Pages

Semoga yang baik-baik sahaja untuk Uncle Chong sekeluarga

Throwback Tahun Baru Cina 2025, kita melawat sebuah keluarga campuran yang dalam kesulitan. Kita janji kita akan bayarkan bil utiliti dan Unifi mereka selama setahun sebab anak² Uncle ini masih bersekolah. 

Uncle pula tiada kekuatan untuk bekerja kerana sakit cedera disebabkan kemalangan. Tambahan pula anak² Uncle Chong masih bersekolah. Ada yang bakal calon SPM 2025. 

Alhamdulillah, kita berjaya tunaikan janji kita kepada Uncle Chong. Kali terakhir kita bayar bil utiliti mereka pada Disember 2025. Kami harap kehidupan keluarga Uncle Chong berubah dan bertambah baik sekarang ini.
 






 

No comments:

Post a Comment