PROSIGNAL CONSORTIUM SDN. BHD & TUJU
Syarikat konsortium teknologi dan infrastruktur Malaysia. Ditubuhkan (diperbadankan) pada tahun 2021.Core business:
• IT - IoT - Penyelesaian komputer pintar, AI, Integration Internet of Things, pembangunan sistem pintar (smart system)
• Pembangunan Perisian (software development)
- Perisian melalui seni bina desktop, cloud atau SaaS serta aplikasi web dan mudah alih.
• Pengurusan Projek & Pembinaan - Perkhidmatan pembinaan awam dan mekanikal - elektrikal (M&E)
• Tenaga & penyelesaian Lestari - Sistem tenaga baru - solar dan pengoptimuman kecekapan tenaga.
• UAV & GIS - Pemetaan, ukur tanah dan hidrografi, fotografi udara guna dron.
Pusat Data & Analitik - Perundingan data centre, integrasi data, blockchain dan analitik perniagaan.
[√]
PCSB adalah syarikat yang membangun aplikasi TuJu, dengan usahasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) - satu badan berkanun kerajaan yang dilancarkan pada 26 November 2025 oleh Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi.
[√]
PCSB dibentuk sebagai konsortium yang menggabungkan kepakaran beberapa syarikat. Syarikat-syarikatnya ialah:-
- Prosignal Engineering Sdn Bhd (ditubuhkan 18 Ogos 2009) yang fokus kepada pembinaan, bidang kejuruteraan dan perkhidmatan teknikal.
- Raid Synergy Sdn Bhd (teknologi, bidang penyelarasan/pengurusan).
- Numapro Sdn. Bhd (sistem dan operasi projek khusus, teknologi data dan software).
[√]
Modal berbayar ketika penubuhan tahun 2021 - RM2,000,000
[√]
Pengasas Prosignal Consortium Sdn Bhd: Dato' Mohd Edzreen Mohd Din (Timbalan Pengerusi/Pengarah Urusan)
[√]
Modal saham PCSB berjumlah RM2 juta dibahagikan kepada tiga pemegang saham:-
• Mohd Edzreen Mohd Din - 65% (RM1.3 juta dalam saham)
• Kintan Bersama Sdn. Bhd - 30% (RM600,000 dalam saham)
• Dato' Ir. Manan Amir - 5% (RM100,000 dalam saham)
Jumlah modal saham - RM2,000,000
[√]
Pada 26 Mei 2022, PCSB menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk membangunkan sistem pengurusan lebuhraya pintar (Smart Highway Management System).
Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik Bisnes LLM 2021-2025 dan akhirnya menghasilkan aplikasi navigasi TuJu. TuJu dilancarkan pada 26 September 2025 sebagai aplikasi navigasi lebuhraya.
[√]
Persoalan yang dibangkitkan oleh Pemuda MCA.
Dalam laporan Free Malaysia Today pada 22 Oktober 2026, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, meminta kerajaan menjelaskan:
+ Sama ada tender terbuka dijalankan atau mekanisme perolehan lain digunakan.
+ Kriteria dan kelayakan teknikal yang digunakan untuk memilih PCSB.
+ Jumlah dana awam yang diperuntukkan untuk pembangunan TuJu.
+ Sama ada aplikasi menjalani ujian teknikal dan penilaian bebas yang mencukupi.
[√]
Datuk Abdul Rashid Asari mengakui bahawa beliau mencadangkan projek aplikasi navigasi kepada lembaga LLM ketika menjadi pengerusi badan tersebut. Beliau kemudian menjemput PCSB melaksanakan projek itu selepas cadangan tersebut diluluskan lembaga, tanpa tender terbuka. Lembaga pengarah meluluskan cadangannya sebelum dia mempelawa Prosignal melaksanakan projek itu.
[√]
Senarai Ahli Lembaga Pengarah (BOD) PCSB
+ Yang Teramat Mulia Dato' Haji Mohammed bin Dato' Haji Abdullah
Group Executive Chairman
Pengerusi Eksekutif Kumpulan menurut profil korporat PCSB.
+ Datuk Abdul Rashid Asari
Executive Director
Pengarah Eksekutif. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), termasuk ketika MoU dengan PCSB dimeterai pada 26 Mei 2022.
+ Mohd Edzreen Mohd Din
Deputy Chairman / Managing Director
Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan PCSB menurut laman syarikat. Beliau turut dikenal pasti sebagai individu utama syarikat oleh Dun & Bradstreet.
+ Tan Sri Datuk Seri Panglima Acryl Sani Hj. Abdullah Sani
Non-Executive Director
Pengarah Bukan Eksekutif menurut profil korporat syarikat.
+ Dato' Ir. Manan Amir
Executive Director
Pengarah Eksekutif menurut profil korporat syarikat.
+ Dato' Bashah A. Aziz
Non-Executive Director
Pengarah Bukan Eksekutif menurut profil korporat syarikat.
[√]
Prosignal Consortium Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian kerjasama dengan kumpulan MIMOS Holdings Sdn Bhd pada 4 Ogos 2026. MIMOS Holdings Sdn. Bhd adalah anak syarikat penuh MIMOS Berhad. Ditubuhkan untuk mengurus pengkormersialan teknologi dan harta intelek MIMOS.
[√]
Dalam corporate announcement September 2025, MIMOS Holdings dikenal pasti sebagai nama baru MYDigital ID Solutions Sdn. Bhd. Tanggungjawab - menguruskan pengkomersialan hasil penyelidikan, perlesenan teknologi dan kerjasama strategik dengan industri.
💥Kontroversi Prosignal Consortium Sdn. Bhd
Bekas Pengerusi LLM, Abdul Rashid Asari, mengakui beliau mencadangkan pembangunan aplikasi navigasi tempatan kepada lembaga LLM. Selepas cadangan itu diluluskan, beliau mempelawa PCSB melaksanakan projek tersebut tanpa tender terbuka.
- Adakah syarikat lain diberi peluang mengemukakan cadangan?
- Apakah kelayakan teknikal PCSB yang dinilai sebelum dipilih?
- Adakah lembaga LLM membandingkan kos dan keupayaan beberapa penyedia?
- Apakah mekanisme perolehan yang digunakan untuk meluluskan kerjasama itu?
💥Pada 23-24 Oktober 2026, Lim Guan Eng mempersoalkan sama ada PCSB mempunyai rekod pengalaman yang mencukupi dalam pembangunan perisian, teknologi dan aplikasi navigasi untuk dipilih bagi projek TuJu. Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan proses pemilihan dan kos pembangunan.
💥Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan bahawa LLM dan PCSB perlu memberikan penjelasan terperinci tentang punca masalah, prestasi teknikal dan langkah pembaikan.
[√]
Terus terang, ada beberapa perkara yang nampak fishy dan memang perlu disiasat:
1. Pemilihan tanpa tender terbuka - bekas Pengerusi LLM mengakui bahawa PCSB dipelawa melaksanakan projek tanpa tender terbuka.
2. Hubungan individu dan jawatan korporat - Laporan media mengaitkan beberapa tokoh berprofil tinggi dengan kepimpinan PCSB, termasuk bekas Pengerusi LLM dan bekas Ketua Polis Negara.
3. Masalah prestasi TuJu - Pengguna melaporkan masalah navigasi dan kestabilan aplikasi, termasuk gangguan apabila jumlah pengguna meningkat.
4. Kos dan pembiayaan tidak jelas.

No comments:
Post a Comment