Pages

THE STRUGGLE OF ZETRIX AI | SUKUK WAKALAH & DISSOLUTION EVENT


THE STRUGGLE OF ZETRIX AI: SUKUK WAKALAH & DISSOLUTION EVENT

Dissolution Event adalah satu peristiwa pencetus pembubaran yang telah ditetapkan dalam kontrak atau dokumen instrumen kewangan seperti sukuk. Dalam kes Zetrix AI, Dissolution Event merujuk kepada satu keadaan yang berlaku bila Zetrix melanggar syarat tertentu dalam perjanjian Sukuk Wakalah RM2 billion.

[√]
Contoh, bila Zetrix menerbitkan sukuk, Zetrix telah bersetuju untuk mematuhi beberapa syarat yang dipanggil sebagai "covenants". Antara syaratnya ialah dalam kes Zetrix AI, TS Wong perlu kekal sebagai pemegang saham terbesar Zetrix AI. Tapi, apa yang berlaku saham TS Wong dah jatuh dari 30% hingga ke sekitar 1.84% selepas penjualan saham secara paksa (forced selling) susulan margin call.

[√]
Pelanggaran inilah yang telah mencetuskan Dissolution Event. Dan Dissolution Event boleh mengaktifkan hak tertentu kepada pemegang sukuk bergantung pada terma kontrak seperti:-

- Pemegang sukuk boleh mempunyai hak untuk mengisytiharkan jumlah tertentu perlu dibayar

- Pemegang sukuk boleh memulakan proses pembubaran struktur sukuk Zetrix mungkin perlu menyelesaikan obligasi kewangan tertentu.

- Pemegang sukuk boleh mengambil tindakan berdasarkan mekanisme yang ditetapkan dalam dokumen sukuk

[√]
Dalam penjelasan Zetrix kepada Bursa, Zetrix menyatakan Dissolution Event telah tersetus tapi tidak ada Payment Default berlaku setakat tarikh pengumuman. Bayaran seterusnya RM214 juta pada March 2027. Zetrix juga menjelaskan Payment Default boleh berlaku kalau Zetrix gagal membayar keseluruhan jumlah tertunggak bila pembayaran tersebut telah sampai tempoh dan dibayar. Kalau itu berlaku, Zetrix menyatakan ia akan membuat pengumuman segera kepada Bursa berdasarkan Perenggan 9.19A Main Market Listing Requirements.

[√]
The Edge melaporkan (berdasarkan sumber yang mengetahui perbincangan pada 23 Oktober) bahawa TS Wong memohon lanjutan masa enam bulan bagi pulihkan pematuhan terhadap kovenan pemegang saham terbesar.

Laporan Business Today sebelum ini menyatakan Othman Semail hanya meninggalkan Jawatankuasa Imbuhan dan masih kekal sebagai pengarah. Artikel The Edge yang terbaru pula menyatakan Othman Semail meletakkan jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif.

[√]
Pada 29 Oktober harga saham ialah RM0.08 per saham. Penurunan sebanyak 5.88%. Kejatuhan sejak awal tahun dah lebih dari 90%.

[? ]
Adakah Zetrix mampu mendapatkan penyelesaian dengan pemegang sukuk, mengekalkan pembayaran mengikut jadual dan memastikan operasi dan tadbir urus syarikat terus berjalan?

No comments:

Post a Comment