Pages

Benda Macam Ni Pun Nak Mengadu Kepada Artis, Kelakarlah Kamu Semua Ini


"Benda macam ni pun nak mengadu kat artis. Kelakarlah you all ni..." - Encik Hasnan

Untuk pengetahuan Tuan Hasnan, isu ini mula viral di TikTok dan disahkan kebenarannya. Kemudian, ia tular di Threads. Apabila sudah panas di Threads, video di TikTok yang mengesahkan kebenaran itu kena ban. 

Nasib baik aku sempat kumpulkan bukti bergambar. Post di Threads pun pemiliknya dah padam sebab Kementerian Pertahanan sudah mengeluarkan kenyataan. Ramai yang tag Caprice di Threads, ramai juga yang menghantar mesej kepada Caprice secara peribadi, jadi Caprice buat video dan meletakkan videonya di Instagram.

Sebagai seorang yang ada pangkat atau jawatan, bila menganjing macam ni, memang akan buat orang lagi marah. "Benda macam ni" maksudnya Encik Hasnan rasa perkara ini hanya isu kecilkah? Jadi, sila jawab. Tak payah pergi ke Instagram Encik Hasnan ni, Instagram Encik Hasnan sudah "private". 

Facebook Encik Hasnan pun "locked profile." 😅




Sepatutnya, daripada membidas ("menganjing") netizen atau pengadu yang membuat laporan kepada artis tersebut, mungkin Encik Hasnan serta rakan-rakan sejawat atau Kementerian Pertahanan perlu merenung satu persoalan asas:

Mengapa orang ramai sanggup pergi mengadu kepada Caprice?

Kenapa mereka meminta agar Caprice menyebarkan isu tentang budaya tradsi ini? Adakah tidak terlintas sedikit pun di minda anda semua, kemungkinan pegawai-pegawai bawahan tidak mempercayai sistem dalaman kementerian itu sendiri?

Bagaimana jika mereka risau bahawa dengan membuat aduan secara rasmi, ada potensi mereka akan dibuli—disebabkan kewujudan budaya ragging terhadap pegawai bawahan yang dianggap tidak mengikut arahan orang atasan?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. You are part of the system and you should understand it best.

No comments:

Post a Comment