Tempoh hari, kalau tak silap Rabu lepas, 21 Januari 2026, kita nak hantar susu dan pampers kepada ibu² yang memerlukan. Semuanya dah cukup. Jadi kita buat final check untuk pastikan semua kuantiti susu dan pampers cukup.
Kira punya kira tiba² baru perasan kenapa pampers saiz XL hanya satu sahaja. Sepatutnya ada 11 pack. Maksudnya kita kekurangan 10 pack pampers saiz XL. Satu pack tu harga dalam 27 ringgit. Kita dah beli air kotak dan roti dari duit lebihan dari sumbangan. Mana nak cekau duit lagi 270 hahaha. Haah sudah.
Kita dah janji nak turun hantar ni tapi pampers tak cukup macam mana?
Dah mula bertelagah mencari silapnya di mana. Siapa yang tulis kurang? Siapa yang rekod salah?
Bila aku check dari video memang asalnya ditulis di papan putih kita perlukan pampers saiz XL tu 11 pack. Jadi siapa yang padam angka satu di belakang?
Bila dah ada bukti bertulis akhirnya member yang padam tu mengaku, yang dia tak boleh pusing dah. Aduhh...sakit perut aku ketawa semalam.
Dan kebetulan masa kita dok kira² sambil bertelagah tu sedang "live".
Dalam keadaan kalut tu, depa semua pergi Hero lagi sekali beli pampers. Syukurlah Hero dekat je. Sebelah bangunan ofis. Tiba² ada seorang sahabat Demi Negara masukkan duit 300 untuk beli pampers.
Dapatlah kita beli pampers lagi 10 pack. Kalau tidak kita kena kesokkan harinya sebab kena tunggu duit cukup.
Tak adalah yang kena potong elaun. 😆
Terima kasih kepada sahabat² yang menyokong dan memberi sumbangan. Dapatlah kita hantar pampers dan susu serta sedikit makanan kering semalam.
Mereka menerima dengan gembira dan syukur, kita pun gembira dapat sampaikan amanah.

No comments:
Post a Comment