Pages

Inikah "Budaya Tradisi Turun-Temurun" yang Kononnya Dibanggakan?

Budaya yang didakwa sebagai "warisan" ini sebenarnya adalah budaya pemerasan sistematik terhadap Young Officers (YO).  

YO dipaksa melayan "awek yeye" bak ratu — bukan sekadar layanan biasa, tapi sehingga duit YO habis demi "membahagiakan" pegawai atasan. Apa lagi yang tinggal selain tekanan kewangan dan maruah yang terhina?


Lebih teruk lagi, budaya ini membuka pintu kepada aktiviti menyalahi prosedur, bahkan menyeludup:

"Bawa awek yeye macam VVIP masuk kem tanpa tinggal dokumen." 

Ini bukan sekadar langgar tatatertib, ini penyeludupan. Kem sepatutnya zon berdisiplin, bukan laluan bebas untuk pihak luar.

"Ada yang bermalam dalam kem, buat macam rumah sendiri."

Di mana integriti dan keselamatan kem ketika ini?



"Kem dah macam kelab, boleh sesuka hati keluar masuk dengan pakaian terbuka."

Imej dan suasana sebuah institusi tentera telah dirobohkan sendiri oleh amalan dalaman.

Malah, dikhabarkan ada kem yang terpaksa tutup mess hanya untuk cuba menghentikan budaya ini. Benarkah? Jika benar, ia bukti kerosakan sudah sampai ke tahap kritikal.

Rantai ini berterusan kerana sikap "I cover you, you cover me".  

Jika bos "kaki melipat awek yeye", anak buah pun rasa terikut atau tertekan untuk sama. Anggota bujang pun berani buat demikian, kerana dilindungi oleh sistem yang saling menjaga kesilapan masing-masing.

Ini bukan tradisi yang boleh dibanggakan.  

Ini adalah budaya rosak yang membinasakan kewangan YO, merosakkan disiplin, dan mengkhianati amanah rakyat terhadap institusi tentera.

Sudah sampai masanya budaya begini dipupuskan terus.

Bukan dengan menutup mess buat sementara waktu dan bila kes reda boleh mula balik, tetapi dengan buka ruang aduan yang selamat, menghentikan sifat mengampu, menjilat, dan mendakwa mereka yang menjadikan kem sebagai kelab peribadi.




No comments:

Post a Comment