Pages

Himpunan Bersolidariti 1000 Pencarum di depan Perkarangan Jabatan Perdana Menteri

21 Ogos 2025, Khamis, Putrajaya:-

Kami di Demi Negara turun menyokong Himpunan Bersolidariti 1000 Pencarum KWSP di Perkarangan Jabatan Perdana Menteri.

Sedih dengar cerita mereka. Siapa sebenarnya mereka ini??

  • Golongan 40-an & 50-an yang hilang kerja semasa pandemik sukar cari kerja baru, baki KWSP jadi satu-satunya harapan.
  • M40 jatuh ke B40 dulu stabil, sekarang bergelut bayar rumah & kereta. Ada yang T20 kini dah jatuh dan berhutang keliling pinggang.
  • Pekerja sektor informal / gig caruman tak konsisten, dana kecil, tapi tetap perlukan akses segera.

Kos sara hidup naik mendadak. Ada yang pernah gaji sehingga 5 angka tapi selepas dibuang kerja semasa pandemik nak minta kerja jadi tukang pam minyak pun susah.

Hutang isi rumah tinggi, kereta kena tarik, rumah tergadai sebab gagal bayar ansuran. Nak makan pun struggle.

Sumber simpanan lain tiada. Ramai hanya bergantung pada KWSP sebagai “lifeline” terakhir.

Ada yang sakit. Ada yang pernah nak b#n#h diri, ada yang sudah pergi mengadap Ilahi.

Walaupun KWSP asalnya untuk hari tua, hakikatnya kalau sekarang pun hidup terhimpit, simpanan masa depan jadi tak bermakna.

Orang yang tak pernah susah takkan faham, boleh saja berkata-kata. Mereka akan sedar setelah diri sendiri terhantuk.




Salah seorang pencarum yang datang,
orang Iban dari Serian Sarawak

Lembaran Diari Demi Negara
Siti Zulaikha Olivia
21 Ogos 2025

No comments:

Post a Comment