
Hadif & friends beberapa tahun yang lalu
Early Childhood Education, Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECE) merujuk kepada pendidikan formal dan tidak formal yang diberikan kepada kanak-kanak berumur dari lahir hingga 6 tahun (sebelum masuk sekolah rendah).
Contohnya:
- Taska / Nursery = pendidikan dan penjagaan untuk bayi hingga 4 tahun.
- Tadika / Preschool = pendidikan awal untuk kanak-kanak umur 4 hingga 6 tahun.
ECE ialah pendidikan penting yang fokus pada tahun-tahun awal kehidupan (0–6 tahun) kerana masa inilah otak kanak-kanak berkembang paling pesat. Pengalaman awal mereka sangat mempengaruhi masa depan akademik, sosial, dan ekonomi.
Anak orang miskin kurang masuk ECE bukan kerana mereka tak mahu belajar, tetapi kerana faktor kos, akses, dan kesedaran. Kalau halangan ini dihapuskan, lebih ramai anak orang miskin boleh keluar daripada kitaran kemiskinan melalui pendidikan awal.
Terdapat kajian bagaimana setiap pelaburan $1 dalam pendidikan awal kanak-kanak (ECE) boleh memberikan pulangan lebih $17 kepada masyarakat.
Kajian ini adalah kajian jangka panjang ke atas kanak-kanak miskin yang mengikuti program prasekolah berkualiti.
Hasil selepas lebih 40 tahun ialah kanak-kanak miskin sebelum ini:
- Lebih berjaya akademik (tamat sekolah menengah lebih ramai).
- Pendapatan lebih tinggi bila dewasa.
- Kurang jenayah (kurang kos penjara & polis).
- Kesihatan lebih baik.
Kenapa ROI Sangat Tinggi?
- Sebab menjimatkan kos sosial, kurang bergantung kepada bantuan kerajaan, kurang jenayah, kurang kos kesihatan.
- Menjana cukai & ekonomi dimana mereka mendapat kerja lebih baik, gaji lebih tinggi, bayar lebih banyak cukai.
- Kesan antara generasi anak-anak mereka juga berjaya tamatkan persekolahan, tidak keciciran, peluang kehidupan dan kerja lebih baik dan mengurangkan kitaran kemiskinan (cycle of poverty)
Program ECE untuk orang miskin ialah pelaburan sosial paling berbaloi kerana ia bukan sahaja bantu anak kecil, tetapi juga ubah masa depan keluarga, komuniti, dan negara.
Sebab itu kerajaan mesti bantu keluarga yang hidup dalam kemiskinan kerana, mereka yang paling berisiko tercicir. Bila dapat pendidikan awal mereka boleh bersaing secara adil dengan rakan yang sama umur. Bila dewasa, mereka akan mampu berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya dengan bantuan kerajaan. Statistik menunjukkan kemiskinan ada kaitan dengan kadar jenayah, kesihatan mental dan masalah sosial yang lain. Bila ada pendidikan awal, disiplin, kemahiran sosial dan keyakinan diri boleh dibina. Secara automatik kadar jenayah, mental tidak sihat dan masalah sosial akan berkurangan.
Dan bila mereka berjaya, ada kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan mereka boleh memberi kehidupan lebih baik dan pendidikan yang lebih bagus kepada anak-anak mereka pula. Dan anak-anak mereka pun akan ada kehidupan yang lebih baik dan lebih berjaya.
Makanya, disini “the cycle of poverty will be broken.”
(kitaran kemiskinan akan terhapus)
Siti Zulaikha Olivia
24 Ogos 2025
No comments:
Post a Comment