Pages

Selamat Tinggal 2025, Selamat Datang 2026



Tahun 2025, ‎ ‎

Yang mencabar. ‎Sangat menguji kesabaran. ‎Menguji emosi. ‎Memberi kesedaran. Memberi pengajaran. ‎Semakin ramai datang mohon dibantu. ‎ ‎ 

Kami, di Projek Komuniti Kita sentiasa mencuba sedaya upaya kami untuk membantu sahabat² dengan kapasiti yang kami ada. ‎Membantu sahabat yang memerlukan bantuan sepatutnya. ‎‎Membela nasib sahabat yang serba kekurangan. ‎Bersuara untuk mereka yang ditindas.  ‎

Kami terima segala kata-kata sumbang. ‎Kami terima segala kritikan. ‎Kerana kami percaya, kami buat apa yang sepatutnya. Kami tidak akan berputus asa hanya dengan kata-kata sinis yang dilemparkan. ‎ ‎

Kami mengaku kami mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. ‎Tapi, kami ada sahabat-sahabat Demi Negara dibelakang kami. Kami ada anda semua yang tidak pernah putus memberi sokongan kepada kami. ‎‎Mereka yang tidak bernasib baik ada (anda) sahabat² Demi Negara yang sentiasa menghulurkan bantuan. ‎‎Doa dan sokongan buat penguat semangat kami. ‎

InsyaAllah, untuk tahun 2026 ini, kami tidak akan menjanjikan kami sempurna, tetapi kami akan cuba menggandakan usaha kami, tenaga kami untuk membantu lebih ramai yang memerlukan. Melawan penindasan terhadap mereka yang sentiasa terpinggir. Menjadi suara kepada mereka yang tidak didengari.  ‎

Doakan agar Team Demi Negara dan Projek Komuniti Kita akan sentiasa menjalankan tanggungjawab komuniti kami kepada masyarakat. Jika kami lupa, ingatkan kami, jika kami buat salah, tegurlah kesilapan kami. ‎ 

Terima kasih semua. ‎Terima kasih Sahabat² Demi Negara. ‎

Tanpa anda semua tiadalah Projek Komuniti Kita. ‎ ‎Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda semua. Semoga rezeki saudara saudari, tuan-tuan, puan-puan dan sahabat semua tidak putus-putus seperti air yang mengalir. Amin. 

‎Selamat Tinggal 2025. 😔 ‎
Selamat Datang 2026. 🤲 ‎

No comments:

Post a Comment