Kini menjadi anak syarikat utama Ingeneiur Gudang Berhad yang dimiliki 100% oleh IGB.
Fokus perniagaan utama MGSB ialah:-
✅ Sebagai "investment holding" (syarikat pegangan pelaburan).
✅ Terlibat dalam pelaburan dan pengurusan hartanah, khususnya aset gudang/warehouse dan kemudahan penyimpanan/logistik.
✅ Menyokong strategi utama Ingenieur Gudang iaitu "A Catalytic Gudang Approach" - membangunkan, menyewakan, dan mengurus gudang untuk pemain kurier, logistik, e-dagang, dan industri berkaitan.
Apa kaitan MGSB dengan MMAG?
✅ Ingat lagi pada Mei–Julai 2021, MMAG Holdings Berhad menjual 74.51% pegangan dalam Mgudang Sdn Bhd kepada Dynaciate Group Berhad (nama lama Ingenieur Gudang) dengan nilai RM17.83 juta.
Dynaciate Group menerbitkan saham baru kepada MMAG (227 juta saham), hanya RM0.53 juta tunai.
Kiranya, MMAG menjual aset kepada Dynaciate dan dan MMAG menerima saham baru dari Dynaciate. (Dynaciate terbitkan saham baru untuk MMAG) dan ini membolehkan MMAG mendapat pegangan yang lebih besar di Dynaciate.
Sebab itu transaksi ini dikatakan sebagai "related party transaction" sebab MMAG adalah substantial holder yang baru, dan Chan Swee Ying pula pemegang saham utama MMAG (ketika itu dalam 20%-25%). Jadi, secara tidak langsung Chan Swee Ying ada kepentingan di sini.
Penerbitan saham baru memang sengaja dan dirancang sebagai cara untuk pembayaran pengambilalihan. Bukan kebetulan atau "kecairan" yang tidak disengajakan. Ini adalah pertimbangan bagi mengambilalih syarikat untuk mengelakkan pinjaman bank atau penjualan aset sedia ada.
Sebab itu, Dynaciate mendapat aset MGudang Sdn. Bhd tanpa mengeluarkan duit cash yang besar. Hanya RM0.53 juta sahaja.
Pada masa yang sama, MMAG mendapat pegangan saham yang lebih besar di mana menjadikan MMAG sebagai "major shareholder" dan masih mengekalkan pengaruh kepada IGB.
Selepas transaksi itu, Dynaciate/Ingenieur mengambil alih kawalan penuh (menjadi 100% dimiliki).
No comments:
Post a Comment