Dulu,
Mula-mula aku tak faham sangat tentang kemiskinan. Ya, dulu pun aku masa kecik hidup miskin. Tinggal di kampung dengan nenek. Bab akademik dan sukan aku tak ada masalah. Sebab itu tinggal di asrama. Nenek aku pun bukannya ada duit untuk kami dua beradik ulang alik sekolah setiap hari.Sekarang, bila aku dah banyak belajar, turun padang melawat dan memerhati, pada masa yang sama buat research aku faham, kemiskinan itu satu masalah besar. Kemiskinan mempengaruhi cara kita berfikir. Kemiskinan bukan masalah ekonomi semata-mata, ia akan membentuk cara kita berfikir dan membuat keputusan.
Kemiskinan cenderung diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain (cycle of poverty) sebab orang yang hidup dalam kemiskinan ni kurang akses ke sekolah atau pun terpaksa berhenti sekolah awal untuk membantu keluarga terutamanya bila dah mencapai umur belasan tahun. Pada masa yang sama mereka kurang kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan.
Kemiskinan menyebabkan kekurangan zat makanan. penjagaan kesihatan yang tidak mencukupi dan perkembangan kognitif anak pun boleh terjejas.
Orang miskin kurang ada network dari segi sosial dan modal untuk masuk ke bidang pekerjaan atau perniagaan yang lebih menguntungkan. Bukan kerana malas.
Anak-anak yang membesar dalam persekitaran dimana kemiskinan dianggap biasa tidak akan mempunyai aspirasi untuk keluar dari kemiskinan.
Ketahuilah, hidup dalam kemiskinan memaksa kita fokus kepada jangka pendek. Sebab orang miskin ini hari kerja, dapat duit, hari ni habis. Ramai orang yang hidup dalam kemiskinan bekerja keras kekadang lebih sari satu kerja tapi gaji tidak mencukupi untuk keluar dari kemiskinan.
Tapi, "cycle of poverty" ini boleh diputuskan dengan pendidikan yang berkualiti, akses kesihatan, program bantuan sosial yang berkesan, perubahan mindset dan sokongan komuniti.
Kalau kita selalu memandang rendah kepada kemiskinan ini dah tiba masanya untuk kita berubah. Ubah cara kita berfikir. Kalau kita kaya hidup senang tapi kita memandang rendah terhadap orang lain yang tidak bernasib baik, maka tak ada beza pun kita dengan orang yang hidup dalam kemiskinan.
Lembaran Diari Komuniti
Siti Zulaikha Olivia
23 Ogos 2025

No comments:
Post a Comment