Tahun ini, sama seperti tahun sebelunnya kita akan teruskan usaha untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik mendapatkan bantuan yang selayaknya baik dari Baitulmal atau Pusat Zakat, JKM dan lain² agensi kerajaan.
Kita tidak akan menyepi.
Memang Youtube YB Viral sudah tidak wujud tahun ni tapi kerja² kebajikan kita akan tetap diteruskan.
Tahun 2026, kami telah buka Infaq Ramadhan untuk Ramadhan 2026, yang mana kami telah merancang untuk menaja 12,000 pek makanan sahur untuk golongan asnaf, gelandangan dan komuniti terpinggir.
Jelajah Lorong untuk tahun 2026 kita akan buat juga cuma masih lagi dalam perancangan. Sebab ada banyak lagi aktiviti lain yang kita perlu buat.
Team Projek Komuniti Kita akan kemaskini aktiviti kita dari semasa ke semasa.
Dengan adanya sahabat² Demi Negara yang sentiasa membantu kami tidak akan berputus asa.
Susu dan lampin pakai buang ini pun disumbangkan oleh sahabat Demi Negara.
Terima kasih kepada tuan badan yang memberi. Semoga dilimpahruahkan rezeki selalu. Amin. 🤲
No comments:
Post a Comment