Pages

Kisah Seorang Abang Bomba, "body count" 80 orang

Kita tinggalkan sekejap isu budaya tradisi "yeye" dan "awek yeye".

Kali ini kes seorang abang bomba.



Baru je hangat isu #LorengATM, kini sosok “Loreng Merah” pula trending dalam kalangan netizen. Bukan tentera, tapi ahli bomba dari Selangor digilai ramai wanita. Kononnya, ada senarai “body count” mencecah hampir 80 orang, dari yang masih dara sampai yang sudah bergelar janda. Yang lebih mengejutkan, dia dikatakan pernah menyebabkan seorang wanita mengandung, lalu menggugurkan kandungannya.



Dia dikatakan aktif memburu mangsa melalui FB Dating, TikTok, Omi, Tinder, platform yang . 

“Ez betul orang macam ni dapat… yang perempuan pun kena ayat terus cair,” tulis seorang netizen.


Ramai yang tertanya: Kenapa lelaki beruniform sebegini mudah “disanjung”, walaupun track recordnya "redflag"? Ada yang mendoakan agar dia “kejung keras” sebagai balasan, ada juga yang membongkar kemungkinan wujudnya video-video intim yang dijual melalui Telegram.

Dalam komen-komen, ramai juga yang membuka kisah “loreng oren” yang main dengan bini orang. Nampaknya, isu penyalahgunaan kuasa dan uniform ini lebih luas dan berulang daripada yang disangka.
  
Bila lagi kita nak belajar daripada skandal beruniform yang berulang? Bilakah masyarakat akan berhenti “mencair” terutamanya wanita hanya kerana pakaian dan pangkat? Perlu ada kesedaran supaya wanita tidak mudah ditipu.

Kes-kes yang tular sejak dua tiga hari ini bukan hanya sekadar gosip. Ini adalah realiti yang banyak telah berlaku yang dikatakan hanya "kes terpencil".



No comments:

Post a Comment