Betulkah dakwaan yang melibatkan TUDM Subang ini? Jika benar, pihak berkaitan wajar tampil memberi penjelasan.
Budaya seperti ini bukanlah perkara baharu. Ia dikatakan telah berakar sejak berpuluh-puluh tahun lalu dan sukar dihapuskan. Fenomena budaya songsang juga pernah dibincangkan dalam konteks tertentu, termasuk di institusi berasrama dan kini didakwa semakin merebak ke pelbagai jabatan kerajaan.
Malah, beberapa kes lama yang pernah dilaporkan, termasuk di bawah seliaan JKM (boleh rujuk kes 10 tahun lalu) yang sering dijadikan rujukan oleh masyarakat.
Antara dakwaan yang berlegar tentang aktiviti tidak bermoral ini termasuk aktiviti hiburan seperti karaoke, kelab malam, dan minuman percuma yang kononnya berlaku tanpa kawalan. Tapi, apa yang lebih membimbangkan ialah dakwaan terbaru yang menyebut tentang pembawaan orang awam, termasuk wanita sosial, masuk ke dalam kawasan kem satu perkara yang, amat serius sekiranya benar dan melanggar etika serta disiplin perkhidmatan.
Menurut perkongsian yang tersebar, terdapat juga dakwaan bahawa individu tertentu akan mencari pelajar, kebanyakannya dari luar kawasan. Perkara ini menimbulkan kebimbangan besar, terutamanya jika ia melibatkan mereka yang sudah berkeluarga kerana yang menjadi mangsa akhirnya adalah anak-anak dan isteri yang ditinggalkan.
![]() |
| Maksud mess, yeye, awek yeye, LtM |
Lebih menyedihkan, nilai kebenaran dan integriti seolah-olah semakin terhakis. Individu yang mendedahkan perkara ini di media sosial dikatakan seorang pegawai muda (Young Officer) yang tidak lagi sanggup berdiam diri terhadap budaya yang dianggap rosak dan menjijikkan.
Penulisan ini tidak bertujuan menuduh mana-mana pihak, sebaliknya sebagai satu teguran sosial dan gesaan agar ada perubahan. Kita tunggu dan lihat sama ada akan ada tindakan yang wajar diambil, demi menjaga integriti institusi dan kepercayaan masyarakat. Tik Tok "tegak.kebenaran" pun sudah tiada. Kemungkinan besar sudah dipadam.
















No comments:
Post a Comment