang oleh pihak luar iaitu Velocity Capital Partner Bhd (8.91%) dan HKL Dynamics Sdn Bhd (5%).

Siapakah HKL Dynamics Sdn Bhd? 

HKL Dynamics Sdn Bhd adalah Hong Seng Consolidated. 

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Kena ingat juga, Chan Swee Ying (isteri Victor Chin) ada pegangan saham 2.34% (sekitar 1.45 juta nilai saham) dalam Velocity Capital Partner Bhd. 

(Refresh kembali Velocity Capital Partners Bhd ada pegangan 8.91% dalam Line Clear Express). 

Pada September 2024 Velocity menjual 9 juta saham (8.91%) dalam Line Clear Express kepada subsidiary MMAG iaitu MMAG Omni Ventures Sdn Bhd (dahulu Line Clear Ventures Holdings Sdn Bhd) dengan harga RM13.75 juta (RM1.528 sesaham).

Ini meningkatkan pegangan MMAG dalam Line Clear kepada 95%, dengan baki 5% kekal dipegang oleh HKL Dynamics Sdn Bhd. 

Chan Swee Ying menjual 150 juta saham MMAG (6.49%) kepada Velocity Capital dengan harga RM60 juta (40 sen sesaham) pada Mac 2025. Ini membantu Velocity meningkatkan pegangan dalam MMAG.  

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Line Clear Borneo Sdn Bhd (60% dimiliki oleh Line Clear Express). Kira nak syarikat kepada Line Clear Express. Ditubuhkan, untuk fokus khusus pada pasaran Borneo (Sabah & Sarawak), untuk pegembangan bisnes last-mile, warehousing, atau customs clearance di kawasan East Malaysia.

Tetapi Line Clear Borneo masih lagi dormant (tidak aktif sepenuhnya) setakat 2025–2026. Mungkin untuk masa depan expansion di Borneo. 

Siapakah pemegang pemilikan 40% dalam Line Clear Borneo Sdn Bhd (LCB)? 

✅ 15% dimiliki oleh Global Express Solutions Sdn Bhd (GESB). Dato’ Kevin Jit Singh A/L Ragbir Singh mempunyai kepentingan langsung 100% (kerana beliau adalah pengarah dan pemilik tunggal GESB). 

✅ Baki 25% dipegang oleh pihak ketiga yang tidak berkaitan (unrelated third party). Nama spesifik pemilik 25% ini tidak didedahkan secara terbuka dalam pengumuman Bursa atau circular MMAG.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️

Line Clear Ventures Holdings Sdn Bhd adalah syarikat di bawah MMAG. Ditubuhkan pada 2 Julai 2020. 

Pada sekitar 2024–2025, nama Line Clear Ventures ditukar kepada MMAG Omni Ventures Sdn Bhd. 

Syarikat ini juga adalah wholly-owned subsidiary yang dimiliki 100% oleh MMAG. Tiada operasi dan aktiviti perniagaan dibuat oleh MMAG Omni Ventures Sdn. Bhd. Fungsi utama MMAG Omni adalah sebagai pemegang pelaburan dan aset. Secara spesifiknya, MMAG Omni digunakan untuk memegang kepentingan majoriti dalam Line Clear Express Sdn Bhd. 

Maksudnya disini;

Clear Express adalah subsidiary utama logistik/kurier MMAG, dan MMAG Omni Ventures adalah "pemegang saham" utama.

Disebabkan Line Clear Express ini dikawal sepenuhnya oleh MMAG Holdings Berhad (95% + 5% HKL Dynamics), jadi keputusan lembaga pengarah selari dengan lembaga pengarah MMAG. 

Jeff Chong masih menjadi CEO di Line Clear Express, pada masa yang sama memegang jawatan Executive Director di MMAG. Memegang juga jawatan Chief Executive Officer (CEO) MMAG Digital yang mana MMAG Digital "wholly-owned subsidiary MMAG" dan Chief Executive Officer Ingens Sdn Bhd. 



No comments:

Post a Comment