Masalah gelandangan yang tidak ada penghujung...
Baru-baru ni, ada laporan kata masalah gelandangan di Kuala Lumpur dah tahap kritikal.
Kalau baca mana-mana portal berita, isu ni macam tak ada penyelesaiannya, walaupun dikatakan banyak dah usaha dibuat.
Dalam satu operasi sahaja, DBKL boleh jumpa sampai 400 orang gelandangan.
Yang paling membimbangkan yang lama kembali ke jalanan dan ada juga gelandangan "baharu" yang muncul.
Ini semua menunjukkan masalah ni bukan masalah sementara tapi dah jadi fenomena sosial yang perlu tindakan serius & jangka panjang.
Pertama, kita perlu tahu kenapa ramai menjadi gelandangan? Kita cari "root cause of homelessness".
Setiap kali kami turun ke jalanan kami dapati mereka datang dari latar belakang yang "berbeza-beza".
1. Pelarian berdaftar
2. Penagih dadah
3. Orang ada masalah kesihatan mental
4. Golongan miskin bandar yang tak mampu bayar sewa
5. Lain-lain
Maksudnya disini cara penyelesaian tidak akan berhasil untuk semua.
Masing-masing ada masalah & keperluan tersendiri.
Usaha tangkap atau pindah mereka ke pusat transit cuma penyelesaian "sementara".
Selepas tu, mereka mungkin balik ke jalanan juga.
Ada yang memerlukan bimbingan kerjaya / latihan kemahiran supaya boleh cari duit sendiri
Ada yang perlukan rawatan kesihatan mental & pemulihan dadah - bukan dihukum, tapi dibantu
Ada yang perlukan sokongan perumahan stabil seperti tempat tinggal yang selamat.
Dan ada yang memerlukan sokongan sosial berterusan, tidak dipulaukan, tapi disantuni.
Jangan hanya tangkap & pindah sebab tu bukan penyelesaian kekal.
Kita perlu bantu ikut keperluan masing-masing, contohnya, penagih dadah perlu rehab, yang mental perlu rawatan, yang miskin perlu bantuan cari kerja & rumah etc.
Nak tangani isu perlu kerjasama dari banyak pihak sebagai kerajaan, NGO, komuniti, dan kita sebagai masyarakat.
Pendekatan jangka panjang perlu ada dengan buat program berterusan tapi perlu "dikemaskini" mengikut keadaan semasa.
Sebagai masyarakat kita perlu kurangkan stigma terhadap mereka, kita perlu beri kesedaran kepada masyarakat punca sebenar masalah.




No comments:
Post a Comment