Pages

Ibu muda di persimpangan hidup

Untuk wanita yang masih muda, sepatutnya inilah waktu untuk mengejar cita-cita dan membina kehidupan.

Tapi ada wanita yang takdirnya diuji terlalu awal. Menjadi seorang ibu tunggal, keluar dari rumah keluarga kerana terpaksa.

Tanpa rumah sendiri, hidupnya berpindah-randah bersama anak kecil berumur 8 bulan. Tidak pernah bekerja. Tidak tahu ke mana arah. Masa depan pun masih samar². 

Setiap kali ada kes begini selepas buat lawatan aku akan terfikir-fikir. Macam mana kita nak uruskan. Apa pilihan yang kita ada. Tidak semua kes kita boleh terus rujuk kepada pihak Zakat dan JKM.

Kes Ibu tunggal kali ini kami rasa agak rumit. Ada beberapa perkara yang kita perlu selesaikan. Perlu diteliti satu persatu. Aku rasa sedih. Rasa simpati. 

Sebelum meninggalkan Anjung Singgah tadi, aku sempat berpesan kepadanya:

"Jaga diri baik-baik… jaga anak sebaik mungkin. Apa-apa pun, ingatlah anak..." ibu muda yang aku temui itu hanya mengangguk perlahan. Matanya berkaca, wajahnya jelas menyimpan seribu rasa.
‎Aku tahu, di sebalik senyuman nipis itu ada rahsia hati dia cuba sembunyikan. 

InsyaAllah kita akan cuba cari jalan penyelesaian yang terbaik. Semoga Allah terus pelihara mereka berdua. 

𝑳𝒆𝒎𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒊 𝑲𝒐𝒎𝒖𝒏𝒊𝒕𝒊
Siti Zulaikha Olivia
18 Ogos 2025

No comments:

Post a Comment