Pages

Budaya Gelap Anggota Tentera

Kredit kepada tuan punya gambar di Threads

Budaya gelap bawa masuk "betina yeye" dalam kem tentera. Saya tak nak ulas, sebab saya tidak tahu.

Dari Asiah Abd Jalil

Saya nak berkongsi cerita tentang budaya gelap anggota tentera melanggan pelacur. Tahukah anda, di mana-mana bandar yang hampir dengan kem tentera, sindiket pelacuran tumbuh subur.

Pelanggannya? Anggota tentera. 

Beberapa tahun lalu, saya pernah dilantik oleh seorang bapa ayam untuk mewakili sejumlah pelacur warganegara asing. Mereka ditahan atas kesalahan imigresen, bukan atas kesalahan persundalan.

Tugas saya sebagai peguam ialah untuk memastikan mereka mengaku bersalah, membayar denda dan bersetuju dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Sepanjang mewakili mereka, saya dimaklumkan oleh anakguam-anakguam saya, mereka sendiri dengan rela dan tanpa dipaksa, memilih untuk bekerja sebagai pelacur. Ini bukan kes pemerdagangan manusia. 

Kata mereka, bapa ayam mereka sangat baik, tak pernah culas bayar gaji dan tips, bagi macam-macam benefit seperti pakaian cantik dan alat mekap, serta sentiasa menjaga keselamatan dan kebajikan mereka di Malaysia. 

Bila saya tanya, siapa yang selalu melanggan mereka, jawapan mereka sangat mengejutkan.

Anggota-anggota tentera di kem-kem sekitar, tak kiralah Tentera Darat, TUDM atau TLDM, sering melanggan pelacur-pelacur ini. Ada yang menjadi pelanggan tetap. Setiap kali dapat keluar dari kem, cari pelacur dulu. 

Pelacur-pelacur warganegara asing menjadi pilihan kerana harga lebih murah berbanding pelacur tempatan. Selain itu, ada pelanggan lebih suka jika pelacur tidak tahu berbahasa Melayu, supaya tiada sebarang komunikasi berlaku. 

Anakguam-anakguam saya bagitau, ramai tentera yang melanggan mereka, sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai anak isteri, tetapi terpaksa tinggal berjauhan demi tugas.

Mereka cuma perlukan pelacur sebagai tempat persinggahan untuk melampiaskan nafsu. No strings attached.

Lepas saya dengar cerita dan pengakuan daripada anakguam-anakguam saya, sejak itu pandangan saya terhadap anggota tentera berubah. Negara sedang aman, tentera tak pergi berjuang di medan perang, sebaliknya mereka berperang di ranjang.

No comments:

Post a Comment